Anda di halaman 1dari 1

Temasya Sukan

1. SUKAN SEA
 Sukan SEA juga dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara dan boleh juga di
panggil SouthEast Asian Games (SEAG) yang merupakan sebuah temasya
sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini
berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
2. Sukan ASIA
 Sukan asia adalah sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang
diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia.
Temasya sukan tersebut dikawal oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari
edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978. Sejak edisi
tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan
Persekutuan Sukan Asia.
3. Sukan Komanwel
 Sukan Komanwel adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan
atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali
pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun
1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya
Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930
hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954
hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga
tahun 1974.
4. SUKAN OLIMPIK
 Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun.
Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang
bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.
Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan
setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Selain itu, Sukan
Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini
tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1996.

Anda mungkin juga menyukai