Anda di halaman 1dari 8

UART WIRELESS TRAINER” DIKAWAL MELALUI APLIKASI

Gauri Birasamy1, Juliah Sulaiman2, Hashamiza Haruddin3, Siti Mariam4


Email : b.gauri@ptsb.edu.my; juliah@ptsb.edu.my; hashamiza@ptsb.edu.my; siti.mariam@ptsb.edu.my

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim,
Kedah, Malaysia

Abstrak

Di era industri 4.0, semua peralatan, informasi dan sebaginya adalah dikawal secara elektronik dan secara
jarak jauh.. Sehubungan dengan itu, pelajar – pelajar politeknik perlu didedahkan dengan asas teknologi
tersebut. Dari itu, satu trainer yang diberi nama “UART WIRELESS TRAINER” telah dibangunkan untuk
membantu pelajar memahami konsep tersebut bagi membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam Kursus DEC5052, DEE5081 dan DEE6092.Dari kursus tersebut,pelajar perlu
merekabentuk aplikasi yang melibatkan perkakasan dan perisian. Namun dengan kelemahan dalam asas
teori,bermasalah untuk membina litar di atas protoboard antara faktor yang menjejaskan perancangan
masa dan membantutkan perlaksanaan projek berdasarkan jangkamasa yang ditetapkan .Ini akan
menyebabkan peningkatan kos projek. Selain itu, pelajar akan mula tertekan kerana kesuntukan masa dan
mempengaruhi tahap keyakinan pelajar dimana akhirnya projek yang dihasilkan oleh pelajar tidak
mencapai objektif yang ditetapkan. Bagi mengatasi masalah ini, trainer ini direkabentuk. Trainer iaitu alat
bantu mengajar yang menunjukkan perbezaan konsep penghantaran dan penerimaan isyarat untuk
kegunaan aplikasi tanpa wayar iaitu ZigBee, Radio Frequency (RF) dan Bluetooth. Pelajar dapat menguji
pemahaman para pelajar selepas menjalani kelas teori berkaitan dengan pengatucaraan bagi projek yang
menggunakan aplikasi tanpa wayar iaitu ZigBee, Radio Frequency (RF) dan Bluetooth. Di samping itu,
mereka juga boleh menguji litar yang direkabentuk secara real time selepas ujian simulasi menggunakan
trainer ini sebelum projek sebenar dibangunkan. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menjimatkan
masa penghasilan projek dari sudut pengujian litar dan aturcara dan juga meningkatkan tahap keyakinan
pelajar dalam membangunkan sebuah projek yang baik dalam masa yang di tetapkan. Disamping itu, ia
juga membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan menarik.
Trainer ini dibangunkan dengan satu aplikasi dimana trainer itu boleh dikawal menggunakan aplikasi
tersebut melalui tanpa wayar. Contoh kawal yang terdapat dalam trainer ialah menghidupkankan dan
mematikan diod pemancar cahaya, lampu mentol yang menggunakan bekalan 240V dan memusingkan
motor. Manakala, bahagian masukan pula diletakkan sensor pengesan cahaya dan haba. Selain itu, terdapat
skrin paparan untuk menunjukkan suhu dan keamatan cahaya yang dikesan melalui sensor. Dengan
adanya, trainer ini pelajar dapat menguji pengaturcaraan mereka sebelum digunakan dalam projek sebenar.

Kata kunci : Trainer, Komunikasi tanpa wayar, aplikasi telefon

1.0 PENGENALAN
Di era industri 4.0, semua peralatan, informasi dan sebaginya adalah dikawal secara elektronik dan secara
jarak jauh Sebagai contoh Sistem Rumah Pintar telah menjadi biasa di era teknologi ini terutama dengan
pertumbuhan pesat di Internet. Terdapat pelbagai sistem rumah pintar dengan teknologi yang berbeza yang
telah dilaksanakan yang ada objektif yang berbeza. Kebanyakan mereka didasarkan pada aplikasi android
yang menyediakan antara muka pengguna untuk memantau dan mengawal rumah mereka dari jauh. Kerja-
kerja sebelumnya mengenai pelaksanaan rumah pintar termasuklah penggunaan aplikasi android yang
berkomunikasi dengan pemproses berasaskan ARM melalui rangkaian GSM (Global System for Mobile
Communications) dan mengawal peralatan elektrik di rumah melalui frekuensi radio.
Selain itu, terdapat juga sistem berasaskan Arduino yang menggunakan Zigbee tanpa wayar dan kabel dan
juga bluetooth. Sehubungan dengan itu, pelajar – pelajar politeknik sekarang perlu didedahkan dengan asas
teknologi tersebut. Dalam kursus DEC5052, DEE5081 dan DEE6092 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pelajar
diwajibkan untuk menghasilkan projek, dimana pelajar perlu merekabentuk projek yang melibatkan
perkakasan dan perisian. Projek tersebut merangkumi tiga komponen iaitu elektrik dan elektronik, mekanikal

1588
serta perisian. Bagi komponen elektrik dan elektronik, ia melibatkan penghasilan litar dan pendawaian projek.
Komponen mekanikal terdiri daripada rekabentuk mekanikal seperti bahagian yang bergerak dan badan
projek itu sendiri. Komponen perisian pula adalah bahagian pengaturcaraannya dan pembinaan aplikasi
Android.

Oleh itu, UART trainer dan Trainer app direkabentuk. Trainer iaitu alat bantu mengajar yang menunjukkan
perbezaan konsep penghantaran dan penerimaan isyarat untuk kegunaan aplikasi tanpa wayar iaitu ZigBee,
Radio Frequency (RF) dan Bluetooth. Manakala Trainer app pula untuk membaca dan mengawal sensor haba,
sensor keamatan cahaya, led, kipas dan mentol menggunakan teknologi bluetooth. Dengan ini, pelajar dapat
menguji pemahaman pelajar selepas menjalani kelas teori berkaitan dengan pengatucaraan bagi projek yang
menggunakan aplikasi tanpa wayar iaitu Bluetooth. Di samping itu, mereka juga boleh menguji litar yang
direkabentuk secara real time selepas ujian simulasi menggunakan trainer ini sebelum projek sebenar
dibangunkan.

UART trainer terdiri daripada papan Arduino sebagai otak bagi trainer ini. Ia menyimpan program yang
diprogramkan oleh pengaturacara. Bahagian masukan pula terdiri daripada modul sensor keamatan cahaya dan
modul sensor suhu dan bahagian keluaran trainer mempunyai diod pemancar cahaya (LED), kipas dan Mentol
yang menggunakan bekalan 240V serta Liquid Crystal Display (LCD). Rajah 1 menunjukkan gambarajah
blok bagi UART trainer.

2.0 PENGOPERASIAN
Pengoperasian trainer terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).
Bahagian perkakasan ialah bahagian papan litar bercetak yang disambungkan dengan komponen seperti
sensor, geganti, arduino, bluetooth modul, kipas, led , LCD dan mentol dimana ia akan beroperasi setelah
mendapat arahan daripada antaramuka Trainer di telefon bimbit melalui teknologi bluetooth. Perisian pula
ialah antaramuka trainer yang menghantar arahan atau menerima infomasi daripada arduino di trainer.

2.1 PERLAKSANAAN PERKAKASAN TRAINER


Sistem kawalan pusat, Arduino dihubungkan dengan modul Bluetooth HC-06. PIN analog 0 dan 1 sebagai
input dari modul sensor suhu LM35 dan modul sensor keamatan cahaya masing-masing. Sensor haba akan
mengesan suhu manakala sensor keamatan cahaya akan mengesan keamatan cahaya. Bacaan daripada kedua-
dua sensor akan dipaparkan pada LCD serta Trainer app.

Rajah 1: Gambarajah Blok Sistem Direkabentuk

LCD
LIGHT SENSOR
LED
ARDUINO ON/OF
FAN (12V)
TEMPERATURE F
SENSOR
RELAY BULB (240V)

MiT Application

Sementara itu, pin digital 4, 7 dan 8 diisytiharkan sebagai output untuk LED (Light Emitting Diode) dan kipas
masing-masing. PIN digital D0 dan D1 Arduino disambungkan kepada Rx (Receive) dan Tx (Transmit) lalu ia
disambungkan kepada Tx modul Bluetooth dan Rx modul Bluetooth. Manakala, LCD (Liquid Crystal
Display) pula disambungkan dengan arduino pin digital D2 hingga D7. Litar skematik trainer ditunjukkan
dalam rajah 2 dan prototaip trainer dalam rajah 3.

Peranti geganti disambungkan pada pin D11 dan D12, keluaran relay disambungkan pada kipas yang
menggunakan bekalan 12V arus terus (DC) dan satu peranti geganti lagi pada mentol yang menggunakan

1589
240V arus ulang-alik (AC). Ini untuk menunjukkan cara sambungan bagi aplikasi yang menggunakan jenis
bekalan yang berlainan.

Rajah 2: Litar skematik trainer

Rajah 3: Prototaip trainer

2.2 PELAKSANAAN TRAINER APLIKASI

Dalam makalah N.Sriskanthan and Tan Karande, (2002) dan Baris Yuksekkaya (2006), modul Bluetooth
HC-06 yang mempunyai kekerapan operasi 2.4 hingga 2.485GHz dan liputan rantau 30 kaki digunakan.
Modul HC-06 dipasangkan dengan arduino pada UART trainer dan simbol bluetooth perlu ditekan di
antaramuka Trainer App seperti dalam rajah 5. Selepas ditekan, senarai bluetooth akan dikeluarkan. Pilih
bluetooth “itead” untuk disambungkan dengan trainer. Setelah bluetooth disambungkan akan menunjukkan
paparan “CONNECTED” berwarna hijau seperti dalam rajah 6. Selepas itu perintah itu boleh dihantar ke
modul Bluetooth HC-06 melalui telefon bimbit menggunakan aplikasi Trainer yang dibangunkan seperti
dalam rajah 5 . Sebagai contoh menekan simbol Kipas untuk mengaktifkannya.

Rajah 5 : Antaramuka Trainer App

1590
Maka, keluaran modul Bluetooth diambil dari terminal penerima (receiver, Rx) yang selanjutnya diberikan
kepada Arduino pengawal. Pengawal memeriksa arahan output dan menghidupkan port sepadan. Ia akan
menghidupkan (ON) kipas seperti dalam rajah 7, dan simbol kipas perlu ditekan semula bagi mematikannya
(OFF). Begitu juga bagi menghidup dan mematikan peralatan yang lain.Modul HC-06 Bluetooth ditunjukkan
dalam Rajah 8. Dalam artikel ini hanya lima peralatan dikawal sepenuhnya oleh modul terpusat. Penggunaan
juga boleh diperluaskan kepada lebih banyak peralatan menggunakan Telefon Android.

Rajah 6 : Trainer App telah “connected” dengan trainer

Rajah 7 : Menghidupkan kipas

Rajah 8 : HC-06 Bluetooth

3.0 THE MASSACHUSETTS INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MIT) APP INVENTOR

Aplikasi android telah dibangunkan menggunakan Inventor App Institut Teknologi Massachusetts yang
pada asalnya disediakan oleh Google. MIT App Inventor adalah alat pengaturcaraan berasaskan blok yang
membolehkan semua orang untuk program dan reka bentuk aplikasi untuk peranti berasaskan Android. Oleh
kerana ia adalah pengaturcaraan berasaskan blok, pengaturcara tidak perlu mengingati pengekodan atau
sintaks dan tidak perlu bimbang tentang ralat sintaks. Ini berkesan menjimatkan masa secara bertulis dan

1591
debug kod. The MIT App Inventor adalah sangat user-friendly namun ia adalah perkhidmatan berasaskan web
sehingga sebuah akaun Google diperlukan untuk mengakses.

MIT App Inventor 2 adalah platform paling ideal untuk membangunkan aplikasi untuk mengawal trainer
yang dibangunkan. Platform ini bebas untuk digunakan dan mudah dipelajari, walaupun bagi mereka yang
mempunyai pengalaman yang sangat sedikit dalam pengaturcaraan. MIT App Inventor 2 adalah dalam gaya
editor blok: bukannya menulis garis kod dalam cara radikal, merancang dan mereka secara blok untuk
mewakili fungsi dan pembolehubah. Setiap segmen kod bermula dengan syarat yang diberikan oleh "ketika"
blok, dan terus dengan "mendapatkan" blok, atau "set" blok-apa aplikasi akan dilakukan apabila keadaan
"ketika" dipenuhi. Setiap blok "apabila", "mendapat", dan "ditetapkan" adalah khusus bagi setiap komponen;
sebagai contoh, butang mempunyai "apabila Button1.Click", keadaan "ketika" yang benar ketika butang
diklik12. Dalam rajah 9 menunjukkan langkah-langkah dalam pembinaan trainer app.

(a) Projek baru


(b) Rekabentuk Antaramuka Trainer

(c) Paparan skrin Block (d) Pilih blok

(e) Paparan skrin Block

Rajah 8: Langkah- langkah membina trainer app

Mula-mula perlu membuka perisian MIT, buka projek baru, dan memberikan nama projek tersebut.
Selepas itu, akan keluar paparan seperti rajah 9(a), pada sebelah bucu atas sebelah kanan terdapat dua butang
iaitu butang design dan blocks. Pada paparan “design” ini perlu meletakkan butang, label, nama-nama
mengikut rekabentuk masing-masing. Dalam apikasi ini, boleh juga meletakkan gambar-gambar, gambar
latarbelakang dan sebagainya untuk mencantikan lagi rekabentuk. Setelah selesai, paparan akan kelihatan
seperti dalam rajah 9(b). Bahagian rekabentuk antaramuka telah selesai, lepas itu, tekan butang blocks pada
bahagian atas penjuru kanan, akan terpapar skrin kosong seperti rajah 9(c) dimana semua butang dan label
serta sambungan bluetooth ada pada skrin blocks yang dilabelkan bulatan merah.

1592
Seterusnya, cara untuk memasukan pengaturcaraan bagi butang dan label diilustrasikan dalam rajah 9(d)
dan menunjukkan pemilihan butang dan pilihan-pilihan blok. Pemilihan blok berdasarkan pada kesesuaian.
Blok-blok ini adalah pengaturcaraan dan pengaturcaraan ini akan dihantar ke trainer untuk menghasilkan
keluaran yang dikehendaki oleh pengarturcara. Akhirnya, skrin blocks akan kelihatan seperti rajah 9(e).
Simpan projek ini dan perlu menghasilkan bar kod untuk app. Bagi menghasilkan app, pengaturcara perlu
mewujudkan kod APK (Android Package). Pakej Android (APK) adalah format fail pakej yang digunakan
oleh sistem pengendalian Android untuk pengedaran dan pemasangan aplikasi mudah alih dan middleware.
Fail APK adalah serupa dengan pakej perisian lain seperti APPX dalam pakej Microsoft Windows atau Deb
dalam sistem operasi berasaskan Debian seperti Ubuntu.
Untuk membuat fail APK, satu program untuk Android pertama kali disusun, dan kemudian semua
bahagiannya dibungkus ke dalam satu fail. Fail APK mengandungi semua kod program itu (seperti fail .dex),
sumber, aset, sijil, dan fail nyata. Sama seperti banyak format fail, fail APK boleh mempunyai apa-apa nama
yang diperlukan, dengan syarat nama fail itu berakhir dengan ".apk". bagi mewujudkan APK fail, tekan build
dan pilih App(provide QR code for .apk) seperti dalam rajah 10(a). Dalam Rajah 10(b) , memaparkan
pemprosesan data untuk menghasilkan kod .apk. seperti rajah 10(c). Setelah selesai proses, maka akan papar
bar kod yang perlu diimbas menggunakan telefon bimbit. Kod tadi akan memasukan segala program berkaitan
trainer ke dalam telefon dalam bentuk aplikasi trainer dan menghasilkan shotcut trainer pada skrin telefon
seperti paparan pada rajah 10(d). Apabila tekan trainer app, akan terpapar paparan seperti rajah 10.

(a) Build APK kod (b) Kod Pengimbas untuk sambungan trainer

(c) Build BAR kod (d) Shortcut trainer app di telefon


Rajah 10: Pembinakan BAR kod

4.0 KELUARAN

Aplikasi yang direka diuji dengan komponen perkakasan dan hasil yang dilihat adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3. Rajah 5 menunjukkan skrin pengguna di mana pengguna boleh maka menekan
symbol bluetooth untuk mengakses melalui Bluetooth. Jika Bluetooth dipilih, skrin Bluetooth akan muncul
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Di skrin ini, kita boleh menghidupkan atau mematikan semua dua
sensor, suis LED, kipas, mentol dan dengan itu memantau status keluaran LCD. Apabila sensor Haba dipilih,
maka ia akan paparkan suhu yang dikesan oleh sensor pada LCD di trainer dan juga pada trainer app di telefon
bimbit seperti rajah 11. Begitu juga bagi sensor keamatan cahaya, bacaan keamatan cahaya akan dipaparkan
pada LCD dan trainer app di telefon seperti rajah 12 .

1593
Rajah 11: Bacaan suhu akan dipaparkan pada trainer app di telefon

(a) paparan LCD (b) Paparan di trainer app

Rajah 12: Bacaan keamatan cahaya akan dipaparkan pada LCD dan trainer app di telefon

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, trainer ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk mengenali konsep industri 4.0 dan
pengaturcaraan serta penghasilan sesuatu projek yang melibatkan penghantaran data secara tanpa wayar.
Disamping itu, pelajar boleh mempelajari kaedah penghasilan aplikasi telefon. Mereka juga boleh menguji
litar yang direkabentuk secara real time selepas ujian simulasi menggunakan trainer ini sebelum projek
sebenar dibangunkan. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menjimatkan masa penghasilan projek dari
sudut pengujian litar dan aturcara dan juga meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam membangunkan
sebuah projek yang baik dalam masa yang di tetapkan. Disamping itu, ia juga membantu pensyarah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan menarik. Untuk mencapai ini, peranti Bluetooth
hantar isyarat yang sangat lemah, menghalang gangguan dengan sistem lain. Walaupun ini mengehadkan
berkisar hingga kira-kira 10 meter, ia memberikan cukup julat untuk trainer. Cadangan masa depan ialah
teknik bluetooth digantikan dengan teknik wifi dimana jarak penghantarannya lagi jauh dan boleh digunapakai
untuk banyak aplikasi masa depan.

1594
Reference

Baris Yuksekkaya, A. Alper Kayalar, M. Bilgehan Tosun, M. Kaan Ozcan, and Ali Ziya Alkar, 2006. A GSM,
Internet and Speech Controlled Wireless Interctive Home Automation System. IEEE Transac-tions on
Consumer Electronics, Vol. 52, Issue 3, pp. 837-843.

Einzigartig, A. 2017 http://www.instructables.com/id/Smart-BT-Door-Locksimple-Arduino/[18 October


2017]
Kannapiran, S. Arvind, C. 2017. A Novel Home Automation System using Bluetooth and Arduino.
International Journal of Advances in Computer and Electronics Engineering Volume: 02 Issue: 02,
February 2017, pp. 41 – 44

How It Works,” Bluetooth, <http://www.bluetooth.com/Pages/How-It-Works.aspx [19 July 2014]


“How Bluetooth cuts the cord,” TechTarget, March 2005,
http://searchmobilecomputing.techtarget.com/feature/How-Bluetooth-cuts-the- cord [19 July 2014]

https://eeeproject.com/arduino-and-bluetooth/[3 June 2017]


Mahesh, N. J. 2014. GSM Based Home Automation System Using App-Inventor for Android Mobile Phone.
International Journal of Advanced Research in Electrical, Electronics and Instrumentation Engineering.
Vol. 3, Issue 9, September 2014

Martyn, C. 2015 http://www.martyncurrey.com/hc-05-fs-040-state-pin/[25 July 2015]


N.Sriskanthan and Tan Karande, 2002. Bluetooth Based Home Automation Systems. Journal of Micro-
processors and Microsystems, Vol.26, pp. 281-289.

Perdikuri, K. 2014. Students’ Experiences from the use of MIT App Inventor in classroom. Slaid. Greece

Sarmla, T Saravanan, S. Umayal, Pratap, N. 2016. Android based Smart House Control via Wireless
Communication. International Journal of Scientific Engineering and Technology. Vol.No.5 Issue No.5,
pp: 323-325

1595

Anda mungkin juga menyukai