Anda di halaman 1dari 5

RAI

THE
VEN
NAJ

SITUASI
1. SEKOLAH

a) Murid memberi hadiah sempena Hari Guru.

b) Saling tolong-menolong sesama rakan.

2. RUMAH

c) Saling bermaafan sesama ibubapa ketika Hari Raya Aidilfitri (IDEA : Anak tidak dapat
pulang ke kampung halaman dari Universiti kerana kekangan Perintah Kawalan
Pergerakan semasa pandemik Covid-19, jadi anak membuat video kepada ibubapa dan
keluarga)

d) Berkongsi makanan bersama jiran dan bermesraan seperti menanyakan khabar.

DIALOG
a) Murid memberi hadiah sempena Hari Guru.

LAKONAN : VENILLA DAN THERESA

VENILLA : Selamat pagi Cikgu Theresa! Saya nak ucapkan selamat Hari Guru untuk Cikgu!
Terima kasih atas jasa dan tunjuk ajar dari cikgu. Ini, saya ada bawakan hadiah untuk
cikgu sempena Hari Guru. Hmm, tidaklah seberapa tapi saya ikhlas dan saya harap cikgu
suka!

THERESA : Wahh, kamu ni Venilla, susah-susah bawakan cikgu hadiah. Terima kasih ya
Venilla. Cikgu sebagai guru, tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada kamu.
Cukuplah kamu rajin belajar dan manfaatkan ilmu yang cikgu berikan dan dengan
kejayaan kamu nanti, kamu boleh banggakan cikgu, ibu ayah kamu, boleh banggakan
sekolah! (… diam sekejap dan pandang kebawah seperti melihat hadiah dan kembali lihat
kamera) Wahhh, tidak sabar saya nak buka!

VENILLA : Betul tu cikgu. Ya saya akan berusaha untuk manfaatkan ilmu yang cikgu ajar.
Saya juga akan berusaha banggakan cikgu dan ibu ayah. Memandangkan tahun ini adalah
tahun terakhir saya berada disekolah, saya nak berikan hadiah ni sebagai memori juga
cikgu! Nanti bila saya masuk ke Universiti, saya pasti akan rindukan cikgu. Baiklah, izinkan
saya pergi ke kelas semula ya cikgu. Selamat Hari Guru sekali lagi saya ucapkan.

THERESA : Kamu ni memang anak murid yang baik. Beruntung saya dapat murid seperti
kamu. Zaman sekarang ni, anak muda ramai yang terpengaruh dengan gejala sosial.
Merokok, ponteng, sampai kan guru pun tidak tahu hormat. Tapi kamu seorang yang
sangat bersopan santun dalam tutur kata dan perbuatan kamu. Saya doakan kamu dapat
masuk ke Universiti yang kamu inginkan. BAiklah, lekas lah pergi ke kelas, nanti terlambat
pula. Terima kasih ya, atas hadiah ini.

b) Saling tolong-menolong sesama rakan.


LAKONAN : VENILLA, RAIHANA DAN THERESA

RAIHANA : Alamak! Saya terlupa untuk bawa bahan-bahan lukisan yang Cikgu Lina suruh
bawa semalam! Macam mana ni. Tidak mungkin saya sempat untuk patah balik semula
ke rumah semata-mata untuk ambil warna air dan kertas lukisan! Kalau saya balik pun,
mesti saya kena marah dengan ibu saya. Aduh, cuainya sayaaaa.

THERESA : Itulah awak, kan saya sudah pesan semalam, saya juga sudah ingatkan awak
melalui mesej semalam. Tak apalah kalau begitu, saya ada bawa berus lukisan lebih.
Awak ambil saya punya okay? Warna air nanti kita kongsi sama-sama. Nanti di dalam bilik
seni, kamu duduklah disebalah saya, senang sikit kita nak berkongsi nanti.

VENILLA : Saya ada bawa kertas lukisan lebih ni. Nasib baik saya bawa lebih, saya sudah
agak yang awak akan lupa (muka mesra ketawa). Tak apalah, hal kecil saja. Awak buat
lukisan nanti betul-betul dan hati-hati, saya cuma bawa dua helai kertas lukisan ni. Satu
untuk awak dan satu untuk saya. Nah…. (hulurkan kertas)

RAIHANA : Ishhh saya ni menyusahkan kamu berdua saja. Terima kasih banyak-banyak.
Saya tak tahulah kalau kamu berdua tak tolong saya, mesti saya kena marah dengan
Cikgu Lina. Saya ni memang cuai sikit (chuckle) heha maaf ya.

THERESA : Tak apalah. Kami kan kawan awak, mestilah kena tolong-menolong. Apalah
gunanya rakan jika tidak tahu tolong kawan yang sedang kesusahan. Lain kali jangan cuai
lagi okay? (muka mesra)

c) Saling bermaafan sesama ibubapa ketika Hari Raya Aidilfitri (IDEA : Anak tidak dapat
pulang ke kampung halaman dari Universiti kerana kekangan Perintah Kawalan
Pergerakan semasa pandemik Covid-19, jadi anak membuat video kepada ibubapa dan
keluarga)

LAKONAN : NAJAH

DIALOG SPONTAN SEBAB NAJAH SEORANG YANG BERLAKON.

Najah akan minta maaf, terangkan sebab tidak balik, rindukan keluarga

d) Berkongsi makanan bersama jiran dan bermesraan seperti menanyakan khabar.

LAKONAN : NAJAH DAN RAIHANA


NAJAH : Assalamualaikum.… Kak Raihana… Assalamualaikum…

RAIHANA : Waalaikumsalam.. Ehh Najah, lama sudah tidak nampak (akak guna slang
sabah sikit2) Ada apa Najah?

NAJAH : Ya kak, Najah banyak kerja. Sekarang ni kan PKP dilanjutkan, jadi Najah belajar
dari rumah, itu yang susah sangat nak keluar tu kak. Ini pun Najah ada masa terluang
sikit. Haaa ini Najah ada masak ambuyat. Haritu Najah cari resepi di Google, macam
menarik masakan dari Sabah ni.

RAIHANA : Wahh, terima kasih banyak yaa Najah. Akak dah lama tak makan ambuyat,
yaa laa susah sekarang ni nak balik kampung di Sabah. Ishh tidak sabar nak cuba. Orang
Selangor masak ambuyat (mesra)

NAJAH : Maklumlah kak, kita kan satu Malaysia. Malaysia dengan makanan yang sedap-
sedap ni memang tak boleh dipisahkan. Ini pertama kali Najah cuba buat ambuyat.

RAIHANA : Ohh begitu, (gelak mesra), okaylah terima kasih ya Najah. Bila-bila akak pula
bagi Najah. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa kan (senyum).

Anda mungkin juga menyukai