Anda di halaman 1dari 22

TAJUK:

VIRUS DAN RACUN FAHAMAN PLURALISME AGAMA TERHADAP


KELESTARIAN AKIDAH MUSLIM : KAJIAN KEATAS PELAJAR IPTS
DI MALAYSIA

Disediakan Bagi Memenuhi Keperluan Kursus:


ISLAMIC VALUES IN BUSINESS ENVIRONMENT
(IBEB113 )

PENSYRARAH:
Rusli Abdul Roni

SEMESTER: 1, 2019/2020

SECTION: 1M

DISEDIAKAN OLEH:

Abdul bin Roni AC 900135


Zidan bin Zudin AC 900136
SENARAI KANDUNGAN

BAB 1: PENDAHULUAN..........................................................................................................................3
1.1 Objektif..............................................................................................................................................4
BAB 2: ISI DAN PERBINCANGAN.........................................................................................................5
2.1 Definisi Pluralisme Agama................................................................................................................5
2.2 Sejarah Kemunculan:.........................................................................................................................6
2.3 Isu-Isu Sentral:...................................................................................................................................7
2.4 Implikasi Penyebaran:.......................................................................................................................8
2.5 Antisipasi Di Malaysia......................................................................................................................9
2.6 Kajian Tinjauan Keatas Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta....................................................11
2.6.1 Kefahaman Dan Kesedaran Tentang Isu Fahaman Pluralisme Agama...............................14
2.6.2 Tentang Kebenaran dan Kesetaraan Agama (Relativisme dan Equalitisme)......................14
2.6.3 Isu Kebebasan Bertukarganti Agama (Liberalisme)...........................................................15
2.6.4 Isu Penggunaan Kata Nama “Allah”..................................................................................16
2.6.5 Korelasi Antara Faktor Demografi dan Persepsi Responden..............................................17
BAB 3: PENUTUP...................................................................................................................................19
RUJUKAN................................................................................................................................................20

2
BAB 1: PENDAH ULUAN

Isu Pluralisme Agama bukan sekadar isu war of ideas atau perang ideology, tetapi lebih
merupakan sebagai peperangan akidah. Kerana para pengusung pluralis telah benar-benar ingin
meruntuhkan semua asas akidah Islam (Ismail Mina, 2012). Oleh itu menjaga kelestarian akidah
merupakan perkara mutlak terpenting dalam Islam. Malahan periode pertama selepas perlantikan
Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Akhir zaman fokus wahyu yang disampaikan adalah bekisar
sekitar pembangunan dan memperkukuhkan akidah. Antara intipati akidah Islam ialah
pengakuan Islam adalah satu-satunya al-Din yang benar dan diiktiraf serta diredhoi di sisi Allah
swt, bersamaan dengan Kerasulan Nabi Akhir zaman Muhammad SAW. Sepertimana yang
dijelaskan Al-Qur’an (QS.3:19) dan (QS al-Maidah:3). Demikian sabda Nabi Muhammad saw
Islam itu tinggi dan tidak ada (agama) yang lebih tinggi daripadanya (HR.Al-Baihaqiy).
Maksudnya semua ideology, agama serta keyakinan selainnya adalah bathil dan tertolak.

Pun begitu kesucian Islam tetap sahaja digugat oleh berbagai pihak sama ada dalam bentuk
tindakan, perbuatan mahupun penyebaran pemikiran dan ideology songsang seperti fahaman
Pluralisme agama yang telah menjadi virus dan racun yang mengancam kemurnian akidah dan
identiti seorang muslim khasnya, serta eksistensi Islam itu sendiri (Yusri, 2010). Walaupun hal
tersebut tidak sekalipun boleh menapikan Islam sebagai Dinullah, hatta dengan munculnya dan
wujudnya pengakuan oleh nabi-nabi palsu sejak munculnya Musailamah Al- Kadzab hingga
nabi-nabi palsu modern muttakhir ini sekalipun. Ini kerana pemeliharaan Agama Allah ini telah
dijamin sendiri oleh pemiliknya iaitu Allah swt (QS. Al-Hijr 15:9). Namun, tindakan dan
pengakuan liar seperti itu bukan berarti boleh dibiarkan begitu sahaja.

Disedari atau tidak Fahaman Pluralsme agama ini ternyata mula bertapak di negara ini, dan sedikit
sebanyak telah memberi kesan terhadap kecenderungan cara pandang masyarkat, termasuk para
pelajar IPTS (A.R.Rusli, 2014). Fahaman ini sengaja disebarkan melalui berbagai cara, media dan
oleh kelompok organisasi tertentu. Aliran pemikiran Islam Liberal dengan penubuhan Malaysia
Interfith Network (MIN) pada 2003 -sebagai contoh - adalah antara usaha untuk menjayakan agenda
pluralisme agama di Malaysia (Muhammad Arifin, t.th). Hal ini telah
4
menimbulkan kebimbangan sekalangan intelektual muslim yang peduli tehadap masa depan
generasi muslim di Negara ini.

Ironinya para daiyah dan pendokong aliran pemikiran ini sebagaimana yang didedahkan oleh
Dr.Haslina Ibrahin (2011) mereka mendakwa bahawa dalam konteks sebuah negara majemuk
yang berbilang kaum seperti Malaysia ini fahaman pluralisme agama menjadi sebuah
keniscayaan dan merupakan formula yang terbaik bagi menjamin keharmonian dalam
kemajemukan yang wujud di Negara ini.

Kertas kerja yang serba rengkas ini cuba merungkai sejauhmana fahaman ini menyusup masuk
tanpa disedari sehingga memberi kesan kepada cara pandang masyarakat muslim, khas pelajar
IPTS dalam menanggapi beberapa isu sentral yang berkaitan dengan persoalan pluralisme agama
yang didengung-dengungkan oleh pendokong-pendokongnya. Diharap kertas kerja ini memberi
input dan gambaran bagi melahirkan inisiatif tertentu bagi membentengi generasi umat ini agar
tidak terjebak kepada fahaman songsang seumpama ini.

1.1 Objektif

Kajian ini dijalankan dengan beberapa objektif dan matlamat, diantaranya ialah:
1. Mendedahkan konsep pluralism Agama, sejarah, isu dan implikasinya terhadap
masyarakat, khasnya pelajar IPTS.
2. Mengenalpasti persepsi pelajar muslim di institusi pengajian tinggi mengenai isu
fahaman pluralism agama,
3. Menilai sejauhmana ia mempengaruhi cara pandang mereka serta penerimaan dan
penolakan terhadap isu-isu berkaitan dengannya.
4. Mengenalpasti tahap kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap isu fahaman pluralism
agama, serta hubungannya dengan faktor demografi responden.

5
BAB 2: ISI DAN PERBINCANGAN

2.1 Definisi Pluralisme Agama

Secara mudahnya dari segi peristilahan Pluralisme Agama didefinisikan sebagai suatu fahaman
atau konsep atau doktrin yang menyatakan semua agama sama tara, sama benar, dan boleh
membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat, sama ada dari segi kerohanian (esoteric)
mahupun zahir eksternal (eksoteric). Falsafah pluralisme ini merujuk kepada kewujudan pelbagai
agama dan dakwaan terhadap kebenaran yang diakui oleh setiap agama (religous truth claim).
Lawan bagi pluralisme agama ialah ekslusivisme yang mendokong fahaman bahawa hanya
terdapat satu agama sahaja yang membawa kebenaran mutlak manakala agama-agama lain
adalah palsu.

John Hick (1985) bapa Pluralisme Agama dalam Problems of Religious Pluralism menjelaskan
“The view that the great world faiths embody different perceptions and conceptions of, and
correspondingly different responses to, the Real or the Ultimate from within the major variant
cultural ways of being human; and that within each of them the transformation of human
existence from self-centredness to Reality centredness is manifestly taking place – and taking
place, so far as human observation can tell, to much the same extent”.

Sementara menerusi tulisannya bertajuk ‘Religious Pluralism’ yang diterbitkan dalam The
Encyclopedia of Religion, Hick menyebutkan “…the term refers to a particular theory of the
relation between these traditions, with their different and competing claims. This is the theory
that the great world religions constitute variant conceptions and perceptions of, and responses
to, the one ultimate, mysterious divine reality…the view that the great world faiths embody
different perceptions and conceptions of, and correspondingly different responses to, the Real or
the Ultimate, and that within each of them independently the transformation of human existence
from self-centeredness to reality-centeredness is taking place”. (John Hick, 1987)

Maksudnya bahawa agama-agama besar dunia hanyalah penampilan atau penzahiran yang
pelbagai dan beragam dari satu Hakekat Ultima yang Tunggal. Ertinya dokrin ini mengajarkan
bahawa satu Hakekat Ultima yang Tunggal ini direspon/dipersepsikan/diyakini dalam berbagai
sebutan. Yudaisme misalnya menyebut sebagai El, Elohim, Adonai; dalam Kristianiti sebagai
Holy Trinity; dalam Islam sebagai Allah. Demikian dalam Hinduisme, Buddhisme, Taoisme,
Sikhisme, dan lain-lain. Rengkasnya, menurut doktrin ini betapa pun berbedanya agama-agama
tersebut, pada hakekatnya adalah media atau cara-cara/jalan-jalan yang sama abash/valid dan
otentiknya untuk menuju tujuan yang satu dan sama atau untuk mendapatkan keselamatan
(salvation) (Anis Malik Toha, 2010). Oleh itu John Hick (1985) menyimpulkan dengan “the
great religious traditions are to be regarded as alternative soteriological “spaces” within
which, or “ways” along which, men and women can find salvation/liberation/fulfillment.”

2.2 Sejarah Kemunculan:

Merujuk kepada sejarah Pemikiran Pluralisme agama muncul julung-julung kali pada masa yang
digelar dengan zaman pencerahan (enlightment) Eropah. Tepatnya pada abad ke-18 Masehi,
zaman yang dikenali juga sebagai titik permulaan kebangkitan pemikiran moden (Muhammad
Nurdin Sarim, t.th). Ianya merupakan falsapah agama yang diperkenalkan secara sistematic oleh
bapa pluralism agama Jonh Hick melalui karyanya bertajuk An Interpretation of Relegion:
Human Responses to the Transcendence.(John Hick,1989)

Anis Malik Thoha (2005) dalam Trend Pluralisme Agma: Tinjauan Kritis, menyebutkan, secara
historis fahaman pluralisme agama ini merupakan tindak balas sekalangan intelektual moden
terhadap anggapan wujud kebenaran dan keselamatan mutlak dalam setiap agama, demikian juga
faktor sejarah yang mengklim sebagai bangsa pilihan(chosen people) atau kawasan yang
dijanjikan (ardhu ma’hudah) oleh pengikut ajaran agama tertentu. Seperti bumi Baitul Maqdis
oleh Islam, Nasrani dan Yahudi sebagai contoh.

Penomena di atas membawa konflik yang berterusan antara satu puak dengan yang lain, yang
mendorong lahirnya reaksi, tindakan dan gagasan yang lebih menonjolkan aspek sosio-politis
berbanding kebenaran agama yang diusung oleh kaum liberalis dan humanis sekularis. Dengan
harapan mampu mengekang atau mengelakan benturan-benturan antara penganut agama yang
berterusan (Mohd.Farid Shahran, 2010). Idea ini telah dicanang begitu hebat melalui wacana
pluralisme agama yang agak popular, yakni agenda dialog antara agama (interfaith dialogues)
sebagai media yang membangun dakwaan bahawa pluralisme agama adalah toleransi antara
agama. Melalui wacana ini juga tertanamlah pula pemahaman bahawa setiap agama adalah
benar. Oleh itu tiada siapa yang berhak mengklim lebih benar dari yang lain, sebab kebenaran
agama itu sendiri adalah relative. Ungkapan-ungkapan dan pernyataan seperti ini merupakan
antara inti dan ciri fahaman pluralisme agama (Anis Malik Thoha, 2010).

2.3 Isu-Isu Sentral:

Merujuk kepada idea-idea dan pemikiran yang dipopulerkan John Hick dan dikembangkan oleh
“Khalifah” dan pengikutnya, seperti Diana L. Eck (2006), direktur The Pluralism Project di
Universiti Harvard, Amerika Syarikat, misalnya, dalam penjelasan resminya yang berjudul “What is
Pluralism?” dan diulangi dalam kenyataannya yang lain dengan tajuk “From Diversity to
Pluralism” menyuguhkan empat karakteristik utama untuk mengidentifikasi sosok fahaman/ajaran
ini secara detail dan isu-isu dasar yang dimainkan oleh fahaman pluralisme agama ini.

Dr. Anis Malik Thoha (2010) merumuskan bahawa pluralisme agama sebetulnya adalah
“ajaran demokrasi dalam beragama” yang lebih menitik-beratkan pada nilai-nilai dan prinsip-
prinsip demokrasi itu sendiri. Sebab secara nasab, pluralisme agama ini adalah “anak sah” yang
terlahir dari “rahim” demokrasi. Oleh kerananya, secara geneologis pluralisme agama ini secara
otomatis mesti mewarisi watak dan karakter “ibunya” iaitu demokrasi; di antara sifat-sifatnya
yang paling ketara dan menonjol adalah:

1. Kesetaraan atau persamaan (equality). Ajaran pluralisme agama mengajarkan semua agama
sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.
2. Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak kebebasan
beragama, dalam arti keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim, esok
menjadi Kristen, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya.
3. Relativisme. Sebetulnya ini adalah implikasi dari kedua watak yang sebelumnya. Ajaran
pluralisme agama mengajarkan kebenaran agama relative.
4. Reduksionisme. Untuk sampai kepada kesetaraan atau persamaan, ajaran pluralisme agama
telah meredusir jati-diri atau identiti agama-agama menjadi entiti yang lebih sempit dan kecil,
yakni sebagi urusan peribadi (private affairs). Dengan kata lain pluralism agama itu berwatak
sekular.
5. Eksklusivisme. Ramai orang yang gagal mengidentifikasi dan memahami watak atau ciri
yang satu ini. Hal ini disebabkan selama ini ajaran pluralisme agama ini diwar-warkan sebagai
anti-eksklusivisme. Ia sering menyuguhkan dirinya sebagai ajaran yang “tampak” ramah dan
sangat menghormati ke-berbedaan (the otherness) dan menjunjung tinggi kebebasan. Tapi
pada hakekatnya, dia sebetulnya telah merampas kebebasan pihak lain dan menginjak-injak
serta memberangus ke-berbedaan, apabila dia mendeklarasikan-diri dan mengkleim sebagai
pemberi tafsir/teori/ajaran tentang kemajmukan/keberagaman/keberbagaian agama-agama
yang absolute benar, “bahawa semua agama sama.” Jadi sesungguhnya ia telah merampas dan
menelanjangi agama-agama dari kleim kebenaran absolute-nya masing-masing untuk
kemudian dimiliki dan dimonopoli oleh dirinya sendiri secara eksklusif.

Isu-isu yang disenaraikan diatas barangkali boleh dikategorikan sebagai ciri-ciri utama yang
menonjol yang dapat digunakan untuk mengidentifikasi atau mengenal-pasti sosok ajaran
pluralism agama, sehingga kita tidak keliru memahaminya dan tidak terjebak dalam ketersesatan
akibat ke-gagalan kita mengenalinya dan ke-tidak-tahuan yang kita ciptakan sendiri.

2.4 Implikasi Penyebaran:

Sepintas kilas fahaman dan doktrin Pluralisme Agama seperti yang dibentangkan di atas nampak
bak sinar cahaya nan indah di tengah kegelapan malam, cantik, serta menjanjikan kedamaian,
perdamaian di antara pemeluk agama dan keyakinan yang beragam, dan nampak sangat ramah
terhadap keberagaman, keberlainan dan keberbedaan yang wujud. Namun jika diperhalusi secara
mendalam dan seksama, doktrin ini sesungguhnya telah melakukan penjahilan yang maha
dahsyat, meruntuhkan nilai dan maruah manusia, memutar-bilitkan fakta logika normal dan
keyakinan. Dan pada akhirnya, menafikan kelestarian dan eksistensi agama-agama itu sendiri.

Dari sudut akidah, umum menyedari bahawa bagi seorang muslim sejati tidak akan pernah mengakui
kebenaran agama lain selain daripada Islam dan dua agama wahyu iaitu Yahudi dan Nasrani
(sebelum diubah suai oleh pengikutnya). Membenarkan agama selain Islam, dan meragui kebenaran
Islam akan berimplikasi buruk terhadap kelestarian akidah pada diri seorang muslim.
Pada hakikatnya gagasan dan idea yang menolak Islam sebagai satu-satunya agama benar, pada
era pasca modernisme yang mulanya dicanang oleh Zionis-Kristian, telah mendapat tempat
dalam masyarakat ummat, termasuk dikalangan pemikir, para intelektual, ilmuan dan aktivis
muslim di dunia. Ini tidak terkecuali di Malaysia (Uthman El-Muhammadiy, 2012)

Perlu dicatat, bagi kalangan pluralis sejati, pluralisme pada umumnya dan pluralisme Agama pada
khususnya bukanlah sekadar toleransi belaka, sebagaimana yang jamak di(salah)fahami oleh
kalangan pentaklid pluralis. Penekanan Pluralisme lebih pada “kesamaan” atau “kesetaraan”
(equality) dalam segala hal, termasuk dalam berakidah dan “beragama”. Setiap pemeluk agama harus
memandang sama pada semua agama dan pemeluknya. Oleh kerananya, sejatinya pandangan ini
pada akhirnya akan menggerus konsep keyakinan “iman-kufur”, “tawhid-syirik”, yang sangat sentral
dalam agama Islam secara khusus. Dan secara umum, doktrin ini akan memberangus keyakinan
kebenaran absolut dan eksklusif yang sedia ada pada agama-agama besar dunia. Dengan kata lain,
seperti yang ditegaskan para peneliti/pakar agama dari latar belakang agama yang berbagai-bagai,
bahaya doktrin Pluralisme Agama ini tidak hanya mengancam agama tertentu, Kristen atau Islam,
sahaja tapi mencakup seluruh agama.(Lumintang, 2004)

Di Malaysia nan bertuah ini, fahaman pluralisme agama adalah suatu tikaman ke jantung negara
dan bangsa kerana Islam dan keIslaman adalah jantung dan hati kepada Malaysia dan bangsa
Melayu sebagai bangsa terasnya. Oleh itu, kalau pun pluralisme agama tidak dirasakan terlalu
beracun atau berbisa dalam konteks negara lain, di Malaysia ia adalah racun yang membunuh.
(Yusri, 2010)

2.5 Antisipasi Di Malaysia

Sebagai seorang muslim bertanggungjawab membentengi Islam ini dari pelbagai tindakan liar
yang muncul. Sebagai langkah menyekat dan antisipasi terhadap pengaruh fahaman tersebut di
negara ini, pelbagai pendekatan mesti diambil oleh pihak-pihak tertentu seperti melalui
penulisan, penerbitan buku, ceramah, seminar dan sebagainya.

Merujuk kepada penomena isu ini, setidaknya terdapat dua bentuk pembangunan wacana yang
bersifat saling kontradiktif dalam menanggapi kemunculan fahaman pluralisme agama. Iaitu:
Pertama, wacana penyebaran yang sengaja dicanang oleh pro pluralisme agama. Wacana ini
tidak hanya bersifat depensif dan sekedar penyebaran, malahan telah menggunakan pendekatan
serangan secara terus melalui berbagai media dan wacana. Kedua, wacana yang berusaha
mengkaunter bagi menyekat fahaman ini daripada merebak dan mempengaruhi masyarakat,
wacana ini dibina oleh kumpulan anti pluralisme agama.

Untuk bahagian kedua, terdapat beberapa langkah proaktive dan perbahasan yang telah, sedang
dan akan dilakukan oleh belbagai pihak bagi mengekang serta menangani dan mengantisipasi
fahaman ini merebak terus menerus dikalangan masyarakat, samada dalam peringkat tempatan-
lokal mahupun global, dalam skala kerajaan mahupun NGO’s, kumpulan ataupun perseorangan.
Melalui penerbitan undang-undang atau polisi kerajaan, mahupun wacana ilmiyah, pemikiran
dan penerbitan buku, persidangan dan pengeluaran fatwa dan sebagainya

Contohnya Indonesia yang merupakan antara lubuk tokoh dan antek pluralisme agama di kawasan ini
(Nusantara) melalui fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengharamkan aliran ini dan yang
seirama dengannya, iaitu liberalisme dan sekularimse.(Syamsudin Arif,2010 dan rujuk fatwa MUI
Nomor : 7/MUNAS VII/MUI/II/2005). Di mana fahaman pluralisme ini menjadi salah satu agenda
terpenting gerakan pemikiran Islam liberal di Indonesia (Greg,B 1999).

Sementara Malaysia sendiri giat menbendung perkara ini. Antaranya resolusi Muzakarah Ulama
Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak, Malaysia, yang dibacakan oleh Shahibussamahah Mufti
Perak, Datuk Dr. Harussani. Dato’ Nakhaie Ahmad (2012) menulis sebuah risalah bertajuk
Pluralisme Agama Di Alam Melayu: Satu Ancaman Kepada Kesejahteraan Umat, sebagai reaksi
dan respon terhadap ucapan Dato’ Seri Anuar Ibrahim di School of Economics London pada 18
mac 2010. Sebuah pengamatan dari persepektif akidah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
(2012) mengulas falsafah agama John Hick beliau menulis sebuah risalah bertajuk Falsafah
Agama John Hick: Pengamatan Dari Perspektif Ajaran Ahli Sunnah wal-Jama’ah. Pada 14
Disember 2010 di Mesjid Wilayah persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur telah dijalankan satu
seminar kebangsaan wacana pemikiran dan pembinaan umat bertema Membanteras Gerakan
Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah anjuran bersama MUAFAKAT, JAKIM, JAIS dan
ACCIN. Sebilangan tokoh intelektual muslim telah membentangkan makalah yang menyoroti
pluralisme agama. Buku Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah terbitan
pertubuhan MUAFAKAT merupakan kumpulan makalah yang telah dibentangkan dalam siri
seminar wacana pluralism agama anjuran bersama pertubuhan Muafakat dan Jabatan-jabatan
kerajaan dan negeri, Institusi Pengajian tinggi dan NGO-NGO Islam.

Manakala, perbahasan atau perbincangan mengenai fahaman Pluralisme di peringkat institusi


pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) juga tidak terkecuali dan ianya tertumpu
dalam pengajian Islam. Sebagai contoh, Pengajian Islam di institusi-institusi pengajian tinggi
tertentu telah melaksanakan pelbagai pendekatan dalam menyalurkan maklumat kepada para
pelajarnya mengenai fahaman tersebut seperti melalui sukatan pembelajaran, seminar, forum dan
sebagainya. Ia dapat dilihat menerusi subjek khusus seperti Pemikiran Islam yang ada
menyentuh isu-isu seperti reformis, orientalis, sekularis dan liberal sepertimana ditawarkan
pengajian Islam di IPTA (Mohamad Kamil & Wan Adli 2007). Manakala di peringkat IPTS,
juga ada menawarkan subjek pemikiran Islam iaitu Orientalisme dan Aliran Pemikiran, seperti
di Kolej Islam Antarabangsa Selangor, untuk Kursus akademi pengajian Islam. Malahan IPTS-
IPTS yang hanya menawarkan program-program dan kursus seperti kejuruteraan, tekhnologi
maklumat, pengurusan bisnis dan perakaunan serta pengajian asas dan umum (bukan khas kursus
beraliran agama) juga memasukan isu-isu berkaitan ini dalam sukatan subjek umum seperti
subjek pengajian Islam (rujuk silabus pengajian Islam untuk IPTS).

Dalam masa sama juga mengambil beberapa pendekatan lain sebagai usaha menyampaikan
maklumat berhubung dengan isu-isu semasa seperti berkaitan sekularisme, liberalisme termasuk
fahaman Pluralisme, syi’ah dan seumpamanya kemudian seterusnya menyekat pengaruh
fahaman tersebut dalam kalangan pelajar-pelajarnya mahupun masyarakat umum.

2.6 Kajian Tinjauan Keatas Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti persepsi pelajar muslim di institusi pengajian tinggi
mengenai isu fahaman pluralism agama, dan menilai sejauhmana ia mempengaruhi cara pandang
mereka serta penerimaan dan penolakan terhadap isu-isu berkaitan dengannya. Disamping
Mengenalpasti tahap kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap isu fahaman pluralism agama,
serta hubungannya dengan faktor demografi responden.

Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini ialah, pertama berbentuk kajian kepustakaan
dengan menerokai pelbagai leteratur sedia ada berkaitan isu yang dikaji. Kedua berbentuk kajian
tinjauan di lapangan dengan menggunakan set soalan kaji selidik yang dibina sendiri oleh penulis
dan diedarkan melalui capaian e-mail kepada responden. Soalan kaji selidik tersebut telah
dibahagiakan kepada dua ketegori iaitu bahagian A dan B. Bahagian A berkenaan maklumat
responden merangkumi jantina, umur dan asal sekolah menengah. Dan bahagian B mengandungi
soalan berkaitan persepsi responden terhadap isu fahaman pluralisme agama.

E-mail yang mengandungi capaian kepada soalan kajiselidik ini telah dihantar kepada lebih
kurang 250 pelajar sebuah universiti swasta di Malaysia. Seramai 100 orang responden atau 40
% dari keseluruhan calon responden telah memberi maklum balas mereka dan menjawab soalan
kajiselidik berkenaan secara sukarela. Kesemua respon tersebut telah digunakan untuk mencapai
objektif kajian ini. Menurut Chua Yan Piaw (2006) jumlah tersebut telah mencapai jumlah yang
sesuai bagi saiz sampel yang diperlukan sesebuah kajian tinjauan.

Berdasarkan respon yang diterima, didapati lebih dari separuh responden terdiri dari wanita iaitu
seramai 76 orang (76%) dan 24 orang (24%) adalah lelaki. Perbezaan ini ada rasionalnya, kerana
selaras dengan jumlah pelajar perempuan IPTS peringkat Sarjana Muda pada tahun 2007 iaitu 74,
620 orang berbanding jumlah pelajar lelaki yang berjumlah 66, 439 orang (Mohe Online 2008).

Dari segi umur, mejoriti responden berumur antara 21-23 tahun seramai 59 orang, sedangkan 37
orang yang lain berumur antara 18-21 tahun, bakinya 4 orang berumur 23 tahun keatas. Selain itu
mejoriti responden berasal dari sekolah menengah harian biasa iaitu seramai 69 orang daripada
bilangan responden. Bakinya adalah dari sekolah mengengah agama berasrama 11 orang,
sekolah biasa (akademik) berasrama 13 orang, harian agama 1 orang dan 6 orang sekolah
menengah tekhnik/vokasional. Huraian mengenai latar belakang responden di atas dapat dilihat
dalam jadual berikut:
Jadual 1: Maklumat Responden.
Maklumat Responden Bilangan Peratus %
Lelaki 24 24
Jantina
Perempuan 76 76
18-20 37 37
Umur 21-23 59 59
>23 4 4
Agama berasrama 11 11
Asal Biasa berasrama 13 13
Sekolah Harian Biasa 69 69
menengah Harian Agama 1 1
Vokasional/Teknik 6 6

Seterusnya, pada bahagian B pula terdapat 14 soalan telah dimajukan untuk mengenal pasti
maklumat dan informasi, persepsi, penerimaan, penolakan responden terhadap isu yang
berkaitan. Keempat belas soalan tersebut dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu berkaitan
pengetahuan fahaman pluralism agama. Serta ciri-ciri dan dakwaan-dakwaan puak pencetus dan
pendokong fahaman pluralisme agama berkaitan dakwaan kebenaran dan kesetaraan agama-
agama, kebebasan beragama dan yang terakhir adalah berkaitan isu penggunaan kata nama " ‫" هللا‬
oleh selain penganut agama Islam.

