Anda di halaman 1dari 17

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 1

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 9 Julai 2013

Tahun : 3 Amanah

Bilangan murid : 23 orang

Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi

Tema : Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk : Mari Bersenam Menyihatkan Badan

Kemahiran : Murid dapat mengetahui cara-cara untuk bersenam

supaya tubuh badan menjadi sihat.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melakukan aktiviti pergerakan senaman

Standard kandungan : 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk

memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai

bahan dengan betul

Standard pembelajaran : 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik

dan bukan grafik dengan betul

Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,

murid berupaya:

i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang


betul serta memahami perkara yang dibaca
ii. Menyampaikan maklumat dalam latihan mengisi tempat
kosong dengan betul
iii. Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan
bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk
memindahkan maklumat dengan betul

Pengisian kurikulum : Ilmu – Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Nilai murni – Kebersihan fizikal dan mental, prihatin,

rasional, kerjasama

Patriotisme & Kewarganegaraan – Berbangga

sebagai rakyat Malaysia, cinta akan bahasa dan

bangsa.

Peraturan sosiobudaya – Kesantunan bahasa, laras

bahasa dan perbahasa dalam kalangan masyarakat

Malaysia.

Sains dan teknologi – Kemahiran saintifik dan

penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P

Kreativiti & Inovasi – Membangunkan dan

mengembangkan tahap potensi kreativiti dan inovasi

mengikut keupayaan individu murid

Teknologi Maklumat & Komunikasi – Penggunaan

internet dan lain-lain dapat meluaskan penerokaan ilmu

pengetahuan dalam urusan kehidupan.

Strategi Pengajaran : Kemahiran berfikir

Didik Hibur
Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Kontekstual

Kemahiran Cara Belajar

Kajian Masa Depan

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

Sistem Bahasa : Morfologi – Imbuhan awalan

Sintaksis :- Ayat terbitan atau ayat majmuk.

Bahan Sumber P&P :

(BSPP) II- Komputer dan LCD.

III- Lagu hari kemerdekaan (Jalur Gemilang & Keranamu

Malaysia)

IV- Bahan bantu mengajar (BBM)


LANGKAH KANDUNGAN/ AKTIVITI PENGAJARAN
CATATAN
/MASA ISI PELAJARAN & PEMBELAJARAN

Set Induksi i. Lagu senaman ‘IM4U’ i. Guru menunjukkan BSPP :


(5 minit) ii. Lirik lagu ‘IM4U’ video senaman ‘IM4U’  Video lagu
iii. Soalan cadangan berserta lirik lagu. senaman ‘IM4U’
1. Apakah itu ii. Guru dan murid  Lirik lagu
senaman? membuat pergerakan  Komputer riba
2. Pernahkah kamu sambil berdiri diiringi  Pembesar suara
bersenam? lagu senaman ‘IM4U’  LCD
3. Apakah tujuan kita bersama-sama.  Skrin
bersenam? iii. Guru dan murid
bersoal jawab Kaedah dan Teknik
mengenai pengalaman  Didik Hibur
membuat senaman
 Kecerdasan
pergerakan dalam lagu
pelbagai
senaman ‘IM4U’.
 Pembelajaran
iv. Murid disoal mengenai
kontekstual –
tujuan senaman
Hubungkait
dilakukan.
pengalaman
v. Guru dan murid
dalam
mengaitkan aktiviti
kehidupan
dengan tajuk
pembelajaran.
Strategi :
 Bersoal jawab
 Sumbang saran
Langkah 1 Keratan lirik lagu ‘IM4U’ i. Guru membahagikan
(15 minit) murid kepada lima BSPP :
kumpulan.  Keratan lirik
Hanya untukmu ii. Guru mengedarkan lagu
Negara yang tercinta keratan lirik lagu  Puzzle
Sentiasa denganmu kepada setiap
Demi satu Malaysia kumpulan dalam Kaedah dan Teknik
bentuk puzzle.  Pembelajaran
Berganding bahu seia iii. Murid diminta untuk koperatif
sekata mencantumkan puzzle  Pembelajaran
Kita bersatu aman untuk melengkapkan kontekstual
sejahtera keratan lirik lagu  Kemahiran
Demi Negara tercinta tersebut. interpersonal &
Kukorbankan jiwa iv. Murid diminta intrapersonal
Demi Negara dan bangsa membaca lirik lagu  Kemahiran
Kukorbankan raga yang telah siap belajar cara
(Rujuk Lampiran A) dicantum secara kelas, belajar –
kumpulan dan individu Intonasi (ayat
dalam nada yang kuat. penyata)
v. Guru membimbing
murid semasa Strategi :
melakukan aktiviti  Bersoal jawab
tersebut.
 Sumbang saran

Nilai
 Perpaduan
 Kerjasama
Langkah 2 Petikan teks dari keratan i. Guru mengedarkan BSPP
(15 minit) akhbar Metro yang kepada setiap  Petikan dari
bertajuk ‘Senaman Ubah kumpulan petikan dari keratan akhbar
Gaya Hidup’ keratan akhbar yang
bertajuk ‘Senaman Kaedah dan Teknik
Gaya hidup akan menjadi Ubah Gaya Hidup’.  Pembelajaran
lebih aktif apabila ii. Guru meminta murid koperatif
melakukan senaman membaca petikan  Pembelajaran
dalam aktiviti harian. Kita secara senyap. kontekstual
boleh memilih senaman iii. Guru membaca teks  Kemahiran
yang ringkas dan terlebih dahulu dengan belajar cara
memudahkan diri untuk nada dan intonasi yang belajar –
melakukannya……. betul. Sintaksis
(Rujuk Lampiran B) iv. Murid membaca teks (membina ayat)
secara bergilir-gilir
dengan sebutan dan Strategi
intonasi yang betul.  Bersoal jawab
 Sumbang saran

Kepelbagai Sumber
Bahan
 Akhbar

Nilai
 Kebersihan
fizikal dan
Mental
 Kerjasama
 Keberanian
Langkah 3 Penilaian i. Murid diberi lembaran BSPP
(20 minit) kerja yang berkaitan  Kad-kad
membina ayat. perkataan
Contohnya:  Lembaran kerja
 Bina ayat berdasarkan
perkataan yang telah Kaedah dan Teknik
ditampal di papan  Kemahiran
putih. menyelesaikan
 Isi tempat kosong masalah
dengan jawapan yang  Kemahiran
betul. berfikir
(Rujuk Lampiran C)  Pembelajaran
ii. Guru menyemak hasil Akses Kendiri
kerja murid.
Strategi
 Penilaian
 Pengayaan

Nilai
 Berdikari
Penutup i. Kognitif i. Murid diminta BSPP
(5 minit)  Menyoal mengenai menyanyikan lagu  Komputer riba
kebaikan senaman ‘IM4U’  Pembesar suara
bersenam. dengan penuh  LCD
ii. Sosial semangat berserta  Skrin
 Pujian atas usaha pergerakan.  Video lagu
dan kejayaan. ii. Guru akan menyoal senaman IM4U’
 Menyanyikan lagu murid tentang  Lirik lagu
senaman ‘IM4U’ kebaikan melakukan
iii. Rumusan isi pelajaran aktiviti bersenam. Kaedah dan Teknik
 Membaca dengan iii. Guru memberikan  Kemahiran
intonasi dan pujian atas sikap murid berfikir –
sebutan yang betul. yang suka melakukan Penjanaan idea
aktiviti bersenam untuk
 Kemahiran
menjaga kesihatan.
Belajar –
iv. Guru merumuskan isi
Merumus
pelajaran.
 Kajian masa
depan

Strategi
 Soal jawab

Nilai
 Kebersihan
fizikal dan
mental
 Perpaduan
 Kesyukuran
KELEBIHAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Dalam setiap Rancangan Pengajaran Harian (RPH), sudah pasti guru


mengaplikasikan kaedah dan tekinik pengajaran yang paling berkesan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung di dalam kelas. Sama juga seperti
Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang di ataas. Antara kaedah yang
digunapakai dalam langkah set induksi adalah kaedah didik hibur.

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang diperkenalkan kepada murid-


murid sebagai alternatif lain semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya
adalah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi lebih
menarik seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Menurut Dokumen Standard Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahan 1 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2012
pula, didik hibur adalah satu pendekatan di mana proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara santai dan berhibur yang terancang dan bersistematik dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Fokus pelaksanaannya adalah kepada penguasaan
kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur.

Kaedah didik hibur yang dipilih untuk digunakan ketika set induksi adalah dengan
menunjukkan video senaman ‘IM4U’ kepada murid-murid.
Dalam langkah empat iaitu langkah empat, penekanan kepada aspek penilaian
telah dipilih untk digunakan dalam RPH ini. Sejajar dengan matlamat KSSR,
penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah amat
diperlukan bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan
kepada peperiksaan. Jadi, pentaksiran melalui kaedah penilaian yang diberikan di
dalam kelas ini mampu menguji tahap kefahaman murid mengenai topik yang telah
dipelajarinya. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut
keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi
memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa
dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Justeru, antara elemen nilai
tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan
modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Rentetan daripada itu, elemen
kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan
melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran
yang mendatang. Alternatif yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengaplikasikan
elemen ini adalah dengan menggunakan teknik ………………………

Usaha untuk menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku
sekolah rendah kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat namun bukanlah
mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.

Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR.
Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat
meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan.
Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga dilihat mampu membuka
ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan
pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik
darjah sahaja.

Penekanan kepada hands-on Teaming yang menggunakan kaedah seperti


pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara kontekstual amat
diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Hal ini
kerana guru perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan
kepada murid dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad
kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran
yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid
tersebut.

Untuk memastikan murid memahami konsep perkataan suku kata terbuka dan
tertutup, guru memberikan soalan tugasan secara lisan sebagai latihan. Murid diminta
berbincang dalam kumpulan kecil yang setiap satunya dianggotai enam orang. Guru J
meminta murid berbincang dan menyenaraikan suku kata terbuka dan suku kata
tertutup dalam senarai nama buah-buahan yang diberi. Guru J juga memberi masa
untuk murid berbincang mencari jawapan. Tempoh menunggu jawapan dua minit
adalah bersesuaian dengan kebolehan dan keperluan murid termasuklah berbincang,
berfikir untuk mendapatkan jawapan. Selepas tempoh menunggu jawapan tamat, Guru
J meminta kumpulan membentang jawapan dihadapan kelas. Dalam kes ini, Guru J
meminta bantuan murid-murid lain untuk memastikan suku kata terbuka dan tertutup
dalam perkataan nama buah-buahan tempatan yakni jawapan yang diberi digolongkan
mengikut jenis suku kata yang betul.

Teknik Nyanyian

Teknik nyanyian digunakan Guru sebagai unsur didik hibur dan dijalankan di bahagian
penutup sesi P&P. Penggunaan teknik ini memberi pengalaman yang berbeza dan
menggembirakan murid apabila mereka menyanyi. Guru J menjelaskan:
”...lagi ada dalam tu didik hibur. Saya selit dengan didik hibur dalam P&P. Tu yang ada
macam menyanyi. So, bila menyanyi tu mereka enjoy. Jadi kaitkan la dengan
kemahiran ni la (merujuk kepada teknik nyanyian).

Aktiviti menyanyi diulang dua kali dan di akhir teknik ini Guru J menyoal murid soalan
umum berkaitan perasaan mereka selepas menyanyi lagu. Sebagai kesimpulan, Guru J
juga mengemukakan pendapat serta alasan yang rasional di sebalik tindakannya
mengunakan pelbagai teknik pentaksiran formatif di dalam bilik darjah, iaitu atas
beberapa tujuan. Guru J menjelaskan:

“PBS ni kena banyak aktiviti, banyak teknik la. Sebab hari-hari kita buat pemerhatian
sebab nak tengok feedback daripada murid. Nak lihat pelbagai kemahiran murid. Latih
kemahiran mereka kena banyak guna teknik. Mula-mula kenalkan set induk sebab nak
kaitkan dengan tajuk pada hari ini, guna kad gores. Bila murid dah sebutkan nama
buah-buahan maka terus kaitkan dengan tajuk dan mula ajar. Masa ajar soal sebab nak
lihat kefahaman murid. Aktiviti memadan, sebut perkataan secara kuat, latihan
memadan gambar buah-buahan dengan perkataan, perbincangan kumpulan nak latih
murid berfikir. Nyanyi tu dalam bahagian penutup”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
25 Malay Language Education Journal (MyLEJ)

“Setiap kali buat lembaran kerja atau aktiviti la, akan bagitau kat murid. ni akan buat
penilaian. Dari situ budak dah tahu. Takut tak dapat markah. Kalau murid sebelum ni
buat banyak aktiviti dia pun banyak main-main, tak serius. Yang ni (merujuk kepada
rekod pentaksiran) dibawa ke tahun enam. Mereka lebih serius la nak belajar. P&P
saya kena lebih terancang, banyak latihan. Banyak teknik sebab nak latih dan lihat
keseluruhan”.

Guru J juga berterus terang bahawa beliau turut memikirkan aras dalam soalan lisan
dan tugasan semasa membuat perancangan P&P supaya mentaksir hingga ke aras
tinggi. “Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau yang pernah tahu benda tu,
pernah lalui, pernah kenal, mereka berfikir. Set induksi aras rendah. Pertengahan
aktiviti aras tinggi ada, selalunya pelbagai aras la.” Selain itu, beliau mengaku
memperolehi maklumat pentaksiran formatif melalui pemerhatian dan mencatat
maklumat mengikut yang disarankan dalam amalan PBS, “Hari-hari kita buat
pemerhatian, dah tahu macam mana pencapaian murid, memang kita ikut la dalam
PBS tu.”

PERBINCANGAN

Rangkuman penggunaan pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam proses P&P


Bahasa Melayu Guru J masih perlu dipertingkatkan amalannya termasuklah:

1. Memastikan penggunaan pelbagai teknik tepat dan sesuai dengan tahap dan
kebolehan murid (Hall & Burke, 2003). Ini penting dalam memastikan maklumat yang
diperoleh berkaitan pembelajaran murid benar-benar refleks dengan tahap kebolehan
dan kemahiran kognitif mereka (Black & Wiliam, 1998). Begitu juga ia membantu
memastikan maklumat pentaksiran diperoleh daripada pelbagai teknik. Hal ini sangat
dituntut kerana maklumat pentaksiran perlu mempunyai kesahan konstruk yang tinggi
(Brookhart, 2009). Maklumat yang mempunyai kesahan konstruk yang tinggi
membolehkan guru membuat keputusan yang lebih tepat dan berkualiti berkaitan
pembelajaran serta dan merancang pembelajaran akan datang (Black & Wiliam, 1998).
Selain itu, guru juga boleh mendapatkan maklumat tentang kualiti pembelajaran yang
dilalui murid dan kualiti pengajaran yang guru sampaikan (Hall & Burke, 2003). Guru
perlu memastikan penggunaan teknik pentaksiran dijalankan selepas mengajar isi dan
konsep pelajaran (Fisher & Frey, 2007).

2. Guru memahami fungsi pemerhatian sebagai cara untuk mengumpul data


pentaksiran dan bukan sebagai salah satu teknik pentaksiran formatif. Ini jelas apabila
guru sendiri yang melakukan pemerhatian dan mencatat hasil pemerhatian
mengunakan borang senarai semak PBS dan membuat laporan berdasarkan data
pemerhatian tersebut.

3. Kerap mengunakan teknik soal jawab lisan dalam ketiga-tiga peringkat P&P (Black
dan Wiliam, 1998; Fisher & Frey, 2009, Stiggins, 2001). Dicadangkan guru supaya
menambah baik kualiti atau aras soalan supaya ia lebih menguji kebolehan dan
kemahiran kognitif serta menggalakkan pemikiran murid. Di
26 ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 17-30

peringkat permulaan P&P teknik soal jawab lisan digunakan untuk melihat kesediaan
murid untuk belajar, menarik perhatian murid kepada P&P, mencungkil pengetahuan
umum dan sedia ada serta memperkenalkan tajuk P&P dan pembelajaran (Black &
Wiliam, 1998). Teknik ini berjaya meningkatkan fungsi teknik kad gores, padanan,
tugasan dan perbincangan. Semasa pertengahan sesi P&P, teknik soal jawab lisan
digunakan untuk mendapat maklumat mengetahui status kefahaman semasa, menarik
penyertaan murid dalam aktiviti pembelajaran, mengekalkan perhatian murid kepada
pembelajaran, menggalakkan murid berfikir, serta meningkatkan pembelajaran murid.
Teknik soal jawab di peringkat penutup berfungsi mendapat maklumat keseluruhan
kefahaman murid. Hal ini bermakna ia digunakan sebagai mendapatkan pengesahan
bahawa murid telah melalui pembelajaran dan memperoleh pengetahuan baharu.

4. Adanya prapentaksiran yang dijalankan dalam set induksi dengan menggunakan


teknik soal jawab dan teknik kad gores. Aktiviti dalam prapentaksiran lebih tertumpu
kepada menyatakan nama buah-buahan sahaja. Guru sepatutnya turut perkenalkan
hubung kait nama buah-buahan tempatan dengan suku kata supaya turut dapat
mengesan kurang faham murid berkaitan konsep suku kata terbuka dan tertutup. Ini
penting kerana fungsi strategi prapentaksiran adalah untuk tujuan diagnos.
Menjalankan prapentaksiran mempunyai kelebihan, iaitu semua kelemahan dan salah
faham murid akan diajar semula dan kefahaman konsep akan dipertingkat melalui
proses pengajaran semasa (McTighe & O’Connor, 2005). Namun begitu, menggunakan
sumber yang dekat dengan diri murid, iaitu buah-buahan tempatan telah berjaya
membawa pemikiran murid kepada tajuk P&P.

