Anda di halaman 1dari 4

SITI NUR MARDHIAH BINTI SHAFAWI

4 ILTIZAM

KARANGAN PERANAN KELUARGA DALAM MEMBENTUK


SAHSIAH ANAK-ANAK.
Dalam era globalisasi, (A2) anak-anak muda mudah dipengaruhi
unsur negatif daripada media massa serta bahan-bahan bercetak.
Sejajar dengan itu, (a1) ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka
terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. (A1) Anak-anak harus
dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat
memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan
harapan negara,(A6) bak kata pepatah pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Oleh itu,, mereka harus diberi kesedaran tentang
kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan
pelbagai wawasan negara kelak. (A4) Profesor Diraja Ungku Aziz pernah
mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-
anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. 

Sememangnya, (A1) ibu bapa memainkan peranan penting dalam


menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara
caranya ialah (A2) mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak
mereka kecil lagi. Sebagai contoh, (A4) ibu bapa patut meluangkan
masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil
berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka,, hobi
serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut
menjaga anak masing-masing (a6) bagai menatang minyak yang penuh.
Misalnya, (a3) bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum
mereka tidur serta bergembira bersama anak-anak semasa sambutan
hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran
itu, (a5) anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab
sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri
dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan
menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, (a4) mereka menjadi orang yang
mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan
santun dan mendengar nasihat ibu bapa. Jelas menunjukkan bahawa
ibu bapa seharusnya menyemai kesedaran tentang kehidupan beretika
kepada anak-anak.

Di samping itu, (a1) ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak. (a2) Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat
mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa
ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Pendek kata ibu bapalah
idola anak-anak. Jadi, (a4) ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk
seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut
menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana (a6) ke mana
tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Sememangnya, (a4) ibu bapa tidak berhak
mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri
sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta
menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, (a5) ibu bapa
harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat
membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
ditunjukkan oleh ibu bapa.

Seterusnya, (a1) ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-
anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk
bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti
bergotong-royong. Contohnya, (a4) membawa anak-anak ke masjid untuk solat
berjemaah bersama keluarga. (a2) Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan
dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat
mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial berunsur
negatif. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati
anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana (a6) melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Tambahan pula, (a5) pendidikan agama akan menjadi garis pandu
kepada mereka agar membesar insan yang bijaksana.

Kesimpulannya, (a1) ibu bapa perlu memainkan peranan dalam


membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah
mulia. (a6) Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang
mencorakkannya. Jadikan (a4) sabda Imam Al-Ghazali sebaagai iktibar,
iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti
dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar
membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil. (a2) Begitu juga
dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh
kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Bak kata (a4)
peribahasa sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-
tinggalkan.

Anda mungkin juga menyukai