Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Dalam bahasa Yunani dan Latin Falasi membawa maksud “sesat berfikir”.

Perkataan falasi berasal daripada perkataan Fallacial atau Falacy dalam bahasa

Yunani dan Latin. Dalam bahasa Inggris juga Fallacy (False reasoning or argument)

yang bermaksud kesalahan berargumentasi. Yang dimaksudkan dengan kesalahan

adalah pemikiran yang menyesatkan. Menyesatkan kerana ianya nampak benar tetapi

sebenarnya salah. Falasi juga boleh didefinisikan sebagai kepalsuan atau kedustaan.

Manakala dalam konteks pemikiran, falasi merujuk kepada kesilapan pada cara

berfikir atau rumusan yang tersilap (salah berfikir). Kesimpulanya, boleh dirumuskan

falasi ialah kesilapan dalam cara berfikir atau memahami mesej yang disampaikan

sehingga menyebabkan berlakunya tanggapan yang salah. Terdapat pelbagai jenis

falasi. Antaranya ialah, falasi kejahilan, falasi Ad-hominem, falasi syarat wajib dan

syaray mencukupi, falasi Domino dan falasi Hitam-Putih.

Pemikiran pula ialah proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan

aktiviti mental dan otak. Menurut Dewey (1933) pemikiran boleh dedifinisikan

sebagai perilaku menyelesaikan masalah, konsep Dewey tentang pemikiran

menekankan kemungkinan manusia akan mula berfikir sebagai permulaan untuk

menyesuaikan diri kepada persekitaran yang sukar. Manakala, menurut Mayor (1977)

pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku

dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan

masalah. Frankel (1980) pula ada menyatakan pemikiran adalah pembentukan idea-

idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat-maklumat dalam

bentuk tertentu. Pemikiran menurut Chaffe, 1998 pula ialah suatu proses luar biasa

yang digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. pemikiran

manusia telah berkembang sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekiaran

1
yang susah. Berfikir adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan

menggunakanya sebaik mungkin. Oleh kerana minda diproses untuk bekerja bagi

menghasilkan corak-corak konsep yang ditetapkan menyebabkan kita tidak dapat

menggunakan sepenuhnya maklumat baru, kecuali dengan mengatur semula corak-

corak pemikiran lama dan mengemaskinikanya. Proses pemikiran akan terjadi apabila

minda kita terdorong oleh usaha untuk mencari penyelesaian masalah atau membuat

kesimpulan tentang sesuatu.

Pelakor adalah akronim bagi perkataan perampas lelaki orang. Perkataan ini

dicipta khas untuk perempuan yang merampas lelaki yang telah berumah tangga

seterusnya mengganggu keharmonian rumah tangga orang lain. Pada zaman kini, kes

penceraian rumah tangga semakin meningkat. Hal ini terjadi disebabkan pelbagai

faktor, antara punca utama kegagalan rumah tangga adalah disebabkan kehadiran

orang ketiga. Merampas lelaki orang seakan-akan ‘trend’ pada masa kini. Sebelum

ini, perampas lelaki orang dikenali dengan nama PIL iaitu singkatan bagi perempuan

idaman lain. Namun, mengikut peredaran zaman perkataan ini telah diubah menjadi

“Pelakor”. Wujudnya perkatan baharu yang mempunyai makna yang hampir sama

dengan perkataan sebelumnya membuktikan bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu

yang baru.

2
ISI-ISI PEMIKIRAN DAN FALASI

Pemikiran Reaktif

Pemikiran reaktif bermaksud tindak balas spontan terhadap sesuatu yang

berlaku. Ianya berlaku disebabkan kerana keadaan emosi yang tidak stabil.

Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang

mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara. Pemikiran ini tidak berfikir secara

kritikal, strategik ataupun kreatif. Pemikiran reaktif juga bermaksud jikalau tidak ada

apa-apa berlaku, seseorang itu tidak ada alasan untuk mula berfikir. Dia menunggu

sehingga ada peristiwa, kejadian, idea, usul ataupun perkara-perkara yang dibaca.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan pemilik facebook telah menggunakan jenis pemikiran

reaktif. Hal ini demikian kerana, beliau telah memberi komen spontan mengikut

emosi tanpa berfikir secara kritikal atau serius. Beliau juga membuat kesimpulan

yang tidak rasional kerana tidak memikirkan isu tersebut dengan mendalam dan tidak

berfikir secara analitikal.

3
Pemikiran Positif

Pemikiran positif ialah keupayaan mengenal pasti kebaikan, kegunaan dan

kemanfaatan apa-apa perkara. Objektifnya ialah untuk mengenal pasti yang baik,

yang berguna, yang dapat dilaksanakan yang mendapat faedah, bermanfaat dan

berjaya. Pemikiran positif dilakukan dengan kesedaran. Dalam keadaan apa pun tidak

kira dalam situasi baik mahupun buruk kebaikan tetap wujud. Dengan itu idea yang

lemah tidak akan ditolak kerana kelemahannya, tetapi akan dipilih bahagian yang

munasabah dan ditolak bahagian yang tidak munasabah.

Rajah 2

Berdasarkan rajah 2, menunjukkan pemilik facebook ini menunjukkan ciri-ciri

pemikiran positif. Hal ini demikian kerana, beliau memandang masalah yang dihadapi

dari sudut positif. Dalam komen tersebut, beliau mengatakan jodoh adalah ketentuan

tuhan. Allah adalah sebaik-baik perancang, segala ujian yang telah berlaku

mempunyai hikmah disebaliknya. Beliau telah berfikir baik dengan mengatakan

walaupun jodoh dengan suami tidak berpanjangan, kemungkinan jodoh yang bakal

datang akan berpanjangan.

4
Pemikiran Emotif

Pemikiran emotif berasaskan penggunaan pelbagai emosi sebagai teras dalam

menentukan pendapat dan keputusan. Emosi positif dan negatif digunakan untuk

menjawab persoalan apa dan mengapa sesuatu itu wujud atau terjadi.

Rajah 3

Berdasarkan rajah 3, jelas menunjukkan pemilik facebook telah menggunakan

pemikiran emotif. Hal ini demikian kerana, dalam komen beliau telah menjawab

persoalan dengan menggunakan emosi yang negatif tentang mengapa lelaki akan

meninggalkan perempuan setelah melakukan seks bersama. Beliau memberi

tanggapan bahawa kebanyakan lelaki akan lepas tangan terhadap wanita kerana,

sekiranya perempuan tersebut mengandung, anak yang dikandungnya adalah anak

yang tidak sah taraf maka tidak menjadi dosa jikalau lelaki tersebut tidak memberi

nafkah kepada anak itu.

5
Falasi Kejahilan

Falasi kejahilan atau dalam bahasa Latinnya Argumentum atau Ignorantium.

Falasi ini juga dikenali sebagai "falasi bukti negatif" atau "falasi memindahkan beban

pembuktian". Falasi ini merujuk kepada perbuatan seseorang yang mengatakan dan

mempertahankan ideanya tanpa mempunyai bukti yang kukuh dan sahih. Falasi ini

salah kerana menganggap bahawa "tidak ada bukti" ialah "bukti": tidak ada bukti

(yang dapat menentang ideanya) ialah bukti (bahawa ideanya betul). Falasi ini

mengatakan sesuatu perkara itu betul kerana tidak ada bukti yang perkara itu salah.

Contohnya ayat, oleh sebab tidak ada orang yang membuat kritikan negatif terhadap

puisi saya, maka semua orang berpuas hati dengan puisi saya".

Rajah 4

Berdasarkan rajah 4, falasi kejahilan telah digunakan pemilik facebook dalam

komennya di facebook. Falasi ini merujuk kepada seseorang yang mengeluarkan idea

tanpa sebarang bukti yang kukuh dan sahih. Contohnya di dalam komen beliau telah

menyatakan suami si isteri terbabit telah bercerai disebabkan orang ketiga atau

“pelakor”. Dia juga turut memberi komen bahawa, si pelakor merampas suami si

isteri semata-mata ingin mendapatkan duit.

6
Falasi Domino

Falasi ini juga dikenali sebagai falasi lereng licin. Ibarat kalau kita jatuh sedikit di

lereng licin, kita akan terus jatuh tanpa dapat ditahan lagi. Falasi jenis ini bermaksud

mengandaikan sesuatu tanpa bukti-bukti sahih, kita mengandaikan suatu kejadian

akan diikuti oleh suatu kejadian lain dan akhirnya menghasilkan akibat tertentu. Kita

menganggap ramalan adalah fakta. Contohnya bak kata pepatah Melayu, siakap

senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Rajah 5

Berdasarkan rajah 5, falasi domino digunakan oleh salah seorang pemilik

facebook dalam komen beliau yang menyatakan bahawa setelah si perampas suami

orang atau pelakor menjadi isteri kedua, beliau mengandaikan pelakor ini akan

meminta pendapat KRT (Kisah Rumah Tangga) untuk menyelesaikan masalah rumah

tangganya. Falasi domino kerana, beliau mengandaikan sesuatu tanpa bukti yang

sahih dan diikuti dengan ramalan tentang sesuatu kejadian yang bakal terjadi

sekiranya seseorang itu menjadi isteri nombor dua.

7
Falasi Hitam-Putih

 Falasi ini sering diamalkan oleh mereka yang berfikir mengikut perasaan.

Golongan yang berfikiran falasi hitam-putih ini tidak berfikir secara objektif.

Mereka hanya nampak hitam atau putih, tiada kelabu. Mereka menganggap

semua perkara dapat dibahagikan dengan jelas. Falasi ini hanya memberi dua

pilihan dalam kehidupan sedangkan sebenarnya kita mempunyai banyak

pilihan dalam hidup. Contohnya ayat, kalau tidak dapat masuk universiti maka

gelaplah masa depan adik.

Rajah 6

Berdasarkan rajah 6, dilihat penggunaan falasi hitam putih dapat dikesan

dalam komen pemilik facebook tersebut. Ini kerana, beliau merasakan menjadi janda

adalah penamat bagi segala-galanya terutama kepada kaum wanita. Hal ini demikian

kerana, seorang perempuan yag bergelar janda tidak mampu berdikari kerana tidak

mempunyai simpanan dan sebagainya. Ini menepati ciri-ciri falasi hitam putih kerana

falasi ini hanya memberi dua pilihan dalam kehidupan yang pada hakikatnya kita

mempunyai banyak pilihan dan berhak dalam memilih kehidupan yang kita mahukan.

Menjadi janda bukanlah penamat bagi sebuah kehidupan, malah sebaliknya terdapat

8
juga perkahwinan yang tidak bahagia. Justeru itu, jadikan ia satu permulaan hidup

yang baru.

KESIMPULANYA

Kesimpulanya, terdapat pelbagai jenis pemikiran dan falasi yang terdapat

dalam kalangan masyarakat. Falasi sendiri yang bermaksud kesilapan dalam cara

berfikir atau memahami mesej yang disampaikan akan menyebabkan berlakunya

tanggapan yang salah. Oleh itu, masyarakat perlulah berwaspada dengan apa yang

difikirkanya kerana tidak semua apa yang kita fikirkan adalah benar. Bagi

mengelakkan terjadinya perselisihan faham, kita perlulah menyelidiki isu tersebut

dengan mendalam, sebelum menyebarkan sesuatu mesej itu, berfikirlah secara positif

dan bukan berfikir secara emotif.

Anda mungkin juga menyukai