Anda di halaman 1dari 4

1 Dialog JBPM & Profesional

MINIT MESYUARAT TEKNIKAL


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) DAN
BADAN PROFESIONAL
SIRI 2/2017

Tarikh: 06 Jun 2017 (Selasa)

Masa: 08.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Tanjung,


Ibu Pejabat, JBPM.

KEHADIRAN:
JBPM
1. Dato’ Rusmani b. Muhamad Pengerusi
2. PKPjB Dato’ Zamri Bin Che Din Ketua Sek. P. Bangunan
3. PPjB Hamdan Bin Ali Ketua Caw. P.Bangunan
4. PPjB Ir. Wan Zaidi Bin Wan Ismail Ketua Caw. P. Bomba
5. PPjB Muhamad Salleh Abdul Ketua Caw. Pelesenan
6. PgKB I Abdul Khair Bin Osman Ketua Caw. Pendaft. KK
7. PgKB II Muhamad Faizul Bhgn. Pendaft KK
8. PgKB II Jasni Bin Ali Bhg. R & P

Badan Profesional
9. Ar. Chee Soo Teng PAM
10. Rohaya Ibrahim SIRIM
11. Hanafi Mohamad SIRIM
12. Yeoh Jit Shiong IEM
13. Raghib Azmi IEM
14. Dato’ Ir. Imran IEM
15. Tee Seah Hong IEM
16. Cha Hoong Kum IEM
17. Wong Win Heoh IEM
18. Yap Chee Hong IEM
19. Tay Ho Giang IFE
20. Tony Kok MBAM
21. Danny Cheah MFPA
22. Lai Ching Keong Redha
23. Shirly Ho Redha
24. Lim Joo Swee MALEA
25. Hensley MALEA
26. Wiiliam Wong Fire Fighter Industires
27. Michelle Fire Fighter Industries
28. Ahmad Mudzafri Ami Ventures
1
________________________________________________________________________________________________
Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran
2 Dialog JBPM & Profesional

29. Gilliant Khor UBE Engineering


30. M. Azlishahril Abd. Ghani Peace Wolrd Fire Indust.
31. Thoo Kah Dath Unique Fire
32. Ir. Tiah Oon Ling Redha
33. Ken Cheah Eversafe Fire
34. Jeffrey Soo Fire Fighhter Industries
35. Joey Ang Wittar

1. UCAPAN PENGERUSI.

Dato’Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli komiti


mesyuarat bagi membincangkan tiga perkara penting susulan Mesyuarat
JBPM bersama Badan Profesional bertarikh 19 Mei 2017 seperti berikut:-
i. Penggunaan alat pemadam api (APA) 6kg menggantikan 9kg
ii. Lift landing door bagi lif penumpang
iii. Pangsapuri perkhidmatan (servis apartment) yang mempunyai
ketinggian melebihi 30 meter.

Dato’ Pengerusi menyatakan bahawa keputusan ketiga-tiga perkara


tersebut telah dibincangkan tempohari namun tarikh berkuatkuasanya
keputusan tersebut belum diputuskan. Justeru itu, beliau menyatakan
tujuan mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan
berkaitan dari pihak pembekal dan pihak profesional bagi memastikan
keputusan yang dibuat tidak menjejaskan mana-mana pihak.

2. PERKARA PERBINCANGAN

2.1. Penggunaan APA 6kg Menggantikan APA 9kg


Penggunaan APA 6kg menggantikan APA 9kg telah dicadangkan
oleh En. Tay Ho Giang dari Institution of Fire Engineers (IFE). Alasan
yang diberikan ialah kadar keberatan 9kg boleh menjejaskan
penggunaan APA semasa kecemasan serta tidak ergonomik bagi
saiz penduduk di Malaysia. Memandangkan kepada terdapat APA
yang boleh mencapai rating 27A maka beliau mencadang APA 9kg
digantikan dengan APA 6kg.

Pandangan ini turut sama dipersetujui oleh Ar. Chee Soo Ting dari
PAM yang menyatakan sekiranya APA 6kg mempunyai sama rating
dengan APA 9kg maka ianya lebih sesuai dan lebih ringan.

En. Ken Cheah dari syarikat Eversafe dan En. Jeffry Ong dari
Syarikat Fire Fighter memohon pelaksanaan tersebut
ditangguhkan sehingga Januari 2019 bagi membolehkan stok
sediada diselesaikan.
2
________________________________________________________________________________________________
Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran
3 Dialog JBPM & Profesional

En. Danny Cheah dari MFPA menyarankan agar satu ujian ke atas
APA 6kg dan 9kg dilakukan oleh pihak SIRIM bagi memastikan
kedua-duanya mencapai standard yang ditetapkan.

PPjB Muhamad Salleh Bin Abdul menyatakan bahawa merujuk


kepada BS-EN, kuantiti dan keberatan APA tidak dihadkan kepada
keberatan tetapi lebih menekankan kepada performance dan rating
APA itu sendiri.

PPjB Ir. Wan Zaidi Wan Isa menyatakan bahawa sesuatu APA itu
adalah merujuk kepada rating bukannya kepada keberatan sesuatu
APA dan pemilihan sesuati APA itu hendaklah ditentukan oleh
pengguna berdasarkan kepada kesesuainnya dan MS 1539

Berdasarkan kepada perbincangan maka Dato’ Pengerusi


menyatakan pada masa kini tiada keperluan untuk menggantikan
APA 9kg kepada APA 6kg. Pengguna sepatutnya diberi pilihan untuk
memilih APA di pasaran sama 9kg atau 6kg iaitu berdasarkan
kepada faktor kesesuaian dan stadard yang ditetapkan. Justeru itu
Dato’ Pengerusi menyarankan supaya satu kajian yang lebih
terperinci berkaitan isu ini.

Tindakan: Urusetia

2.2 Insulasi bagi Lif Landing Door


Dato’ Pengerusi menyatakan bahawa keputusan telah dibuat
semasa Mesyuarat JBPM bersama Badan Profesional bertarikh 19
Mei 2017. Keputusan adalah seperti berikut:-

Syarat 1
Sekiranya telah ada lif lobi yang mempunyai tempoh ketahanan api,
insulasi dan stabiliti maka syarat tersebut boleh dikecualikan

Syarat 2
Sekiranya tiada lif lobi maka semua ciri-ciri tersebut perlu ada pada
lift landing door

Namun begitu, semua lif bomba perlu ada lif lobi seperti yang
dinyatakan didalam UUK 242 dan 243, UBBL 1984.

Dato’ Pengerusi menyatakan bahawa tarikh berkuatkuasanya


semua landing door yang perlu mempunyai insulasi sekiranya tiada
lobi adalah berkuatkuasa pada Ogos 2017. Bagi pelan bangunan
yang telah diperakukan oleh JBPM pada tarikh tersebut dikecualikan

3
________________________________________________________________________________________________
Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran
4 Dialog JBPM & Profesional

2.3 Service Apartment Yang Melebihi 30 Meter

Merujuk kepada terminologi servis apartment ianya dikategorikan


sebagai Hotel dan berdasarkan kepada Jadual Kesepuluh UBBL
1984 apabila cukup syarat ianya menjadi keperluan yang perlu
diadakan. Namun begitu, pihak pemaju melalui pihak arkitek
memohon untuk mengecualikan sistem sprinkler atas alasan untuk
digunakan sebagai rumah kediaman. Buat masa kini JBPM
mensyaratkan sekiranya sistem sprinkler dipohon mestilah
mematuhi ketetapan berikut:

a. Perakuan rumah kediaman dari Pihak Berkuasa Tempatan


b. Perakuan rumah kediaman dari Arkitek -rumah kediaman
c. Perakuan Bersumpah dari Pemaju kegunaan rumah kediaman.

Dato’ Pengerusi dan ahli mensyuarat bersetuju bahawa


berkuatkuasa dari 01 Ogos 2017 sekiranya bangunan tersebut
menggunakan dan dikategorikan sebagai servis apartment yang
mempunyai ciri-ciri berikut hendaklah tidak boleh dikecualikan apa-
apa sistem dan mestilah mematuhi keperluan asal yang disyaratkan
seperti berikut:-

a. Bangunan servis apartment yang melebihi 30 meter dari aras


perkakas bomba
b. Bangunan yang bercampur dengan kegunaan komersial
secara keseluruhannya
c. Bangunan yang menempatkan sebahagiannya untuk
kegunaan komersial.

Disediakan oleh:

Abdul Khair Bin Osman


Ketua Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran
Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

4
________________________________________________________________________________________________
Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran

Anda mungkin juga menyukai