Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TUTORIAL

Sebagai salah seorang warga kampus di IPG berbilang kaum,amalan berbudi


bahasa perlu dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Dengan
itu, amalan berbudi bahasa dan saling menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira warna kulit dan status ekonomi individu tersebut akan terus
tersemai. Jelaskan dengan contoh cara anda boleh mengamalkan konsep
berbudai bahasa dalam kalangan warga kampus ini

Di IPGKBT, saya akan sentiasa mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam warga
kampus yang berbilang kaum. Konsep berbudi bahasa dapat mengelakkan pertelingihan dan
perselisihan faham antara kaum yang lain kerana di IPGKPT terdapat banyak kaum-kaum
yang lain seperti orang cina ,orang melayu dan orang india dan juga dapat menjaga
keharmonian dalam IPG.

Cara pertama saya mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan warga kampus
ini ialah saya sentiasa ada sikap bantu membantu. Saya akan selalu membantu kawan-
kawan saya yang berada dalam kesusahan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Sebagai contoh, jika kawan saya mengalami kesusuahan dalam kurusus
fizik, saya akan mengajar dia dan mencari lebih banyak maklumat tentang kursus fizik bagi
dia lebih faham

Seterusnya, saya mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan warga kampus ini
dengan mengamalkan sikap bertolak ansur. Tanpa ada sikap bertolak ansur perselisihan
faham dan pergaduhan akan selalu berlaku antara warga kampus tersebut. Jadi sebagai
contoh saya akan tidak bersifat berat sebelah , tidak mengharapkan balasan terhadap setiap
bantuan dan yang penting ialah saya bersedia memaafkan kesalahan orang lain

Di samping itu, saya juga akan bersopan santun semasa bercakap. Sikap ini menunjukkan
sikap menghormati orang lain di samping sifat mesra, suka memberikan senyuman dan
manis tutur kata. Saya akan sentiasa mengunakan tatabahasa yan sesuai agar tidak timbul
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung dengan kawan saya

Selain itu , saya perlu ada sikap sabar dan sikap postif. Sebagai warga kampus kita
mestilah sentiasa menggunakan akal fikiran yang positif untuk memilih atau merumus yang
cara terbaik terhadap apa-apa juga peristiwa yang berlaku. Jika saya menghadapi cabaran
atau rintangan. Saya akan selalu bertenang dan tidak berputus asa untuk menyelesaikan
cabaran tersebut dengan bersungguh-sungguh. Saya juga akan selalu bersikap positif
menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka supaya dapat melaksanakan dengan baik

Akhir sekali, sebagai warga kampus kita perlulah sentiasa mengamalkan budi bahasa
walaupun di institute atau di luar kerana budi dan bahasa ialah citra masyarakat Malaysia
dan jaminan untuk mengecap kehidupan yang sejahtera hingga akhir hayatuiki

Anda mungkin juga menyukai