Anda di halaman 1dari 19

GGGC 6213 TEORI ASAS PENTADBIRAN PENDIDIKAN

Tajuk: Teori Pentadbiran Frederick Taylor

Ahli kumpulan:

1. Foo Sern Xian (P104993)


2. Chua Lai Eng@Cecilia (P105977)
3. Edith Binti Indek (P106061)
4. Chin Jin Vun (P104988)
5. Stephenie Yong Vun Choon (P105021)
1.0 Definisi

1.0.1 Definisi Organisasi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai gabungan dua atau lebih individu yang bergabung
tenaga secara sistematik untuk mencapai matlamat atau objektif yang khusus yang telah
ditetapkan. Organisasi terdiri daripada sumber manusia dan bukan manusia seperti
kewangan, bahan mentah, mesin dan peralatan pejabat. Semua organisasi perlu diurus dan
orang yang mengurus organisasi dikenali sebagai pengurus. Aktiviti pengurus organisasi pula
dikenali sebagai pengurusan. Oleh itu, pengurus adalah seorang yang melakukan aktiviti
pengurusan.

Selain itu, organisasi juga boleh didefinisikan sebagai satu unti sosial yang terdiri
daripada m,anusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi
mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Definisi tersebut menjelaskan unsur-
unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi di mana organisasi sebagai satu unit
sosial, penyatuan usaha dan hubungan antara seorang individu yang lain.

1.0.2 Definisi Pengurusan

Menurut C. Certo pengurusan adalah satu proses untuk mencapaiu matlamat


organisasi melalu penggunaan tenaga kerja dan sumber-sumber organisasi. Ia juga dikenali
sebagai usaha untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal segala sumber
serta aktiviti bagi memastikan matlatmat-matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai.
Selain itu, definisi pengurusan juga dikenali sebagai satu proses merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

1.0. 3 DEFINISI PENGURUSAN SAINTIFIK TAYLOR

Pekerjaan perlu direka mengikut peraturan saintifik daripada peraturan kaedah “rule
of thumb”. Majikan perlu mengumpul, mengelaskan, dan menjadualkan data untuk
menentukan “one best way” untuk melaksanakan tugas atau siri tugas. Pekerja harus dipilih
dan dilatih mengikut kaedah-kaedah saintifik. Majikan juga perlu melatih pekerja untuk
meningkatkan prestasi mereka. Prinsip-prinsip pengurusan saintifik perlu dijelaskan kepada
pekerja. Pengurusan dan pekerja harus saling bergantung supaya mereka bekerjasama.
2.0 Pelopor/sejarah

Frederick Taylor (1856 – 1915) merupakan pelopor dalam bidang pengurusan saintifik.
Beliau digelar bapa pergerakan pengurusan secara saintifik. Beliau dilahirkan di Amerika
Syarikat. Semasa seorang jurutera, beliau mempunyai pengalaman bekerja di semua tahap
pengeluaran industri. Taylor pernah mengkaji keadaan bekerja di sebuah syarikat perkilangan
besi waja iaitu di Midvale Steel Company dan telah mencadangkan cara untuk meninggikan
kualiti pengurusan dan pengeluaran perusahaan melalui prinsip-prinsip yang saintifik.
Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.
Pendekatan Taylor ini dikenali sebagai pendekatan analisis tugas atau job analysis.
Penyumbang-penyumbang lain ialah Henry L. Gantt dan Frank Gilberth. Prinsip-prinsip
Taylor ditulis di dalam buku berjudul The Principles of Scientific Management yang
diterbitkan pada tahun 1911. Prinsip-prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik
ini ialah:-

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan.


2. Memilih pekerja yang paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak.
3. Gaji seimbang dengan kerja.
4. Perlu memotivasikan pekerja.
5. Masa yang standard bagi semua pekerja.
6. Tugas perancangan harus dipisahkan daripada tugas pengeluaran.
7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. Cara saintifik adalah cara yang
paling baik bagi pekerja.
8. Pengurus dilatih mengenai prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan yang saintifik.
9. Organisasi perusahan harus disusun supaya dapat memperbaiki penyelarasan di antara
aktiviti yang terdapat di kalangan anggota-anggota pakar.

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam prinsip Frederick Taylor. Kelebihannya adalah
Taylor mengutarakan satu cara yang efisyen untuk mnegatur perjalanan kerja sesebuah
organisasi dan menerusi prinsip ini telah menunjukkan bahawa pentadbiran boleh dikaji
secara saintifik. Manakala kelemahan teori ini secara keseluruhan ialah mengabaikan
kepentingan aspek psikologi atau aspek kepentingan pekerja sebagai seorang individu dalam
sesuatu organisasi.
3.0 Kepentingan Teori Pentadbiran Saintifik

Menurut Edebe, ‘pengetahuan pengurusan serta pentadbiran adalah amat penting bagi
mereka yang memegang pucuk kepimpinan sesuatu organisasi agar sumber manusia dan aset
organisasi tersebut dapat digunakan dengan kadar keberkesanan maksimum untuk mencapai
objektif organisasi’, (Edebe 2013). Dalam konteks syarikat, ini bermaksud menjalankan
operasi harian syarikat dengan kadar produktiviti maksimum ataupun kadar keuntungan
maksimum. Dalam konteks pendidikan pula, ini bermaksud meningkatkan kadar keberhasilan
murid ke tahap yang maksimum. Antara teori pentadbiran adalah teori pentadbiran saintifik
yang dibangunkan oleh Frederick Taylor. Teori ini memberikan penekanan yang tinggi
terhadap peningkatkan produktiviti, sesuatu organisasi. Teori ini penting untuk Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) dan Pentadbir sekolah.

3.1 Kepentingan Teori Pentadbiran Saintifik Kepada Kementerian Pendidikan


Malaysia

Teori pentadbiran saintifik penting bagi kementerian pendidikan malaysia kerana


ialah dapat meningkatkan keberkesanan ataupun keberhasilan sistem pendidikan di Malaysia.
Ini adalah selaras dengan misi kementerian pendidikan malaysia iaitu untuk melestarikan
sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara. Kementerian pendidikan malaysia telah mengamalkan banyak prinsip yang
terkandung dalam teori ini seperti kaedah sains, pemilihan pekerja serta latihan, pembahagian
kerja antara pekerja dengan pentadbir, dan keharmonian antara pekerja dengan pentadbir.

Kaedah sains diamalkan dengan kajian berterusan yang dijalankan oleh KPM dan
IPGM bagi menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini
bermaksud bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan berubah
menjadi lebih effektif mengikut perubahan teknologi serta keperluan semasa. Kaedah
pemilihan pekerja serta latihan pula dilaksanakan melalui saringan serta temuduga SPP.
Semua calon yang ingin menjadi guru di bawah KPM perlu melalui saringan dan mempunyai
kelayakan yang telah digariskan oleh SPP. Latihan pula diberikan dalam bentuk program
PPISMP dan PISMP selama 5 tahun bagi calon yang terpilih untuk memasuki bidang
perguruan manakala guru sedang yang bertugas di sekolah akan diberikan latihan dalam
bentuk kursus serta PLC yang berterusan. Seterusnya adalah pembahagian kerja antara
pekerja dengan pentadbir. Di sekolah, skop tugas pentadbir dan guru digariskan dengan jelas
dan lengkap. Guru berfokus kepada pengajaran murid dan perjalanan harian sekolah
manakala pentadbir berfokus kepada perancangan serta pengurusan harian sekolah. Akhir
sekali adalah keharmonian antara pekerja dengan pentadbir. Guru di sekolah diberikan
ganjaran atau pengiktarafan yang setara dengan usaha serta kommitment yang diberikan oleh
mereka. Ganjaran ini adalah dalam pelbagai bentuk seperti anugerah perkhidmatan cemerlang
dan kenaikan gred yang lebih laju.

3.2 Kepentingan Teori Pentadbiran Saintifik Kepada Pentadbir Sekolah

Pentadbiran saintifik juga penting kepada seorang pentadbir sekolah kerana ialah
boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk memastikan sekolah berjalan dengan lebih
lancar setiap hari. Antara prinsip-prinsip pentadbiran saintifik yang boleh diamalkan oleh
pentadbir sekolah adalah kaedah sains, pemilihan pekerja serta latihan, pembahagian kerja
antara pekerja dengan pentadbir, dan keharmonian antara pekerja dengan pentadbir.

Yang pertama adalah kaedah sains di mana pentadbir sekolah mencari kaedah
pelaksanaan aktiviti atau perkara yang lebih effektif bagi sekolah di mana pentadbir itu
bertugas berdasarkan persekitaran dan aset sekolah tersebut. Sebagai contoh, sekolah yang
terletak di bandar boleh mengaplikasikan teknologi ICT dengan lebih kerap dalam perjalanan
seharian sekolah manakala sekolah di kawasan pedalaman mempunyai akses kepada alam
semulajadi. Yang kedua adalah pemilihan pekerja serta latihan. Ini boleh diamalkan oleh
pentadbir sekolah di mana pentadbir itu akan memilih guru berdasarkan bakat, minat dan
kompetensi apabila merancang ahli jawatankuasa bagi aktiviti sekolah. Selain itu, pentadbir
juga memberikan latihan yang berterusan dalam bentuk pencerapan dan aktiviti PLC. Yang
ketiga adalah pembahagian kerja antara pekerja dengan pentadbir. Pentadbir seharusnya
merancang ahli jawatankuasa yang mempunyai sistem hierarki serta skop kerja yang jelas
apabila merancang sesuatu aktiviti sekolah. Ini adalah agar semua ahli jawatankuasa
mengetahui skop tugasan serta tanggungjawab yang diberikan dengan jelas. Akhir sekali
adalah keharmonian antara pekerja dengan pentadbir. Pentadbir perlu memberikan
pengiktirafan kepada guru yang cemerlang sebagai galakkan untuk guru itu mengekalkan
kecemerlangan dia.

4.0 Fungsi
Teori pentadbiran saintifik berfungsi untuk memberikan beberapa manfaat kepada sesuatu
organisasi atau syarikat. Manfaat tersebut adalah peningkatan produktiviti organisasi,
meningkatkan keberkesanan serta motivasi sumber manusia dan meningkatkan kerjasama
antara pihak pengurusan dengan pekerja.

Peningkatkan produktiviti organisasi berlaku dengan adanya peningkatan berterusan


dari segi kaedah sesuatu kerja dilakukan dan penyeliaan berterusan terhadap pekerja bagi
memastikan amalan berkerja yang paling effektif diamalkan. Menurut teori pentadbiran
saintifik, semua kerja perlu dilakukan dengan kaedah yang paling laju, paling kos effektif dan
paling berkesan. Oleh itu, kajian saintifik yang berterusan perlu dilakukan bagi mengenal
pasti kaedah yang terbaik untuk melakukan sesuatu kerja. Ini akan membawa kepada
peningkatkan hasil kerja dan penurunan kos kerja. Selain itu, teori pentadbiran saintifik juga
telah mengariskan bahawa pekerja perlu diselia dengan kerap bagi memastikan pekerja
mengamalkan kaedah berkerja yang paling effektif. Ini adalah bagi memastikan bahawa
pekerja mengunakan kaedah berkerja yang paling effektif dan seterusnya meningkatkan
hasil kerja mereka.

Peningkatkan keberkesanan serta motivasi sumber manusia pula berlaku dengan


adanya sistem upah berdasarkan kerja yang telah dilakukan, pengambilan pekerja yang
mempunyai kelayakan yang sesuai, latihan berterusan untuk pekerja dan penyusunan skop
kerja mengikut kelayakan serta minat pekerja. Yang pertama adalah sistem upah
berdasarkan kerja yang telah dilakukan. Ini adalah di mana pekerja mendapat upah yang
setara dengan hasil kerja mereka. Menurut Sahni, ‘Insentif upah untuk hasil kerja yang
cemerlang di tempat kerja adalah penting bagi memberikan motivasi yang tinggi untuk
pekerja berusaha dengan sepenuh tenaga untuk mencapai hasil kerja yang cemerlang’,
(Sahni 2009). Ini bermaksud bahawa motivasi pekerja akan berada pada tahap yang tinggi
untuk mencapai hasil kerja yang cemerlang. Yang kedua adalah pengambilan pekerja yang
mempunyai kelayakan yang sesuai. Ini adalah di mana kelayakan untuk sesuatu kerja akan
digariskan dengan jelas dan hanya pekerja yang memenuhi kelayakan tersebut diterima
berkerja untuk syarikat atau organisasi. Compton telah mengatakan bahawa ‘Proses
pemilihan dan saringan pekerja adalah penting bagi memastikan syarikat dapat mengambil
pekerja yang diperlukan dari segi kemahiran, sikap dan pengalaman serta pencapaian
lampau’, (Compton 2011). Justeru proses saringan ini akan memastikan hanya pekerja yang
mempunyai minat dan kemahiran yang sesuai untuk kerja tersebut dipilih. Yang ketiga
adalah latihan berterusan untuk pekerja. Pekerja akan sentiasa diberikan latihan dari
semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pekerja itu adalah pada tahap
maksimum dan juga bagi meningkatkan ‘Rate Of Return’ pekerja tersebut. Akhir sekali
adalah penyusunan skop kerja mengikut kelayakan serta minat pekerja. Ini akan
memastikan bahawa pekerja bermotivasi tinggi untuk berkerja kerana pekerja itu sedang
membuat perkara yang dia minati.

Peningkatan kerjasama antara pihak pengurusan dengan pekerja pula berlaku


apabila adanya pembahagian tanggungjawab yang jelas antara pekerja dengan pengurus
dan latihan pengurusan yang diberikan kepada pihak pengurusan. Pembahagian
tanggungjawab yang jelas antara pekerja dengan pengurus adalah di mana pekerja
memberi fokus sepenuhnya kepada pelaksanaan kerja manakala pengurus memberi fokus
sepenuhnya kepada perancangan kerja. Pembahagian tanggungjawab yang jelas ini akan
memastikan pengurus dan pekerja dapat memainkan peranan mereka dengan lebih baik.
Selain itu, pihak pengurusan juga akan diberikan latihan pengurusan bagi memastikan
mereka dapat menjalankan tugas mereka sebagai pengurus dengan lebih effektif.

5.0 Peranan

Dalam teori Frederick Winslow Taylor ini telah memberikan pelbagai peranan
terhadap sector perindustrian dan luar industri.

Peranan yang pertama ialah Taylor adalah orang yang pertama yang mencadangkan
pendekatan saintifik untuk bekerja. Pengalaman beliau sebagai pengendali dan pengurus
bengkel membolehkan beliau mengetahui bahawa pekerja yang tidak produktif akan
mengakibatkan prestasi syarikat menjadi semakin merosot. Oleh itu, beliau mencadangkan
pendekatan saintifik untuk memerhatikan cara pekerja bekerja untuk mengetahui tindakan
mana yang ditangguhkan kerja agar dapat menyusun semula aktiviti dengan cara yang paling
produktif.

Sebagai contoh, di kilang pakaian semua pekerja bertanggungjawab untuk memotong


pakaian dari awal hingga akhir, banyak masa akan hilang. Sebaliknya, jika kerja tersebut
hanya melibatkan beberapa orang pekerja yang memotong pakaian dan pekerja lain yang
menjahit baju, maka ini akan mengurangkan masa pembuatan dan meningkatkan keuntungan
syarikat tersebut. Oleh itu, Taylor telah mencipta teori ini agar kerja dijalankan dengan
sistematik dan proaktif.

Peranan yang kedua ialah Taylor menaikkan keperluan untuk merancang aktiviti.
Kini, kelihatan dengan jelas bahawa sebelum melaksanakan sesuatu tugas, kita mesti
merancang langkah-langkah untuk membangunkan aktiviti tersebut agar aktiviti yang hendak
dijalankan adalah sentiasa sistematik dan terancang. Taylor merupakanorang yang pertama
untuk mengganggarkan bahawa apabila membuat apa-apa produk ataupun aktiviti dalam
masa yang singkat, perlu merancang langkah-langkah yang akan diambil. Tanggungjawab
dan tugas terhadap setiap pekerja perlu dipertimbangkan juga ini adalah kerana memastikan
aktiviti kita adalah dalam perancangan atas pentadbir. Setiap aktiviti atau perkara yang
terperinci perlu dipertimbangkan oleh pentadbir agar tidak melakukan kesalahan semasa
membuat sebarang keputusan.

Peranan yang seterusnya ialah mengawal kerja untuk mengesahkan bahawa kerja
dilakukan dengan betul. Pada zaman tersebut, Taylor telah memerhatikan bahawa dalam
industri kebanyakkan pengurus tidak mengetahui bagaimanan produk mereka diulas.
Pengurus hanya meninggalkan keseluruhan proses di tangan pekerja. Pengurus tidak
memahami tetang proses yang perlu dilakukannya.

Oleh itu, salah satu daripada prinsip pendekatan saintifiknya ialah pengurus
memerhatikan dan belajar dari semua proses syarikat untuk merancang dan mengawalnya.
Pengurus haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan memahami proses produk agar
dapat memberi tunjuk ajar yang tepat kepada pekerja jika menghadapi sebarang masalah atau
langkah yang kurang tepat. Pengurus sentiasa memastikan pekerja sentiasa dilakukan dengan
cara yang paling berkesan.

Selain daripada itu, peranan yang seterusnya ialah Taylor memperkenalkan idea untuk
memilih kakitangan. Di sebuah kilang, semua pekerja tahu bagaimana segala-gala proses
kerja akan tetapi mereka bukan pakar khas proses kilang tersebut. Oleh itu, proses
perkilangan akan menimbul banyak kesilapan. Berdasarkan teori Taylor ini, beliau
menyatakan bahawa semua pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza, jadi perlulah
memberikan mereka satu aktivit yang boleh mereka mengembangkan potensi diri sendiri
dengan baik bukannya banyak tugas yang mereka lakukan dengan buruk.

Amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan sentiasa diaplikasikan di pelbagai
institusi atau syarikat swasta.

Peranan yang seterusnya ialah mempromosikan pengkhususan pekerja. Seperti yang


disebutkan, salah satu prinsip pendekatan saintifik Taylor adalah memilih pekerja mengikut
kebolehan mereka untuk membangunkan aktiviti tertentu. Fakta ini menunjukkan bahawa
pekerja dan pentadbir akan dilatih dalam tugas-tugas khusus untuk menjadi menarik kepada
syarikat-syarikat.

Sebagai contoh terhadap bahagian sektor pendidikan, kerajaan akan mengadakan


kursus atau bengkel khas kepada guru mata pelajaran dan ketua panitia setiap negeri agar
memberi kursus terhadap mata pelajaran tersebut. Melalui kursus atau bengkel, guru dan
ketua panitia lebih memahami maklumat terkini terhadap subjek tersebut. Oleh itu, prestasi
sekolah akan dipertingkatkan secara berterusan.

Peranan yang seterusnya ialah Teori ini memberikan prestij yang lebih besar kepada
pentadbir. Sebelum Taylor ini, pengurus tidak mempunyai peranan dalam pembangunan kerja
dan meninggalkan semua tanggungjawab di tangan pengendali. Akan tetapi, setelah muncul
teori Taylor ini, beliau memberatkan bahawa pengurus memainkan watak yang amat penting
terhadap sesebuah syarikat. Ini adalah kerana Taylor mencadangkan bahawa sebelum
melakukan sesuatu aktiviti atau proses haruslah merancang dengan rapi, proses aktiviti harus
bincang dengan terperinci. Semua masalah yang akan dihadapi atau pengkhususan pekerja
harus diambil kira agar memastikan aktiviti dan proses dijalankan dengan lancar dan teratur.

Idea-idea seperti yang perancangan aktiviti, kawalan kerja dan pemilihan kakitangan
yang tanggungjawab asas adalah dipilih oleh pentadbir. Secara kesimpulannya, pentadbir
memainkan peranan yang penting terhadap sesebuah sekolah atau universiti. Ini adalah
kerana idea-idea yang dicadang oleh pentadbir membawa impak yang besar terhadap prestasi
sekolah atau syarikat.

Peranan yang ketujuh ialah Taylor merupakan orang yang pertama untuk
menyerlahkan peranan pekerja. Pada masa Taylor, mesin dan kilang masih merupakan
ciptaan baru-baru dan dianggap sebagai protagonis kerja kerana mereka telah berjaya
mempermudah dan memperkemaskan pengeluaran. Ini adalah satu kebaharuan bahawa
produktiviti juga bergantung kepada pekerja dan perlu melatih pekerja, menilai mereka dan
mendorong untuk memberikan maksimum pada pekerjaan. Pendekatan ini bukan hanya sah,
tetapi merupakan asas disiplin seperti psikologi organisasi dan pengurusan kakitangan.

Kemudian, peranan teori Taylor ini mahu mendamaikan peranan pengurus dan
pekerja. Semasa pemerhatiannya, beliau melihat bahawa para pekerja tidak termotivasi untuk
memberikan maksimal dalam kerja. Ini adalah kerana mereka tidak merasakan bahawa
mereka disukai oleh pentadbir atau pengurus mereka.
Oleh itu, salah satu idea daripada Taylor adalah bahawa industri menyediakan insentif
kepada pekerja yang lebih produktif utuk menunjukkan bahawa apabila syarikat Berjaya,
pekerja juga mendapat faedah.

Pada pandangan saya, teori yang diperkenalkan oleh Taylor ini bukan sahaja
dilaksanakan dalam sektor perindustrian, malah dalam sebuah sekolah juga boleh
diaplikasikan oleh pentadbir terhadap gurunya. Sebagai contoh, pihak pentadbir menyediakan
sijil penghargaan kepada guru yang sentiasa memberi kerjasama sebagai salah satu tanda
penghargaan. Selain dripada itu, pihak pentadbir juga boleh menyediakan jamuan kepada
para guru agar guru berasa kepuasan hati dan sentiasa dihargai oleh pentadbir. Oleh itu,
kepuasan guru akan dipertingkatkan dan berasa berpuas hati terhadap kelakuan pihak
pentadbir.

Peranan yang terakhir ialah ideanya melebihi bidang perniagaan. Selepas penerbitan
Prinsip Pengurusan Saintifik, Idea Taylor mula diperhatikan juga dari luar industri.
Universiti, organisasi sosial dan suri rumah, mula menganalisis bagaimana mereka boleh
menggunakan prinsip seperti perancangan, kawalan dan pengkhususan dalam aktiviti harian
mereka untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi di dalamnya.

Semua idea Taylor telah dikritik dan diformulasikan oleh pakar-pakar dalam pelbagai
disiplin sepanjang yang lebih daripada seratus tahun yang telah berlalu sejak kematiannya.
Kebanyakkan syarikat atau Universiti mengaplikasikan teori Taylor ini dalam organisasi
mereka. Ini adalah kerana pengurus dan pentadbir berasa bahawa teori ini dapat
meningkatkan prestasi dan produktiviti organisasi tersebut.
6.0Rajah

7.0 Konstruk/dimensi

Prinsip Pengurusan Saintifik Taylor

Berdasarkan pemerhatian dan analisis Frederick Winslow Taylor (1856-1915) semasa


beliau bekerja di salah sebuah syarikat di Amerika, beliau mendapati bahawa kelemahan dan
kekurangan pada syarikat tersebut adalah di mana rakan sejawat yang bekerja dalam
organisasi tersebut adalah tidak bersistematik dan tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Bagi meningkatkan kecekapan, Taylor cuba memahami konsep “one best way” untuk
melaksanakan sesuatu tugas tertentu. Untuk berbuat demikian, beliau menggunakan jam
randik untuk menentukan kaedah ini adalah yang paling berkesan. Kajian ini telah dikenali
sebagai “Time and Motion Studies” dimana beliau mengkaji cara bagaimana pekerja
bekerja dan mencari jalan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut. Untuk
mencari cara terbaik yang boleh digunakan dalam melaksanakan tugas, Taylor mengkaji
beberapa cara bagaimana pekerja melaksanakan tugas. Maka, terciptalah satu kaedah yang
digunakan iaitu kajian “time and motion study” di mana masa melaksanakan kerja akan
direkodkan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga akan diperhatikan. Dengan cara itu,
beliau dapat mencari cara yang terbaik dengan masa yang paling singkat. Maka, prinsip
pertama dalam Taylor ialah dimana Pekerjaan perlu direka mengikut peraturan saintifik
daripada peraturan kaedah “rule of thumb”. Majikan perlu mengumpul, mengelaskan, dan
menjadualkan data untuk menentukan “one best way” untuk melaksanakan tugas atau siri
tugas.

Dalam Prinsip kedua Taylor juga ada menyatakan bahawa dalam sesebuah organisasi
haruslah memastikan pekerja yang dipilih mempunyai kemahiran dan diberi latihan atau
kursus pengendalian mengikut kaedah-kaedah saintifik. Dengan adanya kemahiran yang
sedia ada dan latihan yang mencukupi dapat meningkatkan prestasi kerja mereka disamping
dapat meningkatkan produktiviti. Sebagai contoh, Taylor mencadangkan organisasi membuat
pengkhususan kerja iaitu pembahagian kerja-kerja kecil mengikut kemahiran dan latihan
pekerja. seperti setiap pekerja akan melaksanakan kerja yang lebih sedikit dan lebih rutin.
Sehingga kini, kaedah ini banyak digunakan dalam industri pembuatan dan pengeluaran
kerana ia terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan kerja buat lebih berkesan. Namun,
pengkhususan yang dijalankan hari ini adalah menggunakan modal jentera berbanding modal
sumber manusia.

Prinsip ketiga Taylor memerlukan kerjasama pekerja dengan pihak pengurusan dalam
melaksanakan tugas. Pengurusan dan pekerja harus saling bergantung supaya mereka dapat
bersatu untuk mencapai matlamat yang diingini dengan memastikan setiap pekerja itu diberi
pemahaman tentang prinsip-prinsip pengurusan saintifik. Dengan adanya pemahaman di
kalangan pekerja, ini dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan antara pekerja dengan
pihak pengurusan dan memastikan pelaksanaan kerja adalah mengikut prosedur-prosedur
yang ditetapkan oleh organisasi. Selain itu, Taylor juga menitikberatkan tentang
pembahagian kerja antara pekerja dengan pihak pengurusan dengan adil dan bukannya seperti
kaedah lama dimana sebahagian besar tanggungjawab kerja adalah terletak di bahu pekerja.
Falsafah ini memberi tumpuan kepada susunan organisasi mengikut hierarki, sistem peraturan
abstrak dan hubungan interpersonal antara pekerja.

