Anda di halaman 1dari 2

Soalan 7: Adakah aborsi yang dilakukan oleh wanita yang hamil akibat dirogol

bermoral?

Adakah aborsi yang dilakukan oleh wanita yang dirogol akibat dirogol
bermoral? Bagi kami persoalan ini bukan satu persoalan yang mudah untuk dijawab
kerana setiap persoalan mempunyai pendapat atau jawapan yang berbeza mengikut
individu sama ada bermoral atau tidak bermoral yang akan membawa kepada
persoalan-persoalan yang lain. Contohnya jika wanita dirogol dan menjalankan aborsi
adalah bermoral maka apakah status moral adalah pembunuhan fetus yang tidak
bersalah? Jika aborsi dalam kes hamil akibat dirogol dikatakan tidak bermoral,
adakah wanita yang dipaksa melahirkan bayi akibat daripada dirogol adalah
bermoral? Setiap individu mengemukan pendapat yang berlainan contohnya individu
A merasakan kes aborsi adalah adalah bermoral tetapi tidak semestinya individu B
berpendapat adalah sama. Jadi tiada status moral yang tetap bagi kes aborsi. Kami
akan mempertahankan hujah kami bahawa aborsi dalam kes wanita yang hamil
akibat dirogol adalah bermoral kerana kehamilannya bukan dengan kerelaan diri
sendiri.
Walaubagaimanapun kami juga mempunyai satu bantahan terhadap hujah-
hujah tersebut. Terdapat bantahan yang mengatakan bahawa fetus yang dihasilkan
melalui kehamilan akibat dirogol itu merupakan mangsa yang tidak bersalah. Fetus
itu terhasil daripada ketidakrelaan ibunya makai si fetus sememangnya tidak
bersalah ke atas kejadian yang menimpa ibunya. Fetus terhasil akibat perbuatan
yang tidak bertanggungjawab perogol tersebut. Apabila sperma disenyawakan
dengan ovum walaupun tanpa kerelaan maka ianya tetap terhasil zigot dan
seterusnya membentuk fetus. Pembentukan si fetus ini hasil gabungan sperma dan
ovum bukan kerana pilihan diri sendiri. Justeru itu, si fetus sememangnya tidak
bersalah dalam hal ini.

Tetapi kami tidak bersetuju dengan bantahan yang mengatakan aborsi tidak
boleh dilakukan kerana si fetus tidak bersalah. Sememangnya si fetus itu tidak
bersalah tetapi tidak bermakna ia boleh diberi peluang untuk hidup. Mungkin analisis
berikut boleh menjelaskan hujah saya. Aminah disahkan menghidapi kanser rahim
dan pada masa yang sama dia disahkan hamil. Dalam keadaan ini dia terpaksa
menjalani pembedahan kanser rahim. Jika dia tidak menjalani pembedahan tersebut
peluang hidupnya adalah sangat tipis. Memandangkan Aminah hamil, dia terpaksa
melepaskan kandunganya demi keselamatan nyawanya itu. Dalam kes ini bayinya
yang kian membesar adalah tidak bersalah tetapi demi menyelamatkan nyawanya,
Aminah terpaksa menjalani pembedahan tersebut. Bayi ini tidak diberi peluang untuk
hidup walaupun terciptanya adalah hasil perkongsian kasih sayang ibubapanya.
Justeru, persoalan yang timbul daripada hujan tadi bahawa walaupun si fetus itu
tidak bersalah tetapi aborsi adalah bermoral.

Sebagai kesimpulannya, kami telah berhujah bahawa aborsi dalam kes wanita
hamil akibat dirogol adalah bermoral kerana mempunyai justifikasi yang kukuh iaitu
ketidakrelaan dalam hubungan seks antara wanita itu dengan perogol sehingga
terhasilnya si fetus.

Anda mungkin juga menyukai