Anda di halaman 1dari 4

5 Sebab Logik Kenapa Gaji Rakyat Malaysia Tak

Naik

Menurut laporan terbaru Gaji dan Upah 2016 yang


dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia  di bawah Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, gaji pekerja di Malaysia naik
sebanyak 6.2% tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Menurut laporan tersebut purata gaji bulanan pekerja di Malaysia
pada tahun 2016 adalah RM2,463 manakala penengah (median) gaji
pekerja di Malaysia adalah RM1,703. Kedua-duanya meningkat
sejumlah 6.3% dan 6.2% masing-masing berbanding tahun 2015.

Pada tahun yang sama, kadar inflasi adalah 2.1%. Jadi kenaikan gaji
sebenar (kadar kenaikan gaji tolak dengan kadar inflasi) adalah
sekitar 4%.
Ada juga yang akan kata gaji mereka tak naik setinggi 6%
terutamanya kakitangan swasta. Ya mungkin ada yang naik lebih
rendah dan ada yang lebih tinggi dan mungkin ada tak naik langsung.

Kenapa Gaji Tak Naik?

Kakitangan swasta kebiasaannya diberi kenaikan gaji mengikut


prestasi tahunan yang dinilai oleh majikan setiap tahun termasuk
prestasi syarikat seperti keuntungan dan juga prestasi pekerja itu
sendiri.

Ini bukannya hasil kajian mana-mana pihak seperti Jobstreet. Tetapi


hasil pengalaman penulis yang 16 tahun bekerja makan gaji dan
sekarang mempunyai bisnes dan pekerja sendiri. Jom kita tengok apa
sebab-sebab logik kenapa gaji tak naik?

#1. Pekerja Kurang Produktif

Pihak majikan memang suka sebut pasal produktiviti. Mereka suka


bagi alasan cakap pekerja Malaysia ni produktiviti tak cukup bagus,
sebab tu tak boleh bagi gaji tinggi. Banyak sangat sesi ‘mengeteh’,
banyak cuti sakit, banyak bazirkan masa menonton YouTube dan
main Facebook semasa waktu bekerja juga alasan konkrit yang
menyokong.
Sekejap.

Data terbaru dari Perbadanan Produktiviti Negara  menunjukkan


bahawa produktiviti tenaga buruh naik tahun lepas pada kadar 3.5%,
lebih tinggi dari tahun sebelumnya iaitu 3.3% pada tahun 2015.
Jadi kenapa masih kata Malaysian productivity is still low?

Penulis bersetuju dengan pendapat saudara Izzudin Yusof .


Menurut beliau salah satu sebab low productivity adalah kerana
produk atau servis kita tak highly demanded oleh negara-negara lain.
Logiknya gaji tak akan naik kalau hasil jualan syarikat sendiri tak naik.

Bayangkan sekiranya syarikat-syarikat kita menghasilkan produk


yang highly demanded oleh seluruh dunia. Tapi disebabkan
kebanyakan bisnes orang Malaysia yang lebih sukakan easy
money (import barang dari China, jual balik dekat Malaysia. Ini contoh
saja), maka jadilah kita negara yang memberi gaji rendah kepada
pekerja-pekerjanya.
Nak ada produk yang highly demanded = kena cipta benda baru.
(Inovator pasti ramai di Malaysia, cuma tak ‘nampak’ mereka di
mana)

Nak ada service industry yang bergaji tinggi = kena kurangkan tenaga


kerja asing.

Salah kerajaankah yang tak memberi insentif yang lebih untuk


kemunculan industri inovasi? Eh, sekejap..kitakan
ada MDEC dan MaGIC?
Apa lagi alasan lain?

#2. Tak Ada Inisiatif. Hanya Buat Kerja Rutin

Hari-hari buat kerja yang sama. Anda sememangnya dibayar untuk


melakukan pekerjaan itu. Kalau prestasi kerja rutin tu pun anda suam-
suam jangan haraplah dapat naik gaji. Jika pekerjaan anda
sememangnya memerlukan inovasi serta idea baru, maka jangan
segan silu untuk memulakan sebarang inisiatif. Cari jalan untuk
tambah keuntungan syarikat.
Mengapa pihak majikan harus membayar lebih mahal untuk kerja yang
boleh dibuat oleh 10 orang yang lain? Apa lebihnya anda? Kalau anda
berhenti kerja syarikat melingkup tak?

Jika anda tak upgrade menjadi lebih bernilai, majikan pastinya akan


pandang anda sebelah mata.

#4. Kebergantungan Kepada Pekerja Berkemahiran


Rendah

Kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah memberi


manfaat kepada pemilik perniagaan untuk tekan paras gaji. Belum cerita
bab kualiti lagi tu.

#5. Tak Pernah Minta Pun

Alasan lain yang masuk akal adalah kerana anda tak pernah
memintanya. Dekat Facebook bukan main lagi merungut gaji tak naik
tapi rupa-rupanya tak pernah minta pun.

Maklumlah, minta naik gaji ni kononnya hal yang sensitif. Nak pula
orang kita yang jenis ‘pemalu’ tak bertempat. Pastinya anda takut
permintaan anda kena reject ataupun dicop mata duitan oleh bos!
Tapi pepatah lama ada sebut; belum try belum tahu.
Sebelum nak minta naik gaji tu pastikan betul-betul bersedia dari
segenap segi. Pastikan prestasi tip top. Bila ada tugasan kerja, buat
dengan bersungguh-sungguh. Jangan beremosi dan jangan buat
perangai. Muka biar selalu senyum, barulah rezeki berani mendekat.

Sebab zaman sekarang ni pekerja yang datang ke pejabat tepat pada


waktu, jalankan semua tanggung jawab dengan baik, mungkin tidak
lagi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Anda Tak Menjadi Lebih Bernilai

#6. Majikan Tiada Polisi


Cuba tanya majikan anda, syarikat ada polisi tak bagi perkembangan
karier? Ada tak level non-executive, junior executive, senior
executive, manager dan senior manager? Logiknya macam mana gaji
nak naik kalau majikan pun awal-awal lagi dah pincang dari segi
pengurusan? Itu belum cerita majikan ikut tangga gaji mengikut
industri atau ikut suka.

Sebab terakhir yang mungkin logik juga, gaji tak naik-naik sebab
majikan memang tak ada bajet atau tak suka dekat kita!

Penting Untuk Menilai Diri Sendiri

Mungkin sudah sampai masa pihak Kerajaan harus memberi fokus dan
mengkaji bagaimana boleh memperbaiki sistem penggajian negara kita
terutamanya di sektor swasta.

Pelaksanaan gaji minimum  adalah langkah awal yang harus dipuji.

Kesimpulannya, anda rasa anda layak dapat gaji lebih tinggi? Jika
anda hanya boleh mengeluh dan mengeluh tentang gaji yang kecil,
tentang karier yang tidak jelas, tentang penilaian pihak majikan yang
tidak adil tetapi anda tidak berani untuk keluar mencari peluang
pekerjaan atau punca rezeki yang lain, maka berhentilah mengeluh.
Bahasa mudahnya nak cakap, kalau betul-betul tak puas hati dengan
majikan, carilah kerja lain. Dapat juga kurangkan stok dosa mengeji
dan mencaci dari belakang.

Oh ya, rezeki yang halal tak semestinya berkat. Ingatlah zakat


pendapatan 2.5%, inshaAllah semuanya dipermudahkan.

Anda mungkin juga menyukai