Anda di halaman 1dari 6

Kertas Cadangan Projek Pertanian

Menggunakan Kaedah Hidroponik Dan


Fertagasi

Di Sediakan Oleh:
Panitia Rekabentuk Teknologi
TAJUK          

Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Hidroponik Dan Fertagasi

MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan
pokok menggunakan kaedah hidroponik dan Fertagasi

OBJEKTIF         
1. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan
pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.

2. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani .

3. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.

4. Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan .

5. Menambahkan lagi dana tabung sekolah dengan penjualan hasil dari pertanian ini.

KUMPULAN SASARAN

Murid – murid Tahun 6 Sk Taman Klang Utama

KAWASAN PERTANIAN

Kawasan Taman Pertanian Panitia Rekabentuk Teknologi Dan Sains ( Belakang Makmal
Komputer)

TEMPOH PERLAKSANAA

18 September 2017 - 9 November 2017


PROJEK HIDROPONIK
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
Hidroponik mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem tananaman biasa yang
menggunakan tanah seperti berikut :

a) sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman
secara biasa seperti tanah berasid
b) sayur-sayuran cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti
c) bersih dan bebas dari sebarang racun mahkluk perosak
d) tidak perlu merumpai, menyiram, dan menyangkul
e) penggunaan air dan baja yang terkawal dan efiesen
f) pulangan hasil yang lebih tinggi

Kelebihan Kaedah Hidroponik


a) Pemberian nutrien lengkap.
b) Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan
masalah penyakit.
c) Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
d) Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
e) Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
f) Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
g) Kualiti hasil yang lebih baik.
h) Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
i) Hasil lebih tinggi.
j) Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
k) Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik
berselang.
l) Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjan
TANAMAN FERTAGASI

Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran
bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat
dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh
dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula
diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem


Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis
Mikro.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili
merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk
kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

Kelebihan Sistem Fertigasi 


antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa
pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam
Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan
merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah
ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam
padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat
dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan
.
Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu
ekar.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman
diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4
tahun.
KOS PROJEK

NO NAMA BARANGAN UNIT JUMLAH

1
TANAMAN HIDROPONIK
2 x RM 10.00 RM 20.00
a) Baja A dan B ( 1 liter)
2 x RM 20.00 RM 40.00
b) Baja A dan B ( 2 liter)
6 x RM 14.00 RM 84.00
c) Sabut ( cocopeat)
4 x RM 3.00 RM 12.00
d) Benih sayuran
2 2 x RM 50.00 RM 100.00
e) Set Tanaman Hidroponik
20 x RM 6.00 RM 160.00
f) Sudip tangan

TANAMAN FERTIGASI
1 x RM 70.00 RM 70.00
a) Tong Air 120 liter
1 x RM 160.00 RM 160.00
b) Set Tanaman Fertagasi ( untuk
20 anak pokok )
RM 60.00
c) Pump Air 1 x RM 60.00
RM 50.00
d) Batu Bata 50 x RM 1.00
e) Pengarik Tangan 20 X RM 6.00 RM 120.00
f) Sarung Tangan 40 X RM 2.00 RM 80.00
g) Set Suis Elektrik 1 X RM 100.00 RM 100.00

JUMLAH RM 1, 056.00
PERBELANJAA
N

# SEMUA PERBELANJAAN MENGGUNAKAN KEWANGAN PCG PANITIA


REKABENTUK TEKNOLOGI 2017

Di Sediakan Oleh Di Semak Oleh Di Sahkan Oleh


____________________ _______________ __________________
(En Mohd Ezanee B Ahmad) ( Pn Suzainee Bt Neesa) ( Pn Norlaila Bt Jamaluddin)
Ketua Panitia RBT GPK 1 Kurikulum GURU BESAR SKTKU

Anda mungkin juga menyukai