Anda di halaman 1dari 5

Dalam meniti kehidupan di dunia yang penuh dengan warna, dugaan serta cabaran ini, kadang-

kadang mungkin kita terlupa untuk mencari ketenangan diri. Mesti ramai di antara kita yang
pernah merasa hati bagaikan tidak tenteram biarpun ketika sedang berbaring di atas tilam ketika
bersiap sedia untuk melelapkan mata. Tekanan dalam pembelajaran mahupun di tempat kerja,
cabaran kehidupan dalam perhubungan serta persekitaran sekeliling mampu memberi impak
kepada ketidaktenteraman hati. Namun begitu, ketenangan sebenarnya dapat dibina beransur-
ansur bila kita semakin faham akan beberapa perkara dalam kehidupan contohnya sebagai
manusia, kita pasti tidak akan dapat lari dari masalah ataupun tekanan. Menurut Syed
Qutb“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk
hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”

Bagi saya ketenangan ialah apabila saya dapat melakukan perkara-perkara kecil yang
menggembirakan saya. Sebagai contoh apabila saya meluangkan masa melihat pemandangan
hijau di sekeliling saya merupakan perkara kecil yang menjadi ketenangan kepada diri saya.
Apabila saya melihat dan berjalan-jalan di tempat yang jauh dari kesibukan orang seperti di
hutan, tasik, pantai, dan sungai, bunyi-bunyi alam sekitar seprti hembusan bayu, bunyi daun-
daun yang melambai setelah ditiup angin pokok dan laungan serangga-serangga kecil sentiasa
menyedarkan saya bahawa kesibukan dan masalah yang dialami saya bukanlah segala-galanya.
Oleh itu, apabila saya merasa murung, sedih atau tertekan saya suka untuk meluangkan masa
pergi ke tempat-tempat ini kerana ia bagaikan tempat saya melepaskan diri daripada segala
beban dan masalah yang dialami buat seketika. Jadi saya percaya bahawa ketenangan adalah
sentiasa wujud untuk setiap orang walaupun dunia hari ini penuh dengan orang yang berlumba-
lumba mengejar impian dan cita-cita masing masing tanpa henti.

Hakikatnya,ketenangan yang hakiki tidak akan berlaku kepada manusia yang tidak mengenal
dirinya dan tidak mengenal Tuhannya. Allah swt telah berfirman yang seiringan dengan hal ini
yang firman itu bermaksud; 
“Orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka terhadap dirinya sendiri.”
Part 2

Ketenangan hati. Kebahagiaan diri. Saya percaya, setiap daripada kita mempunyai kemahuan
yang sama dalam hidup ini, hanya kefahaman dan pendekatan adalah subjektif dan berbeza pada
setiap orang. Misalnya, kemahuan kita akan tiga perkara ini, iaitu kebahagiaan dan ketenangan
jiwa, kekayaan dan kebebasan. Ada orang kaya tetapi tidak bebas dan Bahagia, manakala ada
orang miskin tetapi bebas dan bahagia. Saya percaya kita akan capai ketenangan yang kita
impikan walau sebanyak manapun komitmen yang kita ada, walau sesulit manapun dugaan yang
kita hadapi dengan cara kita mengubah car akita lihat suatu perkara. Apabila kita ubah cara kita
lihat sesuatu perkara, pasti minda dan hati akan akan lebih terbuka, lebih Nampak hikmah dan
kebaikan berbanding keburukan dan kesusahan. Maka, kesannya dapat menjadikan diri kita,
seorang yang lebih tenang, rasional, positif! Ketidaksempurnaan itu yang menyempurnakan kita
sebagai manusia. Ringkasnya, kita ingin melihat orang kaya yang banyak memberi dan orang
miskin yang banyak berbudi, orang berilmu yang banyak mentadbir, dan mereka yang sebaliknya
merendah diri dan belajar lagi. Itulah ketenangan dan keamanan yang benar. Contohnya ebit lew
ikon umat yang kaya dan banyak memberi.

NILAI KETENANGAN DAN KEJERNIHAN CAHAYA MUKA

Nilai ketenangan dan kejernihan yang terpancar dari cahaya muka. Hamka menjelaskan hal ini
dalam bukunya Pandangan Hidup Muslim (hlm.210) apabila beliau mengatakan: Yang
mempunyai cahaya istimewa itu adalah dua rupa orang. Pertama, seorang saleh yang kuat
hubungannya dengan Allah. Kedua, seorang berpangkat yang kuat hubungannya dengan orang
yang memerintah. Yang pertama mendapat cahaya dari langit. Yang kedua mendapat cahaya dari
bumi. Orang yang kedua akan hilang cahayanya ketika tidak lagi menduduki kursi kuasa.
Berbeza dari yang pertama cahaya ketenangan dan kejernihan akan terus terpancar dari
wajahnya, walaupun dia sudah tiada di tempat itu atau sudah kembali ke rahmatullah

“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati
orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”

– Syed Qutb

Barangsiapa yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap
petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa ragu dan sepi. Tuan tidak dilarang mencari
penghasilan, tidak disuruh berpangku tangan dan malas lantaran harta telah ada, kerana yang
demikian bukan qana’ah, yang demikian adalah kemalasan. Bekerjalah, kerana manusia dikirim
ke dunia buat bekerja, tetapi menangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu adalah
kalah dan menang. Jadi tuan bekerja bukan lantaran memandang harta yang telah ada belum
mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh menganggur.

Penekanan yang diberikan oleh Hamka ialah melakukan pekerjaan itu hendaklah mengikut
kehendak jiwa dan tidak bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah s.w.t. Jika ini
terjadi, terjalinlah kegembiraan jiwa dan kesejahteraan hidup. Dalam melakukan pekerjaan ini,
individu perlu menimbangkan prinsip untuk mencapai kesejahteraan, bukannya seperti yang
digambarkannya dalam Keadilan Ilahi (hlm. 49): Melihat yang telah terkumpul di dalam tangan,
timbullah nafsu buat menambahnya lebih banyak lagi, sampai lupa kepada kebersihan diri pun,
lupa kepada makanan yang enak-enak, lupa kepada kediaman bersih, hanya ingat bagaimana
supaya wang itu bertambah.

Kekayaan harta dan duit bukan penentu ketenangan mahupun kebahagiaan. Pendapat hamka
mengatakan yang miskin akan tetap berasa kaya raya kerana mewah dengan kasih sayang
keluarga manakala yang kaya, pasti juga akan berasa miskin kerana kesempitan kasih sayang
keluarga.

Money is good. Too much money is bad. ‘Too much’ is ‘too much’ when it is more than we need
or more than we are capable of utilizing for the umpliment of humanity. Food is good. Too much
food is damaging to the body and punishes the glutton with pain and illness. Light is good but
too much will blind the eyes. Water is good. There could be no life for us without it, but too
much will destroy us. Heat is good but too much will burn us. Any excuse in the use or activity of
a good thing is temperance and therefore, evil can be avoided.

(Bremer 1989: 366).

Ketenangan dan kebahagiaan menurut Al-Saadah

Definisi dan hakikat al-sa‘adah menurut al-Ghazali (1988) dan al-Dihlawi (1999) merujuk
kepada kebahagiaan yang tertinggi dan hakiki hasil daripada keupayaan manusia memperoleh
keutamaan-keutamaan akhlak dan kesucian jiwanya. Jiwa yang bersih pasti memperoleh
kehidupan yang tenang dan bahagia serta jauh daripada perkara keji dan mungkar.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (al-Ra‘d 13:28)

Thaharah merupakan sifat yang menekankan aspek penyucian dan kebersihan kepada diri,
pakaian dan persekitaran seterusnya membentuk jiwa yang tenang dan damai (Muhammad al-
Ghazali, 2000). Maka, kebahagiaan yang dicapai apabila manusia bersih dari sudut zahir dan
batin. Ketenangan dan kebersihan jiwa manusia pula diperoleh apabila manusia mensucikan diri,
pakaian dan tempatnya daripada hadas dan segala kekotoran serta najis. Orang yang bahagia
sentiasa mensucikan jiwanya daripada segala sifat keji iaitu, hasad, sangka buruk, sombong,
bakhil, riya’ dan seumpamanya,

Memetik kata Prof. Madya Dr. Huzili Hussin berkenaan falsafah kehidupan, mengatakan
bahawa bagi menyuburkan falsafah hidup, kita perlu bersederhana dalam semua keadaan serta
sentiasa berbaik sangka kepada semua orang. “Pendek kata, jika kita mahu hidup dengan aman,
kita harus membantu orang lain hidup dengan aman juga. Jika kita ingin disayangi, kita perlu
mempelajari untuk menyayangi orang lain dan jika kita ingin hidup gembira, kita juga perlu
bahagiakan orang lain dan yang paling penting ialah sentiasa memaafkan walaupun perit. Ini
kerana tanpa memaafkan sampai bila-bila pun kita tidak akan berada di atas garisan ketenangan
yang mutlak.Pembelajaran falsafah ini membantu kehidupan kita supaya tidak mudah
dimanipulasi."

RUMUSAN

Ketenangan perlu dicari. Sepertimana kita apabila ditimpa kesusahan atau pada tahap dimana
kita tertekan dan lemah semangat, kita akan berbalik kepada sumber kekuatan jiwa dan diri. Ada
yang akan pergi ke tempat yang tenang jauh dari kesibukan seperti kampung, pantai, sungai atau
mungkin berehat dibawah pokok rendang dengan angin dan bunyi alam seperi serangga ,dedaun
kering yang jatuh dan sebagainya. Nampak mudah namun memberi kesan ketenangan dalam diri
dan menggalakkan kita berfikir konsep kehidupan kita sebagai manusia. Selain itu, ketenanagan
juga berkait dengan rohani, dan jasmani dimana faktor seperti kebersihan hati, cara berfikir,
pemakanan dan kesihatan juga memainkan peranan penting. Contohnya dengan bersenam di
waktu pagi sebenarnya merangsang hormone endorphin yang membantu kita untuk tenang dan
lebih positif, pemakanan yang sihat juga penting untuk kita sentiasa menjaga emosi dan lebih
proaktif. Manakala rohani berkait dengan kebergantungan kita dengan pencipta, amal ibadah,
kebersihan jiwa,pakaian, tempat dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai