Anda di halaman 1dari 12

ASAL 

PADI

 SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua
orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya
yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar,
namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap
untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di
kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau
seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu
ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan
merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah memasukkan
padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga
tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan
penjaga dusun itu.

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu diambil
segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta
izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa
lagi. Penjaga padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di
bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja
padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi
di kayangan telah hilang.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apabila
burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil
kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman
padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si
Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati
burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam pertarungan itu pipit
telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.Itulah
sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.

TEMA

·         Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si
Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang
ke bumi.

PERSOALAN

·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.

o    Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun
dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.

o    Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah
tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


o    Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu
kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

·Bersungguh-sungguh menjaga hak.

o    Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama

Si Bongsu

Seorang lelaki.

Seorang anak yatim piatu.

Anak bongsu daripada dua beradik.

Seorang yang berani.

·         Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke
bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.


·         Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di
tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih

·         Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber

pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.

·         Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.

·         Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat
menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan

Si Sulung

Abang kepada Si Bongsu

Anak yatim piatu.


Seorang yang setia.

o    Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.

Anak yang cacat.

o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua
tumitnya berlubang.

·         Seorang yang gigih.

o    Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber
pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati

o    Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu
agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.


o    Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut
ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati

o    Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

·         Seorang yang cerdik

o    Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit  apabila melihat paruh pipit nampak
putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit

·         Seekor burung yang tidak jujur

o    Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi
sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

·         Seekor burung yang licik

o    Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya
meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.
LATAR

Latar Masa

Waktu siang.

o    Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan
sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

   Di kampung

o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi
menampung keperluan mereka.

   Di Kayangan

o    Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di  

o    kayangan.

Di kolam
o    Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan
peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.

o    Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.

o    Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA
Peribahasa

o    Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda

o    Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope

o    Contoh: tak, ku

imej alam

o    Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.

o    Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.
·         Simile.

o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

NILAI

Nilai keberanian.

o    Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke
bumi.

Nilai kesetiaan

o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.

o    Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Nilai kebijaksanaan.
o    Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.

o    Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi unt

uk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.

o    Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam
luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.

o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

·         Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


o    Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil

Anda mungkin juga menyukai