Anda di halaman 1dari 3

Maz Izzati, [12.11.

20 08:49]

*5 KESILAPAN PERLU DIELAKKAN SUPAYA PELANGGAN DEKAT DENGAN ANDA*

Dalam perniagaan sudah tentu pelanggan adalah antara faktor utama yang anda harus hormati dan
tahu apa kehendak pelanggan anda. Betul betul? Memang banyak perangai mereka yang perlu anda
turuti. Seperti pepatah customer is always right. Tapi kalau ada pelanggan yang jenis ‘banyak akal’,
memang sakit kepala dibuatnya.

Memang sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan untuk melengkapi kehendak pelanggan
anda ini. Namun anda sebagai usahawan dan peniaga, anda harus berusaha melengkapi kehendak
pelanggan dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu. Teruskan berusaha tanpa ada rasa putus
asa dan teruskan berjuang demi perniagaan anda.

Banyak bisnes jika kita lihat ketika ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika anda tak
pandai jaga hati pelanggan anda, tak mustahil mereka boleh cari peniaga lain. Dengan alasan, anda
tak pandai jaga pelanggan. Boleh nampak tak di sini? Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah,
jagalah pelanggan anda sebaik mungkin. Cuba lengkapkan apa yang mereka mahu.

Bagi memberi ‘pencerahan’ jelas untuk tajuk ini, jom kita sama-sama lihat apa 5 Kesilapan Perlu
Dielakkan Supaya Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda :

*1. Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih*

Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan
terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes. Tak kiralah anda berniaga secara online atau offline, ucapan terima kasih
tu perlu diucapkan dan ditaip atau ditulis kepada pelanggan anda.

Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan
datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda.
Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan
anda. Logik bukan?

*2. Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri*

Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu
tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ,
pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang
sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri
perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang
produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada
produk anda. Anda perlu tahu sedalam-dalamnya tentang produk anda itu.

Jika ada pekerja, sewajibnya anda perlu ajar dan bagi training kepada mereka untuk faham produk
anda itu. Selepas ini, anda dah tak perlu risau. Malah pekerja anda nanti akan tampak lebih yakin
untuk menerangkan secara mendalam tentang produk anda itu. Barulah pelanggan pun tak teragak-
agak untuk membeli kerana mereka yakin dengan segala maklumat yang telah disampaikan.

*3. Pilih Kasih Antara Pelanggan*

Dah ada pelanggan, jangan pulak pilih kasih yer. Jagalah pelanggan anda tak kira dia siapa. Jangan
lebihkan satu pelanggan dan tak hiraukan pelanggan yang lain. Nanti lari pulak pelanggan tu. Anda
jugak yang rugi.

Apa yang boleh anda lakukan, layan pelanggan anda dengan baik. Nak tak nak anda memang
perlukan mereka. Mereka ni juga nanti yang boleh ‘bawa mulut’ menceritakan tentang produk anda
kepada rakan-rakan dan keluarga mereka. Haa kan dah dapat promosi percuma kat situ. Jadi
hargailah pelanggan anda.

*4. Tidak Dengar Pandangan Pelanggan*

Ada pelanggan yang suka memberikan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang
anda sediakan. Memang ada di antara mereka yang annoying dalam memberikan pendapat mereka.
Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka dengan produk anda itu. Akan tetapi anda
janganlah cepat melatah atau marah ye.

Sebaiknya layan mereka dengan baik ketika mereka memberikan pandangan sesuatu produk itu.
Kadang-kadang mereka perlukan kepastian. Apa yang anda boleh lakukan, berbincang dengan baik,
dengar dan fahami masalah mereka. Dan jika boleh, seles

Maz Izzati, [12.11.20 08:49]

aikan masalah mereka ketika itu juga.

*5. Terlalu Memaksa Pelanggan Untuk Membeli*

Ini antara perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Ramai peniaga dan usahawan di luar sana kerap
melakukan kesalahan ini. Jika mahu pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan
anda, jangan memaksa mereka.

Dekati mereka dahulu, banyakkan engagement cuba tanya masalah yang mereka sedang hadapi atau
apa yang boleh anda bantu mereka. Jangan terlalu kerap gunakan ayat ‘beli’ kerana nanti pelanggan
menyampah dengan anda. Banyak kongsikan tips atau pun kongsi beberapa perkara berkaitan
dengan produk anda itu. Dapat sesuatu?

Justeru itu, anda sebagai peniaga dan usahawan haruslah menjaga pelanggan agar mereka lebih
senang dengan anda. Apabila mereka senang dengan anda maka mudah untuk mereka membeli
produk anda.

Anda harus mementingkan pelanggan kerana apabila mereka hilang kepercayaan dengan anda, anda
bakal kehilangan mereka. Dan jika kita lihat sini, platform media sosial juga turut diwujudkan bagi
menghubungkan antara anda dan pelanggan. Bukan sekadar berniaga secara offline sahaja.

Inilah pentingnya hubungan pelanggan kepada peniaga atau usahawan. Jadi jangan melakukan
kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang
anda mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan anda.

Anda mungkin juga menyukai