Anda di halaman 1dari 3

Salah Laku Jenayah

Jenayah
Jenayah ialah perbuatan yang melanggar undang-undang, yang mana perbuatan itu
boleh dihukum dengan undang-undang. Murid sekolah juga tidak terkecuali dan
dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanun Keseksaan, jika melakukan
kesalahan jenayah.

Jenis Salah Laku Jenayah


Mencuri
Sesiapa yang mengambil apa-apa harta tanpa kerelaan orang itu adalah mencuri. Jika
sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh (7) tahun atau denda atau kedua-
duanya sekali (Seksyen 379 Kanun Keseksaan).

Jika melakukan kesalahan mencuri kenderaan akan disabitkan dengan kesalahan


mencuri kenderaan dan boleh dihukum penjara tujuh (7) tahun atau denda atau kedua-
duanya sekali (Seksyen 379 A Kanun Keseksaan).

Peras Ugut
Sesiapa yang sengaja menakut-nakutkan seseorang dengan niat meminta sesuatu yang
berharga adalah melakukan kesalahan pemerasan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum
penjara sehingga tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya sekali (Seksyen 384
Kanun Keseksaan).

Rompak (Samun)
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri dengan adanya unsur ugutan adalah
dikatakan melakukan jenayah rompak. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara
sehingga sepuluh (10) tahun dan denda (Seksyen 392 Kanun Keseksaan).

Jika melakukan kesalahan merompak menggunakan senjata (kayu, pisau dan lain-lain)
adalah melakukan jenayah rompak bersenjata. Jika sabit kesalahan boleh dihukum
penjara sehingga sepuluh (10) tahun atau denda atau sebat (Seksyen 392 / 397 Kanun
Keseksaan).

Bergaduh
Sesiapa (2 orang atau lebih) mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di
tempat awam adalah melakukan kesalahan ‘gaduh-gempar’. Jika sabit kesalahan boleh
dipenjara satu (1) bulan atau denda RM200 (Seksyen 160 Kanun Keseksaan).

Menyebabkan Kecederaan
Sesiapa yang menyebabkan kecederaan badan atau anggota badan atau
mendatangkan kelemahan tubuh seseorang adalah melakukan kesalahan
menyebabkan kecederaan (menumbuk, menendang, dll). Jika sabit kesalahan boleh
dipenjara sehingga satu (1) tahun atau denda sehingga RM 2,000 atau kedua-duanya
sekali (Seksyen 323 Kanun Keseksaan).

Jika perbuatan itu mendatangkan luka dengan menggunakan senjata (kayu, pisau,
gunting, pensel, pen, dIl) akan disabit dengan kesalahan mencederakan dengan
senjata. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga (3) tahun atau denda atau
sebatan, atau mana-mana dua dari hukuman tersebut (Seksyen 324 Kanun Keseksaan).

Jika perbuatan mencederakan dengan senjata itu sehingga menyebabkan mangsa


cedera parah (patah tangan / kaki atau keretakan tulang) akan disabitkan dengan
kesalahan mendatangkan cedera parah. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga
sepuluh (10) tahun dan denda atau sebatan (Seksyen 326 Kanun Keseksaan).

Mencabul Kehormatan
Sesiapa yang menyerang atau menggunakan kekerasaan dengan niat untuk mencabul
kehormatan seseorang adalah melakukan kesalahan mencabul kehormatan. Jika sabit
kesalahan boleh dipenjara dua (2) tahun atau denda atau sebat (Seksyen 354 Kanun
Keseksaan).

Melakukan Kelucahan
Sesiapa yang melakukan perbuatan lucah, menyebut perkataan lucah atau menyanyi
lagu-lagu lucah di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga (3) bulan
penjara atau denda atau kedua-duanya sekali (Seksyen 294 Kanun Keseksaan).

Gengsterisme / Kongsi Gelap


Terlibat dalam kumpulan / secara individu melakukan kegiatan jenayah seperti meminta
wang perlindungan, menindas, peras ugut, melawan guru, membawa senjata, dan
seumpamanya. Sesiapa yang menjadi ahli kongsi gelap boleh dihukum dengan
diletakkan di bawah pengawasan polis sehingga 5 tahun (Seksyen 15, Akta Mencegah
Jenayah 1959).

Salah Laku dalam Kalangan Murid


Salah Laku
Salah laku adalah perbuatan yang melanggar disiplin dan peraturan sekolah. Murid yang
didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah peraturan tersebut. Jika
kesalahan murid itu melibatkan salah laku jenayah, ia boleh dihukum di bawah
peruntukan undang-undang jenayah.

Buli
Perbuatan berunsur ganas seperti mendera, mempermain, menggertak, atau menakut-
nakutkan murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah. Salah laku ini boleh
mendatangkan kesan fisiologi mahu pun psikologi kepada mangsanya.

Buli terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut :


•Buli bahasa
•Buli fizikal
•Buli isyarat
•Buli perhubungan

Buli adalah salah laku / kesalahan serius yang melanggar peraturan sekolah. Pesalah
boleh dikenakan tindakan / hukuman, bergantung kepada kesan dan kekerapan buli itu
dilakukan. Jika pesalah masih tidak berubah setelah dihukum atau setelah menjalani
sesi kaunseling, mereka akan dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

Tindakan / hukuman adalah seperti berikut:


•Amaran keras
•Rotan
•Gantung sekolah
•Buang sekolah
(Rujukan - SPI: Bil. 1/1972, Bil. 9/1975, Bil. 11/2000)

Sekiranya salah laku ‘Buli’ itu membawa kepada kecederaan fizikal atau kematian
mangsa, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan, bagi
kesalahan jenayah.

Anda mungkin juga menyukai