Anda di halaman 1dari 1

YEOH HUI KOON PC2

Soalan 3/2/2021

Kemahiran Perkhemahan – Kraf Perkhemahan – Ikhtiar Hidup

Sila jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Apakah tujuan dan kebaikan seseorang ahli BSMM mengetahui tentang cara-cara
membuat gajet? Bincangkan.

2. Ikhtiar hidup merupakan satu bidang yang penting dalam memberi persediaan
menghadapi situasi yang tidak dijangka. Mengapakah ikhtiar hidup ini penting?
Berikan pendapat anda.

Jawapan:
1. Tujuan dan kebaikan seseorang ahi BSMM mengetahui cara-cara membuat gajet
adalah untuk:
● Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan.
● Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.
● Membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat
bergotong royong dalam kalangan ahli Kumpulan Seksyen dalam suasana yang
ceria dan menyeronokkan.
● Meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas,
bersih, selesa dan menarik.
● Dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan memperagakan perkasasan,
peralatan, bahan, maklumat, pakaian dan sebagainya.
● Melindungi bahan-bahan makanan, sama ada bahan basah atau bahan kering
daripada tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga dan
haiwan.

2. Pada pendapat saya, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup
merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang
ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Hal ini demikian kerana kegiatan luar
itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. llmu ikhtiar hidup ialah salah
satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Dengan adanya ikhtiar hidup, seseorang boleh memastikan bahawa keselamatan diri
terjamin. Hal ini demikian kerana dia mengetahui cara untuk mencari makanan dan cara
memasak makanan di dalam hutan walaupun tidak mempunyai sebarang alatan dapur.
Selain itu, seseorang juga dapat membezakan sama ada tumbuh-tumbuhan di dalam
hutan ada racun atau tidak.

Selain itu, seseorang juga mempunyai ilmu tentang cara mengubati sendiri jika terluka
dengan mencari herba yang sesuai digunakan supaya kecederaan tidak menjadi serius.

Anda mungkin juga menyukai