Anda di halaman 1dari 2

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

 Tepat dengan kehendak soalan


 jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
 menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
 ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
 ditulis dalam satu perenggan
 tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN


(i)   pendahuluan jenis definisi
(ii)  pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v)  pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·


memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh :
          Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan
remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021
kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan
yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.  Usaha-usaha pelbagai
pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -


menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
      Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau
bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu
adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan
pembangunan.  Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan
kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama
pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -


menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
      Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok
dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh
abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser ,
sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

 PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -


mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.
Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh
membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa
sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -


memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan
tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-
anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih
sayang dalam sesebuah komuniti.  Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat
semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar.  Punca-punca
permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


- mengemukakan  sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan
                              
                                  Duhai apakah gerangan budi balasan
                                  Bagi insan melahirkan, membesarkan

                                  Bercucuran air mata bila mengenangkan


                                  betapakah bersar budi , ibunda berikan
                                  siang malam ..menderita hingga entah bila
                                  sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
       Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.  
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan
berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air.  Kasih sayang dan budi seorang ibu
tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak 
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:
      Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku
musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda
termasuk kemudahan awam.  Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok
menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya.  Persoalannya
mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja?  Apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini.

Anda mungkin juga menyukai