Anda di halaman 1dari 23

Media Sosial

30 M
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN
UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

PORTFOLIO 3
MEDIA SOSIAL
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
MUHAMMAD SUFI ASYRAF BIN AYAZED D20201093008
AHMAD FARISH ZAKRI BIN AHMAD FAIRUS D20201093010
MOHAMAD AIZEM FARKHAN BIN OTHMAN D20201093009
RAID RAFIDI BIN ROSLI D20201093012
MUHAMMAD IZ-ZAHRAN BIN MOHD BADAWI D20201093011
KUMPULAN KULIAH S
NAMA PENGAJAR ENCIK MOHD FAIZ BIN IDRIS

PENERANGAN MARKAH

KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PENYUNTINGAN /4
JUMLAH /30
KESELURUHAN

BMW3032| 1
Media Sosial

Isi Kandungan
1.0 Perenggan Pengenalan..........................................................................................................3
1.1 Definisi...............................................................................................................................4
2.0 Kategori Media Sosial..........................................................................................................5
2.1 Rangkaian Media Sosial.....................................................................................................6
2.1.1 Dapat menambah ilmu pengetahuan..........................................................................7
2.1.2 Dapat meningkatkan kemahiran ICT..........................................................................8
2.1.3 Dapat memudahkan penjagaan ikatan dalam kumpulan manusia...............................8
2.1.4 Dapat mengekalkan hubungan sedia ada....................................................................9
2.1.5 Menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan...10
2.1.6 Kesan kepada prestari pelajar dalam kalangan remaja..............................................10
2.1.7 Perhubungan berkemungkinan terputus...................................................................11
2.2 Pengenalan E-Dagang.....................................................................................................12
2.2.1 Kebaikan.....................................................................................................................13
2.2.2 Keburukan..................................................................................................................15
2.3 Forum Perbincangan.......................................................................................................16
2.3.1 Pertukaran Intelek.......................................................................................................17
2.3.2 Kesan Negatif............................................................................................................18
3.0 Perenggan Kesimpulan.......................................................................................................20
4.0 Rujukan..............................................................................................................................21

BMW3032| 2
Media Sosial

1.0 Perenggan Pengenalan

Pada era globalisasi kini, terdapat ramai rakyat Malaysia tidak mengira umur

mempunyai minat yang mendalam terhadap penggunaan Media Sosial oleh kerana

kemudahan dan kelebihannya. Media Sosial adalah suatu pelantar media yang

berasaskan ‘internet’ ataupun dikenali sebagai rangkaian sesawang yang memudahkan

pengguna untuk menyertai, berkongsi dan mencipta menerusi secara atas talian. Ia juga

membolehkan pengguna untuk berinteriaksi, menyampaikan maklumat antara satu sama

yang lain, mendapatkan berita dan pelbagai lagi secara atas talian rangkaian sesawang.

Diiringi dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat, pelbagai laman Media

Sosial telah ditubuhkan dan dipertingkatkan hingga membolehkan pengguna untuk

mendapat peluang dan manfaat yang amat besar seperti laman Blog, Myspace,

Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Berdasarkan pemerhatian kini, selain penggunaan Media Sosial bagi

perhubungan antara satu sama yang lain secara atas talian, masyarakat juga kerap

menggunakan pelantar Media Sosial bagi memajukan perniagaan yang membolehkan

mereka memperoleh keuntungan yang agak besar. Ini telah membuktikan bahawa

kehadiran Media Sosial telah memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat

kini. Walau bagaimana pun, terdapat juga kerugian dan padah yang boleh dialami

pengguna jika mereka tidak berhati-hati dan menyalahguna laman Media Sosial.

Kesimpulannya, laman Media Sosial adalah suatu pelantar yang amat berguna dan

canggih yang sentiasa dipertingkatkan teknologinya mengikut peredaran masa ke

semasa bagi memberi manfaat yang lebih besar lagi kepada masyarakat kini dan pada

masa yang akan datang.

BMW3032| 3
Media Sosial

1.1 Definisi

Perkataan Media Sosial adalah gabungan dari perkataan ‘Media’ dan

‘Sosial’ dimana ‘Media’ membawa maksud alat komunikasi manakala ‘Sosial’

pula membawa maksud pemberian kontribusi kepada masyarakat. Perkataan

Media Sosial tercipta berikutan dengan perkembangan cara pergaulan antara

satu sama lain dimana sebelum ini bergaul secara pertemuan atau berhadapan

dan kini pergaulan secara atas talian menerusi rangkaian sesawang.

Menurut Van Dijk dalam Nasrullah (2015), Media Sosial adalah

platform untuk memfokuskan terhadap eksistensi pengguna yang memboleh

mereka dalam beraktiviti dan berkolaborasi antara satu sama yang lain.

Definisi lain bagi Media Sosial, menurut Meike dan Young dalam

Nasrullah (2015), Media Sosial adalah penumpuan antara komunikasi personal

diantara suatu individu dan suatu individu yang lain dan media umum untuk

berbagi kepada siapa saja tanpa ada kekhususan individu. Manakala, menurut

Boyd dalam Nasrullah (2015) Media Sosial adalah suatu platform yang beri

kemampuan untuk individu dan komuniti berkumpul, berbagi, berkomunikasi,

dan saling berkolaborasi serta bermain.

1.2 Sejarah

Salah satu cara terawal manusia berkomunikasi dari jarak jauh ialah

dengan menyampaikan pesanan menerusi orang kedua dan ketiga dan cara ini

telah digunakan sejak 550 B.C. Hal ini telah dibuktikan dengan penemuan

surat-surat yang ditemui dipercayai hasil penulisan beribu-ribu tahun dahulu.

BMW3032| 4
Media Sosial

Berikutan dengan peralihan masa, ‘Telegraf’ telah dicipta pada tahun

1792. Telegraf mampu menyampaikan maklumat dengan pantas dan berjarak

sangat jauh. Walaubagaimana pun, hanya maklumat yang pendek mampu

disampaikan.

Pada abad ke-20, dengan kehadiran ‘internet’ ataupun dikenali sebagai

rangkaian sesawang, salah satu laman Media Sosial secara atas talian yang

terawal telah diperkenalkan pada tahun 1997 iaitu ‘Six Degree’ dimana

pengguna boleh menggunakan laman tersebut untuk berkongsi data perbadi

dan berhubung dengan satu sama yang lain hanya dengan menerusi rangkaian

sesawang.

2.0 Kategori Media Sosial

Dalam meniti arus kemodenan yang semakin pesat, perkembangan media

sosial yang berbagai-bagai dianggap sebagai salah satu ruang awam kepada

masayarakat secara bebas dalam kehidupan untuk menjalankan aktiviti demokrasi.

Daripada (hanafi & Abd. Rahim, 2017) sebagai salah satu negara yang

menganut faham demokrasi, ruang awam yang mempunyai kebebasan yang mutlak

adalah jawapannya. Apatah lagi dengan hadirnya media sosial dikalangan masyarakat

pada masa ini. Media sosial yang bebas dilayari oleh sesiapa sahaja dan bebas untuk

melakukan pelbagai aktiviti mula daripada perbincangan umum, pembentukan

pendapat, hingga kepada pengedaran maklumat kepada seluruh lapisan masyarakat.

Kepelbagaian media sosial juga memberikan kemudahan kepada masayarakat untuk

membuat pilihan dalam menggunakan platform media sosial. Penggunaan media

sosial juga bukan sahaja untuk berkomunikasi, malah segala aktivi harian juga amat

penting dalam menggunakan media sosial sebagai contoh,dalam era pendamik covid-

BMW3032| 5
Media Sosial

19 ini, pelajar universiti boleh belajar dari rumah tanpa perlu menghadiri kuliah di

university. Selain itu, bagi individu yang bekerja di pejabat boleh menjalankan

pekerjaannya dari rumah sahaja, hal ini demi memutuskan rantaian covid-19 yang

semakin berleluasa. Oleh itu, jelaslah disini bahawa penggunaan media sosial juga

banyak memberikan kesan positif dalam kehidupan seharian masyarakat.

Dalam pada itu, Media sosial boleh diibartkan seperti ada padi, semua jadi

kerana kebanyakan kehidupan kita vergantung kepada media sosial agar kehendak

kita tercapai. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, seharusnya kita

menggunakan media sosial kearah kebaikan.media sosial adalah suatu platform yang

pintar, tapi pintarkah kita dalam menggunakannya? Tepuk dada Tanya selera. Media

sosial mempunyai pelbagai kategori yang melibatkan jurang komunikasi antara

masyarakat sama ada dari segi sesi berkenalan, sesi jual beli dan sesi perbincangan.

Kategori ini banyak membantu golongan masayarkat untuk begerak selari dengan arus

kemodenan zaman sekarang. Antara kategori yang akan dihuraikan secara teperinci

mengenai media sosial ialah rangkaian media sosial yang boleh membentuk komuniti

secara sosial. Selain itu, E-dagang yang memberikan kemudahan kepada masyarakat

untuk menjalankan perniagaan secara talian.Tambahan pula, media sosial sebagai

forum perbincnagan dalam kalangan masyarakat agar dapat bertukar pendapat serta

menambah ilmu pengetahuan dalam diri agar lebih bertamadun

2.1 Rangkaian Media Sosial

Antara kesan positif rangkaian sosial ialah menjadikan laman sesawang

sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulana mereka. Hal ini kerana,

mereka mampu menggiatkan lagi bakat mereka dalam perniagaan dan membuat

bisnes atas talian melalui laman sosial. Sebagai contoh, membuat bisnes

BMW3032| 6
Media Sosial

menggunakan aplikasi Facebook dan Twitter. Mereka dapat menjual apa sahaja

barangan yang mampu menjamin atau mampu membawa keuntungan kepada mereka

sama ada produk kecantikan wanita, barangan elektronik, pakaian dan makanan serta

minuman yang dijamin halal. Seterusnya, mereka dapat menarik minat pelanggan

untuk membeli barangan tersebut dengan membayar wang melalui bank atas talian

(Online Banking). Barangan yang dibeli oleh pelanggan akan dihantar melalui pos

laju sahaja tanpa pergi ke kedai. Oleh itu, laman sosial sebagai alternatif untuk

menambahkan pendapatan bulanan mereka adalah kesan positif rangkaian sosial.

2.1.1 Dapat menambah ilmu pengetahuan.

Seterusnya, dapat menambah ilmu pengetahuan juga merupakan kesan

positif rangkaian sosial. Hal ini disebbabkan oleh, rangkaian sosial pada masa

kini banyak menyediakan perkhidmatan interaktif kepada penggguna.

Rangkaian sosial juga dapat membantu serta memudahkanb seseorang

individu mahupun pelajar mencari isi kandungan atau nota ringkas di laman

sesawang. Seterusnya, sumber maklumat, berita dan kajian terbaru juga dapat

diakses melalui rangkaian sosial dengan lebih mudah. Sebagai contoh, laman

sosial telah menyediakan banyak maklumat terkini melalui Berita Harian yang

membantu mengongsikan isu-isu semasa serta laman sosial juga menyediakan

satu lama sesawang iaitu Social Bookmarking sebagai satu tempat dimana

seseorang indidvidu atau pelajar untuk mencari sumber kajian dan maklumat.

Kemudahan ini dapat dicapai pada mana-mana komputer sahaja dengan

mengakseskan internet kepada komputer. Jelaslah bahawa, dapat menambah

il,mu pengetahuan merupakan kesan positif rangkaian sosial.

BMW3032| 7
Media Sosial

2.1.2 Dapat meningkatkan kemahiran ICT.

Dapat meningkatkan kemahiran ICT turut merupakan kesan positif

rangkain sosial. Hal ini berpunca daripada, aplikasi-aplikasi yang dicipta pada

masa kini dapat menarik minat seseorang individu dan menyebabkan

timbulnya perasaan ingin tahu. Aplikasi yang dicipta adalah kebanyakan

aplikasi yang melibatkan teknologi maklumat dan teknologi komunikasi yang

dapat membantu dan mengajar seseorang individu tersebut dengan cara

mengumpulkan data dan mengakseskan data peribadi mereka dengan selamat.

Sebagai contoh, aplikasi Facebook dan Twitter merupakan aplikasi yang

menjurus kepada ke arah teknologi maklumat dan komunikasi. Aplikasi

Facebook dan Twitter ini banyak mengongsikan pelbagai maklumat serta isu

semasa, melalui aplikasi ini juga dapat membantu seseorang individu tersebut

berkomunikasi dengan individu lain. Seterusnya, aplikasi ini turut membantu

meninglkatakan lagi kemahiran membina satu system keselamatan bagi

menjamin keselamatan data peribadi mereka dari dieceroboh oleh individu

lain. Tepatlah bahawa, kesan positif rangkaian sosial adalah dapat

meningkatkan lagi kemahiran ICT.

2.1.3 Dapat memudahkan penjagaan ikatan dalam kumpulan manusia.

Selain itu, rangkain sosial juga dapat memudahkan penjagaan ikatan

dalam kumpulan manusia. Hal ini demikian kerana, ikatan persahabatan yang

sering dibina sejak sekolah oleh golongan remaja kebanyakannya akan

terputus setelah tamat sekolah kerana ramai antara mereka yang membawa

haluan masing-masing untuk mengejar masa hadapan mereka. Malah dengan

BMW3032| 8
Media Sosial

adanya aplikasi-aplikasi yang canggih pada masa kini mampu membantu

mereka menjaga ikatan persahabatan mereka. Misalnya, aplikasi Whatsapp.

Aplikasi ini amat terkenal dan majoriti masyarakat di Malaysia menggunakan

aplikasi ini. Seterusnya, aplikasi Whatsapp ini merupakan satu aplikasi yang

dapat membantu kumpulan manusia untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan

lama atau ahli keluarga meraka sekiranya mereka sudah bergelar sebagai

seorang perantau. Aplikasi Whatsapps ini juga merupakan sebuah aplikasi

yang mempunyai Teknik mahupun satu kaedah penubuhan kumpulan (Group

Whatsapp) dimana ia dapat membantu kumpulan manusia menjaga hubungan

mereka dengan menambah rakan-rakan lama ke dalam kumpulan tersebut bagi

mengekalkan hubungan mereka serta mampu mengekalkan interaksi antara

mereka. Oleh itu, memudahkan penjagaan ikatan dalam kumpulan manusia

adalah kesan positif rangkaian sosial.

2.1.4 Dapat mengekalkan hubungan sedia ada.

Selanjutnya, dapat mengekalkan hubungan sedia ada. Hal ini kerana,

rangkaian sosial dapat membentuk hubungan romantik serta memperuntukkan

sejumlah masa harian seseorang individu di laman sosial bagi tujuan

persahabatan terutamanya dalam kalangan remaja. Aplikasi ini dapat

membantu mereka memelihara ikatan dan hubungan dalam kalangan manusia.

Tamsilnya, aplikasi Instagram dan Whatsapp. Melalui aplikasi ini, seseorang

individu tau sekumpulan masyarakat dapat mengukuhkan lagi hubungan serta

interaksi antara mereka dengna sentiasa bertanya khabar antara satu sama lain

sekaligus dapat mengelakkan terputusnya hubungan antara mereka. Oleh itu,

BMW3032| 9
Media Sosial

kesan positif rangkaian sosial adalah dapat mengekalkan hubungan yang sedia

ada.

2.1.5 Menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu


tugasan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa rangkaian sosial

bukan sahaja mendatangkan kesan positif sahaja malah, media sosial juga

turut memberikan kesan negatif andai tidak dimanfaatkan dengan baik iaitu

penggunaan rangkaian sosial akan menyebabkan golongan remaja menjadi

lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Hal ini dikatakan demikian kerana,

kepelbagaian aplikasi yang menarik mampu menarik perhtian serta minat

pengguna rangkaian sosial tersebut. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan

pengguna rangkaian sosial akan berasa seronok menghabiskan masa dengan

bermain Tik-Tok, menonton video-video yang tidak bermanfaat di Youtube

dan menonton drama-drama cinta sehingga mereka leka dan alpa dengan

tugasan dan urusan mereka yang mereka yang akhirnya menyebabkan mereka

gagal menyempurnakan urusan mereka mengikut Tarikh yang telah

ditetapkan.

2.1.6 Kesan kepada prestari pelajar dalam kalangan remaja.

Seterusnya, kesan kepada prestasi pelajar terutama dalam kalangan

remaja juga adalah antara kesan negatif penggunaan rangkaian sosial andai

disalahgunakan. Kekerapan dalam menggunakan rangkaian sosial

menyebabkan golongan remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan

rangkaian media sosial sehingga mereka akan cenderung untuk mengabaikan

BMW3032| 10
Media Sosial

pelajaran dan tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran ketika di rumah.

Akibatnya, apabila sesuatu peperiksaan berlangsung, mereka tidak mampu

untuk memberikan japan yang baik dalam peperiksaan tersebut. Seterusnya,

akan menyebabkan markah yang mereka perolehi semakin merosot

berbanding daripada markah yang diperolehi dalam peperiksaan sebelum ini.

Mereka akan mengenalpasti kesilapan yang telah dilakukan untuk

diperbetulkan golongan pelajar yang cemerlang yang bakal menjadi tunjang

kepada kecemerlangan sesebuah negara tidak dapat dilahirkan ekoran daripada

penggunaan rangkaian sosial yang mampu melalaikan masyarakat daripada

melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu, jeleslah bahawa rangkaian

sosial memberikan kesan negatif kepada prestasi pelajaran terutama dalam

kalangan remaja.

2.1.7 Perhubungan berkemungkinan terputus.

Perhubungan juga berkemungkinan akan terputus adalah merupakan

kesan negatif rangkaian sosial. Penggunaan laman sosial tanpa kawalan

memeberikan kebebasan kepada setiap individu diseluruh dunia untuk memuat

naik gambar atau status tanpa menitik beratkan sebarang isu yang sensitif. Hal

ini dapat dikaitkan dengan amalan pendedahan hal peribadi seseorang. Sering

kita lihat bahawa terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan

orang lain telah bertindak mendedahkan pelbagai keburukan dan kelemahan

individu yang dibenci bertujuan memalukan mereka. Tindakan negatif

sebegini telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat untuk

menindas antara satu sama lain. Akibatnya, perhubungan baik yang dijalinkan

sebelum ini akan retak dan yang lebih parah akan terputus akibat daripada

BMW3032| 11
Media Sosial

tindakan ini. Justeru, kebebasan dalam menggunakan media sosial

menyebabkan terputusnya hubungan baik yang terjalin.

2.2 Pengenalan E-Dagang

Sosial media dibahagikan kepada beberapa kategori,antaranya ialah e-dagang.

Perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi seperti media social sebagai

platfom untuk menjalankan perniagaan. Media tapak kepada sosial menjadi para

peniaga untuk berhubung dengan pembeli. Menurut Mustafa Omar (2004),

mempunyai definisi yang hampir sama dengan pandangan konvensional, E-Dagang

dari sudut pandangan Islam. Apa yang membezakannya ialah sesetengah peraturan

dan prinsipnya mestilah mengikut landasan Islam, Beliau mengatakan. Hal ini,

termasuklah kesahihan kawalan maklumat yang data, urusniaga kesahihan

keselamatan, mempromosikan kesahihan dalam barangan dan kejujuran di dalam

menerima bayaran dan penghantaran barangan. Keadaan ini adalah menyamai

peraturan di dalam Islam, beberapa peraturan yang ditetapkan oleh syariah, pengguna

mestilah mengikut. Menurut Kent W. Colton & Kenneth L. Kraemer (1980) pula, E-

dagang bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana

proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan

pembeli) memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan yang perlu kepada

pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi

berlandaskan elektronik kepada pengeluaran. Menurut Noordin Zakaria

(2012),“sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi

BMW3032| 12
Media Sosial

maklumat, terutamanya telekomunikasi canggih dan talian Internet untuk berurusan

dengan pelanggan.”(ms. 17-20). Contoh- contoh platfom yang digunakan untuk

perniagaan e-dagang ialah Facebook, Instagram, Lazada dan Shopee.

2.2.1 Kebaikan

E-dagang mempunyai kebaikan kepada peniaga dan juga pengguna.

Antara kebaikan kepada peniaga ialah, peniaga memerlukan kos yang rendah

bagi menjalankan perniagaan e-dagang. Hal ini kerana, peniaga tidak perlu

mencetak iklan untuk diedarkan kepada pengguna kerana tapak untuk

mengiklankan produk mereka telah disediakan. “pengedaran melalui Internet

dinyatakan cukup berhasil kerana ia menghubungkan pengguna akhir (end-

users) dengan pengeluar secara langsung. Hal ini akan mengurangkan peranan

perantara secara tradisional, iaitu agen dan pengedar dalam pemasaran

antarabangsa. Kebaikan yang diperoleh boleh dilihat dengan jelas iaitu ia

dapat mengurangkan kos yang tidak diperlukan oleh pengeluar dalam

memasarkan produk dan hasilnya harga yang sampai kepada pengguna lebih

murah berbanding dengan melalui perantara“ (Peattie, K. (1997). The

marketing mix in the third age of computing.Marketing Intelligence and

Planning, 15(3), 142–150.). Penjimatan tersebut boleh digunakan untuk

membeli stok, kos reka cipta laman web dan sebagainya.

Setereusnya, kebaikan yang diperoleh oleh peniaga ialah prospek dan

pemasaran yang luas. Perniagaan dalam talian turut memberikan peluang

BMW3032| 13
Media Sosial

kepada peniaga dalam talian beroperasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi

yang canggih kini membolehkan pengguna Internet membeli-belah dalam

talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Oleh kerana, tapak untuk

mengiklankan produk peniaga telah disediakan, pemasaran dapat dilakukan

dengan mudah dan pemasaran dapat dilakukan secara meluas. Peniaga juga

dapat menikmati kebebasan tempat bekerja kerana hanya perlu mengawal

segala urus niaga melalui komputer dari mana-mana tempat seperti di rumah,

di restoran atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat mahupun ketika sedang

melancong di dalam atau di luar negara asalkan mempunyai akses Internet.

Pendek kata, tiada had masa mahupun kekangan jika seseorang berminat

memulakan satu perusahaan dalam talian. Kecil atau besar, sambilan atau

sepenuh masa, semuanya terletak dalam tangan sendiri.

Kebaikan bagi pihak pengguna pula ialah, menjimatkan masa

pengguna. Masyarakat kini terlalu sibuk dengan pekerjaan dan keluarga

sehingga tiada masa untuk membeli-belah walaupun pada hujung minggu.

Pelanggan tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat di samping

menjimatkan minyak dan masa perjalanan ke kedai menjadi. Ini menjadi

tarikan utama pelanggan perniagaan dalam talian yang cuma membuat

tempahan dan menunggu barang tersebut sampai di depan pintu rumah.

Golongan ini dapat membeli produk yang dijual seperti pakaian, produk

kecantikan dan sebagainya daripada talian zalora, lazada, dan Shoppe. Mohd

Firdaus Ismail (2020) medium membeli belah dalam talian yang dikenali

sebagai Lazada telah menampilkan beberapa promsoi bagi membantu rakyat

negara. Syarikat berkenaan menggunakan tagline ’keep calm and shop from

BMW3032| 14
Media Sosial

home’ bagi menenangkan hati rakyat yang bimbang dengan penularan Covid-

19.

Kebaikan kepada pengguna yang seterusnya ialah, mempunyai banyak

pilihan yang dapat dilihat melalui platfom-platfom e-dagang. Pelanggan dari

seluruh dunia dapat mengakses maklumat pemasaran dan maklumat produk

yang dihantar oleh pengeluar dan ejen melalui Internet. Keadaan ini lebih

memudahkan pembelian sesuatu barangan pada harga yang berpatutan dan

murah. Pelanggan akan mendapat maklumat yang tepat sebelum membeli

sesuatu barangan. Bukan itu sahaja, pelanggan juga mempunyai banyak

pilihan dan boleh membandingkan produk-produk yg mereka ingin beli di

pelbagai platfom e-dagang yang lain.

2.2.2 Keburukan

Namun begitu disebalik kebaikan yang diperoleh peniaga dan pengguna,

terdapat juga kelemahan dalam perniagaan e-dagang. Antara kelemahan yang dapat

dilihat ialah faktor kepercayaan. Risiko jaminan kualiti apabila barang yang dibeli

tidak menepati kehendak pelanggan. Selain itu, saiz barang, warna dan gambaran

barang sebenar mungkin berbeza seperti dalam katalog. Terdapat juga golongan yang

tidak amanah dengan mengambil kesempatan menipu dalam urusan jual beli dalam

talian. Akibatnya, banyak kes penipuan Internet telah dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Malahan, pelanggan terdedah dengan penipuan seperti pesanan berbeza daripada

barangan yang diterima, bermutu rendah dan caj yang mahal daripada harga yang

tertera dalam iklan serta pelbagai kes lain. Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak

dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin boleh terjadi

BMW3032| 15
Media Sosial

jika penjual tidak jujur. Ia mungkin kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak

secantik atau sebaik yang kita inginkan.

Kelemahan yang seterusnya ialah, tempoh penghantaran yang lama.

penghantaran mengambil masa yang lama dapat mempengaruhi bahwa paket tidak

tiba dalam kondisi yang sesuai atau jika kami memerlukan artikel dengan segera kami

tidak memiliki waktu itu. Apabila memulangkan item, pengguna mesti menyimpan

pembungkusan asal dan kadang-kadang ia mungkin melibatkan kos tambahan kerana

pulangannya tidak semestinya percuma.

2.3 Forum Perbincangan

Seterusnya, kategori media sosial ialah forum perbincangan. Antara kesan positif

forum perbincangan ialah keadaan yang fleksibel dan selesa serta lebih medapat

kepuasan.Hal ini kerana mereka mampu melakukan ape ape yang disukai ketika forum

perbincangan berlaku .Mereka juga boleh menyesuaikan keselesaan diri sendiri dengan

mudah dan tidak mempunyai halangan ketika forum perbincangan berlangsung agar mereka

mempunyai kebebasan yang tiada had dengan pergerakan mereka.Sebagai contoh,pengguna

boleh berlangsungkan forum perbincangan dimana jua pengguna berada tidak kira tempat

ataupun keadaan.Akan tetapi internet yang kuat perlu digunakan untuk mengekses lebih

lancar forum perbincangan tersebut.Apabila keadaan yang fleksibel dan selesa mampu

menghilangkan focus ketika forum perbincangan kerana terlebih selesa dan fleksibel terhadap

pengguna.Terhadap pelajar pula , pelajar boleh selesa di rumah apabila forum atas talian

dilakukan oleh guru untuk meneruskan pembelajaran .Dirumah pelajar mempunyai keadan

yang selesa ia membuatkan pembelajaran lebih fokus dan pelajar berpuas hati dengan kelas

atas talian kerana faktor keselesaan sekeliling amat mendorong pelajar fokus dan berpuas hati

dengan pembelajaran atas talian dengan platform forum perbincangan.

BMW3032| 16
Media Sosial

Oleh itu pengguna harus manfaatkan forum perbincangan dengan lebih berguna kepada

diri pengguna agar maklumat forum perbincagan itu dapat dan berguna serta lebih kepuasan

untuk membincangkan sesuatu perkara di forum perbincangan.Sejurus itu,mereka boleh

memberi tindak balas yang baik kepada pengguna yang lain untuk menggunakan platform

forum perbincangan untuk pelbagai kegunaan pengguna pada masa kini.Oleh itu , forum

perbincangan sebagai alternatif yang amat baik untuk kegunaan dalam perbincangan ,dengan

keadaan kini yang mana dunia diserangi wabak Covid 19 dan masyarakat kini menggunakan

forum perbincangan atas talian untuk mengurus kerja dan sebagainya.

2.3.1 Pertukaran Intelek

Seterusnya, dapat pertukaran intelek semasa form perbicangan

berlangsung.Hal ini kerana semasa perbincangan sedang berlangsung ada

segelintir pengguna tidak faham apa yang dibincangkan dan ia boleh mencelah

dan meminta izin untuk bertanyakan soalan ape yang tidak difahaminya lalu

pengguna lain yang tahu boleh menerangkan kepadanya perkara yang tidak

difahaminya.Sebagai contoh,apabila salah seorang itu mempuyai idea untuk

menambah kepada perkara yang dibincangkan ia boleh memberi untuk

dibincang semasa perbincangan.Pengguna mempunyai intelek dan saling

bertukar pendapat ketika perbincangann mampu menambah pengetahuan dan

ilmu kerana mempuanyai sifat berkongsi idea di kalangan orang

sekeliling.Oleh itu ,pengguna harus sentiasa saling bertukar pendapat ketika

perbincangan agar semua orang dapat manfaatnya.

Selain itu, perbincangan forum dalam talian mampu menjimatkan kos

pengguna apabila mengguna forum perbincangan dalam talian.Hal ini kerana,

pengguna perlu membayar bil internet sahaja untuk menggunakan aplikasi –

BMW3032| 17
Media Sosial

aplikasi atas talian seperti skype , google meet , zoom dan webex .Aplikasi

tersebut mampu menghubungkan pengguna dengan pengguna lain secara

maya dan ia boleh melakukan perbincangan secara maya tidak dengan cara

fizikal.Ia mampu memgumpul ahli perbincangan dalam suatu forum

perbincangan dan tidak perlu berjumpa secara bersemuka,ia kerana app ini

mampu menunjukkan visual kite ketika perbicangan.Ia jimat dan murah

kerana tidak melibatkan kos untuk bil air , bil elektrik,sewaan bilik mesyuarat

dan kos untuk pergi ke tempat perbincangan,Sebagai contoh,pengguna hanya

menggunakan app yang tertentu untuk melaksanakan forum perbincangan dan

hanya mengeluarkan modal bil pembayaran internet sahaja untuk mengadakan

forum perbincangan atas talian.

2.3.2 Kesan Negatif

Antara kesan negatif terhadap forum perbincangan atas talian adalah

trafik internet boleh melonjak semasa perbincangan akibat pengguna banyak

menggunakan jalur lebar tersebut.Hal ni kerana,kelajuan internet akan

perlahan apabila terlampau ramai menggunakannya pada sesuatau ketika dan

keadaan.Ia mengakibatkan kesusahan kepada pengguna ketik

menggunakanya.Sebagai contoh, forum perbincangan atas talian untuk pelajar

yang belajar atas talian akan menerima kesannya seperti tidak mendapat

isyarat yang jelas ketika belajar,internat selalu terputus dan tidak laju

membuat pembelajaran terganggu dan hilang fokus untuk pelajar di rumah

belajar.Guru pula susah untuk memuat naik kerja sekolah untuk anak murid

kerana talian internet perlahan dan Walaupun pengguna membayar internet

BMW3032| 18
Media Sosial

tetapi talian tetap perlahan ketika menggunakannya dan pelajar lewat

menerima tugasan yang diberikan oleh guru.

Ia mampu memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna seperi

pengguna mudah bosan dengan masalah sama,pegguna mula hilang sabar

dengan keadaan yang melambatkan sesuatu urusan, dan pengguna berfikir

tidak dapat manfaat menggunakanya kerana talian internet perlahan dan tidak

mendatang kebaikkan kepada diri pengguna.Pengguna yang bekerja pula akan

menerima kesan apabila untuk memuat kerja yang perlu kerana talian

mempunyai masalah seperti sim services dan sebagainya yang menghalang

untuk selesaikan tugasan yang diberi oleh majikan.Oleh itu pihak berkenaan

perlu menangani masalah talian yang perlahan dan mempunyai masalah

seperti TM iaitu Telekom Malaysia memasang pencawang bagi kawasan yang

kurang atau taliann yang perlahan dan menaik taraf sistem untuk pengguna

sekiranya ramai menggunakan internet tetapi talian internet tetap laju dan

lancar yang memudahkan setiap perkara yang hendak dilakukan oleh

pennguna.

Seterusnya,kos teknologi yang tinggi menyebakann kesukaran untuk

memilikinya untuk kegunaan tertentu.Hal ini kerana masyarakat yang kurang

berkemampuan sukar untuk mempunyai teknologi yang mahal seperti

kamputer,laptop,telefon bimbit kerana ekonomi yang tidak berkemampuan

tidak lepas untuk membelinya.Teknologi tersebut penting ketika kini kerana

zaman begitu laju berubah menjadi moden seiring dengan teknologi yang kian

berubah pantas setiap hari dan terus berubah maju kehadapan.Oleh itu

,masyarakat yang tidak berkemampuan serta tidak mengikut seiring dengan

teknologi kini dan menyebabkan sukar apabila sesuatu urusan itu melibatkan

BMW3032| 19
Media Sosial

urusan atas talian iaitu urusan online.Sebagai contoh,pelajar yang kurang

berkemampuan yang tidak ada telefon bimbit atau komputer tidak boleh

mengikuti kelas atas talian kerana ia keperluan untuk belajar seperti keadaan

kini yang mana sekolah tidak dibuka dan pelajar diarahkan belajar dirumah

secara atas talian dengan guru mereka.

3.0 Perenggan Kesimpulan

Kesimpulannya,penggunaan media sosial di kalangan masyarakat memberikan

banyak kemudahan di negara kita. Sudah terang lagi bersuluh, sesuatu perkara yang positif

itu perlulah kita amalkan manakala sesuatu perkara yang negatif itu perlulah kita hindari.

Jelaslah disini bahawa media sosial memberikan pengaruh yang besar dalam golongan

masyarakat. Kepelbagaian dalam menggunakan media sosial memberikan kesan yang positif

dalam kehidupan masyarakat di seantero dunia. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama

dan berganding bahu bak kata peribahasa bagai aur dengan tebing untuk menjadikan hal ini

lebih baik pada masa hadapan. Secara postifnya, kita boleh lihat media sosial memudahkan

kita untuk memperoleh informasi secara cepat, berinteraksi dengan banyak orang,

memperluas pergaulan dan lebih mudah mengekspresikan diri dimana semua ini dapat

dilakukan tanpa batasan jarak dan waktu dengan biaya yang terjangkau.dalam pada itu juga,

dampak kepada negatinya, munculnya sifat ketergantungan pengguna terhadap media sosial

serta tidak terbatasnya kebebasan untuk berinteraksi di media sosial. Dengan mengetahui

BMW3032| 20
Media Sosial

semua penyebab dampak negatif media sosial, maka kita dapat lebih waspada dan

menghindari penyebab-penyebab dampak negatif tersebut. Sehubungan dengan itu, hal ini

akan menjadikan negara kita sentiasa aman dan kehidupan rakyatnya menjadi harmoni.

Selain itu, usaha yang berterusan ini juga akan menjadikan negara kita duduk sama rendah

dan berdiri sama tinggi, setanding dengan negara-negara dunia yang lain dalam pelbagai

bidang.

4.0 Rujukan

Berita Harian, (1 Ogos 2000), Asean Belum Sedia Laksanakan E-Dagang. Www.Bharian.Com.My
Capaian Pada 24 Julai 2016 Mohd Firdaus Ismail. (2020, Mac). Sektor E-Dagang Jadi
‘Penampan’ Ekonomi Saat Kesukaran Akibat Covid-19. Diperoleh Daripada
Https://Mdec.My/Blog/?P=455

Forum-For-Your-Website/ Muhamd Adnan Pitchan,Siti Nur Husna Abd Rahman,Mohd Izhar Ariff

Mohd Kashim(2018).December 2018 Jlid 34(4) M/S 75-92,From


Http://Ejournal.Ukm.My/Mjc/Article/View/28011

Husni, A. M., Nasohah, Z. & Kashim, M. I. A. M., Salleh, M. M. M., Nordin, N., & Husni, A. M.

(2015). Halal Pharmaceuticals. The Social Science, 11(22), 33-42.

Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim (2017), Penggunaan Media Sosial Dan Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial Oleh Pemimpin Pelajar Universiti Di


Bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia, Jurnal Of Social Scienes And Humanities ,98 Diperoleh
Daripada Http://Ejournal.Ukm.My/Ebangi/Article/Viewfile/20396/6435

BMW3032| 21
Media Sosial

Lili Qu & Yan Chen. (2014). The Impact Of E-Commerce On China’s Economic Growth, 68. Diperoleh
Daripada Https://Aisel.Aisnet.Org/Cgi/Viewcontent.Cgi?Article=1000&Context=Whiceb2014

Lori Soard (2019).Cara Memula Dan Melaksanakan Forum. 4 Jan 2019, From

Https://Www.Webhostingsecretrevealed.Net/Ms/Blog/Blogging-Tips/Starting-And-Running-
A-

Mulawarman, M., &Amp; Nurfitri, A. (N.D.). Perilaku Pengguna Media Sosial Beserta
Implikasinya Ditinjau Dari Perspektif Psikologi Sosial Terapan. Retrieved November 20,
2020,From Https://Jurnal.Ugm.Ac.Id/Buletinpsikologi/Article/View/227

Mutiaralautanhello (2017). Faedah Menggunakan Rangkaian Laman Sosial.


Diperoleh Daripada Http://Mutiaralautanhello.Blogspot.Com/2017/10/Faedah-
Menggunakan-Rangkaian-Laman.Html?M=1

Noordin Zakaria. (2012). Perniagaan Internet Patuh Dengan Syariah?. Dewan Ekonomi, 17–20.

Published: May 8, 2. (2019, November 25). The Complete History Of Social Media: Then And
Now. Retrieved November 20, 2020, From Https://Smallbiztrends.Com/2013/05/The-
Complete-History-Of-Social-Media-Infographic.Html

Setiadi, A. (N.D.). Pemanfaatan Media Sosial Untuk Efektifitas Komunikasi. Retrieved


November 20, 2020, From
Https://Ejournal.Bsi.Ac.Id/Ejurnal/Index.Php/Cakrawala/Article/View/1283

Peattie, K. (1997). The Marketing Mix In The Third Age Of Computing. Marketing Intelligence And
Planning, 15(3),
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/235289566_The_Marketing_Mix_In_The_Thi
Rd_Age_Of_Computing

Piratoefypursoul (2018).Kebaikkan Forum,Apa Pendapat Anda? 10 Jan 2018 ,From

Https://Malaysianbikers.Com.My/Forum/Index.Php?Topic=101.0

BMW3032| 22
Media Sosial

Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap
Hubungan Persahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal Of
Communication, 32(2), 65-81. Diperoleh Daripada
Http://Journalarticle.Ukm.My/10496/1/16458-46239-1-Sm.Pdf

Stpmesei (2017). Kebaikan & Keburukan Laman Sosial. Diperoleh Daripada


Https://Stpmesei.Blogspot.Com/2017/04/Pada-Masa-Ini-Penggunaan-Laman-
Sosial.Html?M=1

Zulfahmy Mat Udi & Mohamad Fazli Sabri. (2016). Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-
Dagang, Jurnal Pengguna Malaysia, 65-74. Diperoleh Daripada
Http://Macfea.Com.My/Wp-Content/Uploads/2018/11/Artikel-5-Jpm-Jilid-26-Jun-2016.Pdf

BMW3032| 23

Anda mungkin juga menyukai