Anda di halaman 1dari 41

pEngurusan jenazah

‫ من‬، ‫ ومن سيئات أعمالنا‬، ‫ ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا‬، ‫إف الحمد هلل نحمد ونستعينو ونستغفره‬
ِ
‫ وأشهد أف ال إلو إال اهلل وحده‬، ‫ ومن يضلل فال ىادي لو‬، ‫يهد اهلل فال مضل لو‬
‫ وأشهد أف محمداً عبده ورسولو‬، ‫ال شريك لو‬
Sesungguhnya segala pujian itu milik Allah, kami memujiNya, kami memohon pertolongan
kepadaNya, dan hanya kepadaNyalah kami memohon keampunan. Kami berlindung kepada Allah
dari kejahatan diri kami dan dari kejahatan
amalan-amalan kami.

Barangsiapa yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa dapat menyesatkannya, dan
barangsiapa yang disesatkan tiada siapa
dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya yang berhak disembah melainkan
Allah semata dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad saw adalah
hambaNya dan RasulNya.

PENDAHULUAN

Allah „Azza waJalla telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji hamba-
hambanya, untuk diuji kita dengan kematian, begitu juga dengan kehidupan, siapakah di antara
kita yang lebih baik amalannya. Firman Allah Ta‟ala:

            
2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha
Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun,
(bagi orang-orang Yang bertaubat);
(Al Mulk)

Kehidupan yang dijadikan oleh Allah „Azza waJalla untuk menguji insan, siapakah yang lebih baik
amalannya. Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: Allah tidak menyebut lebih banyak
amalan.(1) Berkata Imam Fudhail bin „Iyadh tentang „yang lebih baik amalannya‟ ialah: yang lebih
keikhlasan dan lebih menepati. Tidak diterima sesuatu amalan sehingga ia melakukan dengan
penuh keikhlasan lagi menepati. Ikhlas bermaksud: kerana Allah, dan menepati bermaksud: Di
atas (petunjuk) Sunnah.(2)

Untuk itu, marilah kita berusaha memperbaiki diri untuk mengamalkan perintah Allah „Azza wa
Jalla untuk mengikuti sunnah yang telah di tunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. bermula
dari hari ini, kerana insan yang mengikuti baginda Rasulullah s.a.w. akan mendapat kecintaan
Allah „Azza wa Jalla, firmanNya:

1
Tafsir Al Quran Al Azhim oleh Imam Ibnu Kathir, Jilid ke 4, m.s. 2914.
2
Tafsir Al Baghawi ‘Ma’alimu Tanzil’ oleh Imam Abu Muhammad Al Husain bin Mas’ud (lebih masyhur dengan
nama Imam Al Baghawi), Jilid ke 8, m.s. 176.

1
pEngurusan jenazah

               
31. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al A’raf)
Sebelum datangnya ajal menjemput kita, di mana apabila datangnya ia, tidaklah dapat
ditangguh lagi, walaupun sesaat, firman Allah Ta‟ala:

             
34. dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang
tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka
didahulukan.
(Al A’raf)

Kematian adalah merupakan satu kerehatan bagi mereka yang beriman juga merupakan wasilah
untuk kita menerima balasan. Bila tibanya saat itu, maka terpisahlah roh dari jasad maka akan
terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara, sabda Rasulullah SAW :

، ‫سا ُف انْػ َقطَ َع َع ْنوُ َع َملُوُ إَِّال ِم ْن ثََالثٍَة‬ ِْ ‫ات‬


َ ْ‫اْلن‬ َ َ‫ ق‬، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬
َ ‫ إِ َذا َم‬: " ‫اؿ‬ ِ َ ‫َف رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َّ ‫أ‬: ‫َبي ُهَريْ َرَةي‬
‫َع ْن أِ ي‬
ِ ‫ أَو ولَ ٍد‬، ‫ أَو ِعل ٍْم يػ ْنتػ َفع بِ ِو‬، ‫ِمن ص َدقَ ٍة جا ِري ٍة‬
ُ‫صال ٍح يَ ْدعُو لَو‬ َ َ ْ ُ َُ ْ َ َ َ ْ
Dari Abu Hurairah radhiallahu „anhu, bahawa Rasulullah sallaahu „alaihi wasallamtelah bersabda :
“ Apabila mati anak Adam akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara , sedekah
jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak-anak soleh yang mendoakan untuknya.”(3)

Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan , kesihatan, kelapangan, usia yang
ada, dan kesenangan yang dianugerahkan untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan
kebajikan , sebagai bekalan untuk menuju ke akhirat iaitu hari yang tidak ada manfaat lagi harta
dan anak pinak melainkan hati yang sejahtera. Hanya dengan keimanan Tauhid tanpa syirik dan
ibadah yang soleh menjadi perhitungan.

Diakhiri dengan doa dari baginda Ibrahim a.s.:

                  
87. "Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup
semula - 88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan
pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang
datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera
(dari syirik dan penyakit munafik);
(Asy Syu’ara’)

3
Hadith Riwayat Imam Muslim, H.N. 1631/14 dan Imam Abu Daud, H.N. 2880.

2
pEngurusan jenazah

1.0 PERIHAL ORANG YANG DIUJI DENGAN PENYAKIT

a. Penyakit adalah kafarah (penebus dosa) dan kenaikkan darjat.

‫ط اللَّوُ بِ ِو َسيّْئَاتِِو‬ َ ٍ ‫صيبُوُ أَ ًذى ِم ْن َم َر‬


َّ ‫ إَِّال َح‬، ُ‫ض فَ َما ِسواه‬ ِ ‫ ما ِمن مسلِ ٍم ي‬: " ‫وؿ اللَّ ِو صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو وسلَّم‬
ُ ُْ ْ َ َ ََ َ ُ ‫اؿ َر ُس‬
َ َ‫ق‬
َّ ‫ط‬
‫الش َج َرةُ َوَرقَػ َها‬ ُّ ‫َك َما تَ ُح‬
Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim itu ditimpakan
kepadanya musibah sama ada sakit atau sebagainya, melainkan Allah menggugurkan dengannya
(ujian itu) akan kesalahannya (dosa-dosa) seperti mana pokok menggugurnya daunnya.”4

Ia juga merupakan kenaikkan darjat di sisi Allah Ta‟ala.

َ َ‫ ق‬، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬


:‫اؿ‬ ِ َ ‫ت رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬
ِ
ُ َ ُ ‫فَِإنّْي َسم ْع‬
ٌ‫ت َع ْنوُ بِ َها َخ ِطيئَة‬
ْ َ‫ت لَوُ بِ َها َد َر َجةٌ َوُم ِحي‬
ْ َ‫اؾ َش ْوَك ًة فَ َما فَػ ْوقَػ َها إَِّال ُكتِب‬
ُ‫ش‬ َ ُ‫َما ِم ْن ُم ْسلِ ٍم ي‬
Dari Aisyah (Ummu Al Mukminin) radhiallahu „anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah
sallaahu „alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang ditusuk duri atau lebih
kecil dari itu, melainkan dituliskan baginya satu darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.”(5)

b. Wajib bagi seorang muslim bersabar dan redha dengan ujian sakitnya.

Wajib bagi seorang muslim bersabar dan redha di atas ketetapan Allah dan bersangka baik
terhadap Tuhannya.

‫ْم ْؤِم ِن‬ ِ ٍ ‫اؾ ِِل‬


ُ ‫َحد إَِّال لل‬
َ َ ‫س َذ‬ َّ َّ ِ ِ ِ َّ ِ َّ َّ َ ‫وؿ اللَّ ِو‬
َ ‫ َولَْي‬، ‫ إف أ َْم َرهُ ُكلوُ َخ ْيػ ٌر‬، ‫ َع َجبًا ِل َْم ِر ال ُْم ْؤم ِن‬: " ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم‬ ُ ‫اؿ َر ُس‬
َ َ‫ق‬
ُ‫ فَ َكا َف َخ ْيػ ًرا لَو‬، ‫صبَػ َر‬َ ُ‫ض َّراء‬
َ ُ‫َصابَػ ْتو‬َ ‫ َوإِ ْف أ‬، ُ‫ فَ َكا َف َخ ْيػ ًرا لَو‬، ‫َصابَػ ْتوُ َس َّراءُ َش َك َر‬
َ ‫إِ ْف أ‬
Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam bersabda: “Amat menakjubkan keadaan orang mukmin,
sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan, tidaklah (sifat) ini pada yang lain melainkan
hanya orang mukmin. Sekiranya diberikan kepadanya kesenangan, dia bersyukur, maka ini
adalah kebaikkan baginya, dan sekiranya dia di uji dengan kemudharatan dia bersabar, maka itu
adalah kebaikkan baginya.”(6)

c. Wajib bersangka baik terhadap Tuhannya

Senantiasa seorang muslim yang beriman itu bersangka baik kepada Tuhannya terhadap
apa sahaja yang menimpa dirinya, walaupun sakit itu bertambah parah. , baginda
sallaahu „alaihi wasallam bersabda :

‫َح ُد ُك ْم إَِّال َو ُى َو يُ ْح ِس ُن الظَّ َّن بِاللَّ ِو َع َّز َو َج َّل‬


َ ‫َال يَ ُموتَ َّن أ‬
4
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 5647,5648,5660, 5561 & 5667 dan Imam Muslim, H.N. 2571/45.
5
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 2572/46 & 47.
6
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 2999/64.

3
pEngurusan jenazah

“Janganlah seorang kamu mati melainkan dia dalam keadaan


berbaik sangka kepada Allah „Azza waJalla.”(7)

d. Pesakit hendaklah menghadirkan dalam dirinya perasaan takut dan harap.

Takut terhadap siksa Allah terhadap dosa-dosanya dan berharap untuk mendapatkan
rahmatNya.

Sebuah hadith yang yang menceritakan tentang ziarahnya Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam
kepada seorang pemuda yang sedang dalam nazak, lalu baginda bertanya akan keadaannya,
lalu pemuda itu menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah! Aku berharap kepada Allah (akan
rahmatNya), dan aku takut terhadap dosa-dosaku. Lalu baginda sallaahu „alaihi wasallam
menjawab:

ُ ‫آمنَوُ ِم َّما يَ َخ‬


‫اؼ‬ ِ ِ ِ ٍ ِ ‫اف فِي قَػل‬
َ ‫ْب َع ْبد في مثْ ِل َى َذا ال َْم ْوط ِن إَِّال أَ ْعطَاهُ اللَّوُ َما يَػ ْر ُجو َو‬
ِ ‫َال ي ْجتَ ِمع‬
َ َ
“Tidak terkumpul di dalam hati seorang hamba yang berkeadaan begini, melainkan Allah akan
berikan kepadanya apa yang dia harapkan dan mengamankannya
dari apa yang menakutkannya.”(8)

e. Orang yang sakit amat hampir kepada Allah, hendaklah dia memperbanyakkan
doa.

Seorang muslim yang ditimpa kesakitan itu adalah orang yang hampir kepada Tuhannya,
hendaklah dia memperbanyakkan doa dan bermohon agar dikekalkannya di dalam Islam dan
tetap beriman kepada Allah dan hari kebangkitan.

7
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 2877/81 & 82
8
Hadith riwayat Imam Tirmizi di dalam Sunannya, H.N. 1004, Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, H.N. 4261 dan
Imam Nasai di dalam ‘Amalu Al Yaum wa Al Lailah, H.N. 1062. dan dari naskhah Tahqiq Syeikh Syu’aib Al Arnaut
(H.N.1004) beliau (Imam At Tirmizi) menyatakan bahawa hadith ini gharib, namun pada naskhah yang di tahqiq oleh
Syeikh Albani (H.N.983) beliau (Imam At Tirmizi) menyatakan Hasan Gharib. Ini juga dinyatakan oleh Mubarakfuri di
dalam Tuhfatu Al Ahwazi, jilid ke 3, H.N. 983. Menurut Syeikh Albani perkataan Hasan telah gugur dari naskhah asal.
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan Imam Nasai dari jalur Sayyar bin Hatim dari
Ja’far bin Sulaiman dari Thabit bin Aslam dari Anas bin Malik. Imam At Tirmizi telah memberi isyarat tentang
kecacatan hadith ini, di mana beliau menyatakan: “Sesungguhnya sebahagian mereka telah meriwayatkan hadith ini
dari Thabit dari Nabi sallaahu ‘alaihi wasallam secara mursal.” Beliau juga menyatakan di dalam kitabnya ‘Ilal Al
Kabir, H.N. 244 m.s. 142: “Aku bertanya kepada Muhammad (Imam Bukhari) tentang hadith ini, lalu beliau (Imam
Bukhari) berkata: “Hadith ini hanya diriwayatkan dari Thabit …Bahawa Nabi sallaahu ‘alaihi wasallam telah masuk
bertemu seorang pemuda.” Di dalam kitab ‘Ilal Abi Hatim, jilid ke 3, H.N. 1806,m.s. 109, beliau menyatakan: “Telah
menceritakan kepada kami oleh Abu Zofri dari Ja’far dari Thabit dari Nabi sallaahu ‘alaihi wasallam secara mursal,
dan tidak menyebutkan Anas.” Kecacatan periwayatan sanad ini adalah berpunca dari Sayyar bin Hatim. Berkata
Ibnu Hajar Al Asqalani di dalam Tahzib At Tahzib, jilid ke 3, perawi no. 2790 bahawa Imam Ibnu Hibban
meletakkannya di dalam kitabnya ‘Ath Thiqat’. Beliau melanjutkan dengan berkata: “Telah berkata Abu Ahmad Al
Hakim: “Pada hadithnya sebahgiannya munkar.” Telah berkata Al ‘Ukaili: “Hadith-hadithnya munkar.” Ibnu Madini
telah melemahkannya. Dan telah berkata Al Azdi: “Disisinya munkar.” Imam Ibnu Hajar sendiri menyatakan di dalam
‘Taqrib At Tahzib, perawi no. 2714, sebagai ‘Jujur, mempunyai kekeliruan’. Berkata Syeikh Syu’aib Al Arnauth di
dalam ‘Tahrir Taqrib At Tahzib, jilid ke 2 sebagai perawi Dhaif, diambil iktibar dengannya. Imam Al Munziri
menyatakan hadith ini sebagai Hasan. Syeikh Albani mengulaskan di dalam As Sahihah, jilid ke 3, H.N. 1051, bahawa
sanad hadith sebagai hasan, dan mempunyai mutab’ah dari periwayatan dari kitab Al Ibanah oleh Ibnu Battoh dan
syawahid di dalam Al Mardhu walKafarat oleh Ibnu Abi Dunya. Wallahu a’lam.

4
pEngurusan jenazah

: ‫وؿ يَػ ْو َـ ال ِْقيَ َام ِة‬


ُ ‫ " إِ َّف اللَّوَ َع َّز َو َج َّل يَػ ُق‬: ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫اؿ رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َ َ‫ ق‬: ‫اؿ‬ َ َ‫ ق‬، َ‫َع ْن أَبِي ُى َريْػ َرة‬
‫َف َع ْب ِدي‬َّ ‫ت أ‬ َ ‫ أ ََما َع ِل ْم‬: ‫اؿ‬ َ َ‫ين ؟ ق‬ ِ
َ ‫ب ال َْعالَم‬ َ ْ‫ود َؾ َوأَن‬
ُّ ‫ت َر‬ ُ ‫َع‬ ُ‫ف أ‬ َ ‫ َك ْي‬: ‫ب‬ ّْ ‫اؿ يَا َر‬ َ َ‫ ق‬، ‫ت فَػلَ ْم تَػ ُع ْدنِي‬ ْ ‫ َم ِر‬، ‫آد َـ‬
ُ ‫ض‬ َ ‫يَا ابْ َن‬
‫ك لَ ْو عُ ْدتَوُ لََو َج ْدتَنِي ِع ْن َدهُ ؟‬ َ َّ‫ت أَن‬ َ ‫ض فَػلَ ْم تَػ ُع ْدهُ ؟ أ ََما َع ِل ْم‬
َ ‫فَُالنًا َم ِر‬
Dari Abu Hurairah radhiallahu „anhu, beliau berkata: “Telah bersabda Rasulullah sallaahu
„alaihi wasallam: “Sesungguhnya Allah „Azza wa Jalla berfirman di hari kiamat: “Wahai anak
Adam! Aku sakit!(9) Mengapa engkau tidak menjengukKu?” (Hamba tersebut) berkata: “Wahai
Tuhan! Bagaimana aku menjengukMu, sedangkan Engkau adalah Tuhan sekelian alam?” Allah
berfirman: “Apakah tidak engkau mengetahui bahawa hambaKu si fulan itu sakit dan engkau
tidak menjenguknya, apakah engkau tidak mengetahui bahawa sekiranya engkau menjenguknya,
pastilah engkau akan mendapati Aku berada di sisinya.”(10)

f. Mendengar dan menuruti nasihat doktor serta pakar perubatan

Hendaklah pesakit mendengar nasihat para doktor yang telah mempelajari ilmu perubatan dan
menganalisi dari berbagai jenis ubat-ubatan untuk penyembuhan dan sebagai rawatan kepada
pesakit. Kerana Allah telah mengurniakan ilmu tersebut kepada mereka.

ِ َ َ‫ ق‬، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬


ِ ‫ َما أَنْػ َز َؿ اللَّوُ َد‬: ‫اؿ‬
ً ‫اء إ َّال أَنْػ َز َؿ لَوُ ش َف‬
‫اء‬ ً َ ‫َع ِن النَّبِ ّْي‬
Dari Nabi sallaahu „alaihi wasallam, baginda sallaahu „alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah Allah
menurunkan penyakit, melainkan telah menurunkan (juga bersama) penawar (nya).”11

g. Larangan berjumpa dengan bomoh

Mengunjungi bomoh boleh menyebabkan ibadahnya tertolak.

ِ ٍ
ً‫ين لَْيػلَة‬
َ ‫ص َالةٌ أ َْربَع‬ َ َ‫َم ْن أَتَى َع َّرافًا ف‬
َ ُ‫ لَ ْم تُػ ْقبَ ْل لَو‬، ‫سأَلَوُ َع ْن َش ْيء‬
Sesiapa yang mengunjungi bomoh dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan
diterima solatnya selama empat puluh malam12

Juga boleh menyebabkan sesorang terkeluar dari agama yang dibawa oleh Muhammad sallaahu
„alaihi wasallam. Baginda s.a.w. bersabda :

ً ِ‫ َوَم ْن أَتَى ْام َرأَ ًة َحائ‬, ‫ َوَم ْن أَتَى ْام َرأَ ًة فِي ُدبُ ِرَىا‬, ‫وؿ‬ ُ ‫ص َّدقَوُ بِ َما يَػ ُق‬ ِ
‫ضا‬ َ َ‫َم ْن أَتَى َكاىنًا ف‬
‫ئ ِم َّما أَنْػ َز َؿ اللَّوُ َعلَى ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫فَػ َق ْد بَ ِر‬
Sesiapa yang mengunjungi bomoh lalu membenarkannya atau menyetubuhi isterinya dari
duburnya atau menyetubuhi isterinya yang sedang haid, maka dia telah lepas (keluar)
daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni Islam)13

9
Lafaz ‘sakit’ bukanlah ditetapkan(diithbatkan) bagi sifat Allah.
10
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 2569/43.
11
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 5678.
12
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 2230.

5
pEngurusan jenazah

h. Larangan menggunakan/memakai tangkal atau azimat

Mengalungkan tangkal atau azimat boleh menyebabkan seseorang kepada kesyirikan.


Sedangkan syirik adalah dosa yang paling besar di sisi Islam. Baginda sallaahu „alaihi wasallam
bersabda:

ِ
َ ‫َم ْن َعلَّ َق تَم‬
‫يمةً فَػ َق ْد أَ ْش َر َؾ‬
“Sesiapa yang mengalungkan tangkal/azimat, maka sesungguhnya
dia telah melakukan kesyirikan.”14

i. Perlunya pesakit berwasiat.

Di antara tuntutan kepada orang yang sakit, adalah perlunya dia berwasiat. Sebaik-baik wasiat
untuk keluarganya adalah dengan mengingatkan mereka supaya menjaga Tauhid dan tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu, sebagai mana yang diwasiatkan oleh Nabi Ya‟kub kepada
anaknya.

                

          
133. Ataukah kamu hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-
anaknya: "Apakah Yang kamu akan sembah sesudah Aku mati?" mereka menjawab: "Kami
menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, Iaitu Tuhan Yang
Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja Kami berserah diri (dengan penuh iman)".
(Al Baqarah)

Mewasiatkan kepada kaum keluarga agar terus berada teguh di dalam agama Islam dengan
mengikuti Sunnah Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam.

:‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫اؿ رس‬


َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َ َ‫ ق‬: ‫ت‬
ِ ‫شةَ ر‬
ْ َ‫ قَال‬، ‫ض َي اللَّوُ َع ْنػ َها‬ ِ
َ َ ‫َع ْن َعائ‬
‫س فِ ِيو فَػ ُه َو َر ّّد‬ ِ َ ‫من أَح َد‬
َ ‫ث في أ َْم ِرنَا َى َذا َما لَْي‬ ْ َْ
Daripada „Aisyah radhiallahu „anha, beliau telah berkata: “Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam
bersabda: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu (amalan) yang baru di dalam urusan (agama)
kami ini, apa yang tiada (asal) padanya, maka ia (amalan) adalah tertolak.”15

Mewasiatkan harta adalah merupakan kewajipan di dalam Islam. Firman Allah Ta‟ala:

13
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3904. Syeikh Albani mensahihkan hadith ini didalam beberapa kitabnya.
Rujuk ‘Irwa’ Al Ghalil, jilid ke 7 m.s. 68-70 untuk perincian. Syeikh Sy’aib Al Arnauth juga mensahihkan hadith ini di
dalam Takhrij dan Ta’liqnya kepada Sunan Abu Daud, H.N. 3116, jilid ke 5, m.s. 34 tanpa perkataan ً ِ‫َحائ‬
‫ضا‬ (isteri
yang sedang haidh).
14
Hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam At Thobrani. Berkata Imam Al Haithami di dalam kitabnya ‘Majma’
Zawaaid’ H.N. 8399, jilid ke 5, m.s. 123: “Perawi Imam Ahmad Thiqat.” Berkata Syeikh Albani di dalam As Sahihah
H.N. 492, jilid pertama m.s.889-890: “Sanad hadith ini sahih, perawinya thiqat, perawi Muslim.”
15
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 2697 dan Imam Muslim, H.N. 1718.

6
pEngurusan jenazah

           

     


180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan
harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik
(menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.
(Al Baqarah)

2.0 - ORANG YANG MENZIARAHI PESAKIT

Islam mensyariatkan agar umatnya melakukan ziarah ke atas pesakit, sama ada dikenali atau
tidak. Menziarahi pesakit juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

2.1 – Kelebihan menziarahi orang yang sakit

Orang yang menziarahi saudara muslim yang sakit mempunyai kelebihan dan keistimewaan.
Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang menziarahi orang sakit, di antaranya:

a. Orang yang berziarah berada di dalam kebun syurga.

:‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫اؿ رس‬


َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َ َ‫ ق‬: ‫اؿ‬ َ َ‫ ق‬، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ ِ ‫َعن ثَػوبا َف مولَى رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َْ َْ ْ
‫ْجن َِّة َحتَّى يَػ ْرِج َع‬ ِ ِ
َ ‫ضا لَ ْم يَػ َز ْؿ في ُخ ْرفَة ال‬ ً ‫اد َم ِري‬
َ ‫َم ْن َع‬
Daripada Thauban pembantu Rasulullah s.a.w, beliau berkata: “Telah bersabda Rasulullah
sallaahu „alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit maka ianya akan sentisa
berada di dalam kebun syurga sehingga ia pulang.”(16)

b. Orang yang berziarah didoakan oleh Malaikat

‫صبِ َح‬ ِ ٍ َ‫ْف مل‬ ِ ً ‫ود م ِري‬ ِ َ َ‫ ق‬، ‫َع ْن َعلِي‬


ْ ُ‫ك يَ ْستَػ ْغف ُرو َف لَوُ َحتَّى ي‬ َ َ ‫ج َم َعوُ َس ْبػعُو َف أَل‬ َ ‫ إَِّال َخ َر‬، ‫ضا ُم ْمسيًا‬ َ ُ ُ‫ َما م ْن َر ُج ٍل يَػع‬: " ‫اؿ‬
، ‫ك يَ ْستَػغْ ِف ُرو َف لَوُ َحتَّى يُ ْم ِس َي‬
ٍ َ‫ْف مل‬
َ َ ‫ َخ َر َج َم َعوُ َس ْبػعُو َف أَل‬، ‫صبِ ًحا‬
ِ ‫يف فِي ال‬
ْ ‫ َوَم ْن أَتَاهُ ُم‬، ‫ْجنَّة‬
َ ٌ ‫ َوَكا َف لَوُ َخ ِر‬،
‫ْجن َِّة‬ ِ ٌ ‫وَكا َف لَوُ َخ ِر‬
َ ‫يف في ال‬ َ
Dari Ali radhiallahu „anhu telah berkata: “Tidaklah seorang muslim yang menziarahi seorang
muslim pada waktu petang, melainkan keluar bersamanya tujuh puluh ribu malaikat

16
Hadith Riwayat Imam Muslim, H.N. 2568/40 dan Imam Tirmizi, H.N. 967 & 968. Terdapat di dalam Sahih Muslim
H.N. 2568/42 dengan tambahan lafaz: ‫اىا‬ َ َ‫ْجن َِّة ؟ ق‬
َ َ‫ َجن‬: ‫اؿ‬
ِ َ ‫ يا رس‬: ‫قِيل‬
َ ‫ َوَما ُخ ْرفَةُ ال‬، ‫وؿ اللَّو‬ َُ َ َ (di tanyakan kepada
baginda sallaahu ‘alaihi wasallam: “Apakah itu taman syurga?” Baginda sallaahu ‘alaihi wasallam mengatakan:
“taman yang banyak buah-buahan yang dapat di petiknya.” Berkata Imam At Tirmizi di dalam kitabnya ‘Ilal At
Tirmizi Al Kabir, Bab Janaiz, H.N. 241 m.s. 140 tentang hadith ini dengan mengisyaratkan ‘ilal (cacat) dengan
tambahan tersebut, beliau berkata: “Aku bertanya kepada Muhammad (Imam Bukhari) tentang hadith ini, beliau
(Bukhari) berkata: Hadith-hadith Abu Qilabah semuanya dari Abu Asma’ dari Thauban, tidak ada diantaranya Abu Al
‘Asyath melainkan hadith ini. Rujuk juga Sahih Muslim biSyarhi An Nawawi, jilid 16 m.s 130.

7
pEngurusan jenazah

memohonkan keampunan baginya sehingga ke pagi, dan sesiapa yang menziarahinya di pagi
hari, keluar bersamanya tujuh puluh ribu malaikat memohonkan keampunan baginya sehingga ke
petang dan baginya kebun di syurga.”17

2.2 - Adab menziarahi pesakit

Terdapat adab-adab yang perlu diperhatikan bagi orang yang menziarahi pesakit. Di antaranya
adalah seperti berikut:

a. Mendoakan pesakit dan berkata baik.

Ketika menziarahi orang sakit, hendaklah berkata dengan perkataan yang baik serta mendoakan
si pesakit, kerana perkataan yang disebut diaminkan oleh para malaikat.

:‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫اؿ رس‬


َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َ َ‫ ق‬: ‫ت‬ ْ َ‫ قَال‬، ‫َع ْن أ ُّْـ َسلَ َم َة‬
‫ فَػ ُقولُوا َخ ْيػ ًرا فَِإ َّف ال َْم َالئِ َكةَ يػُ َؤّْمنُو َف َعلَى َما تَػ ُقولُو َف‬، ‫ت‬
َ ّْ‫يض أَ ِو ال َْمي‬ َ ‫إِذَا َح‬
َ ‫ض ْرتُ ُم ال َْم ِر‬
Dari Ummu Salamah radhiallahu „anhu, dia berkata: Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam telah
bersabda : “Apabila kamu menghadiri orang yang sakit atau kematian, maka katakanlah
perkataan yang baik, kerana sesungguhnya para malaikat akan mengaminkan
apa yang kamu katakan.”18

Ucapan yang diucapkan oleh baginda Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam ketika menziarahi
orang sakit.

ُ‫اء اللَّو‬ ِ ٌ ‫ َال بَأْس طَ ُه‬: ‫اؿ‬


َ ‫ور إ ْف َش‬ َ َ َ‫ ق‬، ُ‫وده‬ ٍ ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم إِذَا َد َخ َل َعلَى َم ِر‬
ُ ‫يض يَػ ُع‬ َ ‫َوَكا َف النَّبِ ُّي‬
Adalah Nabi sallaahu „alaihi wasallam apabila masuk untuk menziarahi orang yang sakit, baginda
berkata:“Tak mengapa! Semoga penyakit ini membersihkan (dosamu), insya Allah.”19

b. Merawati pesakit dengan ruqiah syar’iah

Dari Abu Sa‟id radhiallahu „anhu: “Bahawa Jibril telah mendatangi Rasulullah sallaahu „alaihi
wasallam, lalu dia berkata: “Wahai Muhammad! Engkau sakit?” Baginda sallaahu „alaihi
wasallam menjawab: “Ya.” (Lalu) Dia (Jibril) membaca (ruqyah):

َ ‫يك بِا ْس ِم اللَّ ِو أ َْرِق‬


َ ‫ اللَّوُ يَ ْش ِف‬، ‫اس ٍد‬
ِ ‫س أَو َعي ِن ح‬ ِ َ ‫ ِمن ُك ّْل َشي ٍء يػ ْؤ ِذ‬، ‫يك‬ ِ ِ
‫يك‬ َ ْ ْ ٍ ‫ م ْن َش ّْر ُك ّْل نَػ ْف‬، ‫يك‬ ُ ْ ْ ِ‫ب‬
ْ َ ‫اس ِم اللَّو أ َْرق‬
“ Dengan nama Allah aku meruqyah ( menjampi ) dari setiap sesuatu yang menyakitimu, dari
kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki. Allah akan menyembuh-kanmu, dengan nama Allah
aku meruqyah engkau.”20

17
Hadith riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah, Imam At Tirmizi di dalam
Sunan masing-masing, sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Albani di dalam As Sahihah, jilid ke 3 m.s. 353 H.N.
1367. Beliau juga menukilkan perkataan Imam Hakim: “Hadith Sahih di atas syarat Syaikhan.” Berkata Syeikh Syu’aib
Al Arnauth terhadap tahqiq dan ta’liqnya terhadap Sunan Abu Daud, jilid ke 5 m.s. 16, H.N. 3098, beliau berkata:
“Hadith Sahih, sanad ini perawinya thiqah. Diperselisihi tentang marfu’ dan mauquf pada hadith ini.”
18
Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim H.N. 919/6.
19
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 3616
20
Hadith Riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim, H.N. 2186

8
pEngurusan jenazah

Dari Aisyah radhiallahu „anha, sesungguhnya Nabi sallaahu „alaihi wasallam ketika
menziarahi sebahagian dari keluarganya yang sakit, baginda sallaahu „alaihi wasallam
membaca:

ِ َ َ‫ ق‬، ‫ضا أ َْو أُتِ َي بِ ِو‬


ً ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم َكا َف إِ َذا أَتَى َم ِري‬ ِ َ ‫ أَ ّف رس‬: ‫ضي اللَّوُ َع ْنػها‬
ِ َ ِ‫َعن َعائ‬
ْ ‫ أَ ْذى‬: " ‫اؿ‬
‫ب‬ َ ‫وؿ اللَّو‬ َُ َ َ ‫ش َة َر‬ ْ
ِ ِ ِ ِ
ِ ‫الشافي َال ش َف‬ ِ ِ ‫ ا ْش‬، ‫َّاس‬
ً ‫اء إ َّال ش َفا ُؤ َؾ ش َف‬
‫اء َال يُػغَاد ُر َس َق ًما‬ َ َّ ‫ت‬ َ ْ‫ف َوأَن‬ ِ ‫ب الن‬
َّ ‫اس َر‬
َ َ‫الْب‬
Dari Aisyah radhiallah „anha, sesungguhnya adalah Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam apabila
menziarahi pesakit atau pesakit datang kepadanya, baginda menyebut: “Hilangkanlah penyakit,
wahai Tuhannya manusia! Sembuhkanlah! Engkaulah Penyembuh!Tiada yang dapat
menyembuhkan melainkan kesembuhanMu! Sembuhan yang tiada kesakitan” 21

Boleh juga dibacakan mana-mana surah dari Al Quran kerana Allah telah menurunkan Al Quran
keseluruhan surah dan ayatnya adalah sebagai penawar dan kerahmatan bagi orang yang
beriman dan apa yang telah dikhususkan dan thabit lagi sahih dari baginda Rasulullah sallaahu
„alaihi wasallam

              
82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak
menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua.
(Al Isra’)

Terdapat berbagai kitab yang dikarang oleh para Ilmuan Islam mengenai tatacara mengubati
penyakit yang thabit dari Sunnah Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam. Sebagai cadangan
dapatkanlah buku karangan tersebut, di antaranya: „Al Azkar‟ karangan Imam Nawawi dan
„Hisnu Al Muslim‟ karangan Syeikh Sa‟id Wahf Al Qahthani.

3.0 – TALQIN KEPADA PESAKIT YANG NAZAK

Ketika seseorang hadir (ada dekat) pesakit yang nazak (menghampiri kepada kematian)
hendaklah dia membantunya mengucapkan lafaz: ُ‫َال إِلَوَ إَِّال اللَّو‬ “Tiada Tuhan yang sebenar-
benarnya yang berhak disembah melainkan Allah” dengan menyebutnya ke telinga pesakit agar
pesakit dapat menuruti sebutan tersebut.

Sebagaimana yang diperintahkan oleh baginda sallaahu „alaihi wasallam

ُ‫لَّْقنُوا َم ْوتَا ُك ْم َال إِلَ َو إَِّال اللَّو‬


“Talqinkanlah oleh kamu kepada orang yang hampir mati kamu dengan
„La Ilaha illa Allah‟”22

21
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 5675 & 5743 dan Imam Muslim, H.N. 2191 dengan menyatakan lafaz
‘menyapu pesakit dengan tangan kanannya.’
22
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 916 & 917.

9
pEngurusan jenazah

Berkata Syeikh Abu Bakr Al Jazair r.h.: “Menyebut –nyebut (secara berulangan kalimah Ikhlas -
„La Ilaha illa Allah‟ kepada saudara muslim yang nazak) sehingga ia sedar dan pesakit dapat
menyebutnya. Apabila pesakit telah menyebut kalimah tersebut, hendaklah dia (orang yang
mentalqin) berhenti menyebutnya. Dan sekiranya pesakit kembali bercakap perkara yang lain,
hendaklah dia (orang yang mentalqin) mengulangi talqin tersebut dengan harapan agar pesakit
menjadikan perkataannya yang terakhir dengan kalimah „La Ilaha illa Allah.‟23

Di mana Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam ada menyatakan:

ِِ ِ
َ ‫ َد َخ َل ال‬، ُ‫َم ْن َكا َف آخ ُر َك َالمو َال إِلَوَ إَِّال اللَّو‬
َ‫ْجنَّة‬
“Adalah sesiapa yang akhir perkataannya „La Ilaha illa Allah‟,ia masuk syurga.”24

Adapun amalan untuk dibacakan surah „Yasin‟ kepada orang yang nazak agar dipermudahkan
ruh untuk keluar dari pesakit tersebut, terdapat beberapa hadith di mana ia tidak terlepas
daripada kritikan, sama ada lemah (dha‟if) atau palsu/rekaan (maudhu‟). Di antara hadithnya
adalah sebagaimana yang datang dari jalan (sanad) Sulaiman at-Taimi, daripada Abu „Uthman,
daripada ayahnya, daripada Mu‟aqqal bin Yasar, beliau mengatakan, Rasulullah SAW bersabda:

‫اقػ َْرءُوا يس َعلَى َم ْوتَا ُك ْم‬


“Bacakanlah „Yasin‟ pada orang yang hampir mati kamu.”25

Di antara hadith yang diklasifikasikan sebagai maudhu‟:

‫وت فَػيُػ ْق َرأُ ِع ْن َدهُ يس إِال َى ّْو َف اللَّوُ َعلَْي ِو‬ ٍ ّْ‫ما ِمن مي‬
ُ ‫ت يَ ُم‬ َ ْ َ
“Tidaklah seseorang yang sedang menghadapi kematian, lalu dibacakan di sisinya „Yasin‟,
melainkan Allah meringankan (kematiannya).”26

Sebahagian ulama‟ mensahihkan hadith ini, di antaranya Imam Ibnu Hibban r.h. dan Imam Ibnu
Mulaqqin r.h. dan selainnya. Syeikh „Abdul Aziz bin „Abdullah bin Baz r.h. ketika ditanya tentang

23
Minhaju Al Muslim, m.s. 191
24
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3116. Syeikh Albani menghasankan hadith ini di dalam kitabnya ‘Irwa’ Al
Ghalil, jilid ke 3, m.s. 149 – 150. Beliau juga menaqalkan perkataan Imam Hakim: “Sahih Al Isnad”. Syeikh Syu’aib Al
Arnauth menyatakan di dalam Takhrij dan Ta’liqnya kepada Sunan Abu Daud, H.N. 3116, jilid ke 5, m.s. 34: Hadith
Sahih, sanadnya hasan. Terdapat perbincangan yang terperinci dalam masaalah ini yang disampaikan oleh Imam
Ibnu Rajab Al Hanbali di dalam kitabnya ‘Kitab Al Ikhlas watahqiq ma’naha.’
25
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3121 dan Imam Ibnu Majah, H.N. 1448. Hadis ini lemah (dhaif) antaranya
kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu ‘Uthman dan ayahnya yang merupakan seorang perawi
majhul (tidak dikenali). Hadith ini juga dikategorikan sebagai hadith mudhtharib (tidak kukuh sanadnya). Imam Ibnu
Hajar di dalam ‘Talkhis Al Habir’, H.N. 735 jilid ke 2 m.s. 212 -213 menaqalkan dari Imam Daruquthni, berkata:
“Hadith ini sanad yang dha’if, matannya tidak di ketahui, dan tidak ada hadith yang sahih dalam bab ini”. Ibnu
Qaththan di dalam ‘Bayan Al Wahmi’ jilid ke 5 m.s. 709, menyatakan: “Ia tidak sahih.” Ini sebagaimana dinyatakan
oleh Syeikh Albani di dalam ‘Irwa Al Ghalil, H.N. 688 Jilid ke 3 m.s. 150 – 152 dan mengklasifikasikan sebagai hadith
dha’if. Begitu juga Syeikh Syu’aib Al Arnauth di dalam Takhrij dan Ta’liqnya kepada Sunan Abu Daud, H.N. 3121, jilid
ke 5 m.s. 39 – 40 dan Takhrij dan Ta’liqnya kepada Sunan Ibnu Majah, H.N. 1448, jilid ke 2 m.s. 439 – 440.
26
Syeikh Albani mengklasifikasikan sebagai hadith palsu (maudhu’) di dalam kitab ‘Silsilah Ad Dha’ifah H.N. 5219,
jilid ke 11 m.s. 362. Kerana pada sanadnya terdapat perawi yang bernama Marwan yang dikritik oleh Imam Bukhari,
Imam Muslim dan Imam Abu Hatim sebagai ‘munkar Al Hadith’. Abu ‘Arubah Al Harrani mengatakan: “Pemalsu
hadith” dan As Saji mengatakan: “penipu memalsukan hadith.” Wallahu a’lam.

10
pEngurusan jenazah

hukum membaca surah „Yasin‟ ketika menziarahi orang yang nazak di dalam fatwanya, beliau
r.h. berkata:
“Bacaan surah Yasin kepada orang yang sedang nazak telah datang di dalam hadith daripada
Mu‟aqqal bin Yasar, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Bacalah ke atas orang yang hampir mati
kamu dengan surah Yasin.” Hadith ini telah disahihkan oleh sekumpulan ulama, kerana mereka
menyangka sanadnya baik, bahawa ia adalah periwayatan Abu Uthman An Nahdi daripada
Muaqqal bin Yasar. Sebahagian ulama lain melemahkan hadith ini dan mengatakan: periwayat
hadith ini sebenarnya bukan Abu Uthman An Nahdi , akan tetapi (ia adalah) seseorang yang lain,
yang tidak dikenali. Oleh itu hadith ini yang diketahui padanya adalah sebagai hadith lemah,
disebabkan tidak diketahui siapakah Abu Uthman, oleh itu tidak digalakkan membaca surah
Yasin kepada orang yang hampir mati. Ulama yang menyangka hadith ini sahih, lalu mereka
menggalakkannya. Akan tetapi membaca mana-mana ayat al-Quran kepada orang yang sedang
sakit adalah satu perkara yang baik, mudah-mudahan Allah memberi kebaikan kepadanya dengan
bacaan tersebut. Adapun mengkhususkan surah Yasin, asalnya bahawa hadith adalah hadith yang
lemah, dan tidak ada jalan untuk mengkhususkannya.”27

4.0 – PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERADA DISISI
ORANG YANG BARU MENINGGAL

Jika sesorang yang telah ditetapkan ajalnya oleh Allah Tabaraka Ta‟ala, maka yang masih hidup
hendaklah melakukan beberapa dari perkara yang berikut:

a. Memejamkan kedua mata simati dan mendoakan kebaikan untuknya.

Berdasarkan hadith berikut.

ِ ِ ُ ‫ َد َخل رس‬: ‫ت‬


ُ‫ضو‬ َ َ‫ َوقَ ْد َش َّق ب‬، َ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْيو َو َسلَّ َم َعلَى أَبِي َسلَ َمة‬
َ ‫ص ُرهُ فَأَ ْغ َم‬ َ ‫وؿ اللَّو‬ َُ َ ْ َ‫ قَال‬، َ‫َع ْن أ ُّْـ َسلَ َمة‬
، ‫ َال تَ ْدعُوا َعلَى أَنْػ ُف ِس ُك ْم إَِّال بِ َخ ْي ٍر‬: ‫اؿ‬ َ ‫ فَػ َق‬، ‫اس ِم ْن أ َْى ِل ِو‬ ٌ َ‫ض َّج ن‬َ َ‫ ف‬، ‫ص ُر‬ َ َ‫ض تَبِ َعوُ الْب‬َ ِ‫وح إِذَا قُب‬
َ ‫الر‬ُّ ‫ إِ َّف‬: " ‫اؿ‬ َ َ‫ ثُ َّم ق‬،
ِ ِ ِِ ِ َّ َ َ‫ ثُ َّم ق‬، " ‫فَِإ َّف ال َْم َالئِ َكةَ يػُ َؤّْمنُو َف َعلَى َما تَػ ُقولُو َف‬
، ‫ين‬ َ ّْ‫ َو ْارفَ ْع َد َر َجتَوُ في ال َْم ْهدي‬، َ‫ " الل ُه َّم ا ْغف ْر ِلَبي َسلَ َمة‬: ‫اؿ‬
.‫س ْح لَوُ فِي قَػ ْب ِرهِ َونَػ ّْوْر لَوُ فِ ِيو‬
َ ْ‫ َواف‬، ‫ين‬
ِ
َ ‫ب ال َْعالَم‬ َّ ‫ َوا ْغ ِف ْر لَنَا َولَوُ يَا َر‬، ‫ين‬ ِ ِ ِ ِِ ِ
َ ‫َوا ْخلُ ْفوُ في َعقبو في الْغَاب ِر‬
Dari Ummu Salamah radhiallahu „anhu, telah berkata: Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam telah
masuk ke (rumah) Abu Salamah dan matanya terbuka, lalu baginda sallaahu ‘alaihi wasallam
merapatkan (kedua mata)nya, kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya apabila ruh
dicabut (dikeluarkan dari tubuh), pandangan mata akan mengikutinya.” Maka berlaku kekecohan
dikalangan ahli keluarganya (Abu Salamah), lalu baginda sallaahu „alaihi wasallam bersabda:
“Janganlah kamu mendoakan diri kamu (akan keburukan) melainkan kebaikan,
sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan.” Kemudian baginda
sallaahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah! Ampunilah Abu Salamah! Angkatlah darjatnya
(tempatkanlah dia) didalam (golongan) orang yang mendapat petunjuk dan letakkanlah dia
dibelakang orang yang mendahuluinya, ampunkanlah kami dan dia wahai Tuhan sekelian alam!
Dan luaskanlah kuburnya dan cahayakanlah didalamnya.”28
27
Majmu' Fatawa waMaqalat Matnu’ah, ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, jilid 13 m.s. 93 – 94.
28
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N.920/8

11
pEngurusan jenazah

b. Menutupi seluruh tubuh jenazah dengan kain

Perkara ini sebagaimana yang dikhabarkan dari „Aisyah radhiallahu „anhu ketika kewafatan
Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam:

‫ين تُػ ُوفّْ َي ُس ّْج َي بِبُػ ْرٍد ِحبَػ َرٍة‬ ِ َّ ِ َّ َّ ‫وؿ اللَّ ِو‬
َ ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم ح‬
َ َّ ‫أ‬
َ ‫َف َر ُس‬
“Sesungguhnya Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam ketika kewafatannya, (tubuh baginda)
ditutupi/diselimuti dengan burdah hibarah (kain yang bergaris).”29

5.0 - TANGGUNGJAWAB KELUARGA DAN MASYARAKAT TERHADAP SAUDARA


MUSLIM YANG MENINGGAL DUNIA

a. Keluarga hendaklah bersabar, mengucapkan kalimat Istirja’ dan berdoa

Setiap insan akan diuji dengan berbagai ujian dan hendaknya ia bersabar dengan kehilangan
dari ahli keluarganya. Bersabar dan ridha terhadap takdir Allah „Azza waJalla, firman Allah „Azza
waJalla:

            

               

      


155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: 156.
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." 157.
mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang
Yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al Baqarah)

Di dalam sebuah hadith qudsi, sabda Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam:

:‫وؿ اللَّوُ تَػ َعالَى‬ َ َ‫ ق‬، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬
ُ ‫ يَػ ُق‬: ‫اؿ‬ ِ َ ‫أَ ّف رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ َُ
َ ‫ إَِّال ال‬، ُ‫سبَو‬
ُ‫ْجنَّة‬ َ َ‫احت‬ ُّ ‫ص ِفيَّوُ ِم ْن أ َْى ِل‬
ْ ‫الدنْػيَا ثُ َّم‬ َ ‫ت‬ُ ‫ض‬ ْ َ‫َما لِ َع ْب ِدي ال ُْم ْؤِم ِن ِع ْن ِدي َج َزاءٌ إِذَا قَػب‬
Sesungguhya Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta‟ala berfirman: “Tidak
ada balasan bagi hambaKu yang mukmin di sisiKu, apabila Aku mengambil (mematikan) orang

29
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 5814, Imam Muslim, H.N. 932 dan Imam Abu Daud, H.N. 3120

12
pEngurusan jenazah

yang dicintainya dari penghuni dunia, kemudian ia bersabar dan mengharapkan ganjarannya,
melainkan balasannya adalah syurga.”30

ِ ‫ ) إِنَّا لِلَّ ِو وإِنَّا إِلَْي ِو ر‬dan


‫اجعُو َف‬
Hendaklah mereka memperbanyakkan mengucapkan kalimat istirja‟ ( َ َ
berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam:

ِ ‫َجرنِي فِي م‬
، ‫صيبَتِي‬ ِ ِ ِ ِِ ِ ٍ
ِ ‫صيبوُ م‬ ِ
ُ ْ ‫ اللَّ ُه َّم أ‬، ‫ إِنَّا للَّو َوإِنَّا إِلَْيو َراجعُو َف‬: ‫وؿ‬
ُ ‫صيبَةٌ فَػيَػ ُق‬ ُ ُ ُ‫َما م ْن َع ْبد ت‬
‫ف لَوُ َخ ْيػ ًرا ِم ْنػ َها‬ ِ ‫ إَِّال أَجرهُ اللَّوُ فِي م‬، ‫ف لِي َخ ْيػرا ِم ْنػ َها‬
َ َ‫ َوأَ ْخل‬، ‫صيبَتِ ِو‬ ُ ََ ً ْ ِ‫َوأَ ْخل‬
“Tidaklah seseorang yang ditimpa suatu musibah, lalu dia mengucapkan: „Sesungguhnya kami
milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah! Berilah aku ganjaran pahala dalam
menempuh musibahku ini dan gantikanlah untukku pengganti yang lebih baik dari musibah itu,‟
melainkan Allah memberikan ganjaran pahala dalam menghadapi musibahnya dan akan
menggantikannya dengan yang lebih baik dari musibahnya itu.”31

b. Diperbolehkan menangis tetapi meratap adalah dilarang.

Kebolehan ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Usamah bin Zaid radhiallahu „anhu,
yang menceritakan baginda sallaahu „alaihi wasallam menangis di atas kematian cucunya, lalu
baginda sallaahu „alaihi wasallam ditanya mengapa baginda menangis, sedangkan baginda telah
melarang umatnya menangis, baginda menjawab:

ِ ‫ وإِنَّما يػرحم اللَّوُ ِمن ِعب‬، ِ‫اده‬


ُّ ِ‫اده‬ ِ ‫وب ِعب‬ ِ ِِ
‫اء‬
َ ‫الر َح َم‬ َ ْ ُ َ َْ َ َ َ ِ ُ‫َىذه َر ْح َمةٌ َج َعلَ َها اللَّوُ في قُػل‬
“Ini adalah kasih sayang yang Allah telah menjadikannya pada setiap hati hamba-hambaNya,
dan Allah hanya mengasihi hamba-hambaNya yang penyayang.”32

Namun, baginda Rasulullah melarang tangisan yang disertai dengan ratapan (menangis dengan
menjerit-jerit). Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Musa Al Asy‟ari:

َّ ‫ َو‬، ‫ْحالَِق ِة‬


‫الشاقَّ ِة‬ ِ ِ َّ ‫ئ ِمن‬ َّ ِ َّ َّ َ ‫وؿ اللَّ ِو‬ َ ‫فَِإ َّف َر ُس‬
َ ‫ َوال‬، ‫الصال َقة‬ َ َ ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم بَ ِر‬
“Sesungguhnya Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam berlepas diri dari wanita yang menjerit-
jerit(meratap), wanita yang mencukur rambutnya dan wanita yang mengoyakkan pakaiannya.” 33

c. Mengumumkan berita kematian dan memohon doa darinya

Diperbolehkan menyampaikan berita kematian seorang muslim kepada kaum keluarganya,


sahabat-sahabatnya serta orang yang mengenali orang yang meninggal dan memohon mereka
mendoakan keampunan baginya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurarirah
radhiallahu „anhu:

‫ْحبَ َش ِة‬ ِ ‫اشي‬ِ ‫وؿ اللَّ ِو صلَّى اللَّوُ َعلَي ِو وسلَّم الن‬
َ ‫ب ال‬
َ ‫صاح‬
َ َ ‫َّج‬
َ َ ََ ْ َ ُ ‫نَػ َعى لَنَا َر ُس‬
30
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 6424.
31
Hadith riwayat Imam Ahmad dan Muslim, H.N. 918
32
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1284 dan Imam Muslim, H.N. 923/11
33
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1296 dan Imam Muslim, H.N. 104/167

13
pEngurusan jenazah

ِ ‫ استػغْ ِفروا ِِل‬: ‫اؿ‬


‫َخي ُك ْم‬ ِ ِ َ ‫فِي الْيػوِـ الَّ ِذي م‬
ُ َ ْ َ ‫ فَػ َق‬، ‫ات فيو‬ َ َْ
“Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepada kami tentang
Raja Habsyah (An Najasyi) pada hari kematiannya.” Lalu baginda bersabda:
“Mohonlah kamu akan keampunan saudaramu.”34

Namun Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam melarang melakukan hebahan pengumuman


kematian sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliyah. Larangan tersebut telah dikhabarkan
oleh Huzaifah radhiallahu „anhu:

ِ ِ َ ‫ت رس‬ ِ
ْ ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْيو َو َسلَّ َم يَػ ْنػ َهى َع ِن النػ‬
‫َّع ِي‬ َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ ُ ‫َسم ْع‬
“Aku telah mendengar Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam menegah dari melakukan
pengumuman kematian.”35

Adapun yang pengumuman yang dilarang tersebut adalah apa yang dilakukan oleh kaum
jahiliyyah, seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar Al „Asqalani rahimahullah: “Ahli
Jahiliyyah mereka melakukan dengan mengutus seorang untuk mengiklankan tentang
perkhabaran kematian si mati di daerah-daerah dan di pasar-pasar.”36

d. Menyingkap kain (yang menutup jenazah) untuk melihat wajah si mati,


menangis dan menciumnya.

Diperbolehkan orang yang menziarahi kematian menyingkap kain (yang menutup jenazah) untuk
melihat wajah si mati, menangis dan menciumnya. Dari Jabir bin Abdullah bin „Amru radhiallahu
„anhu, beliau mengkhabarkan:

‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم َال يَػ ْنػ َهانِي‬ ِ ِ ِ


َ ‫ب َع ْن َو ْج ِهو أَبْكي َويَػ ْنػ َه ْوني َع ْنوُ َوالنَّبِ ُّي‬ ُ ‫ْت أَ ْك ِش‬
َ ‫ف الثػ َّْو‬ ُ ‫لَ َّما قُتِ َل أَبِي َج َعل‬
“Ketika ayahku terbunuh (pada hari peperangan uhud), aku membuka pakaian yang menutup
wajahnya dan aku menangis, dan mereka(para sahabat) melarangku,
namun Nabi sallaahu „alaihi wasallam tidak melarangku.”37

Perbuatan ini juga adalah yang dilakukan oleh Abu Bakr radhiallahu „anhu ketika menziarahi
Rasulullah pada hari kewafatan baginda sallaahu „alaihi wasallam, sepertimana yang dikhabarkan
oleh Aisyah radhiallahu „anhu:

َ ‫ فَ َك َش‬، ‫س ِّجى بِبُػ ْرِد ِحبَػ َرٍة‬


‫ف َع ْن‬ َّ ِ َّ َّ َ ‫ضي اللَّوُ َع ْنػ َها فَػتَػيَ َّمم النَّبِ َّي‬
َ ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم َو ُى َو ُم‬ َ
ِ َ ِ‫فَ َد َخل َعلَى َعائ‬
َ ‫شةَ َر‬ َ
ِ ِ
َّ ‫َو ْج ِهو ثُ َّم أَ َك‬
‫ ثُ َّم بَ َكى‬، ُ‫ب َعلَْيو فَػ َقبَّػلَو‬
“Lalu dia (Abu Bakr radhiallahu „anhu) menemui „Aisyah radhiallahu „anhu, lalu dia
menghampiri (jenazah) Nabi sallaahu „alaihi wasallam dan dia(jenazahnya) diselimuti dengan
burdah hibarah (kain yang bergaris), lalu dia membuka (kain tutupan) dari wajahnya (Rasulullah

34
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1327 dan Imam Muslim H.N. 951/63
35
Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam At Tirmizi, H.N. 986, beliau mengatakan hadith ini hasan, dan Imam Ibnu
Majah, H.N. 1476. Syeikh Albani menilai sanad ini sebagai hasan di dalam tahqiqnya
36
Fathu Al Bari, jilid ke 3 Bab Ar Rajuli yan’a ila Ahli Al Maiti binafsihi, m.s. 150.
37
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1244 dan Imam Muslim, H.N. 2471/130 (Ini merupakan potongan hadith dari
dua Imam yang disebutkan)

14
pEngurusan jenazah

sallaahu „alaihi wasallam) kemudian (duduk) membungkuk lalu menciumnya kemudian beliau
(Abu Bakr radhiallahu „anhu) menangis.”38

Menurut Syeikh Albani rahimahullah, ciuman tersebut dilakukan di antara dua matanya.39

e. Bersegera menjelaskan hutang

Hutang adalah penyebab jiwa seorang mukmin yang telah mati itu tertangguh atau juga
terhalang untuk di masukkan ke syurga.

َ ‫س ال ُْم ْؤِم ِن ُم َعلَّ َقةٌ بِ َديْنِ ِو َحتَّى يػُ ْق‬


ُ‫ضى َع ْنو‬ َّ ِ َّ َّ َ ‫وؿ اللَّ ِو‬
ُ ‫ نَػ ْف‬: ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم‬ ُ ‫اؿ َر ُس‬
َ َ‫ق‬
Dari Abu Hurairah radhiallahu „anhu, dari Nabi sallaahu „alaihi wasallam bersabda:
“Jiwa orang mukmin itu tergantung (tertahan) disebabkan hutangnya, sehingga
dilunaskan dari (hutang)nya.” 40

Penjelasan maksud dari hadith di atas sebagaimana yang dikhabarkan oleh baginda sallaahu
„alaihi wasallam :

‫ُحيِ َي ثُ َّم قُتِ َل َو َعلَْي ِو َديْ ٌن‬ ِ ِ ِ‫َف رجالً قُتِل فِي سب‬ ِِ ِ ِ
ْ ‫ُحيِ َي ثُ َّم قُتِ َل ثُ َّم أ‬
ْ ‫يل اللَّو ثُ َّم أ‬ َ َ ُ َ َّ ‫َوالَّذي نَػ ْفسي بِيَده لَ ْو أ‬
.ُ‫ضى َع ْنوُ َديْػنُو‬ َ ‫ْجنَّةَ َحتَّى يػُ ْق‬
َ ‫َما َد َخ َل ال‬
“Demi nyawaku yang di tangan-Nya, bahawa sekiranya seorang lelaki dibunuh di jalan Allah,
lalu hidup, kemudian dibunuh lagi lalu hidup, kemudian dibunuh lagi lalu hidup sedangkan dia
memiliki tanggungan hutang, dia tidak akan memasuki syurga sehinggalah hutang itu dibayar.”41

Oleh itu, setelah berlaku kematian, hendaklah sebahagian dari keluarga atau orang yang
dipercayai bersegera membantu menyelesaikan hutang piutangnya dari harta si mati sendiri.
Sekiranya si mati tiada mempunyai harta, maka orang ramai boleh membantu untuk melunaskan
hutang tersebut sehingga terbebas si mati dari halangan tersebut.

f. Bersegera menguruskan jenazah secepat mungkin sehingga dikuburkan

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan, menguruskan jenazah dari memandikan,


mengkafankan, mensolati dan menguburkannya adalah „Fardhu Kifayah‟ 42 tanpa khilaf.43

Jenazah hendaklah di uruskan dengan segera bila telah di pastikan kematiannya.

ِ‫ْجنَ َازة‬
ِ ‫َس ِرعُوا بِال‬
ْ‫أ‬
38
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1241-1242
39
Ahkamu Al Janaiz, oleh Syeikh Albani m.s. 31.
40
Hadith riwayat Imam At Tirmizi, H.N. 1079. Beliau berkata hadith ini hasan.
41
Hadith riwayat Imam Ahmad dan Nasaai, H.N. 4684. Syeikh Albani mengklasifikasikannya sebagai hasan di dalam
Sahih Sunan Nasaai, H.N. 4698.
42
Fardhu Kifayah bermaksud : Apabila perkara tersebut telah dilaksanakan oleh seseorang atau sebahagian orang,
maka gugurlah dosa pada yang lain yang tidak melakukannya.
43
Al Majmu’ syarhu Al Muhazzab, Bab ghusli Al Maiti oleh Imam Nawawi, jilid ke 5, m.s. 113, Syarah Al Mumti’, jilid
ke 2, m.s. 403 dan Minhaj Muslim, m.s. 195.

15
pEngurusan jenazah

“Bersegeralah kamu menguruskan jenazah…”44

Hendaklah kaum muslimin membantu untuk menyelenggarakan jenazah seorang muslim yang
meninggal dunia dari pemandian hinggalah dikuburkan jenazah. Tidak kira betapa besar pun
dosa si mati yang telah diketahui oleh masyarakat, sama ada penzina, pelacur, membunuh diri
dan sebagainya. Permasaalahan ini dirungkai oleh Imam An Nawawi rahimahullah ketika
mensyarahkan Sahih Muslim pada hadith berikut:

‫ص ّْل َعلَْي ِو‬


َ ُ‫ فَػلَ ْم ي‬، ‫ص‬
ِ َ ‫ أُتِي النَّبِ ُّي صلَّى اللَّوُ َعلَي ِو وسلَّم بِرج ٍل قَػتَل نَػ ْفسوُ بِم‬:‫اؿ‬
َ ‫شاق‬ َ َ َ َُ َ َ َ ْ َ ِِ
َ َ َ‫ ق‬، ‫َع ْن َجابر بْ ِن َس ُم َرَة‬
Dari Jabir bin Samurah radhiallahu „anhu, beliau berkata: “Dibawakan kepada Nabi sallaahu
„alaihi wasallam seorang lelaki yang telah membunuh dirinya dengan anak panah, maka Nabi
sallaahu „alaihi wasallam tidak bersolat ke atasnya.”45

Bekata Imam An Nawawi rahimahullah : Di dalam hadith ini sebagai dalil orang (ulama‟) yang
mengatakan tidak disolatkan orang yang membunuh bunuh diri karena perbuatan maksiatnya. Ini
adalah mazhab 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz dan al Auzaa'i. Dan berkata al Hasan, An Nakha'i,
Qataadah, Malik, Abu Hanifah, Asy Syafi'i dan jumhur ulama‟: “Disolatkan ke atasnya (orang
yang membunuh diri).” Mereka menjawab berkaitan hadith ini: “Bahwasa Nabi sallaahu „alaihi
wasallam tidak mensolati ke atas mereka adalah untuk mencegah orang ramai agar tidak
melakukan perbuatan yang seperti yang telah dilakukan oleh orang tersebut. (Namun) Para
sahabat bersolat untuk mereka.”46

Berkata Imam Al Qadhi bin „Iyadh rahimahullah: “Mazhab para ulama‟ seluruhnya
(berpendapat) mensolati ke atas setiap muslim, (sama ada) orang yang dihukum had (hudud),
orang yang dihukum rejam, orang yang membunuh diri dan orang yang melahirkan (anak)
zina.”47

Perbuatan tersebut adalah satu kemaksiatan kepada Allah namun bukan kekafiran. Itu adalah
urusan di antara si mati dengan Tuhannya, bukan menjadikan urusan manusia. Urusan manusia
adalah menguruskan jenazah tersebut sebagaimana diperintahkan ke atas umat Islam terhadap
umat islam yang lain.

Menguruskan jenazah seorang muslim mempunyai ganjaran yang besar dari Allah „Azza waJalla,
dengan syarat dia menutup „aib jenazah terhadap apa yang dilihat pada jenazah dan dilakukan
dengan penuh keikhlasan untuk mencari redha Allah, bukan kepentingan duniawi, bukan
mengharapkan balasan mahupun ucapan terima kasih.48 Sabda Rasulullah sallaahu „alaihi
wasallam:

ُ‫َس َكنَوُ إِيَّاه‬ ِ ِ َّ ِ ِ


ْ ‫َج ِر َم ْس َك ٍن أ‬ْ ‫َج َرى َعلَْيو َكأ‬ ْ ‫َجنَّوُ أ‬
َ ‫ َوَم ْن َح َف َر لَوُ فَأ‬، ً‫ين َم َّرة‬ َ ‫س َل ُم ْسل ًما فَ َكتَ َم َعلَْيو غَ َف َر اللوُ لَوُ أ َْربَع‬
َّ َ‫َم ْن غ‬
‫ْجن َِّة‬ ِ ِ ‫ساهُ اللَّوُ يَػ ْو َـ ال ِْقيَ َام ِة ِم ْن ُس ْن ُد‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫س َوإِ ْستَْبػ َرؽ ال‬ َ ‫ َوَم ْن َك َّفنَوُ َك‬، ‫إلَى يَػ ْوـ الْقيَ َامة‬

44
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1315 dan Imam Muslim, H.N. 944/50 (potongan hadith).
45
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 978/107
46
Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid ke 4, m.s. 53 dalam bab: “Tarku As Solah ‘ala Al Qatili Nafsahu’.
Rujuk juga kepada kitab karangan Imam Ibnu Qudamah ‘Al Mughni’ dalam kitab Al Janaiz, jilid ke 3 poin ke 390, m.s.
504 – 505. Beliau juga memerincikan tentang masaalah mensolati ke atas ‘Syiah Rafidhi’ dan mazhab aqidah yang
lainnya.
47
Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid ke 4, m.s.53.
48
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 69

16
pEngurusan jenazah

“Sesiapa yang memandikan (jenazah) seorang muslim, lalu dia menutupi („aib) terhadapnya,
maka Allah akan mengampuni untuknya empat puluh kali, dan sesiapa yang menggali (kubur)
untuknya lalu menutupnya, ganjaran ke atasnya adalah seperti tempat tinggalnya (orang yang
mati tersebut) diberikan kepadanya sehingga hari qiamat, dan sesiapa yang mengkafankan
jenazahnya, Allah akan memberikan persalinan kepadanya di hari qiamat
sutera halus dan tebal dari syurga.”49

Pengurusan pemandian jenazah hingga ke pemakaman jenazah akan dibincangkan pada bab
yang seterusnya.

6.0 – MEMANDIKAN JENAZAH

Jika seorang Muslim yang meninggal dunia, orang dewasa atau pun kanak-kanak, sama ada
jasadnya sempurna atau pun terdapat hanya sebahagian sahaja, jenazah tersebut hendaklah
dimandikan.50 Adapun jenazah orang yang mati syahid yang mati terbunuh semasa peperangan,
tidak perlu dimandikan dan disolatkan, ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam Asy Syafi‟i
dan jumhur ulama‟51, berdasarkan sabdaan Rasulullah sallaahu „alaihi wasallam:

‫وح ِم ْس ًكا يَػ ْو َـ ال ِْقيَ َام ِة‬


ُ ‫ يَػ ُف‬، ‫ فَِإ َّف ُك َّل ُج ْر ٍح أ َْو ُك َّل َدٍـ‬، ‫وى ْم‬
ُ ُ‫سل‬
ّْ َ‫َال تُػغ‬
“Janganlah kamu mandikan mereka, kerana sesungguhnya setiap luka atau setiap titisan darah
(mereka menjadi) semerbak bau kasturi di hari qiamat.”52

Adapun orang yang mati syahid kerana dibunuh oleh pencuri atau selain orang musyrik, terdapat
perbezaan pendapat di antara ulama‟. Imam Al Auza‟i dan Imam Ahmad dan sebahagian dari
mereka r.h. berpendapat bahawa mereka tidak dimandikan, manakala Imam Malik dan Imam
Syafi‟i r.h. berpendapat ia wajib dimandikan.53

Bagi anak yang mati keguguran54, sekiranya ia telah mencapai usia empat bulan yang sempurna
atau lebih di dalam kandungan, hendaklah dimandikan dan disolatkan. Berdasarkan hadith
berikut :
‫صلَّى َعلَْي ِو‬
َ ُ‫ط ي‬
ُ ‫الس ْق‬
ّْ ‫َو‬
“Bayi yang keguguran disolatkan ke atasnya.”55

49
Hadith riwayat Imam Al Baihaqi dalam Sunan As Saghir, Jilid pertama H.N. 510/1057 m.s. 292. Syeikh Albani
menyatakan di dalam ‘Ahkam Al Janaiz’ m.s. 69 : Telah dikeluarkan oleh Imam Hakim dan menyatakan hadith ini
sahih di atas syarat Imam Muslim.
50
Minhaju Al Muslim, Bab Kewajipan memandikannya (Jenazah) m.s. 193.
51
Syarah Sahih Muslim, Jilid ke 4 m.s. 53 bab ‘Tarku As Solah ‘ala Al Qatili Nafsahu’.
52
Hadith riwayat Imam Ahmad, Syeikh Albani menyatakan di dalam kitabnya Irwa’ Al Ghalil, jilid ke 3, m.s. 164:
“Sanad ini sahih di atas syarat Syaikhan.”
53
Bidayatu Al Mujtahid jilid ke 3, m.s. 12.
54
Berkata Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya Fiqhu Al Islami, jilid ke 2, m.s. 1491 : “Kesimpulannya:
Sesungguhnya para Fuqaha’ (Ahli Fiqh) bersepakat wajibnya dimandi dan disolatkan bayi yang keguguran, sekiranya
ia keluar (gugur) dalam keadaan hidup dan menangis. Sekiranya tidak jelas ke atasnya tanda-tanda ia hidup, ianya
dimandikan, dikafankan dan dikuburkan di sisi Hanafiyah, pandangan Asy Syafi’iyyah: sekiranya telah mencapai
empat bulan tidak disolatkan ke atasnya. Pandangan Hanabilah : Dimandikan dan disolatkan =apabila umurnya lebih
dari empat bulan. Asy Syafi’iyyah dan Hanabilah bersepakat tidak memandikan sebelum mencapai umur empat
bulan.
55
Hadith riwayat Imam Abu Daud, Imam Tirmizi dan selainnya. Rujuk kitab Irwa’ Al Ghalil jilid ke 3, H.N. 716, m.s.
169-170 untuk takhrij hadith. Syeikh Albani mensahihkan dan menyatakan : Imam Tirmizi menyatakan “Hadith

17
pEngurusan jenazah

Bagi jenazah yang tidak dapat dimandikan oleh sebab-sebab tertentu56 hendaklah digantikan
dengan tayamum. Berkata Syeikh Abu Bakr Al Jazair r.h.: “Seperti keadaannya orang yang
junub, di mana ketika ia tidak boleh mandi di sebabkan sesuatu keuzuran, maka boleh baginya
bertayamum lalu mendirikan solat.”57

a. Siapakah orang yang memandikan jenazah

Bagi jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh golongan lelaki. Begitu juga untuk jenazah
wanita, hendaklah dimandikan oleh kaum wanita. Di utamakan orang memandikannya adalah
orang yang diwasiatkan oleh si mati untuk memandikannya.58

Dari Aisyah r.a., beliau menyatakan:

ٍ
‫عميس فقامت بذلك‬ ‫بنت‬
ُ ُ‫سلَو امرأتُو أسماء‬
ّْ َ‫الصديق أوصى أف تُػغ‬
َ ‫أف أبا بك ٍر‬
Sesungguhnya Abu Bakr As Siddiq telah berwasiat kepada isterinya Asma‟ binti „Umais untuk
memandikannya, lalu dia (Asma‟) melaksanakannya.59

Terdapat juga periwayatan tentang seorang sahabat, iaitu Anas bin Malik r.a. mewasiatkan agar
jenazahnya dimandikan oleh Muhammad bin Sirin r.h., lalu dia melakukannya.60

Sekiranya tiada wasiat dari si mati, hendaklah yang memandikan jenazah adalah orang yang
amanah dan dipercayai serta berpengetahuan tentang hukum hakam pemandian jenazah untuk
memandikannya.61

Amanah serta dipercayai agar tidak menceritakan „aib yang dilihat ketika pemandian.

‫ين َم َّرًة‬ ِ َّ ِ ِ
َ ‫س َل ُم ْسل ًما فَ َكتَ َم َعلَْيو غَ َف َر اللوُ لَوُ أ َْربَع‬
َّ َ‫َم ْن غ‬
“Sesiapa yang memandikan (jenazah) seorang muslim, lalu dia menutupi („aib) terhadapnya,
maka Allah akan mengampuni untuknya empat puluh kali…”62

Hasan Sahih”, Imam Hakim menyatakan “Sahih di atas syarat Imam Bukhari” dan juga disahihkan oleh Imam Ibnu
Hibban.
56
Di antara sebab tersebut adalah: (1) Tidak bertemu air. (2) Seorang lelaki meninggal yang tiada bersamanya
kecuali wanita – begitu juga sebaliknya. Ini adalah pendapat jumhur Ulama’ menurut Imam Nawawi di dalam Al
Majmu’, jilid ke 5 m.s. 119. (3) Dikhuatiri akan tersiat kulit ketika mandi. Rujuk Asy Syarhu Al Mumti’ ‘ala Zaad Al
Mustaqni’ oleh Syeikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin, jilid ke 2 m.s. 378.
57
Minhaju Al Muslim, Bab Siapa tiada kemampuan untuk mandi, ditayamumkan (Jenazah) m.s. 194.
58
Al Kaafi, Kitab Al Janaaiz, bab ghasli Al Maiti, jilid ke 2 m.s. 11 oleh Ibnu Qudamah dan Syarhu Al Mumti’ ‘ala Zadi
Al Mustaqni’, jilid ke 2 m.s. 376 oleh Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin.
59
Hadith riwayat Imam Al Baihaqi di dalam Sunan Al Kubro, bab ghasli Al Marati Zaujaha, jilid ke 3 H.N. 6663 m.s.
557. Imam Al Baihaqi menyatakan: “Ia (Hadith ini) mempunyai syawahid yang mursal.” Imam Syaukani menyatakan
sanadnya hasan di dalam Nailu Al Author, jilid ke 2 m.s. 687. Syeikh Albani mendhaifkan hadith ini di dalam ‘Irwa’ Al
Ghalil, jilid ke 3 H.N. 696 m.s. 158-159. Pada nota kaki Syarhu Al Mumti’ ‘ala Zadi Al Mustaqni’ jilid ke 2 m.s. 376 ada
menyatakan hadith ini berdarjat sahih, disahihkan oleh Imam Hakim dan telah dihasankan oleh Imam Al Haithami di
dalam Majma’ Zawaid. Wallahu a’lam.
60
Hadith riwayat Ibnu Sa’ad di dalam At Thobaqat. Berkata pengarang kitab At Takmil, m.s. 33 : Sanad ini sahih.
61
Fiqh Al Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili, jilid ke 2 m.s. 1487 dan Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh
Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al Qahthani, m.s. 219
62
Lihat nota kaki no. 48.

18
pEngurusan jenazah

Sekiranya berlaku perselisihan, maka hendaklah yang dari kalangan keluarganya yang paling
mengetahui tentang sunnah (tata cara) pemandian jenazah dari kalangan keluarga si mati
bermula dari bapanya, kemudian datuknya, kemudian anaknya kemudian cucu anak lelakinya
dari dan seterusnya adalah adik beradik lelakinya dan seterusnya adalah kaum kerabat terdekat
dengan si mati.63 Bagi jenazah wanita pula bermula dari ibunya, kemudian neneknya, kemudian
anaknya dan seterusnya adalah kaum kerabat terdekat dengan si mati.64

Diperbolehkan bagi isteri si mati untuk memandikannya atau sebaliknya.65 Berdasarkan hadith
yang diriwayatkan dari Aisyah r.a., beliau berkata: “Setelah baginda s.a.w. pulang dari baqi‟,
lalu baginda s.a.w. mendatangiku, sedangkan aku mendapat sakit kepala (pening) dan aku
mengatakan: “Aduh..kepalaku.” Lalu baginda s.a.w. berkata: “Bahkan aku juga (merasakan
kesakitanmu) wahai Aisyah.” Kemudian baginda s.a.w. berkata:

ِ ُ‫ و َدفَػ ْنت‬، ‫ك‬


‫ك‬ َ
ِ ‫ت َعلَْي‬
ُ ‫صلَّْي‬ ِ ِ َّ َ‫ك فَػغ‬
َ ‫ َو‬، ‫ َوَك َّف ْنتُك‬، ‫سلْتُك‬
ِ ‫ت َعلَْي‬ ّْ ‫ض َّر ِؾ لَ ْو ِم‬
ُ ‫ فَػ ُق ْم‬، ‫ت قَػ ْبلِي‬ َ ‫َما‬
“Tiada yang memudaratkanmu. Sekiranya engkau mati sebelumku maka aku akan menguruskan
(jenazah)mu, lalu aku memandikanmu, mengafanimu, mensolatimu dan aku menguburkanmu.”66

Pada periwayatan yang lain, Aisyah r.a. menyatakan :

‫سائِِو‬ ِ َّ ِ َّ َّ َ ‫سل النَّبِ َّي‬ ِ ُ ‫ت استػ ْقبػل‬


َ ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم غَْيػ ُر ن‬ َ َّ َ‫ت َما غ‬ ْ ‫ َما‬، ‫ْت م َن اِل َْم ِر‬
ُ ‫استَ ْدبَػ ْر‬ َ َ ْ ُ ‫لَ ْو ُك ْن‬
“Jika aku berhadapan dengan urusanku, aku tidak akan membelakanginya (berpaling darinya),
tidaklah yang memandikan Nabi s.a.w. selain isteri-isterinya.”67

Berkata Imam Asy Syaukani r.h.: Di dalamnya (hadith di atas) adalah dalil untuk si suami
memandikan isterinya bila isterinya meninggal dunia dan pemandian itu adalah sebagai kiasan
(untuk si isteri memandikan suami) di mana Asma‟ memandikan Abu Bakr dan „Ali memandikan
Fatimah.68

Berkata Imam An Nawawi r.h. di dalam kitabnya Al Majmu‟69: “Sesungguhnya Ibnu Munzir telah
menaqalkan di dalam dua kitabnya „Al Isyraq‟ dan „Al Ijma‟ „: “Sesungguhnya umat (para
ulama‟) telah bersepakat (ijma‟) bahawa isteri dibolehkan untuk memandikan suaminya.”

Juga diperbolehkan bagi wanita memandikan jenazah kanak-kanak lelaki tanpa khilaf.70 Ibnu
Munzir r.h. menyatakan: “Para ulama‟ telah bersepakat (ijma‟) bahawa dibolehkan wanita untuk

63
Majmu’ Syarh Al Muhazzab, jilid ke 5 m.s. 113-114, Al Kaafi, jilid ke 2 m.s. 12 dan Fiqh Al Islami wa Adillatuhu, jilid
ke 2 m.s. 1486 oleh Syeikh Wahbah Az Zuhaili.
64
Al Kaafi oleh Ibnu Qudamah, jilid ke 2 m.s. 12.
65
Ini merupakan pendapat jumhur Ulama’ menurut Syeikh Wahbah Az Zuhaili. Rujuk Fiqh Al Islami wa Adilatuhu,
jilid ke 2 m.s. 1485.
66
Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Ibnu Majah, H.N. 1465. Syeikh Albani mensahihkannya didalam ‘Irwa’ Al
Ghalil, jilid ke 3, m.s. 160, H.N. 700.
67
Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, H.N. 3141, Imam Ibnu Majah, H.N. 1464 dan Syeikh Albani
mensahihkannya di dalam Sahih Ibnu Majah, jilid ke 2 m.s.11, H.N. 1205 , Syeikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan
sanadnya hasan di dalam tahqiq Ibnu Majah, jilid ke 2, m.s. 449. Imam Syafi’i dalam Musnadnya, H.N. 563 dan
Syeikh Dr. Mahir Yasin Fahl mengkasifikasikan sebagai sahih.
68
Nailu Al Author, jilid ke 2 m.s. 687.
69
Majmu’ Syarah Muhazzab, jilid ke 5, m.s. 115.
70
Al Mughni oleh Ibnu Qudamah, jilid ke 3 m.s. 464.

19
pEngurusan jenazah

memandikan kanak-kanak.”71 Cuma mereka berbeza pendapat tentang had umur yang di
bolehkan.72 Berkata Syeikh Abu Bakr Al Jazair r.h. : Di bolehkan wanita memandikan kanak-
kanak lelaki berumur enam tahun ke bawah dan para ulama‟ memakruhkan73 untuk lelaki
memandikan kanak-kanak perempuan.74

b. Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk pengurusan mandian.

Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk memandikan jenazah adalah seperti
berikut:75
1. Untuk keperluan orang yang memandikan
 Sarung tangan getah
 Apron plastic

2. Peralatan dan bahan mandian


 Baldi
 Gayung
 Span (Sponge)
 Daun Bidara (digantikan dengan sabun sekiranya tiada)
 Kapur Barus

*Peringatan : Hendaklah kain kapan disiap sediakan sebelum menjalankan pengurusan


pemandian. Akan dibincangkan tentang masaalah kain kafan dalam poin „mengkafani jenazah‟,
insya Allah.

c. Tatacara memandikan jenazah

1. Tempat pemandian hendaklah dijalankan di tempat yang terlindung yang tidak dapat
dilihat melainkan orang yang memandikan jenazah sahaja, sama ada rumah atau bilik.
Dan tidak di benarkan mana-mana orang hadir di tempat pemandian melainkan orang
yang memandikannya sahaja.76 Meletakkan jenazah di tempat yang agak tinggi.77

2. Menjaga dengan menutup aurat dan ‟aib jenazah . Sebagaimana seorang yang hidup
perlu menutup aurat, begitu juga orang yang mati. Hendaklah orang yang memandikan
menjaga penglihatannya melainkan perlu. Begitu juga menjaga penglihatan dari melihat
ke‟aibannya. Sekiranya ia terlihat sesuatu ke‟aiban maka wajib baginya menutup ke‟aiban
jenazah. Dari „Abdullah bin „Umar r.a. bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

71
Majmu’ Syarah Muhazzab, oleh Imam An Nawawi, jilid ke 5, m.s. 123.
72
Al Mughni oleh Imam Ibnu Qudamah, jilid ke 3, m.s. 464 dan Al Majmu’ oleh Imam Nawawi, jilid ke 5, m.s. 123.
73
Sebahagian ulama’ mengharuskan untuk lelaki memandikan anak perempuannya – Rujuk Al Mughni, jilid 3 m.s.
464 – 465.
74
Minhaju Al Muslim, m.s. 194.
75
Asalnya perkara ini tiada dalam syariat Islam. Namun ia hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga ketika
menguruskan jenazah. Rujukan dari buku ‘Garis Panduan Pengurusan Jenazah Islam’ edisi ke 2, tahun 2002, yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hanya Daun Bidara dan Kapur Barus terdapat di dalam nas
hadith.
76
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al Qahthani, m.s. 221.
77
Ini adalah pendapat Mazhab yang tiga (Hanafi, Maliki dan Syafi’i) – rujuk Al Fiqh ‘ala Mazhabi Al Arba’ah, jilid
pertama, m.s. 395 – 396. Syeikh Sa’id mengatakan di letakkan di atas seperti katil – rujuk Ahkamu Al Janaiz, m.s.
221.

20
pEngurusan jenazah

‫َوَم ْن َستَػ َر ُم ْس ِل ًما َستَػ َرهُ اللَّوُ يَػ ْو َـ ال ِْقيَ َام ِة‬
“…Dan sesiapa yang menutup „aib saudaranya, Allah akan menutup
„aibnya di hari qiamat.”78

Bahkan Allah akan mengampunkan dosanya empat puluh kali, sebagaimana hadith yang
telah lalu.79

3. Dan sekiranya ia melihat tanda-tanda kebaikan pada jenazah dianjurkan untuk


menceritakannya pada yang lain80 untuk didoakan agar mengikuti dengan sifat kebaikan
yang terdapat pada si mati.81

4. Mulakan dengan mencurahkan air untuk membersihkan najis pada duburnya. Hendaklah
mencuci najis tersebut dengan tangan kiri yang dibaluti dengan kain dengan tidak
membuka auratnya.

Perincian seperti berikut: Diangkat kepala dan tubuh jenazah separas (menghampiri cara
duduk), kemudian menekan perut jenazah untuk mengeluarkan najis yang keluar dari
perutnya, lalu dicurahkan seberapa banyak air. Ini tidak dilakukan kepada perempuan
yang hamil.82

5. Mewudhu‟kan jenazah83 sepertimana wudhu‟nya solat. Berdasarkan hadith dari Ummu


„Athiyah, telah bersabda Rasulullah s.a.w. tentang cara memandikan anak perempuannya
yang telah wafat:
ِ ‫اض ِع الْوض‬
‫وء ِم ْنػ َها‬ ُ ُ ِ ‫ابْ َدأْ َف بِ َميَ ِامنِ َها َوَم َو‬
“Mulakan dari bahagian kanannya dan dari tempat (anggota) wudhu‟.”84

Perincian tata cara wudhu‟ untuk jenazah dijelaskan oleh Syeikh Sa‟id Wahf Al Qahthani
h.z. seperti berikut:85

Hendaklah berniat untuk berwudhu‟ dan mandi (untuk jenazah) dan sebutlah „Basmallah‟,
kemudian basuhlah tangannya (tapak tangan hingga pergelangan) sebanyak tiga kali.
Selepas itu ambillah kain kecil yang dibasahkan dengan air dan letakkannya pada jari
telunjuk kemudian masukkan di antara dua bibirnya lalu gosokkan gigi dan bersihkannya.
Kemudian (cuci semula kain tersebut atau guna kain yang baru) dan letakkannya pada jari
telunjuk, kemudian cuci lubang hidungnya. Tidak dimasukkan air ke dalam mulut dan
hidung jenazah. Ia adalah mencukupi dengan membersihkannya sebanyak tiga kali sebagai

78
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 2442 dan Imam Muslim, H.N. 2699. (Potongan hadith)
79
Lihat nota kaki no. 48.
80
Fiqh ‘ala Mazhabi Al Arba’ah oleh ‘Abdul Rahman Al Jaziri, jilid pertama, m.s. 394.
81
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al Qahthani, m.s. 222
82
Ahkamu Al Janaiz, m.s. 224 oleh Syeikh Sa’id Wahf Al Qahthani.
83
Para Ulama’ berbeza pendapat dalam masaalah ini, menurut Hanafiyah (menggunakan kaedah qias): tidak
diwudhu’kan, kerana wudhu hanya diwajibkan untuk beribadah, sedangkan orang telah meninggal dunia tiada
bebanan hukum beribadah ke atasnya. Malikiyah menyatakan baik untuk diwudhu’kan, Syafi’iyah menyatakannya
sebagai wajib. Namun pendapat kebanyakkan Ulama’ hendaklah diwudhu’kan kerana terdapat perintah di dalam
hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. – Rujuk Bidayatu Al Mujtahid, jilid ke 3, m.s. 17.
Hanbilah berpendapat sebagai anjuran. – Rujuk Syarah Al Mumti’ ‘ala Zaadi Al Mustaqni’ jilid ke 2, m.s. 381.
84
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 167, 1254, 1255 & 1256 dan Imam Muslim, H.N. 939/42 & 939/43
85
Ahkamu Al Janaiz, m.s. 225 – 226.

21
pEngurusan jenazah

menggantikan „al madhmadhah‟ (berkumur) dan „al istinsyaq‟ (memasukkan air ke dalam
hidung), seperti mana sabda Rasulullah s.a.w.:

ِ
ْ ‫َوإِذَا أ ََم ْرتُ ُك ْم بِأ َْم ٍر فَأْتُوا م ْنوُ َما‬
‫استَطَ ْعتُ ْم‬
“Apabila aku telah memerintahkan kamu sesuatu perkara,
maka lakukanlah semampu kamu”86

Kemudian basuhlah mukanya sebanyak tiga kali, dan basuh tangannya yang kanan hingga
ke siku sebanyak tiga kali, kemudian (lakukan cara yang sama) untuk tangan yang kiri,
dan sapukan kepalanya dari depan hingga kebelakang, kemudian masukkan dua jari
telunjuk ke dalam telinga dan sapukan (kedua cuping ) telinganya (dilakukan sekali seperti
mana wudhu‟), kemudian basuh kakinya yang kanan sehingga ke buku lali sebanyak tiga
kali, kemudian kaki yang kiri (seperti mana kaki kanan).

6. Hendaklah memandikannya dengan air yang dicampurkan dengan daun bidara dan
dimulakan dari bahagian kanan kepala dengan jumlah yang ganjil dan mandian terakhir
dimandikan dengan air bercampur kapur barus. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan
dari Ummu „Athiyyah r.a., baginda s.a.w. datang kepada sahabiah yang memandikan
anak perempuannya yang telah wafat, lalu bersabda:

‫ َو ِس ْد ٍر‬, ‫ك بِ َم ٍاء‬ َ ِ‫سا) أَ ْو َس ْب ًعا( أ َْو أَ ْكثَػ َر ِم ْن ذَل‬


َ ِ‫ إِ ْف َرأَيْػتُ َّن ذَل‬، ‫ك‬ ِ
ً ‫ا ْغس ْلنَػ َها ثََالثًا أ َْو َخ ْم‬
‫ورا أ َْو َش ْيئًا ِم ْن َكافُوٍر‬ ِ ِ
ً ُ‫ْن في ْاْلخ َرة َكاف‬
ِ ‫واجعل‬
َ َْ َ
“Mandikanlah ia dengan air dan daun bidara (yang dicampurkan) sebanyak tiga kali
atau lima kali (atau tujuh kali) atau lebih dari itu sekiranya kamu fikir perlu, dan jadikan
mandian yang terakhir (air yang dicampur) dengan kapur barus
atau sesuatu seperti kapur barus.”87

Dan hadith berikut:


‫ابْ َدأْ َف بِ َميَ ِامنِ َها‬
“Mulakan dari bahagian kanannya.”88

Perincian tata cara memandikan jenazah dijelaskan oleh Syeikh Sa‟id Wahf Al Qahthani
h.z. seperti berikut:89

Memulakan penyucian dari bahagian kepala sebelah kanan sebanyak tiga kali dengan buih
perahan daun bidara (boleh di gantikan dengan syampoo atau sabun sekiranya tiada)90
kemudian dicuci bahagian kiri kepala dan selepas itu janggutnya.

Seterusnya, membasuh tangannya yang kanan hingga ke bahagian leher dan tengkuk yang
kanan, (lalu membasuh) bahagian dada kanan dan belakangnya, seterusnya peha, betis dan

86
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 7288 dan Imam Muslim, H.N. 1337/412
87
Hadith riwayat Imam Bukhari, 1253 & 1254 dan Imam Muslim, H.N. 939/36.
88
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 167, 1254, 1255 & 1256 dan Imam Muslim, H.N. 939/42 & 939/43.
89
Ahkamu Al Janaiz, m.s. 226 – 227.
90
Syarah Al Mumti’ ‘ala Zadii Al Mustaqni’, jilid ke 2 m.s. 374 oleh Syeikh Uthaimin, beliau berkata: “Apabila
menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran, maka tiada kesempitan padanya.”

22
pEngurusan jenazah

kakinya yang bahagian kanan. (Pada bahagian aurat) Digosokkan dengan tangan yang
bersarung bersama curahan air. Memasukkan tangan dari bahagian bawah aurat mayat
(tanpa membuka atau melihatnya). Hendaklah dibasuh bersama dengan air dan perahan
daun bidara.

Perkara yang sama dilakukan pada bahagian yang kiri dengan pengulangan sama ada
tiga, lima atau tujuh kali basuhan. Pada basuhan yang terakhir hendaklah jadikan
mandian tersebut bersama dengan air yang dicampurkan dengan kapur barus
sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith.

Tentang jumlah mandian para ilmuan berbeza pendapat. Syeikh „Abdullah bin Soleh Al
Fauzan menyatakan: “Sesungguhnya ahli ilmu berbeza pendapat, mereka adalah golongan
Ahli Kuffah (Al Kufiyyun), Ahli Zohir (Az Zohiri) dan Al Muzni (anak murid kanan
imam Asy Syafi‟I) berpendapat wajib membasuh dengan tiga kali basuhan dengan
mengambil zahir hadith, dan jumhur ulama‟ berpendapat bahawa membasuh tiga kali
adalah „mustahab‟ (yang dianjurkan) dan bahawa wajibnya hanyalah sekali.”91

7. Sekiranya masih terdapat najis atau sesuatu kotoran yang keluar dari lubang dubur di
ketika mandi, maka cucilah kekotoran tersebut dan wudhu‟kannya semula serta
mandikannya. Jika kotoran keluar tanpa henti setelah beberapa kali cucian,
sumbatkanlah kain kecil92 ke duburnya untuk menahan kotoran dari keluar. Jika kotoran
keluar waktu dikafankan, sumbatkanlah kain kecil serta buatkan kain lilitan berupa lampin
untuk menahankannya tanpa perlu wudhu‟ atau mandi. Kerana ia adalah sesuatu yang
menyusahkan.

Syeikh Uthaimin r.h. mengatakan93: “Sekiranya sesuatu keluar selepas dikafankan, tidak
diulangi pemandian, kerana perkara tersebut menyusahkan. Sekiranya kita membuka
kafan kemudian membasuhnya, lalu kita mengkafankannya semula, ada kemungkinan
kotoran itu akan keluar semula, ketika itu padanya terdapat kesulitan. Apabila sesuatu
keluar selepas dikafankan, kita tinggalkan.” Para Fuqaha‟ r.h. mengatakan: “Apabila
(sesuatu) keluar sebelum tujuh kali mandian, wajib menyucikan kotoran dan mengulangi
pemandian. Sekiranya ia keluar selepas tujuh kali mandian, wajib untuk di wudhu‟ serta
dimandikan, dan sekiranya ia keluar selepas dikafankan tidak diwajibkan untuk
membersihkannya dan tidak diwudhu‟kan. Ia mempunyai tiga keadaan (yang disebutkan).

8. Bagi jenazah wanita yang mempunyai rambut yang panjang, diikat dengan dibahagikan
kepada tiga bahagian, kemudian diletakkan dibahagian belakang badannya. Ummu
„Athiyyah menceritakan perkara tersebut ketika memandikan anak perempuan Rasulullah
s.a.w. :

ٍ ‫ض َفرنَا َشعرَىا ثََالثَةَ قُػر‬


َ َ‫وف َوأَلْ َق ْيػن‬
‫اىا َخ ْل َف َها‬ ُ َ َ ْ َ َ‫ف‬
“Kami mengikat rambutnya kepada tiga bahagian ikatan dan kami
meletakkan di belakangnya.”94

91
Manhatu Al ‘Alam fi Syarhi Bulugh Al Maram, oleh Syeikh ‘Abdullah bin Soleh Al Fauzan, jilid ke 4, m.s. 263.
92
Syeikh Uthaimin di dalam Syarah Al Mumti’, jilid ke 2, m.s. 385, mengatakan diletakkan tanah liat yang dibakar,
kerana ia kuat (mampu) menahan kekotoran yang keluar. Dipilih tanah kerana ia menghampiri kepada sifat kejadian
manusia dimana manusia telah diciptakan daripadanya dan akan kembali kepadanya (ditanamkan).
93
Syarah Al Mumti’, jilid ke 2, m.s. 386.
94
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1263.

23
pEngurusan jenazah

Di dalam periwayatan yang lain, setelah dicuci rambut jenazah anak perempuan Rasulullah
s.a.w., mereka mengikatnya menjadi tiga bahagian dan meletakkannya di bahagian belakang
tubuhnya.

Setelah selesai pemandian, gantikanlah kain yang menutup jenazah ketika mandi dengan kain
yang kering untuk menutup auratnya, lalu diusungkan jenazah ke tempat pengkafanan. Sila lihat
sambungannya pada bab mengkafankan jenazah, poin 2(IV).

7.0 – MENGKAFANKAN JENAZAH

Setelah selesai pemandian jenazah maka wajib untuk mengkafankannya, berdasarkan perintah
Rasulullah s.a.w. di dalam hadith tentang orang sedang berihram yang terjatuh dari untanya lalu
meninggal dunia.
‫ َوَك ّْفنُوهُ فِي ثَػ ْوبَػ ْي ِو‬، ‫ا ْغ ِسلُوهُ بِ َم ٍاء َو ِس ْد ٍر‬
“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara, dan kafankanlah dia dengan dua pakaiannya.”95

Sebagaimana yang telah diperingatkan di awal perbincangan, kain kafan hendaklah disiap
sediakan sebelum dimandikan jenazah.

a. Kain kafan
1. Hendaklah dari harta si mati.
Sebaiknya kain kafan tersebut adalah dari harta si mati. Tidak mengapa jika ada orang
yang ingin memberinya melainkan sekiranya si mati ada berwasiat : “Kafankan aku
daripada hartaku.”96

2. Ukuran kain kafan hendaklah menutupi seluruh tubuh.


Kain kafan hendaklah berukuran panjang dan dapat menutup seluruh tubuh jenazah.97

ُ‫َخاهُ فَػلْيُ َح ّْس ْن َك َفنَو‬ َ ‫إِذَا َك َّف َن أ‬


َ ‫َح ُد ُك ْم أ‬
“Apabila seseorang di antara kamu mengkafankan saudaranya, maka hendaklah ia
mengelokkan kafannya.”98

Para ulama‟ mengatakan: “Mengelokkan kafannya bermaksud: menggunakan kain kafan


yang bersih, tebal serta menutupi (seluruh anggotanya). Ia bukan bermaksud
menggunakan kain yang mahal ataupun cantik.”99

3. Kain kafan hendaklah dari tiga helai kain yang berwarna putih
Aisyah r.a. mengkhabarkan tentang kain kafan Rasulullah s.a.w.

‫يض َس ُحولِيَّ ٍة‬ ٍ ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّم ُك ّْف َن فِي ثََالثَِة أَثْػ َو‬
ٍ ِ‫اب ب‬ َ
ِ َ ‫َف رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َّ ‫أ‬
ٌ‫يص َوَال ِع َم َامة‬
ٌ ‫س ف َيها قَ ِم‬
ِ ‫لَي‬
َ ْ

95
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1851 dan Imam Muslim H.N. 1206
96
Syarah Al Mumti’ oleh Syeikh Soleh Al Uthaimin, jilid ke 2 m.s. 397.
97
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 77.
98
Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim, H.N. 943 dan Imam Daud H.N. 3148.
99
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 77.

24
pEngurusan jenazah

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dikafankan dengan tiga helai kain kapas berwarna
putih, tidak (dipakaikan) padanya baju dan tidak (juga) serban.”100

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ فَِإنػَّ َها َخ ْيػ ُر ثِيَابِ ُك ْم َوَك ّْفنُوا فِ َيها َم ْوتَا ُك ْم‬، ‫اض‬ ِ ‫الْب‬
َ َ‫سوا م ْن ثِيَابِ ُك ُم الْبَػي‬
َُ
“Pakailah dari pakaian kamu (yang berwarna) putih, sesungguhnya ia adalah sebaik-baik
pakaian untuk kamu, dan kafankanlah (kain yang berwarna putih)
untuk jenazah kamu.”101

Sekiranya tidak mendapatkan kain yang berwarna putih, adalah diperbolehkan kain yang
berwarna selain warna putih, dan sekiranya mengkafankan dengan sehelai kain ia juga
diperbolehkan.102

4. Memberikan wangian pada kain kafan dan jenazah

‫َج ِم ُروهُ ثََالثًا‬


ْ ‫ت فَأ‬ ْ ‫إِ َذا أ‬
َ ّْ‫َج َم ْرتُ ْم ال َْمي‬
“Apabila kamu memberikan wangian kepada jenazah, maka lakukanlah tiga kali.”103

Imam Ibnu Qudamah r.h. mengatakan: “Abu Sa‟id, Ibnu „Umar dan Ibnu „Abbas r.a. telah
berwasiat agar memberi wangian pada kain kafan dengan wangian „ud (sejenis kayu yang
wangi). Abu Hurairah r.a. berkata: memberi wangian pada (tubuh) jenazah.”104

b. Tata cara mengkafankan jenazah

Perincian tata cara mengkafankan jenazah seperti berikut:105

I. Sediakan lima kain pengikat (sekiranya perlu)106 yang panjang yang bertujuan untuk
mengikat jenazah serta letak dan susunkan kain pengikat di tempat di mana jenazah
akan dikafankan.
II. Bentangkan secara serata tiga helai kain kafan di atas tali tersebut. Direnjiskan
sedikit air pada kain kafan dan berikan sedikit wangian di atas kain beserta kapur
barus. Pastikan bahagian pangkal kepala dan hujung kaki kain terdapat lebihan untuk
pintal dan diikat.

100
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1387 dan Imam Muslim, H.N. 941.
101
Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, H.N. 3878, Imam Tirmizi, H.N. 994 dan beliau menghasankannya, Imam
Ibnu Majah, H.N. 1472.
102
Syarah Al Mumti’ oleh Syeikh Soleh Al Uthaimin, jilid ke 2 m.s. 398.
103
Hadith riwayat Imam Ahmad, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Ibnu Hibban dan Imam Hakim. Beliau menyatakan
hadith ini sahih atas syarat Imam Muslim. Rujuk Ahkam Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 84.
104
Ahkamu Al Janaiz, m.s. 236 oleh Syeikh Sa’id Wahf Al Qahthani.
105
Tidak ada dalil yang memerincikan tentang tatacara mengkafan jenazah. Sebahagian isi kandungan adalah
pengalaman penyusun, dan sebahagian yang lain terdapat dalam kitab Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Sa’id bin Wahf
Al Qahthani dan kitab dalam bab jenazah yang berbagai.
106
Ini bergantung kepada saiz jenazah, sekiranya jenazah tersebut adalah kanak-kanak, mungkin tidak memerlukan
jumlah yang disebut, sekiranya jenazah tersebut mempunyai susuk tubuh yang besar dan tinggi, mungkin perlu
ditambah. Jadikan jumlahnya ganjil.

25
pEngurusan jenazah

III. Sediakan sehelai kain sebagai penutup aurat dan diletakkan di bahagian punggung
jenazah (seperti kain pelikat yang dilipat dua) dan letakkan potongan kapas diatasnya
serta letakkan bahan wangian dan serbuk kapur barus diatas kain tersebut.

*Perhatian: Dari poin I hingga III, hendaklah dilakukan sebelum memulakan proses
pemandian agar tidak terganggu perjalanan pelaksanaan. Wallahu a‟lam.

IV. (Sambungan dari m.s. 24 – setelah selesai mandian) Letakkan jenazah yang ditutupi
auratnya di atas kain kafan yang tersedia, dan berikanlah wangian pada anggota
sujud jenazah, iaitu: Dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua
tapak kaki.
V. Kedudukan meletakkan kedua tangannya. Ada pendapat yang mengatakan ia
diletakkan disisi tubuh jenazah dengan meluruskan kedua tangannya dan ada pula
berpendapat meletakkan sepertimana qiam dalam solat. Kedua pendapat ini boleh
diamalkan kerana tiada dalil yang menerangkan perkara tersebut.
VI. Tutupkan aurat jenazah dengan kain penutup jenazah.
VII. Mulakan membaluti jenazah dengan kain yang paling atas dengan memulakan
pembalutan dari bahagian kanan jenazah dari kepala hingga ke kaki. Ada pendapat
yang mengatakan dari sebelah kiri. Kedua pendapat ini boleh diamalkan kerana tiada
dalil yang menerangkan perkara tersebut.
VIII. Setelah membalut, gulungkanlah bahagian atas kepala dan ikatlah dengan kain
pengikat kemudian bahagian kaki dan seterusnya bahagian yang lain.
IX. Tali-tali tersebut hendaklah tidak diikat dengan terlalu kuat dan punca ikatan perlu
berada di sebelah kiri jenazah, kerana ia perlu dibuka semula ketika dikebumikan.
Wallahu a‟lam.

8.0 – SALAT JENAZAH

Solat jenazah disyaratkan sebagaimana syarat di dalam solat fardhu yang lain, iaitu: hendaklah
bersuci dari hadas dan najis, berwudhu‟, menutup aurat serta menghadap kiblat.

a. Kebaikan dan ganjaran solat jenazah

Terdapat banyak hadith yang diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. telah
memerintahkan agar jenazah disolatkan, berdasarkan hadith berikut:

ِ ‫صلُّوا علَى ص‬
‫احبِ ُك ْم‬ َ َ َ
“Solatlah ke atas sahabat kamu.”107

Mendirikan solat jenazah terdapat kelebihan bagi jenazah dan orang yang mendirikannya. Di
mana jenazah yang disolatkan dan didoakan oleh para muslimin yang tidak menyekutukan Allah
Ta‟ala, akan dikabulkan oleh Allah Ta‟ala untuk mendapat syafa‟at.

‫ إَِّال َش َّف َع ُه ُم اللَّوُ فِ ِيو‬، ‫وـ َعلَى َجنَ َازتِِو أ َْربَػعُو َف َر ُج ًال َال يُ ْش ِرُكو َف بِاللَّ ِو َش ْيئًا‬ ُ ‫َما ِم ْن َر ُج ٍل ُم ْسلِ ٍم يَ ُم‬
ُ ‫ فَػيَػ ُق‬، ‫وت‬

107
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 2289.

26
pEngurusan jenazah

“Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu didirikan solat ke atas jenazahnya oleh empat
puluh orang lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah
akan (menerima permohonan) syafaat mereka untuknya ( jenazah tersebut).”108

Pada periwayatan yang lain mengkhabarkan sejumlah seratus orang109 dan pada periwayatan
yang lain mengkhabarkan tiga saf.110 Hadith-hadith tersebut menunjukkan anjuran untuk
memperbanyakkan jemaah untuk solat jenazah.111Berkata Imam Nawawi r.h.: “Semua hadith-
hadith yang dilakukan dengannya akan menghasilkan syafa‟at dengan mengikuti dua perkara
iaitu: tiga saf dan empat puluh (orang yang mensolatinya).112

Orang yang mendirikan solat jenazah pula akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah „Azza
waJalla. Baginda s.a.w. bersabda:

ِ َ‫ ومن َش ِه َد حتَّى تُ ْدفَن َكا َف لَوُ قِيراط‬، ‫ط‬ ِ


‫اف‬ َ َ َ ْ َ َ ٌ ‫صلّْ َي فَػلَوُ ق َيرا‬ َ ‫َم ْن َش ِه َد ال‬
َ ُ‫ْجنَ َازةَ َحتَّى ي‬
“Sesiapa yang menyaksikan jenazah sehingga dia mensolati (ke atas jenazah), maka baginya satu
„qirath‟, dan sesiapa yang menyaksikan sehingga dikebumikan, baginya dua „qirath‟.”113

Baginda s.a.w. ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan „qirath‟, lalu menjawab: “Ia adalah
dua bukit yang besar.”114 Pada periwayatan yang lain, baginda s.a.w. menjawab: “Sebesar bukit
Uhud.”115

b. Tempat untuk mendirikan solat jenazah

Solat jenazah boleh didirikan di masjid. Namun ini bukanlah satu kebiasaan yang di lakukan oleh
Rasulullah s.a.w.. Pembolehan ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada „Abbad bin „Abdillah
bin al-Zubair bahawa „Aisyah memerintahkan orang-orang agar jenazah Sa‟ad bin Abi Waqqash
dibawa ke dalam masjid, lalu „Aisyah ikut mensolatinya. Melihat hal itu orang-orang
mengingkarinya, maka „Aisyah berkata:

‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫ع ما نَ ِسي النَّاس ما صلَّى رس‬


َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ َ َ ُ َ َ َ ‫َس َر‬ ْ ‫َما أ‬
‫ض ِاء إِالَّ ِفي ال َْم ْس ِج ِد‬
َ ‫َعلَى ُس َه ْي ِل بْ ِن الْبَػ ْي‬
Beliau r.a. berkata: “Manusia telah cepat lupa, tidaklah Rasulullah s.a.w. mensolati ke atas
(jenazah) Suhail bin Al Baidhai melainkan di masjid.”116

Imam An Nawawi r.h. mengatakan:117 “Pada hadith ini adalah sebagai dalil bagi Imam Asy
Syafi‟I dan kebanyakkan (jumhur ulama‟) membolehkan solat ke atas jenazah di masjid. Dan di
108
Hadith riwayat Imam Ahmad, ImamMuslim, H.N. 948/59, Imam Abu Daud, H.N. 3168 dan Imam Ibnu Majah, H.N.
1489.
109
Hadith riwayat ImamMuslim, H.N. 947/58.
110
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3164, Imam Tirmizi, H.N. 1028 dan beliau menghasankannya dan Imam
Ibnu Majah, H.N. 1490. Syeikh Albani menghasankannya di dalam Ahkamu Al Janaiz, m.s. 128.
111
‘Aunu Al Ma’bud oleh Muhammad Syams Al Haq, jilid ke 6, m.s. 69.
112
Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 7 m.s. 22.
113
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1325 dan Imam Muslim, H.N. 945/52
114
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1325 dan Imam Muslim, H.N. 945/52
115
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 47 dan Imam Muslim, H.N. 948/57
116
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 973, Imam Abu Daud
117
Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid ke 7 m.s. 45.

27
pEngurusan jenazah

antara mereka adalah Ahmad (bin Hanbal), Ishaq (bin Rahuyah) dan telah diriwayatkan oleh Al
Madaniyyun (Ulama‟ Madinah) dari Imam Malik (berpegang kepada pendapat ini dan juga Ibnu
Habib Al Maliki ”

Ada sebahagian yang lain berpendapat tidak boleh mensolatkan jenazah di masjid. Ini adalah
pendapat Abu Zi‟bin118, Abu Hanifah dan Malik. Dan masyhur dari Malik tidak sah solat di
masjid.119 Pendapat ini berdasarkan hadith yang berikut:

ِِ ٍِ ِ َّ َ ‫َم ْن‬
ٌ‫س لَوُ َش ْيء‬
َ ‫صلى َعلَى جنَ َازة في ال َْم ْسجد فَػلَْي‬
“Sesiapa mensolati jenazah di dalam masjid, maka tiadalah untuknya sesuatu”120

Hadith ini telah didhaifkan oleh sebahagian ulama‟ dan mensahihkannya oleh sebahagian yang
lain.121 Di dalam hadith terdapat perawi yang bernama Soleh pembantu At Tauwaamah. Beliau di
perselisihkan.122

Imam Ahmad r.h. ditanya tentang hadith ini, lalu beliau menjawab: “(Hadith ini) di sisiku tidak
thabit ataupun tidak sahih. Sekiranya telah sah hadith Ibnu Abi Zi‟bin maka ia di mansukhkan
dengan hadith Suhail bin Baidhai. Dan dalil kepada itu adalah: Persolatan ke atas Abu Bakr dan
„Umar r.a. di dalam masjid. Maka sekiranya hadith tersebut thabit, tidaklah seorang pun akan
mensolati ke atas sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. di masjid.”123

Penerangan yang ringkas ini menunjukkan bahawa solat di masjid adalah diperbolehkan. Solat di
masjid bukanlah satu kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Ini sebagaimana yang di
terangkan oleh Imam Ibnu Qayyim r.h., katanya: “Tidaklah termasuk petunjuknya (Rasulullah
s.a.w.) secara rutin mensolati ke atasnya (jenazah) di masjid, adapun (kebiasaan) baginda s.a.w.
mensolati ke atas jenazah adalah di luar masjid, ada kemungkinan terkadang baginda s.a.w.
mensolati jenazah di masjid.”124

Juga terdapat larangan mengerjakan solat di kubur. Larangan ini terlalu banyak
periwayatannya. Di antaranya, hadith dari Jundub r.a. berkata: “Aku mendengar baginda s.a.w.
bersabda:

ِ ‫َّخ ُذو َف قُػبور أَنْبِيائِ ِهم وصالِ ِحي ِهم مس‬


، ‫اج َد‬ ِ ‫ َكانُوا يػت‬، ‫…أ ََال وإِ َّف من َكا َف قَػبػلَ ُكم‬
ََْ َ َْ َ َُ َ ْ ْ َْ َ
‫ك‬ ِ ِ
ِ ‫أ ََال فَ َال تَػتَّخ ُذوا الْ ُقبور مس‬
َ ‫ إِنّْي أَنْػ َها ُك ْم َع ْن ذَل‬، ‫اج َد‬ َََُ
“Ingatlah! Sesungguhnya orang –orang sebelum kamu mereka menjadikan kubur-kubur nabi-
nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid-masjid (tempat beribadah), ingatlah!
Janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid,

118
Nama beliau Muhammad bin Abdul Rahman dan beliau adalah perawi yang meriwayatkan hadith berkenaan
larangan solat jenazah di masjid dari Soleh bin Nubhan. Lihat Nasikh wa Al Mansukh dalam bab “As Solah ‘ala
Janazah fi Al Masjid” oleh Ibnu Shahin, m.s. 187-188.
119
Syarah Sahih Muslim, jilid ke 7 m.s. 45.
120
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3191 dan Imam Ibnu Majah, H.N. 1517
121
Diantara ahli hadith yang mendhaifkan hadith ini adalah Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban, Imam Al Baihaqi dan
ramai yang lainnya. Dan di antara ahli hadith yang mensahihkannya adalah Imam Ibnu al Qayyim, Syeikh
Mubarakfuri, Syeikh Albani dan Syeikh Abdul Qadir Al Arnauth.
122
Tahzib Al Kamal, jilid ke 4, perawi no. 2849 m.s. 680-681.
123
An Nasikh walMansukh min Al Hadith oleh Ibnu Shahin, m.s. 189.
124
Zadu Al Ma'ad oleh Ibnu Al Qayyim, jilid pertama m.s. 481.

28
pEngurusan jenazah

sesungguhnya aku melarang kamu dari (melakukan) perkara itu.”125

Oleh itu hendaklah dilakukan solat sebelum jenazah dikuburkan. Namun bagi mereka yang tidak
berkesempatan untuk mensolati jenazah sedangkan jenazah telah dikuburkan, maka dalam
situasi sebegini dibenarkan baginya untuk mengerjakan solat Jenazah di kuburan tersebut. Ini
adalah kerana baginda Rasulullah s.a.w. melakukannya ketika mana baginda tidak mempunyai
kesempatan untuk mensolatkan jenazah, sepertimana dijelaskan oleh Syeikh Albani r.h. melalui
susunan hadith yang diriwayatkan dari Ibnu „Abbas r.a.:126

Seorang lelaki telah meninggal dunia, (yang mana) Rasulullah s.a.w. (pernah) menziarahinya, lalu
mereka menguburkannya di waktu malam. Tatkala waktu pagi mereka mengkhabarkan (berita
tersebut) kepada baginda s.a.w. lalu baginda berkata: “Apakah yang menghalang kamu untuk
memaklumkan kepadaku (tentang kematiannya)?” Mereka berkata: “Ia terjadi waktu malam dan
ia amat gelap, kami tidak suka menyusahkan engkau.” Kemudian beliau s.a.w. mendatangi
kuburnya dan mensolatkan ke atasnya. [Ibnu „Abbas berkata: “Dia mengimamkan kami dan kami
mendirikan saf di belakangnya], [dan aku di dalam (saf) mereka], [dan beliau s.a.w. bertakbir
sebanyak empat kali].

c. Siapa yang paling berhak menjadi imam dalam solat jenazah

Imam Ibnu Qudamah r.h. mengatakan:127 “Orang yang paling berhak untuk menjadi imam bagi
jenazah adalah orang yang telah diwasiatkan ke atasnya untuk mensolati jenazahnya. Ini adalah
kerana terdapat ijma‟ sahabat terhadap perkara ini. Di mana Abu Bakr mewasiatkan Umar untuk
mengimamkan jenazahnya dan Umar telah mewasiatkan pula kepada Suhaib…(seterusnya beliau
menyebut seorang demi seorang sahabat melakukan perkara yang sama)...Ini adalah penetapan
yang diisyaratkan, tidak kelihatan padanya perselisihan (antara para sahabat r.a. ajmain), maka ia
adalah ijma‟.”

Selepas orang yang diwasiatkan, terdapat perbezaan pendapat ulama‟ tentang siapakah yang
lebih layak di antara pemimpin masyarakat atau wali dari keluarganya.

Imam Ibnu Al Munziri r.h.128 menerangkan bahawa para ulama‟ berbeza pendapat tentang
siapakah yang lebih layak untuk menjadi imam, sama ada pemimpin masyarakat atau ahli
keluarganya. Kebanyakkan ahli ilmu mengatakan bahawa pemimpin masyarakat lebih berhak. Ini
merupakan pendapat „Alqamah, Al aswad, Suwaid bin Ghuflah dan Hasan Al Basri r.h.. Ini adalah
merupakan pendapat kebanyakkan Al Mutaqaddimin (Salaf). Yang berpendapat bahawa wali
(ahli keluarga) lebih berhak adalah merupakan pendapat Malik, Ahmad, Ishaq dan Ashab Ar
Ra‟yi (Mazhab Hanafi) r.h..

Sekiranya solat tersebut didirikan di masjid, maka imam masjid lebih utama untuk menjadi
imam.129

125
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 532. (Potongan hadith)
126
Ahkamau Al Janaiz, m.s. 112. Kurungan (…) adalah dari penyusun mengikut kesesuaian ayat, manakala kurungan
*…+ adalah dari Syeikh Albani mencantumkan beberapa periwayatan dari beberapa sumber hadith untuk
menyempurnakan maksud hadith. Hadith riwayat Imam Bukhari, Imam Ibnu Majah, Imam Muslim, Imam Nasaai dan
Imam Tirmizi.
127
Al Mughni oleh Imam Ibnu Qudamah, jilid 3 m.s. 405-406.
128
Al Ausath min As Sunan wa Al Ijma’ wa Al Ikhtilaf oleh ibnu Al Munzir, jilid ke 5 m.s. 434.
129
Majmu' Fatawa waMaqalat Matnu’ah, ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, jilid 13 m.s. 137.

29
pEngurusan jenazah

‫الر ُج َل فِي ُس ْلطَانِِو‬


َّ ‫الر ُج ُل‬
َّ ‫َوَال يَػ ُؤَّم َّن‬
“Tidak beriman seorang lelaki terhadap lelaki lain dalam pengusaannya.”130

Imam masjid adalah orang yang berkuasa di masjidnya. Syeikh Al Uthaimin r.h. mengatakan:
“Sekiranya solat didirikan di luar masjid, maka orang yang diwasiatkan lebih berhak untuk
mengimamkan solat jenazah, sekiranya tiada wasiat, saudara yang paling rapat adalah lebih
utama.”131

d. Tatacara solat jenazah

Baginda s.a.w. telah memerintahkan kepada umatnya untuk mengikuti tatacara solat
sebagaimana yang di tunjukkan oleh baginda s.a.w., dengan sabdanya:

ِ
َ ‫صلُّوا َك َما َرأَيْػتُ ُموني أ‬
‫ُصلّْي‬ َ ‫َو‬
“Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku bersolat.”132

Kerana baginda adalah sebaik-baik ikutan, ini sebagaimana yang Allah „Azza waJalla firmankan:

                 
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik,
Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Al Ahzab)

I. Kedudukan imam

Apabila jenazah lelaki adalah berdiri dibahagian kepala jenazah dengan menghadap ke kiblat,
manakala kedudukan imam apabila jenazah perempuan adalah berdiri di bahagian tengah tubuh
jenazah. Sebagaimana dijelaskan dari hadith berikut:

ٍ‫ ثُ َّم جاءوا بِجنَ َازةِ امرأَة‬، ‫اؿ رأْ ِس ِو‬ ِ ‫ فَػ َق‬، ‫ك علَى جنازةِ رج ٍل‬ ٍِ ُ ‫صلَّْي‬
ِ َ‫ت َم َع أَن‬ ٍ ِ‫َع ْن أَبِي غَال‬
َْ َ ُ َ َ َ َ‫اـ حي‬ َ ُ َ َ َ َ َ ‫س بْ ِن َمال‬ َ " : ‫اؿ‬ َ َ‫ ق‬، ‫ب‬
ٍ ‫اؿ لَوُ الْع َالء بن ِزي‬
‫ َى َك َذا‬: ‫اد‬ َ ُْ ُ َ َّ ‫اؿ َو َس ِط‬
َ ‫ فَػ َق‬، ‫الس ِري ِر‬ َ َ‫اـ ِحي‬ َ ‫ فَػ َق‬، ‫ص ّْل َعلَْيػ َها‬
َ ، ‫ يَا أَبَا َح ْم َزَة‬: ‫ فَػ َقالُوا‬، ‫ش‬ ٍ ْ‫ِم ْن قُػ َري‬
، ُ‫ك ِم ْنو‬ َّ ‫ َوِم َن‬، ‫ك ِم ْنػ َها‬
َ ‫الر ُج ِل ُم َق َام‬ َ ‫ْجنَ َازِة ُم َق َام‬
َ ‫اـ َعلَى ال‬
ِ
َ ‫ت النَّبِ َّي‬
َ َ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْيو َو َسلَّ َم ق‬ َ ْ‫َرأَي‬
‫اح َفظُوا‬ ْ : ‫اؿ‬
َ َ‫ ق‬، ‫غ‬ َ ‫ فَػلَ َّما فَػ َر‬، ‫ نَػ َع ْم‬: ‫اؿ‬
َ َ‫ق‬
Daripada Abu Ghalib, dia berkata: “Aku pernah solat bersama Anas bin Malik ke atas seorang
jenazah lelaki, dia berdiri di hadapan kepalanya. Kemudian mendatangkan jenazah perempuan
dari bangsa Quraisy dan mereka berkata: “Wahai Abu Hamzah, solatlah ke atasnya.” Maka dia
berdiri di bahagian tengah mayat tersebut. Lalu Al „Ala‟ bin Ziyad bertanya kepadanya:
Beginikah engkau telah melihat Nabi shallallahu „alaihi wasallam
130
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 673.
131
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Sa’id Wahf Al Qahthani, m.s. 264.
132
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 631 dan 6008.

30
pEngurusan jenazah

berdiri ke atas jenazah wanita seperti tempat engkau berdirii?


Dia menjawab: Ya. Setelah selesai dia berkata: Ingatlah selalu.133

Imam Tirmizi mengatakan:134 “Bahawa telah berpegang kepada pendapat ini oleh sebahagian ahli
„ilmu (ulama‟), dan ia adalah pendapat Ahmad dan Ishaq.”

II. Kedudukan makmum

Makmum berdiri di belakang imam seperti solat fardhu, dengan menjadikan tiga saf atau lebih
dengan meramaikan jemaah. Berdasarkan hadith berikut:

ٍ ِ
‫ب‬ ُ ُ‫صلَّى َعلَْيو ثََالثَة‬
َ ‫ص ُفوؼ فَػ َق ْد أ َْو َج‬ َ ‫َم ْن‬
“Sesiapa yang mensolati ke atasnya (jenazah) dengan tiga saf, maka
sesungguhnya wajib (baginya syurga).” 135

Hadith dari riwayat Abu Umamah r.a., beliau berkata:

، ‫ َوَم َعوُ َس ْبػ َعةُ نَػ َف ٍر‬، ٍ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم َعلَى ِجنَ َازة‬ َ ‫صلَّى النَّبِ ُّي‬
َ
‫ص ِّفا‬
َ ‫ َواثْػنَػ ْي ِن‬، ‫ص ِّفا‬
َ ‫ َواثْػنَػ ْي ِن‬، ‫ص ِّفا‬
َ ‫فَ َج َع َل ثَالثَ ًة‬
“Nabi s.a.w. telah bersolat ke atas satu jenazah dan bersamanya ada tujuh orang, lalu baginda
s.a.w. tiga orang di satu saf (saf pertama), dua orang di satu saf (saf kedua)
dan dua orang (lagi) di satu saf (saf ketiga).”136

Tentang meramaikan Jemaah untuk mensolati jenazah, sebagaimana yang dijelaskan


sebelumnya.137

III. Niat

Telah bersepakat para Ilmuan Islam tentang niat adalah syarat untuk melakukan sesuatu ibadah.
Berdasarkan dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith;

 ….        


pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, …
( Al-Baiyinah - 5 )

133
Hadith riwayat Imam Tirmizi, H.N. 1034 dan beliau menghasankannya, Imam Ibnu Majah, H.N. 1494. Syeikh
Albani mensahihkan dalan Sahih At Tirmizi H.N. 1034 dan Syeikh Al Arnauth mensahihkannya dalam tahqiqnya
terhadap Sunan Tirmizi, H.N. 1055,
134
Imam Tirmizi menyatakan di dalam Sunannya, selepas membawa hadith cara beridirinya imam, m.s. 245
(bersama hukum Albani), tahqiq Syu’aib al Arnauth, jilid ke 2 m.s. 517.
135
Hadith riwayat Imam Tirmizi, H.N. 1028 dan beliau menghasankannya.
136
Berkata Syeikh Albani di dalam Ahkamu Al Janaiz, m.s. 127-128: Hadith riwayat Imam Ath Tthabrani, Imam Al
Haithami mengatakan di dalam Majma’ Zawaid: “Pada periwayatannya terdapat perawi bernama Ibnu Lahi’ah, pada
ada kritikan.” Namun ia mempunyai syawahid dari periwayatan Malik bin Hubairah.
137
Lihat keterangan di m.s. 27.

31
pEngurusan jenazah

Daripada hadith baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab r.a.h., baginda s.a.w.
bersabda:-
ِ َّ‫اؿ بِالنّْػي‬
‫ات‬ ُ ‫إِنَّ َما ْاِلَ ْع َم‬
“Semua amal perbuatan hanyalah dengan niat” 138

Dapatlah difahami dari dalil diatas, bahawa segala amal perbuatan adalah memerlukan kepada
niat yang ikhlas dengan bertujuan untuk beribadah hanya kepada Allah „Azza wa Jalla semata.
Allah mengetahui apa yang di bisikkan oleh hamba di dalam hatinya.

Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah r.h. mengatakan bahawa niat adalah tujuan dan keazaman untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Tempatnya adalah dihati, pada asalnya ia tidaklah terkait dengan
lisan, demikian juga tidak pernah dinukilkan dari Nabi s.a.w. dan tidak juga dari para sahabat
baginda r.a.h. ajma‟in tentang lafaz niat.139

Syeikh Sayid Sabiq r.h. pula menyatakan yang hampir sama iaitu; hakikat niat itu ialah kemahuan
yang menumpu kepada sesuatu perbuatan, demi mengharapkan keredhaan Allah „Azza wa Jalla
serta mematuhi hukum-hakamNya, dan ia merupakan amalan keikhlasan hati, tanpa
menyertakan apa-apa lafaz/sebutan didalam niat, dan melafazkannya tidaklah disyari‟atkan.140

IV. Perincian solat

Perincian solat dijelaskan dari hadith yang berikut:

، ‫اب بَػ ْع َد التَّ ْكبِ َيرةِ ْاِلُولَى ِس ِّرا فِي نَػ ْف ِس ِو‬ ِ ‫ ثُ َّم يػ ْقرأُ بَِفاتِح ِة ال‬، ‫اْلماـ‬
ِ َ‫ْكت‬ َ ََ
ِ ِ ِ َّ ‫السنَّةَ فِي‬
ُ َ ِْ ‫الص َالة َعلَى الْجنَ َازة أَ ْف يُ َكبّْػ َر‬ َّ ‫أ‬
ُّ ‫َف‬
ِ ِ‫ْجنَ َازِة فِي التَّ ْكب‬ ِ ‫الد َعاء لِل‬ ِ ِ
، ‫يرات‬ َ ُّ ‫ص‬ ُ ‫ َويُ ْخل‬، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْيو َو َسلَّ َم‬ َ ‫صلّْي َعلَى النَّبِ ّْي‬
َ ُ‫ثُ َّم ي‬
‫سلّْ ُم ِس ِّرا فِي نَػ ْف ِس ِو‬ ٍِ ِ
َ ُ‫ ثُ َّم ي‬، ‫َال يَػ ْق َرأُ في َش ْيء م ْنػ ُه َّن‬
“Bahawa sunnah di dalam solat ke atas jenazah adalah imam bertakbir, kemudian dia membaca
Fatihatu Al Kitab selepas takbir yang pertama dengan memperlahankannya, kemudian dia
berselawat ke atas nabi s.a.w. dan seterusnya mengikhlaskan doa untuk jenazah di dalam takbir
(pada takbir ketiga), tidak membaca sesuatu darinya (pada rakaat keempat), kemudian memberi
salam di dalam dengan cara memerlahankan suara.”141

V. Takbir untuk solat jenazah

Telah thabit dari Rasulullah s.a.w. betakbir untuk solat jenazah sebanyak empat kali. Penjelasan
ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya:

138
Riwayat Imam Bukhari di dalam Sahihnya, hadith no: 1, 53 dan Imam Muslim, hadith no: 3537
139
Jami'u Al-Fiqh Imam Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah, Jilid 1 m.s. 39 Bab Haqiqatu An-Niyyah wa Ta'rifuha
140
Fiqh Sunnah – m.s.48
141
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 155 – Syeikh Albani mengatakan: Dikeluarkan oleh Imam Syafi’I di
dalam Al Umm, Imam Al Baihaqi di dalam Sunan Al Kubra dan Imam Hakim. Imam Hakim berkata “Sahih di atas
syarat Syaikhan” dan dipersetujui oleh Imam Az Zahabi. Berkata Syeikh Albani: “Ia adalah sebagaimana yang
diperkatakan oleh keduanya (Imam Hakim dan Imam Az Zahabi).

32
pEngurusan jenazah

ِ ِ َ ‫اش َّي فِي الْيػوِـ الَّ ِذي م‬ِ ‫وؿ اللَّ ِو صلَّى اللَّوُ َعلَي ِو وسلَّم نَػعى النَّج‬
َّ ‫ص‬
‫ف‬ َ ‫ج بِ ِه ْم إِلَى ال ُْم‬
َ َ‫صلَّى ف‬ َ ‫ َو َخ َر‬، ‫ات فيو‬ َ َْ َ َ َ ََ ْ َ َّ ‫أ‬
َ ‫َف َر ُس‬
ٍ ‫بِ ِهم وَكبَّػر َعلَْي ِو أَربع تَ ْكبِير‬
‫ات‬ َ َ َْ َ َْ
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan tentang Najasyi pada hari kematiannya, dan
baginda s.a.w. telah keluar bersama mereka ke musolla (tempat solat jenazah), lalu membuat saf
bersama mereka dan bertakbir ke atasnya (Najasyi) sebanyak empat raka‟at.”142

VI. Takbiratu Al Ihram

Takbir yang pertama dinamakan sebagai takbiratu Al Ihram, maka hendaklah menyebutkannya
dengan lafaz „Allahu Akbar‟ dan mengangkat tangan sama ada separas bahu atau separas
telinga. Kemudian meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di antara pusat dan dada.
Seterusnya membaca „isti‟azah‟ dan „basmallah‟. Abu Hurairah memberitakan bahawa baginda
mengangkat tangan ketika bertakbir.

ٍ‫ فَػرفَع ي َدي ِو فِي أ ََّو ِؿ تَ ْكبِيرة‬، ٍ‫وؿ اللَّ ِو صلَّى اللَّو َعلَي ِو وسلَّم َكبَّػر َعلَى جنَ َازة‬ َّ ‫أ‬
َ ‫َف َر ُس‬
َ ْ ََ َ َ َ َ ََ ْ ُ َ
‫ض َع الْيُ ْمنَى َعلَى الْيُ ْس َرى‬
َ ‫َوَو‬
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bertakbir ke atas (untuk solat) jenazah, lalu mengangkat
kedua tangannya pada takbir yang pertama dan meletakkan tangan kanannya
di atas tangan kirinya.”143

Imam Ibnu Munzir r.h. mengatakan bahawa terdapat ijma‟ ulama‟ tentang mengangkat tangan
dan bertakbir pada takbir yang pertama untuk solat jenazah.144

VII. Bacaan dalam solat selepas takbir pertama

Tidak ada periwayatan dari As Sunnah bahawa baginda s.a.w. membaca apa-apa doa iftitah
selepas takbir yang pertama. Melalui petunjuknya, baginda s.a.w. selepas takbir yang pertama
baginda membaca surah Al Fatihah, yang diriwayatkan dari Abu Umamah r.a., kata beliau:

ِ ‫الص َالةِ َعلَى الْجنَ َازةِ أَ ْف يػ ْقرأَ فِي التَّ ْكبِيرِة ْاِلُولَى بِأ ُّْـ الْ ُقر‬
، ً‫آف ُم َخافَػتَة‬ َّ ‫السنَّةُ فِي‬
ُّ
ْ َ ََ َ
ِ‫ثُ َّم ي َكبّْػر ثََالثًا والتَّسلِيم ِع ْن َد ْاْل ِخرة‬
َ ُ ْ َ َ ُ
“As sunnah (petunjuk Rasulullah s.a.w.) di dalam solat ke atas jenazah adalah membaca pada
takbir yang pertama dengan Ummu Al Quran145 dengan memperlahankan suara, kemudian
bertakbir sebanyak tiga kali dan memberi salam pada takbir yang terakhir.”146

142
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1333.
143
Hadith riwayat Imam Tirmizi, H.N. 1077 dan Syeikh Albani menghasankan dalam Ahkamu Al janaiz, m.s. 147.
144
Al Ijma’ oleh Ibnu Munzir, jilid pertama m.s. 51 dan Al Ausath, jilid ke 5 m.s. 468.
145
Ummu Al Quran adalah salah satu nama bagi surah Al Fatihah.
146
Sunan Nasai As Sughra, H.N. 1988. Syeikh Albani mensahihkan dalam Ahkamu Al Janaiz, m.s. 154.

33
pEngurusan jenazah

VIII. Takbir kedua

Para ulama‟ bebeza pendapat dalam masaalah mengangkat tangan pada takbir yang kedua,
ketiga dan keempat. Ada yang mengatakan tangan pada setiap kali takbir, dan ini merupakan
pendapat „Atha‟147, „Umar Abdul „Aziz148, Qais bin Abu Hazim, Az Zuhri, Salim bin „Abdullah,
Makhul, Nakha‟I, Musa bin Nu‟aim, Al Auza‟I, Syafi‟I, Ahmad dan Ishaq r.h..149 Mereka
berdasarkan perbuatan Ibnu „Umar r.a.:

ِ ‫أَنَّوُ َكا َف يػرفَع ي َديْ ِو َعلَى ُك ّْل تَ ْكبِيرةٍ ِمن تَ ْكبِي ِر ال‬
‫ْجنَ َازِة‬ ْ َ َ ُ َْ
Nafi‟ mengkhabarkan, adalah Ibnu „Umar sesungguhnya beliau mengangkat tangan pada setiap
kali takbir dalam solat jenazah.150

Ibnu hajar Al Asqalani mengatakan151: “Bahawa telah sahih dari Ibnu „Abbas sesungguhnya
beliau mengangkat kedua tangannya pada semua takbir dalam solat jenazah, telah diriwayatkan
oleh Sa‟id bin Mansur.”

Dan sekumpulan ulama‟ yang lain berpendapat tangan diangkat pada takbir yang pertama
sahaja dan tidak diangkat pada takbir yang seterusnya. Ini merupakan pendapat Ath Thauri,
Ashabu Ra‟yi (Hanafiah) dan Nakha‟I, yang mana beliau berbeza pada pendapatnya yang
awal.152

Tidak dapat ditemukan hadith yang marfu‟ berkenaan masaalah ini melainkan ia hanya terdapat
pada amalan salaf semata dan mereka berbeza pandangan dalam perkara ini. Wallahu a‟lam.

Adapun pada selepas takbir kedua hendaklah berselawat ke atas baginda sebagaimana selawat
di dalam tasyahud/tahiyyat. Adapun bacaan selawat mempunyai beberapa versi yang diajarkan
oleh baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Di antaranya:

Selawat pertama,

‫ َوبَا ِر ْؾ َعلَى ُم َح َّم ٍد‬، ‫يم‬ ِ ِ ِ َ ‫صلَّْي‬ ِِ ِ ِ ٍ


َ ‫ت َعلَى آؿ إبْػ َراى‬ َ ‫اللَّ ُه َّم‬
َ ‫ص ّْل َعلَى ُم َح َّمد َوأَ ْزَواجو َوذُ ّْريَّتو َك َما‬
‫ك َح ِمي ٌد َم ِجي ٌد‬ َ َّ‫يم إِن‬ ِ ِ ِ َ ‫اج ِو َوذُ ّْريَّتِ ِو َك َما بَ َارْك‬
ِ ‫وأَ ْزو‬
َ ‫ت َعلَى آؿ إبْػ َراى‬ َ َ
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya,
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah
Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Engkau telah
memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.153

Selawat kedua,

، ‫ك َح ِمي ٌد َم ِجي ٌد‬


َ َّ‫يم إِن‬ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫صلَّْي‬ ٍ ِ ‫ص ّْل َعلَى ُم َح َّم ٍد و َعلَى‬
َ ‫يم َو َعلَى آؿ إبْػ َراى‬
َ ‫ت َعلَى إبْػ َراى‬ َ ‫آؿ ُم َح َّمد َك َما‬ َ َ ‫اللَّ ُه َّم‬

147
Musannaf Ibnu Abi Syaibah, H.N. 11492, jilid ke 4, m.s. 434.
148
Musannaf Ibnu Abi Syaibah, H.N. 11491, jilid ke 4, m.s. 434.
149
Al Ausath oleh Ibnu Munzir, jilid ke 5, m.s. 469.
150
Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah di dalam Musannafnya, Jilid ke 4 m.s. 434, H.N. 11490.
151
Talkhis Al Habir oleh Ibnu Hajar Al Asqalani, jilid ke 2 m.s. 291.
152
Al Ausath oleh Ibnu Munzir, jilid ke 5 m.s. 470.
153
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 6360

34
pEngurusan jenazah

‫يم‬ ِ ِ َ ‫آؿ ُم َح َّم ٍد َك َما بَ َارْك‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم بَا ِر ْؾ َعلَى ُم َح َّم ٍد و َعلَى‬
َ ‫ت َعلَى إبْػ َراى‬ َ
‫ك َح ِمي ٌد َم ِجي ٌد‬ َ َّ‫يم إِن‬ ِ ِ ِ
َ ‫َو َعلَى آؿ إبْػ َراى‬
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
(lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.154

IX. Selepas takbir ketiga

Berdoa dengan penuh keikhlasan untuk jenazah, sebagaimana yang dikhabarkan oleh baginda
s.a.w.:
ِ ِ
‫اء‬ ُ ‫صلَّْيتُ ْم َعلَى ال َْميّْت فَأَ ْخل‬
ُّ ُ‫صوا لَو‬
َ ‫الد َع‬ َ ‫إِذَا‬
“Apabila kamu mensolatkan jenazah, maka hendaklah kamu mengikhlaskan doa untuknya.”155

Baginda ada mengajarkan beberapa bentuk doa kepada para sahabat r.a. Di antara bentuk doa
yang di ajarkan oleh baginda adalah seperti berikut:

Doa yang pertama,

‫ْج َوالْبَػ َرِد‬ِ ‫ف َع ْنوُ َوأَ ْك ِرْـ نػُ ُزلَوُ َوَو ّْس ْع ُم ْد َخلَوُ َوا ْغ ِسلْوُ بِال َْم ِاء َوالثَّػل‬
ُ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَوُ َو ْار َح ْموُ َو َعافِ ِو َوا ْع‬
‫س َوأَبْ ِدلْوُ َد ًارا َخ ْيػ ًرا ِم ْن َدا ِرهِ َوأ َْىالً َخ ْيػ ًرا ِم ْن‬ َّ ‫ض ِم ْن‬
ِ َ‫الدن‬ َ َ‫ب ْاِلَبْػي‬ َ ‫َونَػ ّْق ِو ِم ْن الْ َخطَايَا َك َما نَػ َّق ْي‬
َ ‫ت الثػ َّْو‬
.‫اب النَّا ِر‬ِ ‫اب الْ َق ْب ِر أ َْو ِم ْن َع َذ‬ِ ‫َع ْذهُ ِم ْن َع َذ‬ ِ ‫أ َْىلِ ِو وزوجا َخيػرا ِمن زو ِج ِو وأَ ْد ِخلْو الْجنَّةَ وأ‬
َ َ ُ َ َْ ْ ً ْ ً َْ َ
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia,
muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan
embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan
dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat
tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik
daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari
azab kubur (atau azab neraka)156

*Perhatian: Lafaz „dhamir‟ (ganti nama diri) yang terdapat pada doa tersebut adalah untuk lelaki,
sekiranya ia adalah jenazah wanita, ia perlu diubah dhamirnya, dari ‫ُهي‬ (Dia untuk lelaki) kepada

‫( َها‬Dia untuk perempuan) contoh:


ِ ‫ف َع ْنػ َها َوأَ ْك ِرْـ نػُ ُزلَ َها َوَو ّْس ْع ُم ْد َخلَ َها َوا ْغ ِس ْل َها بِال َْم ِاء َوالثَّػل‬
‫ْج َوالْبَػ َرِد‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَ َها َو ْار َح ْم َها َو َع ِاف َها َوا ْع‬

154
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 3370
155
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3199 dan Imam Ibnu Majah, H.N. 1497. Syeikh Albani mengklasifikasikan
sebagai hasan di dalam ‘Irwa’ Al Ghalil, jilid ke 3 m.s. 179 dan Syeikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan sanadnya
hasan didalam tahqiqnya terhadap Sunan Abu Daud, jilid ke 5, m.s. 109.
156
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 963, Imam Nasaai, H.N. 1983 dan Imam Ibnu Majah, H.N. 1500.

35
pEngurusan jenazah

Doa yang kedua,

‫َحيِ ِو‬ ِ ِِ ِ ‫اللَّه َّم ا ْغ ِفر لِحيّْػنَا وميّْتِنَا و‬


ْ ‫صغي ِرنَا َوَكبِي ِرنَا َوذَ َك ِرنَا َوأُنْػثَانَا َو َشاىدنَا َوغَائِبِنَا اللَّ ُه َّم َم ْن أ‬
ْ ‫َحيَػ ْيتَوُ منَّا فَأ‬ َ َ ََ َ ْ ُ
ِ ُ‫َجرهُ والَ ت‬
ُ‫ضلَّنَا بَػ ْع َده‬ َ َ ْ ‫اْل ْسالَِـ اللَّ ُه َّم الَ تَ ْح ِرْمنَا أ‬ ِْ ‫اف َوَم ْن تَػ َوفَّػ ْيتَوُ ِمنَّا فَػتَػ َوفَّوُ َعلَى‬
ِ ‫اْليم‬
َ ِْ ‫َعلَى‬
Ya Allah, ampunilah orang yang masih hidup di antara kami dan yang telah mati, orang yang
hadir di antara kami dan yang ghaib, anak-anak kecil dan dewasa, lelaki dan wanita. Ya Allah,
orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dia dalam keadaan Islam dan yang
Engkau matikan, matikanlah dalam keadaan iman. Ya Allah, jangan Engkau haramkan atas kami
pahalanya dan jangan sesatkan kami setelahnya.157

X. Selepas takbir keempat

Sepertimana solat-solat yang lain, solat jenazah juga ditutup dengan mengucapkan salam.
Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Ali r.a., baginda s.a.w. bersabda:

”‫يم‬ ِ ‫ وتَح ِليلُها الت‬، ‫ وتَح ِريمها التَّ ْكبِير‬، ‫ضوء‬ ِ َّ ‫“ ِم ْفتاح‬
ُ ‫َّسل‬
ْ َ ْ َ ُ َ ُ ْ َ ُ ُ ‫الص َالة ال ُْو‬ ُ َ
“Pembukaan Solat adalah wudhu‟, pengharamannya adalah takbir
dan penghalalannya adalah salam” 158

Juga dari Ibnu Mas‟ud r.a., dia berkata:

‫يم‬ِ ‫ يػ ْفعلُه َّن تَػرَكه َّن النَّاس ؛ إِح َداى َّن الت‬، ‫السالـ‬ َّ ‫ َعلَْي ِو‬، ‫وؿ اللَّ ِو‬ ٍ ‫الث ِخ‬
ُ ‫َّسل‬
ْ ُ ْ ُ ُ َ ُ َ َ ُ َّ ‫الصالةُ َو‬ ُ ‫الؿ َكا َف َر ُس‬ ُ َ‫ث‬
ِ ‫الص‬ َّ ‫َّسلِ ِيم فِي‬ ِ ِ ‫علَى ال‬
‫الة‬ ْ ‫ْجنَائ ِز مثْ ُل الت‬
َ َ
Ada tiga perkara yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam dan
ditinggalkan oleh orang-orang, salah satunya adalah mengucapkan salam pada solat Jenazah
seperti salam dalam solat lainnya159

Para ilmuan Islam berbeza pendapat pada takbir keempat, sama ada diam seketika kemudian
memberi salam tanpa berdoa atau berdoa sebelum memberi salam. Namun perselisihan
pendapat ini adalah dalam perkara „istihbab‟ (anjuran).160

Salam (solat jenazah) dilakukan dengan memberi satu salam ke sebelah kanan. Ibnu Al Qayyim
r.h. mengatakan: “Adapun petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam memberi salam pada solat jenazah
yang diriwayatkat daripadanya s.a.w.: Sesungguhnya baginda s.a.w. memberi satu salam (dalam
solat jenazah).161 Ini juga merupakan amalan para sahabat r.a., di antaranya adalah: Ali bin Abu
Thalib, Ibnu „Umar, Ibnu „Abbas, Jabir,Abu Hurairah, Anas bin Malik, Ibnu Abi Aufa dan Wathilah

157
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3201, Imam Nasaai, H.N. 1983 dan Imam Ibnu Majah, H.N. 1500.
158
Hadith Sahih – Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam At Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain. Lihat
Irwa’ al Ghalil karangan Syeikh Albani Jilid ke 2, m.s. 8 – 10 mengenai takhrijnya dan pensahihan hadith.
159
Berkata Syeikh Albani didalam Ahkamu Al Janaiz, m.s. 162: "Diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi dengan sanad
yang hasan. Imam Nawawi mengatakan sanadnya jayyid (baik)”. Syeikh Abdul Qadir Al Arnauth mengatakan di
dalam Zadu Al Ma’ad, jilid ke 2 m.s. 491 dari riwayat Imam Al Baihaqi: Sanadnya hasan.
160
Al Mughni jilid ke 3, m.s. 417 oleh Ibnu Qudamah.
161
Zadu Al Ma’ad, jilid pertama m.s. 490

36
pEngurusan jenazah

bin Al Asqa‟.162 Ibnu Munzir turut menyenaraikan Abu Umamah.163 Di dalam Zadu Al Ma‟ad
menambah Zaid bin Thabit.164

Ini menunjukkan bahawa sepuluh orang sahabat mengamalkan dengan satu salam.

Adapun memberi dua salam kiri dan kanan adalah pendapat Imam Syafi‟I dan Hanafiyah dengan
mengqiaskannya dengan solat fardhu.165

9.0 MEMBAWA JENAZAH KE KUBURAN DAN MENGUBURKANNYA

a. Kelebihan mengiringi jenazah

Mengiringi jenazah hingga ia dikuburkan adalah termasuk hak bagi seorang muslim. Abu
Hurairah r.a. mengatakan, baginda s.a.w. bersabda:

, ‫ْجنَائِ ِز‬ ِ ِ ِ
َ َ‫ َوعي‬, ‫الس َالِـ‬
ِ ‫ادةُ ال َْم ِر‬
َ ‫ َواتّْػبَاعُ ال‬, ‫يض‬ ٌ ‫َح ُّق ال ُْم ْسل ِم َعلَى ال ُْم ْسل ِم َخ ْم‬
َّ ‫ َر ُّد‬: ‫س‬
‫س‬ِ ‫اط‬ ِ ‫يت الْع‬ ِ ِ َّ ُ‫وإِجابة‬
َ ُ ‫ َوتَ ْشم‬, ‫الد ْع َوة‬ ََ َ
“Hak seorang muslim terhadap saudara muslim yang lain ada lima: menjawab salam,
menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah (hingga dikuburkan), memenuhi undangan dan
mendoakan orang bersin.”166

Ia mempunyai kelebihan, sebagaimana hadith berikut:

ِ َ‫ ومن َش ِه َد حتَّى تُ ْدفَن َكا َف لَوُ قِيراط‬، ‫ط‬ ِ


‫اف‬ َ َ َ ْ َ َ ٌ ‫صلّْ َي فَػلَوُ ق َيرا‬ َ ‫َم ْن َش ِه َد ال‬
َ ُ‫ْجنَ َازةَ َحتَّى ي‬
“Sesiapa yang menyaksikan jenazah sehingga dia mensolati (ke atas jenazah), maka baginya satu
„qirath‟, dan sesiapa yang menyaksikan sehingga dikebumikan, baginya dua „qirath‟.”167

Mengiringi jenazah dengan berjalan kaki adalah lebih utama dari berkenderaan. Yang berjalan
kaki boleh berjalan dihadapan dan boleh berada di belakang jenazah. Yang berkenderaan pula
perlu berada di belakang jenazah.

Orang yang memikul jenazah hendaklah berwudhu‟. Ini perkara yang disunnahkan, seperti yang
dinyatakan dari baginda s.a.w.:

َّ ‫ فَػلْيَتَػ َو‬، ُ‫ َوَم ْن َح َملَو‬، ‫ فَػ ْليَػغْتَ ِس ْل‬، ‫ت‬


ْ‫ضأ‬ َ ّْ‫س َل ال َْمي‬
َّ َ‫َم ْن غ‬
“Sesiapa yang memandikan jenazah maka hendaklah dia mandi dan siapa yang
memikulnya maka hendaklah ia berwudhu‟.”168

162
Al Mughni oleh Ibnu Qudamah, jilid ke 3 m.s. 418.
163
Al Ausath, jilid ke 5 m.s. 490.
164
Zadu Al Ma’ad, jilid pertama m.s. 492.
165
Al Mughni oleh Ibnu Qudamah, jilid ke 3 m.s. 418.
166
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1240 dan Imam Muslim, H.N. 2162.
167
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1325 dan Imam Muslim, H.N. 945/52
168
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3161. Beliau berkata hadith ini mansukh danbeliau menyatak tidak beramal
dengannya. Imam Tirmizi, H.N. 1325 dan beliau menghasankannya. Berkata Syeikh Syu’aib Al Arnauth di dalam
tahqiqnya terhadap Sunan Abu Daud, jilid ke 5 m.s. 73: “Sanadnya dhaif kerana terdapat perawi yang majhul
bernama ‘Amru bin ‘Umair.” Juga terdapat periwayatan yang lain, akan tetapi ahli hadith berbeza

37
pEngurusan jenazah

Menguburkan jenazah adalah penghormatan kepadanya. Allah Ta‟ala berfirman:

       


25. Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun
(penduduknya)? -26. Yang hidup dan Yang mati?
(Al Mursalat)
Juga firmanNya:

   


21. kemudian dimatikannya, lalu ia dikuburkan;
(‘Abasa)

b. Adab memasuki tanah perkuburan

Memasuki perkuburan dengan memakai kasut atau selipar adalah sesuatu perkara dibenci. Ini
sebagaimana yang dinyatakan dari hadith yang diriwayatkan dari Basyir bin Nahik:

“Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w.,… tiba-tiba ada seorang lelaki berjalan di tanah
perkuburan dengan memakai kasut. Lalu baginda s.a.w. bersabda:

، ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم‬ ِ َ ‫الرجل رس‬ َ ‫الس ْبتِيَّتَػ ْي ِن أَل ِْق ِس ْبتِيَّتَػ ْي‬ ِ ‫يا‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ ُ َ ُ ُ َّ ‫ؼ‬ َ ‫ك " فَػنَظََر فَػلَ َّما َع َر‬ ّْ ‫ب‬َ ‫صاح‬
َ َ
‫ فَػ َرَمى بِ ِه َما‬، ‫َخلَ َع نَػ ْعلَْي ِو‬
“Wahai pemakai „As Sibtiyatain‟ (jenis kasut)! Tanggalkanlah kedua kasut engkau!” Maka dia
melihat (siapa yang berkata). Setelah dia mengetahui itu adalah Rasulullah s.a.w., dia membuka
kedua kasutnya dan mencampakkannya.169

Oleh itu sebelum memasuki kawasan perkuburan hendaklah menanggalkan kasut/selipar.


Sekiranya mempunyai keuzuran seperti tanah perkuburan yang panas, terdapat banyak kaca
ataupun berduri, maka ia diperbolehkan.

c. Waktu larangan menanam jenazah

Tidak boleh menguburkan jenazah di tiga waktu, berdasarkan hadith riwayat seorang sahabat
iaitu „Uqbah bin „Amir r.a. di mana beliau berkata:

: ‫ أ َْو أَ ْف نَػ ْقبُػ َر فِي ِه َّن َم ْوتَانَا‬، ‫صلّْ َي ِفي ِه َّن‬ ِ


َ ُ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْيو َو َسلَّ َم يَػ ْنػ َهانَا أَ ْف ن‬
ِ ُ ‫ات َكا َف رس‬
َ ‫وؿ اللَّو‬ َُ
ٍ ‫اع‬
َ ‫ث َس‬
ُ ‫ثََال‬
َّ ‫يل‬ ِ ِ ِ َّ ِ ‫ و ِحين يػ ُق‬، ‫الشمس با ِزغَةً حتَّى تَػرتَِفع‬ ِ
،‫س‬ ُ ‫الش ْم‬ َ ‫وـ قَائ ُم الظه َيرة َحتَّى تَم‬ ُ ََ َ َ ْ َ َ ُ ْ َّ ‫ين تَطْلُ ُع‬
َ ‫ح‬

mengklasifikasikannya sama ada marfu’ atau mauquf. Di antara yang menghukumnya mauquf ialah, Imam Bukhari,
Imam Abu Hatim, Ar Rafi’I dan Al Baihaqi. Imam Ahmad dan Ali Madini mengatakan: “Tiada hadith sahih dalam bab
ini.” Sedangkan merafa’kannya adalah Imam Tirmizi, Ibnu Hibban, Ibnu Hazm, Al Baghawi, Az Zahabi, Ibnu
Mulaqqin, Ibnu Daqiq Al ‘Aid dan Ibnu Hajar.Lihat perincian di dalam kitab beliau. Syeikh Albani mensahihkannya.
169
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3230. Syeikh Albani mensahihkannya.

38
pEngurusan jenazah

ِ ‫الش ْمس لِ ْلغُر‬ ِ


‫ب‬
َ ‫وب َحتَّى تَػغْ ُر‬ ُ ُ َّ ‫ف‬ ُ َّ‫ضي‬
َ َ‫ين ت‬
َ ‫َوح‬
“Tiga waktu yang dilarang kami oleh Rasulullah s.a.w. untuk kami bersolat padanya, atau
menguburkan jenazah kami, iaitu: Ketika terbitnya matahari sehingga ia meninggi,
ketika matahari tegak sehingga ia gelincir dan ketika matahari terbenam
sehingga tidak kelihatan.” 170

d. Keluasan lubang kubur dan lahad

Lubang kubur hendaklah diperluaskan dan diperdalamkan dengan mengikut saiz jenazah
tertentu. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Hisyam bin „Amir r.a., beliau berkata:
“Diadukan kepada Rasulullah s.a.w. tentang sahabat yang mati diperang Uhud. Lalu baginda
s.a.w. bersabda:
‫َح ِسنُوا‬ ِ ِ
ْ ‫ َوأ‬، ‫ َوأ َْوسعُوا‬، ‫احف ُروا‬
ْ
“Galilah dan perluaskanlah serta perelokkanlah!”171

Berkenaan lahad terdapat hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam bersabda:

‫الش ُّق لِغَْي ِرنَا‬


َّ ‫اللَّ ْح ُد لَنَا َو‬
“Lahad adalah untuk kita (muslimin) dan syaq adalah untuk orang selain kita (non muslim).”172

Lahad adalah lubang yang dibuat dibahagian tepi kubur sebagai tempat pembaringan jenazah.
Sementara syaq adalah lubang yang dibuat di tengah kubur untuk tempat jenazah. Lahad
mempunyai satu tebing dan syaq mempunyai dua tebing.

Imam Asy Syafi‟I r.h. mengatakan: Apabila tanah itu kuat (keras) dibuatkan lahad untuknya,
sekiranya tanahnya adalah dari jenis tanah yang lembut/berpasir (mudah runtuh) dibuatkan syaq
untuknya. Berkata Abu Bakr (Ibnu Munzir): Apa yang dikatakan Syafi‟I itu adalah baik.173

e. Orang yang menguburkan jenazah

Orang yang paling berhak untuk menguburkan/menurunkan jenazah adalah yang mempunyai
hubungan keluarga dengan si mati. Ia berdasarkan keumuman firman Allah Ta‟ala.

…         …


75. …orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas
setengahnya Yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah…
(Al Anfal)

170
Hadith riwayat Imam Muslim, H.N. 831
171
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3208 dan Imam Tirmizi, H.N. 1045 dan mengatakan hadith hasan gharib.
Syeikh Albani mensahihkannya.
172
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 2793, Imam Tirmizi H.N. 1045, Imam Nasai no. 1982, Ibnu Majah no. 1543,
dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5489
173
Al Ausath oleh Ibnu Munzir, jilid ke 5 m.s. 499.

39
pEngurusan jenazah

Orang yang berjimak/bersenggama pada malam sebelum pengkebumian tidak dibenarkan untuk
menurunkan jenazah. Ini berdasarkan periwayatan dari Anas bin Malik r.a., beliau menceritakan
tentang pengebumian anak perempuan Rasulullah s.a.w., dimana baginda bersabda:

‫ فَػنَػ َز َؿ فِي قَػ ْب ِرَىا‬: ‫اؿ‬


َ َ‫ ق‬، ‫ فَانْ ِز ْؿ‬: ‫اؿ‬
َ َ‫ ق‬، ‫ أَنَا‬: َ‫ْحة‬
َ ‫اؿ أَبُو طَل‬ ْ ‫َى ْل ِم ْن ُك ْم َر ُج ٌل لَ ْم يُػ َقا ِر‬
َ ‫ فَػ َق‬, ‫ؼ اللَّْيػلَةَ ؟‬
“Adakah di antara kamu lelaki yang tidak berseubuh malam tadi?” Berkata Abu Thalhah:
“Aku.” Baginda bersabda: “Turunlah” Anas berkata: “Lalu dia turun ke dalam kuburnya.”174

Sebelum memasukkan jenazah ke dalam lahad, pastikan kedudukan wajah jenazah sedang
menghadap kiblat dan rusuk kanannya menghadap tanah.

f. Cara memasukkan jenazah

Para ilmuan berbeza pendapat tentang cara memasukkan jenazah ke dalam lahad. Ada yang
berpendapat dari kepala ataupun kaki ataupun atau seluruhnya (tengah kubur) secara serentak
dengan menghadap kiblat. Tiada dalil yang menunjukkan tentang tatacara tersebut.

Yang berpendapat memasukkan jenazah dari arah kaki adalah Ibnu „Umar, Anas bin Malik,
Abdullah bin Yazid Al Ansari, Asy Syu‟bi dan Nakha‟i. Pendapat ini juga disepakati oleh Syafi‟i.175

Sekiranya terdapat kesulitan untuk memasukkan jenazah melalui kaki, diperbolehkan dari arah
yang memudahkan.

Meletakkan tubuh jenazah di bahagian rusuk kanan menyentuh tanah dengan menghadapkan
wajahnya ke arah kiblat.176

Ketika memasukkan jenazah ke dalam lahad, hendaklah menyebut:

ِ ‫بِس ِم اللَّ ِو و َعلَى ِملَّ ِة ر ُس‬


‫وؿ اللَّ ِو‬ َ َ ْ
“Dengan nama Allah. Dan di atas agama Rasulullah.”177

Pada periwayatan yang lain menyebut:

‫وؿ اللَّ ِو‬


ِ ‫بِس ِم اللَّ ِو و َعلَى ُسن َِّة ر ُس‬
َ َ ْ
“Dengan nama Allah. Dan di atas sunnah Rasulullah.”178

Setelah jenazah disempurnakan pembaringannya, lepaskan tali ikatan yang diikat satu persatu
lalu menutupkannya dengan papan.

174
Hadith riwayat Imam Bukhari, H.N. 1285.
175
Al Ausath oleh Ibnu Munzir, jilid ke 5 m.s. 499-500.
176
Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 192. Beliau juga menukilkan dari Al Muhalla: Ini adalah amalan ahli
Islam dari zaman Rasululllah s.a.w. hingga kini.
177
Hadith riwayat Imam Tirmizi, H.N. 1046. Beliau mengatakan bahawa hadith ini hasan gharib. Imam ibnu Majah,
H.N. 1550.
178
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3213 dan Imam Tirmizi, H.N. 1046. Beliau mengatakan bahawa hadith ini
hasan gharib. Imam ibnu Majah, H.N. 1550.

40
pEngurusan jenazah

Disunnahkan orang yang menyaksikan perkuburan jenazah untuk melemparkan segenggam


tanah ke dalam kubur sebanyak tiga kali setelah menutup papan lahad jenazah.

ِ ّْ‫ ثُ َّم أَتَى قَػ ْبػر الْمي‬، ٍ‫وؿ اللَّ ِو صلَّى اللَّوُ َعلَْي ِو وسلَّم صلَّى َعلَى ِجنَ َازة‬
،‫ت‬ َ ‫أَ ّف َر ُس‬
َ َ َ َ ََ َ
‫فَ َحثَى َعلَْي ِو ِم ْن ِقبَ ِل َرأْ ِس ِو ثََالثًا‬
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w., setelah mensolatkan jenazah, kemudian mendatangi kubur si
mati lalu melemparkan di bahagian kepalanya tiga kali.179

g. Perihal kubur

Meratakan kubur, meninggikannya sejengkal dan memberi tanda adalah di antara perkara yang
disyariatkan. Jabir r.a. mengkhabarkan:

‫ض نَ ْح ًوا ِم ْن ِش ْب ٍر‬
ِ ‫ َوُرفِ َع قَػ ْبػ ُرهُ ِم َن اِل َْر‬، ‫صبًا‬ ِ
َ َ‫ب َعلَْيو اللَّبِ ُن ن‬
ِ ِ َّ ِ َّ َّ ‫َف النَّبِ َّي‬
َ ‫صلى اللوُ َعلَْيو َو َسل َم أُلْح َد َونُص‬
َ َّ ‫أ‬
Sesungguhnya Nabi s.a.w. membuat lahad dan meletakkan batu sebagai tanda dan meninggikan
kuburnya dengan kadar sejengkal.180

Berdoa kepada jenazah yang di kuburkan. Uthman bin „Affan menkhabarkannya.

َ ‫ فَػ َق‬، ‫ف َعلَْي ِو‬ ِ ّْ‫غ ِمن َدفْ ِن الْمي‬ ِ


: ‫اؿ‬ َ َ‫ َوق‬، ‫ت‬ َ َ ‫َكا َف النَّبِ ُّي‬
ْ َ ‫صلَّى اللَّوُ َعلَْيو َو َسلَّ َم إِذَا فَػ َر‬
ِ ِ‫ وسلُوا لَوُ بِالتَّثْب‬، ‫َخي ُكم‬
ُ ‫ فَِإنَّوُ ْاْل َف يُ ْسأ‬، ‫يت‬
‫َؿ‬ ِِ ِ
َ َ ْ ‫استَػ ْغف ُروا ِل‬ ْ
Adalah Nabi s.a.w. apabila telah selesai menguburkan jenazah, berdiri di kuburnya, lalu
mengatakan: “Mohonkanlah kamu akan keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah untuknya
dengan keteguhan, sesungguhnya sekarang dia disoal.”181

Ketika di pengkuburan baginda s.a.w. juga memberi nasihat dan peringatan tentang kematian,
apakah yang akan berlaku selepas kematian dan apakah yang akan berlaku di dalam kubur, juga
peringatan tentang kehidupan akhirat. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan dari Barra‟ bin „Azzib dengan hadith yang panjang.

179
Hadith riwayat Imam Ibnu Majah, H.N. 1565.
180
Hadith riwayat Imam Ibnu Hibban dan Imam Al Baihaqi. Syeikh Albani mengklasifikasikan sebagai hasan di dalam
dan ia mempunyai syahid yang mursal. Lihat Ahkamu Al Janaiz, m.s. 195.
181
Hadith riwayat Imam Abu Daud, H.N. 3221, Imam Hakim dan Imam Al Baihaqi. Imam Hakim mengatakan
sanadnya sahih. Lihat Ahkamu Al Janaiz oleh Syeikh Albani, m.s. 198.

41

Anda mungkin juga menyukai