Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI PENGUKUHAN

Soalan SPM sebenar : Peribahasa

SPM NOV 2004


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling


membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan
menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada
sesiapa pun yang untung. Sebaliknya mereka akan kehilangan segala-galanya.
[6 markah]

SPM NOV 2005


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.
[6 markah]

SPM NOV 2006


Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa dan kata-kata hikmat
yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi.

Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa
yang betul.

Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap
(i)
masa dan keadaan, kerana _________________________.

Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam


mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
__________________________.
(ii) .

Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
(iii)
kritikan dengan lebih berkesan kerana _____________________.

[6 markah]
SPM NOV 2007
Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Bahasa Jiwa Bangsa

(ii) Bagai dakwat dengan kertas.

(iii) Seperti air dalam kolam.


[6 markah]

SPM NOV 2008


Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh.


(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
[6 markah]

SPM NOV 2009


Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan
(i)
budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu ______________.

Syafik Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak,
berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk
(ii)
membangunkan negara, bak kata peribahasa ____________________.

Syafik Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
(iii)
sebanyak-banyaknya kerana ______________________.

[6 markah]
SPM NOV 2010
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang
(i)
erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _______________________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ______________.
(ii) Sebagaimana yang diketahui, resipi kejayaan
seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan
pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila
(iii)
bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana __________________.
[6 markah]

SPM NOV 2011


Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan.


(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.
[6 markah]

SPM NOV 2012


Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Membaca jambatan ilmu.


(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
[6 markah]

SPM NOV 2013


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai