Anda di halaman 1dari 2

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom)

Sinopsis
Penulis, iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas. Dengan hanya
berbekalkan wang sebanyak USD400 (RM1 800), dia telah mengikuti rombongan Passage Tours
and Travel ke Istanbul, Turki. Penulis telah membuat senarai cenderamata yang ingin dibelinya
untuk dibawa pulang ke tanah air sebagai ole-ole. Wang sebanyak itu akan digunakan secara
berhemat ketika berada di negara orang. Kisah ini terjadi apabila Mas bersama-sama Kak Chah,
Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon, dan Hajah Normah berkunjung ke Grand Bazaar yang
terletak tidak jauh dari hotel penginapannya. Grand Bazaar ialah sebuah pusat beli-belah yang
mempunyai lebih 6 000 buah kedai. Sebelum itu, penulis telah dinasihati oleh seorang pemandu
pelancong yang bernama Encik Yuksel tentang perkaraperkara yang perlu diberikan perhatian
bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga. Ketika berkunjung ke kedai tersebut, penulis
disapa oleh pekedai berbangsa Turki dari sebuah kedai yang menjual jaket kulit. Pekedai itu
meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit
kijang. Pekedai itu menawarkan potongan harga yang rendah. Pekedai itu cuba sedaya upaya
memujuk penulis untuk membeli jaket tersebut. Desakan lelaki itu semacam memerangkap dan
memaksa penulis untuk membelinya. Mas telah menolak secara sopan untuk membeli jaket yang
dicubanya itu disebabkan jaket itu bukan dalam senarai barang yang ingin dibelinya. Rupa-
rupanya tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang pekedai itu. Dia menuduh penulis
sebagai wanita Muslim yang tidak baik kerana membuang masanya. Layanan yang agak kasar itu
membuatkan penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu
pelancong sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul. Mas gemar
membaca. Dia sempat membaca puisi yang ditulis oleh Mevlana Celaleddin Ar-Rumi
berdasarkan buku yang dibelinya semasa melawat ke makam Mevlana Celaleddin Ar-Rumi di
Konya. Puisi yang ditulis oleh Mevlana Celaleddin banyak membicarakan kasih sayang sesama
insan. Hal ini amat bertentangan dengan sikap yang ditunjukkan oleh lelaki peniaga Turki itu.
Seterusnya, Mas mengisahkan pula perjalanannya pada hari keenam di Istanbul. Kesusahan yang
dialami oleh wanita tua, penjual makanan burung menyentuh perasaannya. Selain itu, kisah
seorang budak lelaki yang cuba menjual barangan di pasaran gelap diceritakan juga oleh penulis.
Budak lelaki itu bukan sahaja ditangkap tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan oleh pihak
polis. Layanan kasar ini juga menyebabkan penulis teringat akan puisi tulisan Mevlana
Celaleddin Ar-Rumi yang banyak menceritakan perihal kemanusiaan. Rakan penulis yang
bernama Shahmeem akhirnya membeli sehelai jaket daripada seorang lelaki tua yang menjualnya
di pasaran gelap ketika mereka beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus. Harga
yang ditawarkan ialah USD120 jauh lebih murah daripada harga di bazaar. Oleh sebab jaket kulit
itu tidak sepadan dengan Shahmeem, dia menjualnya kepada penulis. Penulis tidak nampak
rasionalnya dia membeli jaket itu untuk kegunaan di Malaysia yang beriklim panas. Mas
akhirnya terbeli jaket kulit kijang meskipun dia langsung tidak berniat untuk membelinya pada
mulanya. Mas berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya lambang kemewahan dan
kemegahan. Hal ini dikatakan demikian kerana lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu, ingatan penulis tertumpu pada hasil penulisan
tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa humoris dan mengamalkan cara
hidup sederhana. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan. Shahmeem gembira
kerana Mas sudi membeli jaket kulit itu walaupun harga yang dijualnya jauh lebih murah
daripada harga asal. Mas berhasrat untuk menjual jaket itu di kedai pakaian terpakai apabila
pulang ke Malaysia nanti. Penulis bercadang untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada
mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Hal ini sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang
yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan. Sesungguhnya, Mas lebih
suka hidup bersederhana.

LATIHAN 1

i. Siapakah yang telah menerima sedekah daripada “aku”? [2 markah]

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada
di tempat orang? [3 markah]

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar
masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai