Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Perubatan tradisional Cina ialah satu lingkungan amalan perubatan tradisional


yang berasal dari China. Walaupun diterima baik dalam arus rawatan ubat di serata Asia
Timur, ia dianggap sebagai suatu sistem perubatan alternatif di kebanyakan tempat dunia
barat. Amalan perubatan Cina termasuk rawatan seperti ubat herba akupunktur, terapi
diet, dan urut Tui na dan Shiatsu. Qigong dan Taijiquan juga berkaitan dekat dengan
perubatan tradisional Cina. Perubatan Cina didakwa berakar dalam pemerhatian teliti
pada alam semula jadi, kosmos, dan tubuh manusia, dan berusia beribu-ribu tahun.
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui kebaikan penggunaan perubatan tradisional
kepada masyarakat.

Wikipedia, Perubatan Tradisional Cina ,


https://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_tradisional_Cina#Kaedah_rawatan, di akses
12/11/2018
DISKUSI

Kebaikan pertama adalah kaedah rawatan akupunktur iaitu mencucuk jarum di


acupuncture point. Perbuatan tersebut merangsang pengaliran Qi iaitu tenaga tenaga
penyembuhan secara semula jadi. Akupunktur berkesan melalui meningkatkan
keupayaan yang dialami oleh pesakit strok mengurangkan rasa sakit dan kemurungan
yang dialami oleh pesakit. Mengikut kajian saintifik moden, meletakkan jarum
akupunktur pada titik tertentu yang spesifik di bahagian badan akan merangsang bahan
kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Ini akan merangsang pembebasan hormon dan
bahan kimia yang lain yang membantu dalam regulasi badan dan menukar rangsangan
kesakitan kepada perasaan yang lebih baik. Keseimbangan hormon dan bahan kimia ini
dapat membantu badan dalam proses kesembuhan dan keseimbangan emosi.

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysiadi bawah Aplikasi Perdana MSC


Telekesihatan, “Rawatan akupuntur bagi pesakit post strok” http://www
.myhealth.gov.my/rawatan-akupuntur-dalam-pesakit-post-strok/ diakses pada 12/11/2018

Kebaikan rawatan dengan kaedah perubatan cina adalah kerana kaedah rawatan
cina kebanyakan tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang berbahaya dalam rawatannya
bila dibandingkan dengan cara rawatan moden. Sebagai contoh, penyakit seperti
kecelaruan keresahan, ataupun dikenali sebagai “anxiety disorder” dalam bahasa
Inggeris, jika dirawat dengan cara moden, salah satu caranya adalah dengan pengambilan
ubat seperti “antidepressants” dan “anxiolytics”, ubat-ubat seperti ini akan memberi
kesan sampingan kepada pengguna seperti kehilangan ingatan. Tetapi kalau dilihat dari
rawatan perubatan cina, rawatan seperti akupunktur dan materia medica (menerusi
rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian) yang tidak
memberi kesan sampingan negatif seperti perubatan moden. Selain itu, rawatan
tradisional cina memberi penekanan yang berat kepada rawatan badan dan minda supaya
rawatan tersebut dikira rawatan holistik kepada pesakit.

Laporan mStar “Akupunktur Mungkin Diguna Kurangkan Sakit Semasa Pembedahan”


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/07/23/akupunktur-mungkin-diguna-
kurangkan-sakit-semasa-pembedahan/
Rawatan tradisional cina merupakan sejenis rawatan alternatif yang sebenarnya
lebih kurang berbahaya berbanding dengan ubat moden barat. Hal ini demikian, kerana
dapat mengurangkan kesakitan kepada pesakit semasa pembedahan. Idea untuk
menggunakan rawatan tradisional timbul daripada pembedahan kecil untuk membuang
nodul tiroid daripada pesakit berjaya dilakukan dengan hanya menggunakan akupunktur
dan bius yang diiktiraf di Hospital Raja Permaisuri Bainun (RPBH) di Ipoh pada tahun
2012. Kes ini juga merupakan kes yang pertama di Malaysia. Hospital bebas sakit
menggalakkan prosedur serangan kesihatan pesakit yang minimum, optimum serta
analgesia yang cukup. Oleh itu, rawatan tradisional seperti ini sebenarnya bertujuan
untuk mengawal kesakitan pesakit dengan lebih baik.

Seterusnya ialah terapi makanan Cina iaitu rawatan paling asas dalam perubatan
tradisional China untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Pelbagai jenis makanan
boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Terapi makanan ini tidak hanya untuk
merawat penyakit, tetapi juga menjaga kesihatan yang baik. Bawang putih, sebagai
contoh, boleh digunakan untuk merawat gangguan pencernaan, cirit-birit, disentri, dan
batuk kokol. Buah Hawthorn adalah baik untuk meningkatkan pencernaan, menguatkan
perut, meningkatkan peredaran darah, membersihkan darah kotor, dan memusnahkan
parasit. Grapefruit boleh meningkatkan selera makanan, mengurangkan kahak, dan
mengubati batuk. Anggur boleh meningkatkan kandungan darah. Juga merawat batuk,
berpeluh malam, sakit sendi, air kencing yang perlahan dan sakit, keletihan. Kebanyakan
makanan dan herba yang digunakan dalam terapi diet, sangat baik dan menyenangkan.

Anekatips, Terapi Makanan Cina,

http://kuchiki-of-life.blogspot.com/2011/07/terapi-makanan-cina.html di akses pada


12/11/2018
Tambahan lagi, perubatan herba Cina iaitu herba tunggal digabungkan ke dalam
rumusan-rumusan yang direkbentuk untuk digunakan pada keperluan khas pesakit
individu. Sebuah rumusan herba dapat mengandungi di mana-mana dari 3 ke 25 herba.
Contoh klasik perubatan herba Cina adalah kegunaan pelbagai cendawan, seperti reishi
dan shiitake. Herba seperti ginseng baik untuk menyihatkan tubuh badan dan sesuai
diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah lemah badan. Lingzhi iaitu sejenis
cendawan digunakan untuk meningkatkan imuniti badan manakala Da Qing Ye iaitu
sejenis daun herba yang digunakan dalam merawat penyakit selesema. Sup renehan yang
popular secara global seperti sarang burung pula bagus untuk kecantikan dan
menghilangkan batuk.

Wikipedia, Perubatan Tradisional Cina, https://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_


tradisional _Cina, diakses pada 12/11/2018.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, keberkesanan perubatan tradisional Cina sememangnya telah diperakui


sejak berkurun lamanya. Sehingga kini, biar pun begitu banyak rawatan moden yang ada,
masih ramai yang mencari Tabib Cina untuk memulihkan penyakit yang mereka hadapi.
Walau bagaimanapun, rujukan doktor di hospital juga digalakkan supaya perubatan di
luar hospital yg dijalankan tidak akan memudaratkan kesihatan.
RUJUKAN

Anekatips, Terapi Makanan Cina,


http://kuchiki-of-life.blogspot.com/2011/07/terapi-makanan-cina.html di akses pada
12/11/2018

Wikipedia, Perubatan Tradisional Cina, https://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_


tradisional _Cina, diakses pada 12/11/2018.

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysiadi bawah Aplikasi Perdana MSC


Telekesihatan, “Rawatan akupuntur bagi pesakit post strok” http://www
.myhealth.gov.my/rawatan-akupuntur-dalam-pesakit-post-strok/ diakses pada 12/11/2018

Laporan mStar “Akupunktur Mungkin Diguna Kurangkan Sakit Semasa Pembedahan”


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/07/23/akupunktur-mungkin-diguna-
kurangkan-sakit-semasa-pembedahan/

Anda mungkin juga menyukai