Anda di halaman 1dari 3

SKIN CAKE SDN.

BHD

Soalan Temuduga
1. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.
Soalan ini adalah soalan klasik yang biasa ditanya pada permulaan temuduga. Ini
adalah peluang anda untuk memberitahu bakal majikan siapa diri anda secara
keseluruhannya dan apa yang anda boleh menyumbang kepada pekerjaan ini.
Sebaik-baiknya, anda perlu menceritakan selama 2-3 minit tentang diri anda, minat
peribadi jika ia relevan dengan jawatan yang dipohon dan pengalaman kerja.

2. Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat ini?


Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui motivasi anda untuk bekerja dengan
syarikat tersebut. Bakal majikan mempunyai pengalaman yang banyak jadi mereka
tahu jika anda tidak jujur.

3. Kenapa anda ingin mencari pekerjaan baru?


Soalan ini nampak mudah tetapi cuba fikir lagi sekali. Ia sangat mudah untuk anda
memberi jawapan yang tidak diingini jika anda tidak bersedia. Kebanyakan orang cari
pekerjaan baru sebab mereka tidak berpuas hati dengan pekerjaan semasa.
Walaupun benar, cara anda menyampaikan jawapan tersebut mungkin mempunyai
unsur negatif. Jadi untuk soalan ini, bakal majikan sebenarnya ingin tahu cara anda
menyampaikan jawapan anda ketika sesi temuduga sama ada anda boleh kekal jujur
dan positif.
4. Apakah jawatan yang anda inginkan?
Elakkan jawapan samar-samar seperti “Saya ingin pekerjaan yang mengujakan” atau
“Saya ingin mengembangkan kemahiran dalam sektor ini”. Jawapan tersebut
menunjukkan kekurangan fokus dan motivasi kepada matlamat kerjaya anda.
Sebaliknya, ceritakan bagaimana kemahiran dan pengalaman anda boleh menjadi
aset kepada syarikat.

5. Apakah kekuatan dan kelemahan anda?


Soalan temuduga ini sebenarnya sangat rumit. Namun, ini adalah masanya untuk
anda menjawab dengan jujur. Tetapi jangan pula anda terlebih jujur ke arah negatif
dan memberitahu bakal majikan bahawa anda seorang yang tidak mempunyai
kemahiran organisasi atau sering lambat ke meeting. Sebaliknya, jawab dengan jelas
dan ringkas tentang kualiti yang menunjukkan bahawa anda seorang
bertanggungjawab dan mengambil kira etika kerja, nilai diri, pengajaran di tempat
kerja dan kemampuan menyelesaikan masalah.

6. Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?


Di sini anda boleh tunjukkan pengetahuan anda setelah mengkaji selidik syarikat
tersebut. Apabila anda mengetahui lebih mendalam tentang sesebuah syarikat, ia
menunjukkan bahawa anda serius untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Tetapi
jangan pula anda menceritakan setiap fakta yang anda tahu sebab nampak sangat
dihafal. Hanya nyatakan produk utama dan perkembangan terkini. Anda juga boleh
menunjukkan minat dengan mengemukakan soalan kepada bakal majikan di akhir
sesi temuduga.

7. Apakah pencapaian anda yang paling hebat?


Cuba nyatakan 2-3 jenis pencapaian. Tujuan soalan ini adalah untuk bakal majikan
memahami cara anda mengendali sesebuah projek dan berkomunikasi dengan
rakan kerja. Ini adalah penting untuk mereka mengenal pasti jika anda berpeluang
untuk berjaya dalam syarikat tersebut. Ceritakan pencapaian yang menunjukkan
kekuatan dan kemahiran anda seperti penyelesaian masalah di tempat kerja yang
menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah ataupun penyediaan laporan
penting dalam keadaan yang sukar menunjukkan kemampuan menangani tekanan.
8. Di manakah anda melihat diri anda satu (atau lima) tahun dari sekarang?
Jawapan anda patut menunjukkan keyakinan diri dan motivasi untuk mencapai tahap
kerjaya tinggi. Nyatakan jangkaan yang realistik dan cadangkan rancangan sebenar
anda dalam syarikat tersebut.

9. Apakah jenis tugasan yang anda lakukan di pekerjaan yang lalu?


Walaupun pekerjaan lalu tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon, anda masih
perlu menjawab dengan jujur. Anda juga boleh menerangkan apa-apa projek yang
telah dilakukan seperti projek yang dikendalikan luar daripada skop kerja. Yang
penting anda memberitahu pengalaman relevan dengan jawatan baru.

10. Bagaimana anda akan menjalin hubungan baik dengan rakan kerja dan penyelia
baru?
Anda boleh jawab soalan ini secara positif dan bersemangat. Bagitahu bakal majikan
bagaimana anda bekerja dengan baik bersama bekas rakan kerja anda. Bakal
majikan ingin tahu jika anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Anda mungkin juga menyukai