Prinsip yang seterusnya menurut Taylor ialah motivasi pekerja juga memainkan
peranan yang penting kerana Taylor mempercayai bahawa manusia akan bertindak rasional
dan akan membuat pilihan ekonomi berdasarkan tahap ganjaran kewangan yang diberikan
oleh organisasi. Ini akan membawa kepada perancangan sistem bayaran dimana jenis usaha
yang diberi adalah berkait rapat dengan ganjaran yang ditawarkan contohnya dengan adanya
sistem pembayaran gaji yang adil dilaksanakan akan menggalakkan pekerja bekerja pada
prestasi yang paling tinggi. Selain itu, Taylor mencadangkan supaya pekerja juga diberi
insentif yang lebih baik seperti diberikan bonus dan sedikit imbuhan jika dapat menunjukkan
prestasi yang baik.

Keempat-empat prinsip pengurusan saintifik Taylor tersebut banyak memberi


pengaruh yang besar terhadap syarikat dan juga agensi-agensi lain sehingga hari ini. Ini
kerana prinsip yang dilakukan oleh beliau dapat memberi pekerja dan pengurus lebih
berdisiplin, saling bekerjasama dan mengetahui tentang tanggungjawab dan tugas yang perlu
dilakukan demi untuk meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti dalam sesebuah
organisasi agar matlamat organisasi dapat dicapai.

8.0 Soal selidik

Contoh Soal Selidik yang berkaitan dengan Teori Pengurusan Klasik Frederick Taylor
Dengan merujuk borang kaji selidik diatas, didapati borang kaji selidik ini memenuhi
kehendak Prinsip Pengurusan Saintifik Frederick Taylor. Dimana, seseorang pekerja adalah
dinilai seperti berikut;
1. Pengetahuan kerja.
Menurut prinsip kedua Taylor, pekerja yang diambil perlu mempunyai pengetahuan
kerja yang disandang.

2. Kuantiti produk yang dihasilkan.


Dalam prinsip pertama Taylor ada menyatakan bahawa “the best one way” adalah
penting bagi memastikan kecekapan kerja itu dilaksanakan. Dengan adanya
kecekapan kerja boleh mempengaruhi kuantiti produk yang dihasilkan.

3. Kualiti Kerja.
Kualiti kerja banyak dipengaruhi dengan kemahiran dan latihan pekerja yang
diberikan oleh organisasi. Selain itu, kualiti kerja juga boleh diperhatikan usaha dan
inisiatif pekerja untuk meningkatkan prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.
Contohnya, mematuhi peraturan kerja, mematuhi prosedur-prosedur pengurusan
organisasi, berdisiplin dan sebagainya.

4. Keupayaan untuk melaksanakan tugas baru.


Dengan adanya pengkhususan kerja seperti dinyatakan dalam prinsip pengurusan
Taylor iaitu dimana seseorang pekerja selain dapat menjalankan tugas rutin, pekerja
itu juga boleh diberi kepercayaan untuk bekerja lebih sedikit atau tugas baru jika
pekerja itu menunjukkan sikap bertanggungjawab dan mempunyai hubungan baik
dengan pihak pengurusan.

5. Usaha pekerja untuk meningkatkan kemahiran.


Pekerja yang rajin dan dapat memberikan kerjasama yang baik dengan pihak
pengurusan dalam melaksanakan tugas seringkali akan diberi peluang oleh pihak
pengurusan untuk mempelajari tugas-tugas baru yang luar bidang pengkhususannya.
Pekerja tersebut akan diberi latihan-latihan kerja untuk meningkatkan kemahiran
pekerja tersebut. Disini, usaha pekerja untuk mencari peluang meningktakan
kemahiran mereka dapat diperhatikan.
6. Kerjasama dengan pihak pengurusan dan rakan kerja.
Pekerja dinilai dari segi hubungan kerjasama dengan rakan sekerja dan pihak
pengurusan. Komunikasi sangat penting bagi mewujudkan kerjasama diantara satu
dengan yang lain.

9.0 Artikel/Jurnal

9.1 Taylor’s “Scientific Management Principles”: Contemporary Issues in Personnel


Selection Period
Dalam artikel ini mangatakan bahawa "Trend pengurusan saintifik" merupakan salah
satu cara terbaik untuk menangani masalah dan ianya diterapkannya dalam proses
pengeluaran yang menyokong pengurusan sains pada masa kini. Menurut pengkaji, mereka
masih dapat melihat pengaruh daripada pandangan dan teori Taylor, yang merupakan pelopor
aliran ini, melalui pemahaman pengurusan moden. Pemerhatian mendapati bahawa
pemahaman pengurusan tradisional yang dipelaporkan oleh Taylor sama sekali tidak
diendahkan dalam proses pemilihan pekerja. Selain itu, didapati bahawa terdapat tahap yang
lebih maju telah dicapai dengan menggunakan kaedah pengurusan saintifik yang
dikemukakan oleh Taylor dalam proses pemilihan pekerja. Tujuan kajian ini adalah untuk
menilai keharmonian pandangan dan teknik Taylor dalam pengurusan moden dan melihat
sumbangan Taylor terhadap sumber pengurusan manusia dalam proses pemilihan pekerja.

Di akhir artikel ini, pengkaji melihat sebahagian besar idea Taylor sebagai asas
pelaksanaan sesuatu teori . Walaupun Taylor dikenali sebagai bapa sains pengurusan, namun
dia telah menerima kritikan yang sangat keras. Salah satu kritikan utama yang ditujukan
kepada Taylor ialah faktor manusia yang dilihat sebagai satu komoditi . Pendekatan Tingkah
Laku yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain telah mengembangkan idea Taylor.
Hawthorne eksperimen boleh memberikan contoh untuk ini. Walaupun kajiannya seolah-olah
bercanggah dengan idea Taylor, namun dapat dilihat bahawa kebanyakkan ideanya
menggunakan sebagai asas pelaksanaan. Terutamanya, walaupun saintifik pemilihan pekerja ,
yang merupakan tajuk artikel pengkaji ini berbeza mengikut negara, logik yang sama tetap
berfungsi pada prinsipnya. Sektor swasta lebih mementingkan pemilihan kakitangan kerana
ia lebih ke arah keuntungan kerana ia merupakan beban material dan moral untuk
menunaikan kedua-dua pertubuhan dan pekerja setelah merekrut pegawai yang tidak
berkelayakan. Boleh dikatakan bahawa Taylor adalah berkesan dalam pembangunan
pekerjaan jangka panjang yang mencadangkan pengambilan pekerja dengan cara kaedah
saintifik . Juga dapat dinyatakan bahawa kes ini berbeza di badan awam kerana menjadi lebih
sukar bagi orang ramai yang diberhentikan secara rasmi berbanding dengan sektor swasta.

Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa badan awam harus memberi perhatian lebih
kepada pemilihan pegawai. Walau bagaimanapun, sektor swasta memberi lebih banyak
perhatian terhadap pemilihan pekerja. Lebih-lebih lagi, Idea Taylor dibawa ke langkah lebih
jauh oleh sektor swasta dalam beberapa syarikat yang mana misinya adalah untuk
menyesuaikan pekerja di tempat kerja. Pada masa kini, banyak syarikat besar menjadikan
keperluan pekerja mereka sebagai "pengantara syarikat sumber manusia". secara ringkasnya,
Taylor telah banyak menyumbang pada masa kini dalam pengurusan sumber manusia dan
teorinya menjadi asas dalam pemilihan kakitangan, dan menjadi salah satu fungsi yang paling
penting dalam pengurusan pekerja. Walaupun dia telah dikritik kerana membelakangkan
faktor manusia , namun sebahagian besar ideanya masih bertahan. Tidak kira berapa banyak
pengurusan sumber manusia berubah dan berkembang, idea Taylor masih menjadi asas
untuknya. Mungkin teknik akan berubah, tetapi intinya akan tetap sama.

9.2 Scientific Management Still Endures in Education

Pengkaji mendapati terdapat beberapa buah sekolah di Amerika mengalami


perubahan, sementara yang lain tetap tidak berubah disebabkan oleh pertambahan
penyesuaian kecil yang masih kekal sebagai organisasi yang sangat tradisional. Masalahnya
ini berlaku kerana penyebaran dan penerapan pengurusan saintifik oleh pendidik yang
menerapkan dan/atau terus menerapkan pendidikan secara berterusan untuk memulihkan
ketertiban dan kebertanggungjawaban. Artikel ini juga membincangkan tentang peninggalan
abadi pengurusan ilmiah Fredrick Taylor di sekolah-sekolah Amerika dan berpendapat
bahawa amalan pentadbiran kontemporari harus dihapuskan dalam teori ini di mana
pengurusan sekolah di Amerika harus berstruktur. Analisis kritikal mengenai hubungan
sejarah antara pengurusan saintifik prinsip dan pentadbiran pendidikan awam Amerika,
perbincangan mengenai penyebaran pengurusan saintifik oleh pentadbir sekolah Amerika
yang popular, kritikan saintifik kawalan kecekapan dan kebertanggungjawaban dalam
pendidikan, dan analisis kritikal mengenai hubungan antara tugas pengurusan saintifik dan
hasil pembelajaran dalam pendidikan Amerika telah disediakan.

Di akhir kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa sistem sekolah yang gagal di
seluruh negara adalah kerana pengurusan sekolah lebih bersifat teknikal latihan atau
manipulasi sumber manusia dan material untuk mencapai sesuatu yang telah ditentukan dan
untuk hasil yang dapat diramalkan, dan pencarian kaedah terbaik untuk membuat kerja tetap
responsif kord. Amalan sedemikian menimbulkan tekanan yang mendalam kepada guru
(terutama yang baru) dan pelajar kerana perlu sentiasa mengenal pasti orang yang gagal.
Amalan sedemikian menekankan kawalan terhadap kurikulum dan proses pengajaran, guru,
staf, sumber, dan sistem ganjaran. Pada masa sekarang di banyak sekolah, tugas mengajar
masih menjadi rutin dan tersegmentasi mengikut kurikulum yang ditetapkan. Kawalan untuk
kecekapan dilaksanakan melalui perundangan mandat, piawaian seluruh negeri, peraturan dan
dasar pentadbiran, dan penilaian di seluruh daerah proses.

Pengkaji berpendapat bahawa mengalihkan bentuk kawalan birokrasi melalui


penilaian guru berangka dan tidak sah ujian kecekapan negara masih tersebar luas. Langkah
kawalan saintifik yang dirancang untuk mengukur kecekapan guru di peringkat negeri,
tempatan, dan daerah tidak lebih dari sekadar membuat lawan hubungan antara guru dan
pentadbir sekolah. Walaupun pengurusan saintifik membuatkan pengkaji percaya bahawa
pengurusan adalah sains yang semakin kompleks yang memerlukan pengurus tinggi akal, ia
juga memaksa pihak pengurusan memberi perhatian sedikit atau tidak kepada kepentingan
pekerja menyumbang kepada keputusan mengenai apa yang mereka lakukan. Peranan mereka
hanyalah mengikuti peraturan ditubuhkan oleh pihak pengurusan. Pembahagian kerja yang
disiratkan oleh pengurusan saintifik dengan cepatnya menjadi paradigma asas yang
menyusun di hadapan para pendidik untuk populasi pelajar yang semakin pelbagai.

9.3 Taylorism and the logic of learning outcomes

Artikel ini meneliti mengenai asas-asas falsafah bersama prinsip pengurusan saintifik
Fredrick W. Taylor dan pergerakan hasil pembelajaran kontemporari (LOM). Ia menganalisis
dasar falsafah yang dikongsi antara titik fokus sistem Taylor - 'thethe task’ — dan
konseptualisasi dan penggunaan ‘hasil pembelajaran’ dalam bahasa Amerika dalam sistem
pasca menengah. Artikel ini seterusnya mengkritik prinsip Taylor dan logik hasilnya dari
sudut falsafah pendidikan John Dewey. Pengkaji akan menunjukkan bahawa LOM
kontemporari bukan sahaja merupakan pengembangan Taylorisme, tetapi juga menghasilkan
kemungkinan untuk menyekat keupayaan kreatif dan potensi unik pelajar yang sangat nyata.

Pengkaji berpendapat bahawa Taylorisme tertanam dalam dasar dan amalan


persekolahan pasca-menengah kontemporari di Amerika dengan menunjukkan hubungan
konsep mereka dengan kontemporari LOM. Secara khusus, pengkaji mengkaji hubungan
antara ‘tugas’ Taylor dan reformasi pendidikan di sekitar 'hasil pembelajaran'. Pengkaji telah
meneliti dengan lebih jauh pandangan kedua-dua teori berkenaan dengan tujuan, cara dan
agensi pelajar. Akhir sekali, pengkaji juga membuat penilaian bahawa Taylor dan LOM
memberikan pandangan sistem teleologi yang bersifat anti-demokratik. Pengkaji juga
seterusnya berpendapat bahawa andaian di sebalik kedua-dua teori itu bertentangan dengan
perkembangan pembelajaran mendalam dan bentuk pendidikan yang demokratik.

Pada akhir artikal ini, pengkaji menyatakan bahawa pada asas kedua prinsip Taylor
mengenai pengurusan saintifik dan pendidikan berasaskan hasil adalah dorongan untuk
mewujudkan sosial yang ideal melalui set kemahiran, sikap dan sifat yang dapat ditentukan.
Dengan berbuat demikian, kedua-dua teori tersebut menyangkal kebolehubahan saintifik,
yang merupakan jenis kesalahan atau kekurangan dalam proses saintifik yang mesti
dikeluarkan, untuk kebolehubahan sosial yang adalah perlu dan menjadi pemangkin
kehidupan demokratik yang produktif agar sekolah dapat memenuhi kepentingan pluralistik,
partisipatif demokrasi, kebalikan dari pendidikan berasaskan hasil. Persekitaran sekolah,
pedagogi dan proses membuat keputusan mesti menjadi heterogen dan bukan homogen.
Mereka mesti cari prinsip pesanan mereka dalam masalah, bakat dan tujuan unik individu
yang hadir dalam komuniti. Mereka mesti menanamkan kepercayaan dan maruah pada semua
orang dan di semua peringkat. Ini bagi Dewey, adalah merupakan intipati dan nadi
pendidikan demokratik. Hanya dalam lingkungan seperti itu, pengiktirafan dan kepentingan
bersama, kerjasama dan rekreasi akan berterusan untuk diri dan dunia.

10.0 Rujukan

Aaron Staller. 2015. Taylorism and the logic of learning outcomes. Journal of Economics,
Business and Management

Compton, R. 2011. Effective recruitment and selection practices. CCH Australia.


Edebe, A. E. 2013. Basic principles and practice of business administration. Xlibris
Corporation.
Hakan Turan. 2015. Taylor’s “Scientific Management Principles”: Contemporary Issues in
Personnel Selection Period.

Maduakolam Ireh. 2016. Scientific Management Still Endures in Education.


Nelson, D. 1992. Pengurusan saintifik dalam penglihatan semula.

In: Revolusi mental: Pengurusan saintifik sejak Taylor. Ohio: Press State University
Ohio. 249. hiostatepress.org.

Sahni, P., & Vayunandan, E. 2009. Administrative theory. PHI Learning Pvt.
Wren, D. 2011. The Centennial Frederick W. Taylor's Prinsip Pengurusan Saintifik: Sebuah
Komentar Retrospektif. Dalam: Jurnal Perniagaan dan Pengurusan. 17 (1). P. 11-22.
chapman.edu.

Anda mungkin juga menyukai