5. Teknik nyanyian digabungkan dengan pergerakan badan dan irama, mewujudkan


pembelajaran pelbagai kebolehan. Penggunaan teknik ini kelihatan berfungsi untuk
berhibur, tetapi tidak fungsi didik. Bagaimanapun, guru hanya mendapat maklumat
berkaitan emosi dan afektif murid-murid melalui pergerakan badan, ruang, irama muzik,
interpersonal dan intrapersonal (Hamm & Adams, 2009). Senikata lagu berunsur
nasihat dan pengajaran berguna berkaitan buah-buahan tempatan boleh digunakan
oleh guru untuk pengayaan supaya murid menghayati dan memahami seni kata lagu
tersebut di samping menjana pemikiran murid ke aras lebih tinggi dengan baik bukan
sekadar fungsi hibur semata-mata.

6. Teknik menyebut perkataan secara kuat, latihan memadankan amat berkesan


apabila melibatkan penyertaan semua murid. Guru memberi soalan dan arahan yang
mudah diikuti menjadikan pembelajaran berjalan dengan baik. Teknik ini memberi
kelebihan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Namun begitu, aktiviti terlalu mudah dan kurang mencabar pemikiran murid kerana
hanya menguji pengetahuan dan kefahaman sahaja.

7. Penggunaan teknik tugasan dan perbincangan membolehkan murid mempamerkan


kefahaman dengan mengaplikasi konsep suku kata terbuka dan tertutup untuk
dihubungkan dengan nama buah-buahan. Ia turut melatih kemahiran komunikasi
kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid (Hamm

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 27 Malay Language Education Journal (MyLEJ)

& Adams, 2009). Teknik ini adalah berpusatkan murid (Cizek, 2010) dan melibatkan
penyertaan murid secara aktif (Black & Wiliam, 1998; Crooks, 1998; Hamm & Adams,
2009; Scherer, 2005; Stiggins & Chappuis, 2006) kerana merekalah yang berperanan
menjaya atau mengagalkannya. Bagaimanapun, penglibatan aktif murid dalam proses
perbincangan memudahkan mereka memahami pembelajaran dan berusaha mencapai
tujuan pembelajaran (Black & Wiliam, 1998).

8. Menggunakan teknik yang sesuai dan bertepatan dengan sasaran pembelajaran


yang ditetapkan (Brookhart, 2010; Black & Wiliam, 1998; Stiggins & Chappuis, 2006).
Bagaimanapun, fungsi setiap teknik boleh ditambah baik supaya benar-benar
memaksimumkan penggunaannya dalam usaha meningkatkan pembelajaran murid.
9. Penggunaan pelbagai teknik oleh Guru J membuktikan bahawa guru sekolah rendah
mahir menggunakan pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam usaha mereka untuk
mentaksir pembelajaran murid (Hall & Burke, 2003).

Bahagian A

Dalam konteks pengajaran asas membaca, kaedah pandang dan sebut adalah
kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi murid Tahap 1 di sekolah rendah. Menurut Khairuddin Mohamad
(2011) dalam tulisannya yang berjudul Literasi Bahasa Melayu, kaedah pandang dan
sebut merupakan kaedah di mana melibatkan dua aktiviti utama iaitu membunyikan
perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan
gambar yang mengandungi cerita. Kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid
menyebut perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah ditunjukkan gambar
atau perkataan tersebut.

Kepentingan utama yang dapat dikenalpasti melalui kaedah ini adalah kaedah ini
dapat menjimatkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang ada boleh
digunakan untuk pemahaman apa jua yang dibaca. Hal ini berikutan kerana
pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau
suku kata. Murid tidak diajar menghafal bunyi-bunyi kerana mereka akan diperkenalkan
perkataan melalui gambar terlebih dahulu dan kemudiannya barulah diajar mengenali
huruf dan suku kata. Kebiasaannya, guru akan memperkenalkan beberapa perkataan
dahulu dan menyebutnya berulang-ulang. Perkataan-perkataan tersebut disertakan
gambar dan murid belajar secara pandang (visual) untuk mengecam perkataan. Kad
perkataan boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang
dipaparkan oleh guru secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu.
Hal ini berikutan dapat mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca. Oleh itu,
jelaslah di sini bahawa kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali
seterusnya dapat menjimatkan masa murid untuk mengeja.

Sekiranya guru memilih untuk menggunakan kaedah pandang dan sebut dalam
pengajarannya, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran
dalam kaedah ini dengan sepenuhnya. Umumnya, keupayaan membaca di kalangan
kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap
hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam menyampaikan
pengajaran kemahiran membaca. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar
bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti
dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah pandang dan sebut ini adalah lebih
berkesan dan lebih memudahkan guru untuk mengajar dan murid juga murid untuk
menguasai kemahiran membaca tanpa rasa jemu untuk membaca di samping
memendekkan masa untuk mengeja kecuali bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai