Anda di halaman 1dari 6

SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA

KM4 JALAN SEMABOK


75050 MELAKA

KERTAS KERJA
BULAN BAHASA MELAYU 2020

TARIKH : 1 JULAI - 31 JULAI 2020


HARI : SEPANJANG BULAN JULAI
TEMPAT : TEMPAT KEDIAMAN MURID
ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH : NOR AZIZAH BT SALLEH

TARIKH : 1 JULAI – 31 JULAI 2020


HARI : SEPANJANG BULAN JULAI ( SETIAP HARI ISNIN)
TEMPAT : RUMAH KEDIAMAN MASING- MASING

1.0 PENGENALAN

Bulan Bahasa Melayu adalah satu program aktiviti bahasa yang dijalankan serentak
dengan Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Isyarat Komunikasi sempena
Bulan Membaca. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk
memartabatkan Bahasa Melayu. Selain itu juga program ini juga bertujuan untuk
meningkatkan potensi murid dengan menambahkan kosa kata Bahasa Melayu serta
meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan yang akan
dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk melahirkan
murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini mampu memberi keyakinan
dan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah menjadi murid yang
berpengetahuan luas dan serba boleh.

Dalam norma baru ini, walaupun sekolah masih belum dibuka , program ini akan
dijalankan secara maya atau atas talian. Pembelajaran akan terus berlaku dengan
aktiviti bahasa yang menarik di rumah dengan penglibatan ibubapa dan ahli keluarga.
Ini adalah satu suntikan yang dialu-alukan yang akan memperhebatkan kreativiti dan
pencapaian murid.

2.0 RASIONAL

Meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran Bahasa


Melayu dikalangan murid-murid

3.0 MATLAMAT

“BERUSAHA, BERKOMITMEN, BERKUALITI” 2


Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran, serta
pengetahuan murid-murid di dalam Bahasa Melayu.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program adalah seperti berikut:

4.1 Menambah pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu.

4.2 Mendedahkan pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat


secara langsung atau tidak langsung.

4.3 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk semangat bekerjasama sesama


murid dan juga guru.

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

BIL TARIKH AKTIVITI SASARAN GURU


BERTANGGUNGJAWAB
1 7 /7/2020 Pertandingan LDK Pn. Norwanajriah
buku SKRAP LDS Pn. Nurhanani
TAHAP 1 Pn. Noohayati
2 14/7/2020 Pertandingan Prasekolah,Tahap1 Pn. Nor Arruliza Suzani
Bijak ejaan , Tahap 2 & LDK Pn. Rabiatuladawiah
dan LDS Pn. Nor shahirah

3 21/7/2020 Pertandingan Prasekolah,Tahap1 Pn. Nurul Hidayah


Kuiz kosa kata , Tahap 2 & LDK
dan LDS
4 30/7/2020 Pertandingan Tahap 2 Pn. Nor Azizah bt Salleh
bercerita

6.0 JAWATANKUASA INDUK

“BERUSAHA, BERKOMITMEN, BERKUALITI” 3


PENGERUSI :
En Mohd Zaki Bin Baharom (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI
Pn Noriyati Binti Kimin – GPK Kurikulum
Pn Rosnani Binti Muhammad – GPK Hem
En Muhammad Saiful Bin Saad- GPK Ko-kurikulum

PENYELARAS PROGRAM
Pn. Nor Azizah bt Salleh

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BUKU PROGRAM Pn Noorhayati bt Abd Rahim

JURUGAMBAR/DOKUMENTASI Pn. Nor shahirah bt Mokhtar


HADIAH Pn Nor Arulliza suzani bt A. Rahman
Pn Rabiatuladawiah Binti Muhammad.

7.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

Sumber peruntukan kewangan : PCG Panitia Bahasa Melayu


Baki semasa peruntukan kewangan : RM 116.00

“BERUSAHA, BERKOMITMEN, BERKUALITI” 4


BIL HADIAH ANGGARAN JUMLAH
1 X RM 13.00 = RM 10.00
1 X RM 10.00 = RM 8.00
1. Pertandingan Bercerita 1 X RM 8.00 = RM 5.00 RM 23.00

2 X RM 6.00 = RM 12.00
2. Buku Skrap 2 X RM 5.00 = RM 10.00 RM 28.00
2X RM 3.00 = RM 6.00
2 X RM 6.00= RM 12.00
3. Bijak Bahasa Wordwall 2 X RM 5.00 = RM 10.00 RM 28.00
2X RM 3.00 = RM 6.00
2 X RM 6.00 = RM 12.00
4 Bijak Kosa wordwall 2 X RM 5.00 = RM 10.00 RM 28.00
2X RM 3.00 = RM 6.00
5 Kertas A4 1X RM9.00 RM9.00
JUMLAH RM116.00

8.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

Sumber Kewangan

Penerimaan Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah Bil Perkara Jumlah

1 Sumbangan RM 116.00 1 Hadiah RM 116.00


Wang Panitia
Bahasa Malaysia

Jumlah RM 116.00 JUMLAH RM 116.00

9.0 RUMUSAN

“BERUSAHA, BERKOMITMEN, BERKUALITI” 5


Program Bulan Bahasa Melayu telah dirancang mengikut kesesuaian murid dalam
waktu PKPP tahun 2020. Pelbagai aktiviti telah disediakan dengan harapan dapat
membantu murid-murid melakukan aktiviti yang manfaat waktu PKPP Tahun 2020.

Disediakan Oleh :

.......................................
(NOR AZIZAH BT SALLEH)
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Pendidikan Khas Melaka

Disemak Oleh :

.......................................
(PN NORIYATI BINTI KIMIN)
Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK Pendidikan Khas Melaka

Disahkan Oleh :

.......................................
(MOHD ZAKI BIN BAHAROM)
Guru Besar
SK Pendidikan Khas Melaka

“BERUSAHA, BERKOMITMEN, BERKUALITI” 6

Anda mungkin juga menyukai