Anda di halaman 1dari 1

1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan Umum mengetahui, dalam satu keluarga

wujudnya ayah dan ibu yang berperanan membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama
sekali aspek kesopanan yang mesti diamalkan oleh seseorang anak. Sekiranya ibu bapa gagal
melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi
lebih baik. Sehubungan itu, ibu bapa bertanggungjawab dalam menyemai kesedaran mengenai
pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah dengan mencurahkan kasih sayang kepada
anak bagai menatang minyak yang penuh sejak mereka kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa sepatutnya
meluangkan masa bersama anak-anak agar dapat memahami tentang kehidupan mereka khususnya
pelajaran mereka serta hobi dan pergaulan mereka dengan kawan-kawan. Tamsilnya, ibu bapa juga
boleh bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama
anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Intihanya,
anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri.
Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan
menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, serta
menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa. Selain itu, ibu bapa
sepatutnya memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke
tempat beribadat untuk bersembahyang secara berjemaah atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat
seperti bergotong-royong. Walaupun anak-anak juga seringkali berhadapan dengan cabaran dan
pancaroba globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh
dengan gejala negatif seperti memeras ugut, berlumba haram, merokok dan mencuri. Apabila anak-anak
sibuk mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka akan memperoleh panduan
hidup yang baik serta akan berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan
yang baik menanti diri mereka. Tambahan pula, pendidikan agama akan menjadi bimbingan kepada
mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html

Anda mungkin juga menyukai