Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA KUCHING

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY

TAJUK : GONNORHOEA

NAMA : RALISTSA KACHA ANAK NELSON

NO.KP : 971124-13-5698

NO.MATRIKS : BPP2017-3530

TAHUN :3

SEMESTER :2

PENEMPATAN : KLINIK KESIHATAN KABONG


1.0 PENGENALAN

Menurut Persatuan Perubatan Sedunia, STD (2009), gonorrhea adalah penyakit


kelamin disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria gonorrhea.Bakteria ini
cenderung untuk menjangkiti kawasan hangat dan lembab pada badan,termasuk uretra
(tiub yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing, mata, tekak, faraj, anus serta
salur pembiakan wanita(tiub fallopio,serviks dan rahim). Bakteria itu boleh berjangkit
dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral,
walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.

Gonnorhea disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrheae.Jangkitan ini boleh


menjejaskan lapisan lendir dalam vagina, serviks, zakar, rektum, tekak, dan mata.
Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjejaskan bahagian badan yang lain.

Punca Gonorrhea hampir selalu dihantar secara seksual.Seks secara genital


akan menyebabkan gonorea pada alat kelamin.Manakala, seks anal boleh menghantar
gonorrhea ke rektum. Seks oral boleh menyebabkan gonnorhea pada kerongkong.
Jangkitan mata Gonorrhea biasanya ditemui pada bayi yang melalui kelahiran normal
(Gonorrheal Opthalmia), tetapi orang dewasa mungkin mendapat jangkitan mata jika
mereka menyentuh kawasan yang dijangkiti dan kemudian menggosok mata mereka.

Gonnorhea lebih cenderung menyebabkan gejala pada lelaki daripada pada


wanita.Pada wanita gonnorhea bercirikan rasa sakit bahagian bawah abdomen,tender
dan sakit pada bilateral.Selain itu,discaj yang banyak dari vagina disertakan
demam.Terdapat pendarahan abnormal pada vagina di antara tempoh menstruasi dan
dysuria .

Komplikasi Gonnorhea termasuk nanah pada kelenjar Bartholin,salpingitis dan


penyakit radang pelvik boleh berlaku sekiranya tidak ditangani segera.Disamping
itu,komplikasi lain jika penyakit ini tidak dikesan dan dirawat dengan awal servisitis,
uretritis, proktitis, dan konjuntivitis boleh terjadi.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 Maklumat Pesakit

No.kad pengenalan 9310xx-13-58xx


Nama pesakit -
Kumpulan Etnik Melayu
Warganegara Malaysia
Tahap pendidikan SPM
Tarikh Lahir 20 Oktober 1993
Umur 26
Pekerjaan Surirumah
Jumlah hari HAID 5-6 hari
Pusingan haid Normal
Kumpulan darah O Rh:tve
H/O Medikal NKMI
H/O Obstetrik G1 P0
2.2 PERNYATAAN MASALAH
Kajian telah dilakukan terhadap seorang pesakit yang mengalami urogenital
gonnorhea semasa lawatan klinik beliau.Berikut merupakan butir-butir kajian
perincian pesakit:

 Merupakan seorang suri rumah tangga yang berasal dari Kampung


Gerigat ,berumur 26 tahun dan berbangsa Melayu.

 Suaminya bekerja sebagai seorang pemandu lori dan berumur 30 tahun.

 Beliau berkahwin pada 3 tahun lepas iaitu pada 12 Februari 2016.

 Mempunyai dua orang adik-beradik dan beliau ialah anak yang sulung.

 Beliau datang ke Klinik Kesihatan Kabong bagi pemeriksaan tahunan Pap


Smear.

 Beliau mendapati alat kemaluan beliau terasa pedih ketika kencing(dysuria)

 Terdapat purulen discaj keluar dari alat genital beliau(per vaginal discaj)

 Beliau juga turut mengadu berasa sakit dan tidak selesa pada alat kemaluan
nya ketika mengadakan hubungan intim bersama suami (dyspareunia)

 Beliau mengadu demam selama dua hari.

 Terdapat bau busuk dari vagina beliau (foul-smelling)


3.0 PENCARIAN LITERATUR

 Menurut Persatuan Perubatan Sedunia, STD (2009), gonorrhea adalah penyakit


kelamin (STD). Ia disebabkan oleh jangkitan dengan bakteria Neisseria gonorrhea.
Ia cenderung untuk menjangkiti kawasan hangat, lembab badan,
termasuk:uretra(tiub yang mengalirkan air kencing dari pundi
kencing,mata,tekak,faraj,anus,serta salur pembiakan wanita(tiub fallopio,serviks
dan rahim)
 Menurut Centers for Controlled Disease,Gonnorhea (2015) berkata Gonorrhea
adalah penyakit menular seksual (STD) yang boleh menjangkiti lelaki dan wanita.
Ia boleh menyebabkan jangkitan pada alat kelamin, rektum,dan tekak. Ia adalah
jangkitan yang sangat biasa, terutama di kalangan golongan muda berusia 15-24
tahun.

 Menurut Yosef et Al ,Sexually Transmited Disease (1978) Jangkitan bakteria


yang menular seksual (STD) yang sangat berjangkit, kadang-kadang dirujuk
sebagai clap. Nama panggilan dari clap tersebut merujuk kepada rawatan yang
digunakan untuk membersihkan penyumbatan dalam uretra daripada nanah
gonnorhea

 Menurut American Health Association,Gonnorhea(2016) gonorrhea adalah


penyakit menular seksual (STD) yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil
Neisseria gonorrhea. Bakteria ini boleh berjangkit dari seseorang ke seseorang
semasa aktiviti seksual (persetubuhan vagina, oral dan dubur) yang membawa
kepada jangkitan uretra (tiub air kencing), serviks, vagina dan anus. Sekiranya
tidak dirawat, jangkitan gonorrhea ini boleh merebak ke bahagian yang lebih
tinggi dari saluran pembiakan, menyebabkan prostatitis (keradangan prostat) dan
epididymitis (radang epididimis) pada lelaki, dan penyakit radang pelvis (PID)
pada wanita.
 Manakala Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia ,Gonnorhea
(2017) berkata,Penyakit gonnorhea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan
oleh bakteria Neisseria gonorrhea.Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang
individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral,
walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.
4.0 PENEMUAN

Pemeriksaan Fizikal

Tekanan darah :124/86 mmHG

Nadi :80/min

Suhu badan :38.0 C

Berat badan :58kg

Peratusan Oksigen; 99%

Tinggi :160cm

Inspeksi:tiada kepucatan pada wajah pesakit

:Purulen discaj dari vagina dengan edema dan eritema

:tiada pendarahan endoservik

:pembesaran dan tender pada kelenjar Bartholin

:foul-smelling vagina

:urin berwarna dark yellow dan cloudy

Palpasi :tiada tender apabila palpasi dilakukan

:terdapat pembesaran pada kelenjar limfa femoral

Perkusi:tiada keabnormalan

Auskultasi:denyutan jantung normal

:DRNM
Ujian makmal

1) Full Blood Count

-mengesan tahap jangkitan dalam tubuh pesakit

Keputusan
White Blood Cell 13.1 x103/uL
Red Blood Cell 4.40 x 103/uL
Mixed Cells 2.3 x103/uL
Neutrophils 3.8 x103/uL
Lymphocytes 7.0 x103/uL

2) Blood Urea Serum Electrolyte (BUSE)

-Ujian urin strip ini adalah ujian yang sering digunakan sebagai saringan awal
masalah penyakit di dalam badan.

-Dijalankan untuk mengesan protein,pus ,ketones,nitrate,pH,glukosa dalam urin

Keputusan
Blood Urea 4.9 mmol/L
Sodium (Na+) 139mmol/L
Pottasium (K+) 4.0mmol/L
Chloride ( Cl-) 106 mmol/L
Creatinine 60 umol/L

3)Urine Analysis and Urine Microscopy (UFEME)

- pH : 8.0 (Alkaline)

-Nitrate : Positif

-Protein :Negatif

-Pus cell: 2+

-Ketones:Negatif
Keputusan ujian ini :

-ph urin pesakit bersifat alkali yang menunjukkan pesakit mengalami jangkitan
transmisi seksual.

-Nitrates positif dan pus cell 2+ membuktikan bahawa pesakit mengalami jangkitan
trek urinari.

3) Gram Staining

-pewarnaan Gram untuk mengesan kehadiran gonococcus Gram Negatif Diplococci


intraselular dan ekstraselular.

- Pada wanita spesimen diambil dari uretra, kelenjar Bartholini, serviks, dan rektum.

Keputusan :Gram Negative Diplococci

4) Urine Culture & Sensitivity

-Kultur air kencing digunakan untuk mendiagnosis jangkitan saluran kencing (UTI)
- untuk mengenal pasti bakteria atau yis yang menyebabkan jangkitan
Keputusan : small raised grey colonies after overnight incubation 35-37 Celsius

5) Ujian Serologi
Direct Flourescent Antibody Test (FAT)

-Satu ujian yang digunakan untuk mengesahkan kehadiran gonococcus Gram


Negatif Diplococci

Keputusan : Neisseria Gonnorhea identified


6) Ujian Saringan Penyakit

Venereal Disease Research Laboratory

-Satu ujian serologi untuk mengesan kehadiran antibodi sifilis

Keputusan: Non-Reactive

HIV Test: Elisa Test (Enzyme- Linked Immunosorbent Essay)

-adalah ujian yang mengesan dan mengukur antibodi dalam darah untuk menentukan
jika seseorang mempunyai antibodi HIV

Keputusan:Negatif
5.0 PERBINCANGAN
Semakin majunya zaman, semakin banyak penyakit menular yang ditularkan
melalui hubungan seksual. Salah satu diantaranya yang mempunyai kejadian penyakit
cukup tinggi adalah Gonnorhoea. Gonnorhoea disebabkan oleh kuman Neisseria
gonorrhoeae dengan gejala khas (terutama pada lelaki) iaitu kencing bernanah. Selain
memberi pengaruh pada kesihatan pesakit, Gonnorhoea juga akan memberi impak
psikologi.Albert Ludwig Sigismud Neisser merupakan penemu pertama penyebab
Gonnhoea pada tahun 1879.Tercatat sekitar 60 juta kes baru setiap tahun di seluruh
dunia. Umumnya, gonorrhoea menginfeksi usia muda, berkulit gelap, belum menikah,
serta dari golongan pendidikan rendah dari penduduk kota.Usia paling kerap
dijangkiti bagi perempuan terletak pada usia 15-19 tahun sedangkan pada lelaki
sekitar 20-24 tahun. Kes gonorrhea tinggi pada negara maju seperti Amerika, Asia
serta Eropa. Pada negara-negara tersebut, 10% penderitanya adalah perempuan hamil.
Selain itu gonnorhoea banyak didapati pada pasangan sesama jenis (homoseksual). Ia
dipengaruhi oleh sosio-kultural serta pola seksual setiap individu.

Terdapat 4 spesies yang dikenalpasti iaitu N. gonorrhoeae dan N. meningtidis


yang bersifat pathogen, serta N. catarrhalis dan N. pharyngeal.yang sukar dibezakan
kecuali dengan ujian fermentasi.Gonoccocal Urethritis, atau lebih dikenal dengan
nama Urogenital Gonorea disebabkan oleh Neisseria gonorrhoeae., suatu
Gram-negatif dan merupakan diplococcus berbentuk biji kopi ,bersifat tahan asam.
Gonococcus terlihat di luar dan di dalam leukosit, tidak tahan lama di udara bebas,
cepat mati dalam keadaan kering, tidak tahan suhu di atas 39Co, dan tidak tahan
disinfektan. Secara morfologi gonococcus terdiri atas 4 jenis, iaitu jenis 1 dan 2 yang
mempunyai vili yang bersifat virulen, serta jenis 3 dan 4 yang tidak mempunyai vili
dan bersifat nonvirulen. Vili akan melekat pada mukosa epitelia dan akan
menimbulkan reaksi inflamasi. Daerah yang paling mudah terinfeksi ialah daerah
dengan mukosa epitel kuboid atau lapisan yang belum berkembang,khusunya pada
vagina wanita sebelum akil baligh.

Infeksi gonorea adalah disebabkan bakteria Neisseria gonorrhoeae. Bakteria


ini bersifat aerobik, gram negatif, diplokokus intraselular, dikenali sebagai gonokokus.
Infeksi bakteria ini terjadi akibat pergeseran mukosa saat hubungan vaginal, anal,
mahupun oral.Kemasukan mikroorganisma juga dapat terjadi akibat sentuhan jari atau
benda lain yang terkontaminasi bakteria, serta secara perinatal melalui. Patofisiologi
gonorrhea, dikenal juga sebagai gonore atau gonorea, terjadi melalui penyebaran
bakteri Neisseria gonorrhoeae melalui penularan secara kontak seksual atau melalui
salur kelahiran(vagina). Bakteria tersebut akan menyebabkan infeksi purulen pada
membran mukosa.Kuman penyebab gonorrhoea masuk ke dalam tubuh dengan cara
yang berbeza-beza pada protein yang terdapat di permukaan masing-masing kuman,
sub jenis tertentu dapat menghindari respon imun dan bahkan cenderung
menyebabkan infeksi yang meluas (sistemik). Neisseria gonorrhoeae bersifat patogen,
dipengaruhi oleh keberadaan vili pada permukaannya, yang berupa rambut halus di
permukaan membran. Vili tersebut mencegah fagositosis oleh neutrofil, dan juga
mengandung IgA protease yang mencerna IgA pada permukaan mukosa, baik pada
uretra, salur fallopia serta endoservik, sehingga dapat menempel dan menyebabkan
reaksi inflamasi yang mencetuskan timbulnya eksudat purulen.

Antara simptom yang dihadapi wanita yang menghidap gonorea ialah adalah
purulen discaj dari urogenital ,kesakitan semasa membuang air kecil (dysuria) dan
kesakitan ketika berhubungan intim (dyspareunia).Walaubagaimanpun,terdapat
wanita yang menghidap gonorea namun tidak menunjukkan sebarang
tanda(asimptomatik).Pada wanita,uretritis akan berlaku.Gejala utama pada wanita ialah
disuria terkadang disertai poliuria. Semasa pemeriksaan, orifis uretra eksternal tampak
merah, edematosa dan terdapat sekresi mukopurulen.Disamping itu,inflamasi pada
kelenjar Bartholin juga berlaku.Labia majora pada sisi yang terkena akan membengkak,
merah, dan tender semasa ditekan.Kelenjar bartholin akan membengkak, terasa sakiti
sekali bila penderita berjalan dan penderita sukar untuk duduk. Bila saluran kelenjar
tersumbat abses akan timbul dan akan pecah melalui mukosa atau kulit.Jika tidak
diubati,Gonorea dapat menjadi jangkitan berulang-ulang atau menjadi sista.

Komplikasi jika penyakit ini tidak dikesan dan dirawat dengan awal servisitis,
uretritis, proktitis, dan konjuntivitis boleh berlaku.Jika tidak dirawat dengan
sempurna,wanita yang menghidap penyakit akan merisikokan keadaan kesihatan nya
sendiri serta orang lain.Hal demikian ,beliau boleh menyebarkan penyakit ini melalui
kontek seksual kepada orang yang sihat semasa melakukan seks secara rambang.
Penyakit transmisi seksual seperti Gonorea boleh dicegah dengan mengelak
melakukan seks secara rambang.Selain itu,setia kepada seorang pasangan seksual
yang sihat sahaja untuk meminimakan risiko infeksi gonorea.Begitu juga,pemeriksaan
kesihatan secara berkala ke Klinik Kesihatan atau hospital berdekatan jika terdapat
tanda-tanda jangkitan seksual bagi mendapatkan rawatan untuk tujuan penyembuhan
si penghidap dan pasangan nya sebelum komplikasi lain berlaku.Pada kehamilan,
bakteria Neisseria gonorrhoeae dapat ditransmisikan kepada bayi pada saat bayi
dilahirkan, yang umumnya menyebabkan inflamasi supuratif pada konjuntiva mata

Rawatan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit Gonorea ini


adalah dengan menggunakan ubatan antibiotik.Ubatan lazim digunakan adalah
T.Azithromycin 1g stat dan IM Ceftriaxone 1g stat .Kedua-dua ubat ini adalah ubat
yang digunakan untuk wanita dan lelaki yang dijangkiti Gonorea di Klinik
Kesihatan.Untuk wanita yang didapati terdapat purulen discaj dari vagina beliau,ubat
oral Azithromycin akan diberikan.Namun,kedua-dua nya boleh diberikan bergantung
keterukan jangkitan tersebut mengikut nasihat pakar perubatan.Sementara itu,di
Amerika Syarikat mereka mengesyorkan bahawa gonorrhea tidak rumit dirawat hanya
dengan ceftriaxone antibiotik yang diberikan sebagai suntikan digabungkan dengan
azithromycin (Zithromax, Zmax) atau doxycycline (Monodox, Vibramycin,) dua
antibiotik yang diambil secara oral .Walaubagaimanapun,sesetengah kajian
menunjukkan bahawa Gemifloxacin oral (Factive) atau suntikan gentamicin,
digabungkan dengan oral azithromycin , sangat efektif dalam merawat gonnorhoea.
Rawatan ini boleh membantu merawat orang yang alergik terhadap antibiotik dari
kumpulan cephalosporin, seperti ceftriaxone.Bagi yang mempunyai N. gonorrhoeae
perlu diambil semula kira-kira 3 bulan selepas rawatan untuk memastikan mereka
tidak dijangkiti semula.
6.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Rawatan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit Gonorea ini


adalah dengan menggunakan ubatan antibiotik.Ubatan lazim digunakan adalah
T.Azithromycin 1g stat dan IM Ceftriaxone 1g stat .Kedua-dua ubat ini adalah ubat
yang digunakan untuk wanita dan lelaki yang dijangkiti Gonorea di Klinik
Kesihatan.Untuk wanita yang didapati terdapat purulen discaj dari vagina beliau,ubat
oral Azithromycin akan diberikan.Namun,kedua-dua nya boleh diberikan bergantung
keterukan jangkitan tersebut mengikut nasihat pakar perubatan.

Pendidikan kesihatan akan diberikan kepada pesakit untuk mengawal dan


mencegah penyakit transmisi seksual ini untuk mengelakkan penyakit menjadi
semakan teruk dan mengalami komplikasi.Antara langkah yang boleh diambil adalah
mengelakkan seks rambang.Begitu juga,elak melakukan seks secara oral,,anus kerana
kuman gonorea ini merupakan normal flora yang terdapat di anus dan tekak.Selain
itu,kurang penjagaan kebersihan diri juga merupakan sumber jangkitan
gonorea.Adalah disarankan untuk mandi selepas kopulasi untuk mengurangkan risiko
jangkitan bakteria dari merebak.

Peranan PPP adalah;

 Membuat notifikasi :

-PPP haruslah memaklumkan kepada Pegawai Perubatan untuk rawatan lanjut bagi
kes transmisi jangkitan seksual,kerana punca penyakit juga perlu mendapat rawatan
untuk mengelak jangkitan berulang

 Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat:

-PPP hendaklah menerangkan penyakit Gonnorhoea kepada pesakit serta pasangan


semasa pemeriksaan kesihatan ke klinik.

 Mengenalpasti tanda-tanda Gonnhoea pada pesakit yang telah dijangkiti


-PPP bertanggungjawab untuk memberi rawatan awal dan merawat secara
simptomatik seperti memberikan pesakit anti-piretik untuk merawat demam.
 Memberi rawatan susulan
-PPP juga hendaklah menasihati pesakit supaya datang untuk rawatan susulan
mengikut tarikh yang telah ditetapkan .
7.0 RUMUSAN

Selaras dengan perkembangan pesat dunia moden,penyakit bawaan seks juga


turut meningkat.Menurut Persatuan Perubatan Sedunia, STD (2009), gonorrhoea
adalah penyakit kelamin (STD). Ia disebabkan oleh jangkitan oleh bakteria Neisseria
gonorrhoeae. Gonnorhoea kerap berlaku pada lelaki dan wanita yang aktif secara
seksual yang terlibat dengan vaginal,oral atau oral seks.Ia juga kerap kali berlaku
pada golongan MSM atau golongan homoseksual.

Penyakit ini bermula dengan Neisseria gonorrhoeae yang bersifat patogen,


dipengaruhi oleh keberadaan vili pada permukaannya, yang berupa rambut halus di
permukaan membran. Vili tersebut mencegah fagositosis oleh neutrofil, dan juga
mengandung IgA protease yang mencerna IgA pada permukaan mukosa, baik pada
uretra, salur fallopia serta endoservik, sehingga dapat menempel dan menyebabkan
reaksi inflamasi yang mencetuskan timbulnya eksudat purulen.Manifestasi klinikal
dari penyakit ini adalah servisitis, uretritis, proktitis, dan konjuntivitis.

Gonnorhoea dirawat dengan IM Ceftriaxone 1g dan T.Azithromycin 1g bagi dos


stat di Klinik Kesihatan.Manakala,di negara luar pula contohnya Amerika
Syarikat,menggunakan ceftriaxone iaitu antibiotik yang diberikan sebagai suntikan
digabungkan dengan azithromycin (Zithromax, Zmax) atau doxycycline (Monodox,
Vibramycin,) dua antibiotik yang diambil secara oral.Walaubagaimanapun,sesetengah
kajian menunjukkan bahawa Gemifloxacin oral (Factive) atau suntikan Gentamicin,
digabungkan dengan oral Azithromycin , sangat efektif dalam merawat gonnorhoea.
Rawatan ini boleh membantu merawat orang yang alergik terhadap antibiotik dari
kumpulan Cephalosporin, seperti Ceftriaxone.Komplikasi kepada Gonnorhoea adalah
discaj purulen dari genital,dysuria, dyspareunia serta tender bahagian abdomen
bawah.
8.0 RUJUKAN

1) World Health Organization, STD (1960)


www.who.org.my
2) Centers for Controlled Disease,Gonnorhoea (2015)
3) Yosef et Al ,Sexually Transmited Disease (1978)
4) American Health Association,Gonnorhoea(2016)
https.www.american.health.association.my
5) Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia ,Gonnorhea (2017)
www.myhealth.gov.my

Anda mungkin juga menyukai