Dalam menjawab soalan kajiselidik tersebut responden diminta untuk menilai setiap pernyataan
yang diberi dengan menggunakan skala Likert iaitu nilai 1 sebagai Sangat Tidak Setuju (STS)
dan nilai 5 sebagai Sangat Setuju (ST). Jawapan yang diberikan responden telah dinilai, sama
ada responden sangat bersetuju, atau sebaliknya atau berada dalam dilema keraguan dalam isu
berkenaan. Huraian dapatan kajian berasaskan respon yang diberi dapat dilihat seperti berikut:
2.6.1 Kefahaman Dan Kesedaran Tentang Isu Fahaman Pluralisme Agama.

Bagi mengukur kefahaman serta kesedaran responden terhadap isu ini, empat soalan telah dimajukan
kepada responden. Secara purata, responden masih di dalam keadaan yang memerlukan lebih
pendedahan dan pendidikan berkenaan isu ini. Nilai purata 3.08, jelas menunjukkan reponden masih
di dalam keadaan dilemma. Malah reposden juga gagal membezakan antara pluralisme agama dan
toleransi beragama apabila memilih tidak setuju tentang pernyataan tersebut. Rentetan kurang
kefahaman itu, dilihat responden memilih tidak setuju (purata 2.91) untuk menolak pluralisme ini
sebagai satu keperluan negara. Seperti dinyataka dalam jadual berikut:

Jadual 2: Kefahaman dan Kesedaran Responden terhadap isu Pluralisme Agama


Std.
BIL 1. KEFAHAMAN DAN KESEDARAN RESPONDEN Mean
Deviation
Saya pernah mendengar dan membaca istilah PLURALISME
1 3.13 1.107
AGAMA *
Pluralisme Agama berpotensi menghakis kemurnian akidah dan
2 3.43 1.281
keyakinan para penganut agama
Fahaman pluralisme agama adalah tidak sama dengan Toleransi
3 2.83 1.173
beragama
Dalam konteks sebuah negara yang berbilang kaum Fahaman
4 2.91 1.240
Pluralisme Agama tidak menjadi sebuah keperluan di Malaysia
PURATA 3.08

2.6.2 Tentang Kebenaran dan Kesetaraan Agama (Relativisme dan Equalitisme)

Mengukur kategori ini, 4 soalan telah dimajukan kepada responden bagi melihat persepsi mereka
untuk menolak ideologi mensamatarakan agama-agama di dunia (Relativisme dan Equalitisme)
yang merupakan buah atau implikasi fahaman pluralisme agama. Secara purata, responden
hampir bersetuju dalam menolak kesaksamaan agama ini (purata = 3.69). Walaupun kesemua
responden sangat yakin Islam satu-satunya agama yang benar (purata = 4.72), namun masih
berlaku sedikit kekeliruan apabila mereka memilih neutral kepada keyakinan bahawa agama
adalah tidak sama (purata = 3.08, neutral). Jelas sekali, di sebalik keyakinan terhadap Islam,
mereka masih belum benar-benar yakin untuk menolak agama lain.
Jadual 3: Kebenaran dan Kesetaraan Agama-Agama (Relativisme dan Equalitisme).
Std.
BIL 2. RELATIVISMA DAN KESAKSAMAAN Mean
Deviation
1 Saya yakin TIDAK semua agama adalah benar 3.85 1.234
2 Saya yakin agama yang saya anuti sahaja yang benar 4.72 .854
Saya meyakini kebenaran setiap agama adalah tidak relatif dan
3 3.12 1.192
mutlak (termasuk Islam)
Semua agama adalah tidak sama walaupun ada menganjurkan
4 3.08 1.376
kebaikan
PURATA 3.69

2.6.3 Isu Kebebasan Bertukarganti Agama (Liberalisme)

Berhubung dengan persepsi responden terhadap isu kebebasan bertukarganti agama


(liberalisme), yang merupakan inti penting ajaran pluralisme agama dan wajib diwaspadai,
sebanyak 3 item telah dinyatakan. Purata keseluruhan bagi isu ini adalah pada tahap yang tinggi
dengan nilai 4.1 iaitu dalam skala setuju dan sangat setuju. Ini secara jelas memperlihatkan
bantahan responden terhadap dakwaan-dakwaan golongan fahaman pluralism Agama yang
membenarkan seseorang mengakui kesahihan agama lain dan bertukarganti agama, serta
pelaksanaan ajaran agama hanya bersifat peribadi. Tetapi, walaupun responden bersetuju untuk
menolak kebebasan bertukar agama, namun masih ada keraguan terhadap keyakinan untuk tidak
membenarkan agama lain (purata = 3.77) dan perlakasaan beragama adalah secara peribadi
(purata = 3.67). Jadual 4 menghuraikan dapatan kajian dengan lebih lanjut.

Jadual 4: Isu Kebebasan Bertukarganti Agama (Liberalisme)


Std.
BIL 3. LIBERALISME Mean
Deviation
Seorang individu tidak harus membenarkan agama selain agama
1 3.77 1.340
yang dianutinya
Agama saya tidak memberi kebebasan kepada penganutnya untuk
2 4.80 .620
bertukar-ganti agama
3 Pelaksanaan ajaran agama bukanlah bersifat peribadi 3.67 1.240
PURATA 4.08

2.6.4 Isu Penggunaan Kata Nama “Allah”

Bagi mengukur persepsi responden berkenaan isu ini, sebanyak 3 soalan telah dimajukan.
Dengan nilai keseluruhan bahagian ini 4.02, responden benar-benar sedar Allah adalah Tuhan
untuk semua makhluk, namun tidak wajar digunapakai oleh agama selain Islam, jika ia dirujuk
kepada simbol-simbol tuhan yang mereka yakini. Nilai min tertingi 4.33 (antara Setuju (S) dan
Sangat Setuju(SS)) dirujuk kepada soalan berkaitan pengakuan bahawa Allah swt merupakan
Tuhan sekalian alam. Jadual 5 di bawah menghuraikan dapatan kajian dengan lebih lengkap.

Jadual 5: Isu Penggunaan Kata Nama “Allah”


Std.
BI
4. ISU PENGGUNAAN KATA NAMA "ALLAH" Mean Deviati
L
on
Kata nama “Allah” hanya merujuk kepada Tuhan yang diyakini oleh
1 agama Islam, Selain penganut agama Islam, mereka tidak harus 3.95 1.298
menggunakannya
Penggunaan kata nama “Allah” untuk Tuhan yang diyakini oleh
2 agama-agama selain Islam, akan mencelarukan identiti Tuhan yang 3.78 1.433
diyakini
Saya meyakini bahawa Allah SWT adalah Tuhan seluruh manusia dan
3 4.33 1.223
alam dan Bukan Tuhan orang Islam saja
PURATA 4.02
2.6.5 Korelasi Antara Faktor Demografi dan Persepsi Responden.

Dalam kajian ini juga diukur pengaruh faktor demografi terhadap persepsi responden berkenaan isu
pluralism agama ini. Keputusan ujian korelasi antara faktor demografi dan persepsi responden
terhadap isu-isu yang dibincangkan di level signifikan 0.01 dan nilai p<0.05, jelas menunjukkan
hanya jantina yang mempunya pengaruh terhadap persepsi berkaitan kefahaman dan kesedaran
tentang isu pluralism agama, kebenaran dan kesetaraan agama-agama (relativisme dan equalitisme)
dan liberalisme (kebebasan beragama). Namun tidak demikian kepada isu penggunaan kata nama
Allah. Walaubagaimanapun, tahap korelasi tersebut adalah lemah kerana nilai r=0.29 untuk
kefahaman dan kesedaran isu pluralism agama, kebenaran dan kesetaraan antara agama (relativisme
dan equalitisme)dan r=0.26 untuk liberalism (kebebasan beragama). Tiada korelasi di dibuktikan
antara umur dan jenis sekolah menengah terhadap persepsi responden.

Jadual 6: Korelasi antara Faktor demografi dengan Persepsi terhadap Pluralism Agama
Asal
Korelasi Antara Faktor Demografi dan Persepsi
Sekolah
Terhadap Isu Fahaman Pluralisme Agama Jantina Umur
Menengah
Kefahaman dan Kesedaran Tentang Pearson
**
.285 -0.002 -0.013
Isu Pluralisme Agama Correlation
Sig. (2-tailed) 0.004 0.986 0.897
Kebenaran dan Kesetaraan Sesebuah Pearson
**
.286 -0.061 0.110
Agama (Relativisme Dan Correlation
Equalitisme) Sig. (2-tailed) 0.004 0.550 0.277
Isu Kebebasan Beragama Pearson
**
.261 -0.064 0.056
(LIberalisme) Correlation
Sig. (2-tailed) 0.009 0.527 0.582
Penggunaan Kata Nama “Allah” Pearson
-0.014 0.077 -0.125
Correlation
Sig. (2-tailed) 0.890 0.449 0.215
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Kajian ini juga mengukur pengaruh antara pengetahuan dan maklumat responden terhadap isu
pluraisma dan pernyataan-pernyataan yang diberikan. Jadual 7 berikut ini memaklumkan,
terdapat hubungan yang agak lemah antara faktor maklumat yang merangkumi pembacaan, dan
mendengar peristilahan ini terhadap isu yang dikemukakan kepada responden (tahap signifikan
pada 0.01 dan nilai p<0.05). Jelas sekali, tiga pernyataan yang signifikan adalah merupakan
pengukur kepada tahap kefahaman responden terhadap isu pluralisma. Walaupun hubungan
antara keduanya adalah lemah, nilai r kurang dari 0.3, namun hasil ini merungkai dapatan
berkenaan persepsi mereka terhadap isu ini yang menunjukkan mereka masih ragu. Indikasi ini
menunjukkan betapa isu ini masih tidak diketahui ramai dan kurangnya pendedahan terhadap
bahaya plurisma boleh mengakibatkan salah faham dan mengancam aqidah orang Islam.

Jadual 7: Korelasi antara maklumat pluralism agama dan persepsi responden.


Saya Pernah Mendengar
Korelasi Antara Kesedaran Respondent dan Persepsi
Dan Membaca Istilah
Terhadap Pluralisme Agama
PLURALISME AGAMA *
Pluralisme Agama berpotensi menghakis Pearson
**
.281
kemurnian akidah dan keyakinan para Correlation
penganut agama Sig. (2-tailed) .005
Fahaman pluralisme agama adalah tidak Pearson
**
.286
sama dengan Toleransi beragama Correlation
Sig. (2-tailed) .004
Dalam konteks sebuah negara yang Pearson
**
-.377
berbilang kaum Fahaman Pluralisme Correlation
Agama tidak menjadi sebuah keperluan di Sig. (2-tailed)
.000
Malaysia
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
BAB 3: PENUTUP

Kajian ini membentangkan persepsi pelajar muslim IPTS terhadap beberapa Isu-isu yang dibawa
oleh fahaman pluralisme agama serta hubungannya dengan faktor demografi responden
berkenaan. Ingin dinyataka disini bahawa golongan pelajar muslim institusi pengajian tinggi
yang merupakan generasi harapan umat ini perlulah diberi perhatian yang serius, melalui
pengukuhan budaya ilmu yang berteraskan kepada nilai dan ajaran Islam yang sebenar. Agar
mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan keIslaman, khasnya dalam soal akidah yang
menjadi inti ajaran Islam. Dan juga harus peka terhadap isu-isu disekitarnya. Termasuk isu
hangat Fahaman Pluralisme Agama ini. Di mana didapati fahaman ini nyata telah menjadi virus
dan racun senyap yang sedia merosak kelestarian pegangan akidah umat islam. Kajian
menunjukkan bahawa wujud korelasi antara persepsi serta pemahaman responden terhadap
fahaman pluralism agama ini dengan status demografi responden. Keputusan secara deskriptif
mendapati bahawa ramai yang belum mendengar, membaca dan mengetahui istilah Pluralisme
Agama, termasuk isu-isu yang dimunculkan oleh gerombolan ini. Kurangnya pengetahuan dan
kesedaran mengenai bahaya berkenaan isu ini boleh membawa implikasi negatif terhadap
kecenderungan generasi muda kepada cara pemikiran yang disebarkan oleh penganut fahaman
pluralisme agama ini. Sebagaimana dari hasil kajaian ini terdapat responden yang keliru
membezakan antara toleransi dengan pluralisme agama, serta ragu untuk menolak dakwaan
kebenaran agama selain Islam, termasuk dalam hal perlaksanaan ajaran agama Islam itu sendiri.

Wallahu a’lam…
RUJUKAN
Ahmad Sunawari Long.(2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anis Malik Thoha, Dr. (2010). Meneliti Dokrin dan Ciri-Ciri Fahaman Pluralisme Agama,
Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah,(Cetakan kedua, 2012)
Chua Yan Piaw.(2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Daniel B. Clendenin, (1995) Many Gods, Many Lords (Michigan: Baker Books,), p. 92; Diana,L.Eck
(2006), What Is Pluralisme? http://www.pluralism.org/pluralism/what_is_pluralism,
diakses pada 17 April 2014 jam 12:30 PM.
Diana, L, Eck (2006), From Diversity To Pluralisme, daripada
http://www.pluralism.org/encounter/challenges diakses pada 17 April 2014 Jam 12:35 PM.
Greg Barton,(1999). Gagasan Islam Liberal Di Indonesia, Jakarta: Paramadina.
Haslina Hasyim,Dr.(t.th), Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah
Perkembangan, dari. http://irep.iium.edu.my/2473/1/PLURALISME_AGAMA.pdf.
Akses pada 14/2/2014 jam 17:09.
Ismail Mina Ahmad, (2012). Pluralisme, Spritualisme dan Diabolisme Agama, dalam Plurlisme
Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, Kuala Lumpur: Muafakat.
John Hick, (1989), An Interpretation of Relegion: Human Responses to the Transcendence.
London: Macmillan.
John Hick (1985), Problems of Religious Pluralism, Houndmills, Basingstoke: The Macmillan
Press.
John Hick, (1987), ‘Religious Pluralism,’ dalam Mircea Eliade(ed.), The Encyclopedia of
Religion (New York: Macmillan Publishing Company, 1987), Vol. 12, p. 331.
Mohamad Kamil Ab Majid & Wan Adli Wan Ramli. (2007). Pengajian Pemikiran Islam di
Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Realiti dan cabaran. Dlm. Mohd Fauzi
Hamat, Joni Tamkin Borhan & Ab. Aziz Mohd Zin (edt.). Pengajian Islam di Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia, hlm.57-72.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohammad Farid Shahran, Dr.(2010). Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama, Pluralisme
Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah,(Cetakan Kedua,2012)
Mohd. Nakhaie Ahmad, Dato.(2012). Pluralisme Agama Di Alam Melayu: Satu Ancaman Kepada
Kesejahteraan Umat,Kuala Lumpur: MUAFAKAT.
Muhammad Arifin Bin Ismail, (t.th), Cabaran Akidah Pemikiran Islam Liberal, Kuala Lumpur:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Muhammad Nurdin Sarim, (t.th) Telaah Kritis Pluralisme Agama: Sejarah, Faktor dan Solusinya,
dari http://kemenag.go.id/file/dokumen/TELAAHKRITISPLURALISMEAGAMA.pdf ,
diakses pada 14/2/2014 jam 17:19.
Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. (2012), Falsafah Agama John Hick: Pengamatan Dari
Perspektif Ajaran Ahli Sunnah wal-Jama’ah. Kuala Lumpur: Muafakat.
Stevri Lumintang,Dr.(2004) Theologia Abu-abu: Pluralisme Agama-Tantangan & Ancaman
Racun Pluralisme dalam Teologi Kristen Masa Kini, (Malang: Penerbit Gandum Mas,
2004).
Syamsudsin Arif, Dr, (2010), Pluralisme Indonesia: Pahaman dan Amalan,
daripadahttp://muafakatmalaysia.files.wordpress.com/2010/12/pluralisme-di-indonesia-
paham-dan-amalan-sa1.pdf tarikh akses 12/2/2014 jam 10:15AM.
Rusli Abdul Roni (2014), Persepsi Pelajar-Pelajar IPTS Terhadap Fahaman Pluralisme Agama:
Satu Tinjauan, Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014, Kelestarian
Insan Menjana Transpormasi Pembangunan Negara, Isu, Cabaran Dan Masa
depan,UTHM: Batu Pahat Johor.
Yusri Bin Muhammad,Dr.(2010), Ancaman Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Tinjauan
Awal, Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah, (Cetakan kedua,
2012). http://muafakatmalaysia.com/2010/12/17/ancaman-pluralisme-agama-di-malaysia-
satu-tinjauan-awal/ tarikh akses 13/2/2014 jam 09:02 AM

Anda mungkin juga menyukai