Anda di halaman 1dari 7

SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI

MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN


PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

Kaedah VAKT

Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau
pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu
berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari


ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT


(Multisensory Reading Method)

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;


V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa
rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah
pengajaran adalah sepeerti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan


- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir,
menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI
MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN
PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

v. lihat huruf (V)


vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI
MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN
PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

AMALI
KAEDAH
VAKT
SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI
MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN
PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

Latih Tubi

Latihan latih tubi merupakan kaedah instructional yang berkesan sekiranya guru dapat
menggunakannya dengan betul dan sesuai dengan perancangan pengajaran mereka,
iaitu:

- Latih tubi diberikan dalam masa singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja.

- Jumlah dan jenis latih tubi itu hendaklah bersesuaian dengan peruntukan masa dan
tahap kebolehan pelajar.

- Galakkan pelajar-pelajar merekodkan kemajuan yang diperoleh melalui setiap aktiviti


dalam latih tubi itu.

- Galakkan penggunaan latih tubi yang berbentuk permainan atau menguji kecekapan
supaya menarik minat dan tidak membosankan.

- Pastikan pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai sesuatu konsep atau
kemahiran dan ianya dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh guru.

Elakkan latih tubi yang berbentuk:

- Membosankan dan kurang menarik

- Terlalu lama dan banyak fakta yang terkandung di dalamnya

- Sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada pelajar seperti merasa tertekan,
tidak selesa atau kurang berminat mengikuti latihan tersebut.

RUJUKAN :

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2007&dt=0319&pub=DuniaPendidikan&sec=Berita&pg=be_01.htm
SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI
MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN
PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

AMALI
KAEDAH
LATIH TUBI
SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI
MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN
PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

Aktiviti Latih Tubi 1

A) ARAHAN : Mengeja suku kata KV.

1. ba 2. ta 3. ma 4. da 5. ca

6. be 7. te 8. me 9. de 10. ce

B) ARAHAN : Mengeja suku kata KV+KV

1. bola 2. kaki 3. mata 4. satu 5. beca

6. buku 7. lori 8. roda 9. raga 10. koma

C) ARAHAN : Mengeja suku kata KV + KVK + KVK, KVK + KV + KV

1. menyanyi 2. menari 3. melompat 4. membaca 5. menulis

6. membeli 7. basikal 8. selamat 9. pembaris 10. Pemadam


SALMA ZAWANI BT MOHD KHAIR JOHARI
MAZLIYANA AMALINA BT MAZLIN
PISMP PEMULIHAN 2 (JAN 09)
AMALI – PELAKSANAAN KEMAHIRAN MENGEJA

Aktiviti Latih Tubi 2

ARAHAN : Tunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar dan meminta
murid menyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna.

obla atam kubu

Minta murid membaca perkataan yang telah disusun.

bola mata buku

Anda mungkin juga menyukai