Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR

UHAK 1032: PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

LAPORAN KEPADA PROJEK 1

MOHAMAD SHAKIR BIN MOHD GHAZALI B18GH0012

MUHAMAD HAKIM BIN HAMID B18GH0014

NUR RABIATUADAWIYAH BINTI BAHARUL AZIDI B18GH0025

ADILATUL SHAFIQAH BINTI MOHD SHARIFF B18GH0002

NUR AIN SHAFURA BINTI MUHAMED SUFIAN B18GH0023

PENSYARAH: DR. OTHMAN BIN ZAINON


PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja
kumpulan projek 1 ini dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Dr. Othman Bin Zainon iaitu pensyarah kursus Pengenalan kepada
Keusahawanan kod subjek UHAK1032 kerana memberi peluan kepada kami menghasilkan
projek ini dengan membantu memberi arahan dan nasihat berkaitan tugasan kami.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan tugasan projek jualan ini. Tanpa
sokongan dan dorongan dari kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini
dengan semprna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja projek ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadikan bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi mahasiswa mahasiswi yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam keadaan masyarakat setempat
khususnya.
1.0 PENGENALAN

Perkataan usahawan dalam bahasa inggeris “entrepreneur” berasal daripada bahasa


Perancis yang membawa maksud “entreprendre” ialah memikul tugas atau mencuba. Selain
itu, usahawan adalah individu yang mengusahakan satu perusahaan manakala peniaga ialah
orang yang berniaga. Sebagai contoh, niaga adalah perkataan terbitan iaitu secara gambaran
kegiatan perniagaan kecil-kecilan. Sebaliknya, perusahaan dikaitkan dengan saiz kegiatan
yang besar kecuali perusahaan kecil. Disamping itu, usahawan juga ditakrifkan sebagai
seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga lebih bermotif kepada keuntungan
disamping mengamalkan amalan- amalan yang strategik. Takrif bagi perkataan usahawan dan
keusahawanan sangat luas dan berbeza mengikut individu.
Usahawanan juga dikaitkan dengan keusahawanan atau kegiatan dan kemahiran
usahawanan seperti perlu mencari kaedah-kaedah baru yang boleh digunakan untuk
membantu mempercepatkan pembangunan pengurusan. Di samping itu juga, usahawan ini
berbeza dengan peniaga dimana peniaga merupakan individu yang hanya berniaga.
Manakala, usahawan ini merupakan individu yang paling dinamik dan seorang yang sanggup
berhadapan dengan risiko dalam mengusahakan perusahaan mereka untuk mengejar impian.
Usahawan juga menjadi penggerak dan pendorong dalam meningkatkan ekonomi sesebuah
negara. Hal ini demikian kerana, usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi
penggerak ekonomi sesebuah negara.

Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah proses penciptaan kekayaan dan
usahawan-usahawan tersebut adalah individu yang terlibat dalam proses ini. Selain itu,
keusahawanan juga adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza
(inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai untuk
mastarakat.

Satu proses dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu,
organisasi, persekitaran dan proses dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan
institusi-institusi. Semua posisimakro dan mikro pemikiran keusahawan perlu
dipertimbangkan sementara mengenal pasti dan mendapatkan peluang-peluang yang boleh
ditukar ke idea persaingan untuk pelaksanaan ekonomi sekarang. Usahwan juga merupakan
pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan pencarian berfaedah,
perancangan berhati-hati dan mencari keadilan apabila menjalankan proses keusahawanan.
Dengan penuh komited dan optimistic, usahawan-usahawan bekerja secara kreatif untuk
mencari sumber-sumber baru atau membiayai yang lama dengan kapasiti baru, kesemuanya
dengan tujuan mencipta kekayaan.

Usahawan membawa pelbagai definisi yang luas bagi terma keusahawan.


Walaubagaimanapun, dalam konteks mencari pendekatan berbeza untuk mempelajari dan
memahami keusahawanan dan usahawan perlulah pencarian spektrum yang luas.
2.0 MISI DAN MATLAMAT

Misi
Menjadi di antara syarikat yang menyediakan produk “sandwich”, bihun goreng dan minuman yang
berkhasiat, bermutu tinggi dan halal untuk melahirkan generasi yang mempunyai nilai murni, jati diri
dan peradaban hebat.

Matlamat
 “Rasa Bersama Rasa” ini ingin memasarkan produk “sandwich”ini ke seluruh Malaysia dan
mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat Malaysia.
 Mempelbagaikan lagi perisa “sandwich” pada masa yang akan datang.

3.0 OBJEKTIF

Tujuan perniagaan ini bukan hanya memenuhi tugas dan keuntungan, tetapi juga mencari
penekanan pada pengalaman proses keusahawanan kerana melalui pemasaran dan jualan kita
mampu berinteraksi dengan banyak orang, bagaimana untuk menawarkan dengan baik dan
sopan kepada pengguna, meyakinkan pengguna untuk membeli produk yang kami tawarkan
dan memberikan penjelasan dan perkhidmatan terbaik supaya pengguna berasa puas.
Objektif jualan pula adalah;
i. Menguasai ilmu dan kemahiran seorang usahawan.
ii. Memperoleh pengalaman dalam bidang keusahawanan.
iii. Mempelajari selok-belok dunia perniagaan.
iv. Melatih diri mencari peluang dan bersaing secara sihat

4.0 STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi Keusahawanan
Mohd Shakir Bin Mohd Ghazali

Pegawai Pengeluaran Pengurus Pemasaran Pengurus Kewangan

Adilatul Shafiqah Binti Nur Ain Shafura Binti Nur Rabiatuadawiyah Binti
Mohd Shariff Muhamed Sufian Baharul Azidi

Penolong Pengurus Pemasaran


Muhamad Hakim Bin Hamidin
5.0 STATUS JUALAN

Produk Harga Kuantiti Jumlah Jualan Baki Harga Untung


belian(RM) (Unit) (RM) (Unit) (Unit) Jualan Kasar
(RM) (RM)
Sandwich 1 200 200 200 0 2 400
Bihun 0.50 50 25 50 0 1 50
Goreng
Air 0.60 250 150 250 0 1 250
Kotak

6.0 PRESTASI JUALAN

Untung = Jumlah jualan – Jumlah kos


 Jumlah Jualan = RM 700
 Jumlah Kos = RM 375

Untung = RM 700 – RM 375


= RM 325

7.0 POTENSI JUALAN

 Barang jualan yang halal dan bersih


 Tempat jualan yang strategik
 Produk yang berkualiti
 Makanan yang pelbagai
 Harga yang lebih murah
 Promosi yang mantap

8.0 CARA PENGHASILAN PRODUK

Produk yang diniagakan merupakan produk buatan pelajar tersendiri bagi para pelanggan
dapat merasakan hasil yang baharu disediakan dan bukannya disimpan di dalam jangka masa
yang lama. Barangan atau bahan demi penghasilan produk perlu ditinjau terlebih dahulu dan
melakukan kaji selidik terhadap kualiti dan harga sebelum membeli barangan tersebut ini
demi menjaminkan kualiti hasil produk berpadan kepada harga di mana pelajar ingin menjual
produk dengan harga yang berpatutan. Bahan dan barangan dibeli sendiri menghasilkan
produk untuk dijual.
Gambar; hasil produk yang dimasak dan dibungkus sebelum dijual

9.0 MASALAH YANG DIHADAPI SERTA LANGKAH MENGATASI

Masalah yang dihadapi:-


i. Ruang yang terhad
ii. Masa yang singkat untuk mencapai “target” yang dikehendaki
iii. Pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam
iv. Lokasi perniagaan yang kurang dapat tumpuan

Langkah mengatasi:-
i. Mengatur produk dengan kemas
ii. Meneruskan perniagaan menerusi laman social
iii. Melayan pelanggan dengan mesra
iv. Mencari lokasi yang lebih strategik

10.0 PENGALAMAN DAN PEMBELAJARAN

Kursus ini menerapkan pembelajaran berasaskan pengalaman di mana pelajar


dikehendaki menjalankan perniagaan dengan mengaplikasikan kandungan kursus. Ini adalah
bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran mengaturkan perniagaan sendiri. Kursus ini juga
menawarkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pembangunan usahawan di
mana pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis usahawan yang boleh diceburi. Justeru, kajian
ini dijalankan untuk mengetahui impak kursus dari aspek tahap kemahiran pelajar dalam
kandungan kursus, hubung kait dan pengaruh kursus dengan kecenderungan pelajar terhadap
keusahawanan serta pendapatan yang dijana daripada perniagaan semasa mengikuti kursus.
Semasa Perniagaan dijalankan pelajar dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dari
segi cara jualan serta lokasi-lokasi yang strategik. Selain itu, pelajar telah menguasai
kemahiran tertentu seperti berkomunikasi, berfikir secara pantas dan kemahiran menarik
perhatian pelanggan, ini merupakan kemahiran yang boleh dibawa bagi memajukan
perniagaan. Hasil daripada perniagaan kepada pelajar yang mengaturkannya telah
menyediakan ilmu asas kepada pelajar untuk memulakan perniagaan sendiri pada masa
hadapan. Daripada pengalaman yang diperolehi, pelajar mampu membuka perniagaan sendiri
akan kerana pelajar telah mengenal pasti produk-produk yang diminati oleh generasi muda
yang akan membantu meningkatkan hasil jualan.
11.0 STRATEGIK JUALAN

Tempat Perniagaan - Lokasi yang strategik


Promosi - Menghebahkan iklan berkenaan
jualan melalui social media
- Mempromosikan iklan di laman
social
Produk - Berkualiti
- Halal
Harga - Berpatutan
Perkhidmatan - Layanan yang ramah

12.0 KRITERIA DALAM MEMAJUKAN PERNIAGAAN

Bermula secara kecil-kecilan. Itu langkah pertama yang samada suka atau tidak suka
perlu dilakukan oleh semua usahawan yang memulakan perniagaan. Di peringkat ini
segalanya bertumpu pada matlamat untuk menjual produk atau perkhidmatan yang kita
tawarkan pada orang ramai. Untuk memajukan lagi perniagaan ini, pelajar perlu terapkan
pelbagai nilai dalam diri dan perlu mempunyai percaya-diri yang tinggi. Antara nilai yang
perlu ada di dalam diri adalah:-

i. Semangat bekerjasama
ii. Kepimpinan
iii. Pengalaman yang diperoleh dalam perniagaan
iv. Cara meyakinkan pelanggan bagi menarik pembeli
v. Teknik berkomunikasi yang berkesan
vi. Berani terhadap risiko
vii. Pengurusan masa yang sistematik

13.0 PENUTUP

Diharapkan tugasan projek jualan kali ini serba sedikit dapat memberi manfaat atau ilmu
yang berguna kepada semua pelajar. Projek kali ini telah membantu pelajar dari pelbagai
aspek seperti menguasai ilmu dan kemahiran seorang usahawan. Dengan kemahiran ini
pelajar dapat menggunakannya pada masa hadapan sebagai ilmu untuk memulakan
perniagaan. Selain itu, kami juga telah memperoleh pengalaman dalam bidang
keusahawanan. Dengan adanya projek sebegini ia telah memberikan pengalaman untuk
pelajar. Pelajar juga dapat dapat mempelajari selok belok dunia perniagaan. Malah, ia melatih
diri memcari peluang dan bersaing secara sihat dengan ahli kumpulan yang terlibat.
14.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai