Anda di halaman 1dari 1

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Adalah tanggungjawab kita semua dalam melestarikan alam sekitar. Alam ini bukan milik kita
dan setakat ini sahaja. Kita berkongsi hidup dengan pelbagai makhluk lain dan saling
bergantung antara satu sama lain dari sejak Nabi Adam hinggalah ke hari kiamat nanti.
Sebelum itu, perlu kita fahami akan maksud melestarikan alam sekitar? Menurut Kamus Dewan,
lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Maka, melestarikan alam sekitar
bermaksud, kita membiarkan atau memelihara alam sekitar supaya kekal seperti sediakala.
Oleh itu apakah yang harus kita lakukan untuk melestarikan alam sekitar ini agar ianya terus
kekal dan dapat dinikmati sehingga ke masa depan untuk generasi akan datang?
Ianya bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi setiap individu harus punya rasa
tanggungjawab dan sama-sama terlibat dalam melestarikan alam sekitar. Apakah yang boleh
kita sumbangkan? Mari kita lihat beberapa cara dan aktiviti mudah yang boleh kita lakukan
sebagai tanggungjawab bersama untuk melestarikan alam sekitar ini:
1. Kurangkan pembuangan bahan buangan.
2. Kurangkan pencemaran udara.
3. Elakkan pembaziran tenaga.
4. Jangan Membazir.
5. Kurangkan penggunaan barangan pakai buang
6. Guna sumber tenaga kurang cemar.

Kita hidup dimuka bumi ini sebagai khalifah yang menjaga dan memelihara alam ini sambil
menggunakan segala sumber yang ada dengan bermanfaat dan bijaksana.

Allah S.W.T berfirman: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya).
Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula
dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu)
untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (Surah An-Naziaat ayat 30-33)

Allah S.W.T berfirman: “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan
tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” (Rum:41)

Anda mungkin juga menyukai