Anda di halaman 1dari 51

1

ATURAN SETIA BUGIS DENGAN MELAYU


Transliterasi Jawi ke Rumi
oleh Mahamada Al Mahadaya

Ref.
Aturan setia Bugis dengan Melayu [Or. 1741] available at
https://digitalcollections.universiteitleiden.nl/view/item/2040750
http://hdl.handle.net/1887.1/item:2040750

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


2

ATURAN SETIA BUGIS MELAYU I

Ini surat salinan aturan setia Bugis dengan Melayu zaman Sultan Sulaiman
dengan Kelana Perabu Jaya bermula bergelar Yang Di Pertuan Muda
Sultan Ali Al Din Syah abana Upu Anatahaya.
Fasal ini pada menyatakan daripada jalan akan memberi ingatan dan
fikiran mudahan2 mengambil faham di dalam hati supaya mudah
memikirkan tabiat orang yang salah dan orang yang benar serta mengintai
diri sendiri supaya jangan termasuk kepada yang khianat. Sudah habis
ingatan serta ikhtiar yang di beri Allaha Taa’alaya maka terkena juga apa
lagi akal melainkan baharulah kita memulangkan kepada janji dengan
takdir Allaha Taa’alaya.
Adalah kita ini seumpama orang yang berjalan apabila sesat di ujung jalan
maka hendaklah kembali ke pangkal jalan. Jika tiada dapat ke pangkal
hingga pertengahan jalan hendaklah juga di cari jalannya yang betul
supaya jangan jauh amat sesatnya. Mudahan2 berdapat juga kepada
fikiran yang telah faham di dalam hati daripada memikirkan tapak orang
yang benar dan tapak orang yang salah kepada rajanya dan kepada antara
bersaudara bersaudara itu.
Sebab pun maka berkata demikian itu kerana mengenangkan Tengku
Besar berdua bersaudara itu adalah akan halnya untung tuahnya serta
daulat duli baginda berdua saudara itu baik juga lagi serta dengan nagerah
Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya serta dengan syafaat rasul Shoma di
atas duli baginda segera Allaha Taa’alaya pertemukan dengan segeranya
dengan marhum mangkat di bukit Sungai Baru serta dengan niat orang

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


3

yang benar di kurniakan Allaha Taa’alaya selamat juga duli baginda di


dalam di haru orang sebegitu itulah sebabnya.
Maka jadi masuk masygul serta bercinta akan diri sendiri kepada malam
dan siangnya di fikirkan daripada antara Bugis dengan Melayu ini sebab
ada berdapat pendengaran sedikit sebanyak yang amat pastinya daripada
hal ehwalnya perjalanan Melayu dengan Minangkabau dan jalan Melayu
dengan Bugis itu. Tatkala masa di Dungun bertemu dengan Tengku Busu
adiknya marhum iaitu ayahandanya Tengku Upu Di Dungun itu.
Maka berkhabarlah Tengku Busu itu akan asal Yang Di Pertuan
Terengganu Sultan Mansur menerima Yang Di Pertuan Raja Ismail Siak
sudah lepas berperang di selat alah maka lalu lari masuk ke Terengganu.
Maka lalu di buatnya menantu sekali dan Yang Di Pertuan Muda di
Terengganu itu dudukannya dengan Encik Puan Besar dan namanya Encik
Jinab dari sebab kerana itulah Tengku Busu itu murkakan Yang Di Pertuan
Terengganu itu lalu ia berpindah ke Dungun kerana raja Ismail itu cucu
Raja Kecik.
Fasal Encik Puan Besar itu anak cucu Datuk Bendahara Tun Husin kerana
Datuk Bendahara itu sudah di sumpahi oleh marhum ninda di akunya
saudara dunia akhirat di keluarkan daripada waris sekali2. Adalah akan
fasalnya Datuk Bendahara Tun Husin itu iaitu saudara seayah dan
sebonda dengan marhum yang mangkat di Kuala Pahang itu akan
tetapinya adalah Datuk Bendahara itu anak lagi di dalam jadi Bendahara
belum menjadi raja.
Fasal marhum mangkat di Kuala Pahang itu putera sudah naik raja tatkala
sudah mangkat marhum besar ayahandanya marhum mangkat di Kuala
Pahang itu maka marhumlah naik raja dan Tun Husin itu di jadikan
Bendahara. Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya masuklah khuatir was

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


4

was serta syaklah di dalam hati Datuk Bendahara itu dia yang tua di suruh
menyembah kepada yang muda. Maka datanglah dengki hati Datuk
Bendahara itu akan marhum maka tiadalah baik hatinya Datuk Bendahara
itu selama2nya di dalam baik tiada baik.
Begitulah selama2nya dari setahun ke setahun hingga tiadalah lain
pekerjaannya melainkan di dalam baik itu juga ia mencari tipunya hendak
menjalankan khianatnya kepada marhum. Demikianlah halnya di dalam
antara itu dengan takdir Allaha Taa’alaya maka datanglah raja Kecik itu ke
Johor hendak meminang Tengku Bungsu puteranya marhum itu. Maka
dengan muafakat Datuk Bendahara rapat maka di terimalah oleh marhum
maka duduklah Raja Kecik itu dengan Tengku Bungsu.
Di dalam sudah duduk Raja Kecik itu dengan Bungsu maka di situlah
datang hasutannya Datuk Bendahara semua mengatakan Raja Kecil itu
bukannya anak raja Minangkabau. Sekadarkan anak raja kebanyakan
sahaja dan setengah mengatakan putera marhum mangkat di julang
dengan Encik Puang kerana Encik Puang itu di pakai oleh marhum sudah
bunting. Maka marhum itu pun mangkat maka Encik Puang itu pun larilah
di dalam orang bergaduh akan marhum itu sudah mangkat.
Maka di dapat oleh orang Minangkabau, panglima Bibas namanya maka di
peliharakan oleh Panglima Bibas itu. Maka iaitu beranakkan Raja Kecik
menjadi datang pula khuatir kepada hati Tengku Tengah semua yang
sebelah marhum daripada mendengar khabar yang berjenis2 itu menjadi
tiadalah di endahkan amat lagi Raja Kecil itu daripada hal makan
minumnya tiadalah di perdulikan amat oleh Tengku Bungsu. Kemudian lalu
di cari pula Tengku Bungsu itu oleh Tengku Tengah di bawa masuk ke
dalam istana marhum menjadi kecik hatinya Raja Kecik akan marhum di
dalam hal fitnah itu.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


5

Maka memakanlah fitnah Datuk Bendahara itu kepada Raja Keciknya


kemudian dari itu maka lalulah keluar Raja Kecik itu dari Johor. Di antara
berapa lamanya Raja Kecik itu keluar maka berkirim surat Datuk
Bendahara kepada Raja Kecik menyuruhkan Raja Kecik itu melanggar
Johor itu melainkan Datuk Bendahara belot di dalam Johor itu. Kemudian
masuklah Raja Kecik itu melanggar Johor tatkala waktu Raja Kecik masuk
ke Johor itu akan Yang Di Pertuan Marhum Mudanya masih duduk bermain
catur.
Di sembahkan orang “Tuanku musuh sudah datang” tiada juga di
perdulikan oleh marhum muda sampai berperang sudah orang tiada juga di
perdulikan oleh marhum muda. Kemudian dari itu maka marhum muda pun
membawa segala anak isterinya dan anak gundiknya ke tengah padang.
Maka marhum muda pun mengamuk segala anak isterinya dan anak
gundiknya. Titah marhum muda “Daripada akan dipegundik oleh segala
Minangkabau anak biniku, baik aku bunuh sekali kesemuanya”.
Maka lalu di kumpulkannya segala anak isterinya dan anak gundiknya lalu
di amuknya oleh marhum muda. Maka yang lepas putera marhum muda itu
pertama Tengku Raja Sanit dan kedua Tengku Raja Aminah, ketiga
Tengku Raja Mahamad, keempat Encik Puan Darat itulah yang lepas anak
isterinya Tengku Sanit seorang lain itu anak gundik belaka. Maka lepas itu
sebab ia merebahkan dirinya di dalam mayat yang banyak itu
menyamarkan dirinya kepada sangka marhum muda itu sudah habis mati
kesemuanya kerana marhum itu sudah mabuk melihat darah. Kemudian
baharulah marhum menyerbukan dirinya di dalam Minangkabau yang
banyak itu maka marhum pun sudahlah mangkat di dalam Minangkabau
itu.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


6

Syahdan itulah kata Raja Kecik sayangnya isteri Yang Di Pertuan Muda itu
di bunuhnya jika tiada di bunuhnya aku ambil kubuat bini kerana terlalulah
mahsyur isteri marhum muda itu baik rupanya tiadalah bandingnya di
dalam tanah Johor itu lagi tukang. Daripada kasihnya marhum muda itu
akan isterinya habiskan segala pekakas tenunnya itu emas belaka
semuanya”. Itulah jadi mahsyur khabarnya dan segala tengku2 puteranya
marhum muda yang lagi hidup itu serta sudah marhum muda pergi
mengamuk itu ke dalam Minangkabau. Maka ia pun Tengku Sanit
semuanya pun bangun lari lalu bertemu dengan Pengan maka pengenalah
yang melarikan ke dalam hutan maka lepaslah dia di beri Allaha Taa’alaya.
Titah Tengku Tua ayahandanya Tengku Awak di Dungun itu kemudian
maka Johor pun alahlah habislah Shofan Shofa isi negeri Johor itu menjadi
padang tekukur. Kemudian daripada itu maka marhum besar pun undur ke
Pahang dan Tengku Bungsu, isteri Raja Kecik pun adalah bersama2 di
bawa oleh marhum besar ke Pahang. Kemudian daripada itu maka di
ikutnya pula oleh Raja Kecik itu ke Pahang maka di serbunya sahaja naik
segala Minangkabau itu ke kenaikan.
Maka tatkala itu marhum besar baru sudah lepas sembahyang subuh di
atas beranda lagi tengah mengaji belum lagi bergerak dari atas tikar
sembahyang lagi mengaji juga. Maka segala Minangkabau itu pun naik
mengamuk lalulah di tetaknya marhum itu dengan pedang. Maka kenalah
hulunya marhum itu maka marhum besar pun mangkatlah di atas tikar
sembahyang itu juga dan ada lagi mashola tempat sujud marhum itu yang
kena darahnya itu masih ada dengan bekas darah itu kepada Tengku
Mendak adindanya Tengku Awak.
Syahdan tatkala waktu marhum sudah mangkat itu maka keluarlah Tengku
Tengah dengan berseluar panjang berbaju sehelai dengan sendarik

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


7

bercabut keluar dari dalam kurung. Maka mengamuklah ia dengan takdir


Allaha Taa’alaya maka beterjunanlah segala Minangkabau itu dari dalam
kenaikan titah Tengku Tua itu dan aku berdua beradik dengan abang
engkau itu mengatakan marhum yang mangkat di batangan itu lagi
bergelang kepada masa itu tetapi sudah juga besar.
Titah Tengku itu apalah kuasanya abang angah seorang mengamuk lagi ia
dengan perempuannya. Lepas daripada itu maka di balikkan pula oleh
Minangkabau itu tatkala sudah memaafkan marhum itu maka akan aku dua
beradik di tangkaplah oleh Minangkabau itu lalu di ikatnya tangan aku
kebelakang dua beradik dan gelang aku semuanya di ambilnya oleh
Minangkabau itu dan lalulah aku di bubuhkannya aku dua beradik di celah
meriam. Titah Tengku Tua dan tiadalah aku lupakan tanganku di ikat oleh
Minangkabau itu.
Kemudian maka beroleh naik Raja Kecik itu kenaikan lalu bertemu dengan
abangku mengatakan Tengku Bungsu. Kemudian ia keluar lalu aku semua
di lepaskannya lalulah aku semua di buatnya penjawat dan aku di
suruhnya membawa keris panjang dan abangku di suruhnya membawa
tepak dan segala abang2ku yang perempuan dan adik2ku yang
perempuan itu semuanyalah di buatnya penjawat oleh Raja Kecik itu.
Kemudian daripada itu maka muafakatlah baik2 Datuk Bendahara semua
itu dengan Raja Kecik itu lalulah ia ke Riau. Maka Raja Keciklah kerajaan
di Riau itu lalulah ia membuat istana bunga lawang kena emas itu serta
bertaubatlah ia.

Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries.


Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


8

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


9

ATURAN SETIA BUGIS MELAYU II


Syahdan Datuk Bendahara pun sehari2lah mengadap raja Kecik itu
berbicara minta jadikan dirinya raja. Akan hal aku adalah di belakang Raja
Kecik itu apalah di bilangkan orang kerana aku dua beradik itu di belakang
duduk tiada tahu apa kiranya. Aku dengarlah barang kata Datuk
Bendahara dan perkataan Raja Kecik itu adalah kata Datuk Bendahara
kepada Raja Kecik “Jikalau raja hendakkan yang sejatinya itu melainkan
ayah inilah yang sejatinya pasak manah Johor tanah yang pejal. Lagi pun
ayah yang tua adalah akan hal raja Sulaiman itu apa daya kerana dia anak
yang muda lagi pulak maknya orang kecik melainkan ayah inilah yang asal
di dalam tanah Johor itu”.
Maka dengan kebesaran Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya serta dengan
syafaat rasul Allaha Shoma berlaku di atas hambanya maka tiadalah
berkenan kepada hati Raja Kecik itu akan perkataan Datuk Bendahara itu.
Tiba2 kasih pula Raja Kecik akan abangku dengan aku semua adik
beradik. Tiada di perdulikan oleh Raja Kecik akan bicara Datuk Bendahara
itu sehari2 malam siang Datuk Bendahara itu datang mengadap Raja Kecik
demikian itu juga kehendaknya Datuk Bendahara itu.
Maka kata Raja Kecik “Bagaimana pada sangka ayah itu apa sahayaku
pada sangka ayah itu akan kerajaan di tanah Melayu ini. Sekali2 tidak niat
hati sahaya demikian sekadarkan sahaya menantikan Raja Sulaiman ini
besar. Apabila besar Raja Sulaiman ini melainkan Raja Sulaiman juga
yang kerajaan di tanah Melayu ini dan lagi pula begitukah adat Melayu ini.
Jikalau patah tumbuh nyiur itu di ganti dengan tumbuh pinang maka benih
nyiurnya lagi ada juga.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


10

Betapalah halnya adalah kepada adat sahaya semua orang Minangkabau


ini tiada begitu. Apabila patah tumbuh nyiur itu tumbuh nyiur juga gantinya.
Apabila patah tumbuh pinang itu tumbuh pinang juga akan gantinya. Apa
akal jikalau sudah tiadalah benih nyiur itu dapatlah tumbuh pinang di
gantikan”. Dengan hal itu keciklah pula hatinya Datuk Bendahara itu akan
Raja Kecik dengan hal demikian itu maka mencari bicaralah pulak Datuk
Bendahara itu lalulah ia mengutus Datuk Bendahara itu ke Bugis kepada
Kelana Jaya Putera minta tolong langgarkan Raja Kecik itu di dalam Riau.
Yang di besarkannya kepada Bugis itu minta ambilkan abangku itu di
bawah tapak kaki Minangkabau. Dengan kurnia Allaha Taa’alaya serta
syafaat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta daulat
abangku tiada berapa antaranya maka datanglah Kelana Jaya Putera itu
lalulah ia melanggar Minangkabau di dalam Riau itu. Maka di takdir Allaha
Taa’alaya alahlah Minangkabau itu habislah ia lari. Adapun Bugis
melanggar Minangkabau tiada ia minta senjata atau ubat peluru atau
belanja atau pelabur suatu pun tiada baktinya Bugis itu kepada abangku
kemudian maka masuklah Kelana itu semuanya Bugis di dalam Riau.
Setelah sudah tetap Bugis itu di dalam Riau maka halnya dengan takdir
Allaha Taa’alaya maka kasihlah Kelana itu kesemuanya itu akan abangku
dan aku semua. Seorang pun segala orang orang Melayu di dalam Riau itu
tiadalah di ambilnya akan tawanan oleh Kelana itu sehingga di
peliharakannya dengan sempurnanya seperti mana anaknya yang di jadi
demikianlah perintahnya Kelana itu. Maka abangku juga di tabalkannya di
dalam hal itu Datuk Bendahara pun mencari juga muafakat dengan Kelana
itu minta jadikan raja.
Akan katanya Datuk Bendahara “Adalah akan Raja Sulaiman itu apa ada
kerana dia anaknya yang muda lagi pun anak orang kecik. Jikalau Kelana

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


11

hendak tahukan asal pasak manah Johor melainkan abang inilah tanah
yang pacal sejatinya pasak Melayu”. Dengan takdir Allaha Taa’alaya tiada
juga di perdulikan oleh Kelana itu akan kehendak Datuk Bendahara itu
hingga sehari2 malam siang datang juga kepada Kelana itu.
Maka lalu kata Kelana “Mengapakah maka orang kaya berkata demikian
itu. Bukankah orang kaya memberi surat kepada sahaya itu minta tolong
langgarkan Minangkabau yang di dalam Riau ini serta minta ambilkan
Sultan Sulaiman di bawah tapak kaki Minangkabau itu. Maka sekarang ini
di kurniakan Allaha sudahlah selamat orang kaya semua. Mengapa pulak
maka orang kaya berkata demikian itu lagi pulak adakah boleh tumbuh
nyiur itu di ganti dengan tumbuh pinang. Apabila patah tumbuh nyiur itu
melainkan tumbuh nyiur juga di gantikan.
Apabila patah tumbuh pinang melainkan tumbuh pinang juga gantinya
tiadalah boleh bertukar2 tumbuh nyiur dengan tumbuh pinang dan tiada
boleh tumbuh pinang di gantikan. Tumbuh nyiur itu yang nyiur itu juga.
Tumbuh pinang itu pinang juga. Jikalau tiada lagi benihnya nyiur itu
dapatlah juga di gantikan dengan benih pinang itu. Demikianlah adanya
kepada adat sahaya semua Bugis demikianlah adat semua dengan hal
demikian juga”. Maka sakitlah pulak hatinya Datuk Bendahara itu akan
Kelana itu di dalam hal itu menaruhlah khoshamatlah di dalam hati Melayu
itu akan Bugis itu selama2nya.
Syahdan daripada itu telah tetaplah marhum itu di atas tahta kerajaan di
dalam antara itu maka di bakikan pulak oleh Raja Kecik bertahan2 juga
Bugis di kepung oleh Minangkabau. Dua tiga bulan bertahan2 juga Bugis
lepas raja alam itu mati maka raja alam pulak mengepung dua tiga bulan
sudah balik hingga duduklah di dalam hal kesakitanlah sentiasa. Kemudian
maka datang pulak Tengku Buang Kudung anak Raja Kecik dengan

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


12

Tengku Bungsu itu datanglah hendak melanggar. Maka di kepungnya Riau


itu dua bulan maka bertahan juga segala Bugis.
Tiadalah aku semua ini merasai yang kesenangan dari bahayanya Datuk
Bendahara itu semua dan duduklah aku semua ini di dalam menaruh
khoshamat selama2nya dengan Datuk Bendahara. Adapun akan hal Bugis
itu dengan marhum sangatlah berkasih2an. Kemudian di dalam antara itu
maka Kelana pun bermohonlah kepada marhum ia hendak pulang ke
Bugis. Maka di tahani oleh marhum kerana kepada fikiran marhum “Jikalau
aku bercerai dengan Bugis ini akhirnya tiadalah aku kebajikan atas aku
kerana sudah di dapat oleh marhum akan muslihatnya Datuk Bendahara
itu akan khianatnya juga.
Maka lalulah marhum bertitah kepada Kelana “Sahaya pintalah jangan
keluar dari Riau ini. Bagaimana kedudukan abang di Bugis begitulah juga
kedudukan abang di dalam Riau ini”. Maka lalulah Kelana itu di jadikan raja
muda serta di kurniai oleh marhum akan adat raja muda dengan katur dan
qaranang dan kimbukkan dengan tiap2nya dengan selanggangnya dengan
penjawatnya sekali persalinan raja muda selengkapnya dan Daeng
Menimpuk jadi raja tua dan Penggawatu Sakuni menjadi penggawa juga.
Kemudian dari itu maka lalulah di titahkan oleh marhum kepada Kelana
titah marhum “Kalau abang hendak berbini baiklah abang pergi ambilkan
Encik Ayu itu di Perapat Seratus kepada Minangkabau itu abang buat
binilah sekali”. Setelah itu maka keluarlah Kelana mengambil Encik Ayu itu
semuanya ke Perapat Seratus kepada Minangkabau itu lalulah di buatnya
bini sekali di Perapat Seratus. Kemudian lalu di bawanya pulang ke Riau
maka duduklah Kelana itu di sungai Baru lalulah beranakkan Raja Fatimah.
Di dalam antara itu maka datang pula Daeng Ali anaknya Upu. Tiada
berapa lamanya maka muafakatlah Kelana itu dengan marhum lalulah di

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


13

dudukkannya Daeng Ali itu dengan Tengku Mendak dan Daeng Perani itu
dudukkannya oleh marhum dengan Tengku Tengah lalulah beranak Raja
Maimunah itu. Kemudian telah sudah mangkat marhum Kelana di Sungai
Baru itu maka Raja Fatimah pun besarlah maka waktu itu Daeng Alilah jadi
raja muda menggantikan marhum Kelana. Kemudian maka lalulah di
dudukkan oleh marhum muda Daeng Kemboja anak Daeng Perani itu
dengan Raja Fatimah itu kemudian dari itu di kurnia Allaha Taa’alaya
senang sentosalah di dalam Riau itu.
Adapun yang bahagian Datuk Bendahara itu menaruh dendam khoshamah
juga di dalam hatinya. Di dalam baik itu ada jahatnya. Di dalam jahatnya
ada baiknya hingga begitulah sahaja kedudukan aku semua di dalam Riau
itu titahnya Tengku Tua itu. Kemudian daripada itu tiada berapa antaranya
maka marhum besar pun berangkatlah ke Terengganu lalu mengambil
Wan Mik anaknya Laksamana Terengganu dan Encik Nusamah kupiknya
Tengku Mahamad. Maka lalulah marhum Yang Di Pertuan Kecik itu ke
Riau dan Yang Di Pertuan Kecik itu bergelang ia di raga Kecik.
Kemudian balik pulak Yang Di Pertuan Kecik itu ke Terengganu kemudian
maka marhum muda mangkat di dalam kota itu berangkat pulak ke
Selangor serta membawa Tengku Mendak itu ke Selangor. Kemudian balik
pula marhum muda ke Riau membawa balik Tengku Mendak ke Riau
kemudian daripada itu maka berangkat pula marhum itu ke Selangor lalu
beristerikan Daeng Masik anaknya orang Pali. Kemudian balik pulak
marhum muda itu ke Riau lalu orang Pali mengikut ke Riau serta
membawa Daeng Masik itu masuk ke Riau.
Tiada berapa lamanya arwah Pali itu di Riau maka tiadalah di perdulikan
amat oleh marhum muda akan Daeng Masik itu. Maka arwah Pali pun
kecillah hatinya akan marhum muda maka lalu ia pulang ke Bugis.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


14

Kemudian maka berangkat pula marhum muda itu ke Selangor maka


lalulah marhum muda itu melanggar Perak. Telah sudah alah Perak maka
marhum muda pun berangkat baliklah ke Riau lalu membawa Encik
Kamilah dengan Si Timah Perak itu. Tiada berapa lamanya marhum muda
balik dari Selangor itu kemudian maka datanglah Yang Di Pertuan
Terengganu itu ke Riau maka lalulah beristerikan Tengku Tengah.
Kemudian tiada berapa lamanya maka marhum muda pun geringlah lalulah
mangkat marhum muda itu di dalam kota. Kemudian dari itu maka Daeng
Kemboja pulak menjadi raja menggantikan marhum mangkat di dalam kota
itu. Kemudian dari itu tiada berapa antaranya maka lalulah marhum besar
muafakat berbicara dengan raja muda hendak berangkat ke Bentan
hendak melanggar raja Alam di Siantan itu kerana raja Halim itu ipar
kepada raja muda seayah sebonda daripada sebab setia itu tiadalah boleh
melanggarkan.
Maka pulanglah ikhtiarnya kepada raja muda dengan ikhtiar raja mudalah
maka marhum besar berangkat melanggar raja Alam di Siantan. Titah
Tengku Tua itu maka Bendahara dengan Tengku Tengahlah yang tinggal
menunggu Riau. Di dalam Datuk Bendahara tinggal menunggu negeri Riau
itu iaitu Tengku Tengah juga yang meikhtiarkan barang sekeliannya
perintah di dalam Riau. Yang bahagian raja muda itu daripada sangat betul
hatinya kepada marhum besar saudaranya Dayang Hadijah itu di buat bini.
Oleh raja Alam di dalam Siantan itu pun tiada di perdulikannya di bedilnya
juga dengan takdir Allaha Taa’alaya serta syafaat rasul Allaha Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama maka alah raja Alam itu sudahlah ia lari pulang
ke Siak. Maka barulah Siantan itu pulang kepada marhum besar takdir
Allaha Taa’alaya marhum besar pun berangkatlah balik ke Riau. Baharulah
aku semua dapat kesenangan titahnya Tengku Tua dan aku semua pun di

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


15

peliharakanlah oleh marhum muda itu dengan kesempurnaannya.


Melainkan Allaha dan rasulnya juga yang akan membalaskan kasihnya
segala Bugis itu akan aku semua dan akan aku semua dunia akhirat. Aku
semua tiadalah terbalas akan kasihnya raja muda itu anak beranak hamba
berhamba sambil dengan air matanya Tengku Tua itu bertitah.
Kemudian daripada itu tiada berapa lama antara marhum balik dari Siantan
itu maka datanglah fitnah daripada sebelah Datuk Bendahara dengan Yang
Di Pertuan Kecik mengatakan segala Bugis itu hendak mengamuk dan
hendak membakar. Di dalam sebulan empat lima kali datang fitnah kepada
marhum besar mengatakan Bugis sudah muafakat hendak membakar ke
dalam kota. Maka mengampungkan orang marhum besar hendak di
periksalah segala Bugis itu serta di perhadapkan Bugis itu dengan Melayu
maka di periksa oleh raja muda dengan marhum besar suatu pun tiada
tertentukan oleh segala Melayu.
Diam selang sepuluh hari setengah bulan datang pulak khabar
mengatakan orang Bugis berbaju rantai bertandak bantan lalu berjalan
darat kota dengan berkeris pendek bercabut gemparlah mencari kesana
sini. Maka masuklah dengan segala orang Terengganu bertunggu ke
dalam kota maka mengadap raja muda memohonkan periksa di
perhadapkan oleh marhum besar. Maka di periksa oleh raja muda dengan
marhum suatu pun tiada tertunjukkan oleh Datuk Bendahara dengan Yang
Di Pertuan Kecik.
Diam pulak hingga begitulah sepanjang2nya duduk dalam berkhoshamat
berdendam2 sentiasa bertahun2 yang begitulah sahaja pekerjaan Datuk
Bendahara. Semuanya anak beranak saudara bersaudara serta dengan
Yang Di Pertuan Kecik semuanya pulak menambahi dengki akan segala
Bugis hingga tiadalah kesenangan lagi hatinya marhum besar itu duduk di

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


16

dalam percintaan sepanjangnya. Tiadalah kholinya datang fitnahnya


daripada suku Melayu dengan orang Terengganu.
Selang sebulan datang pulak fitnah daipada suku orang Terengganu
mengatakan Bugis meradak rumah Engku Tanawangsa Kampar pulak di
panggil pulak oleh marhum besar akan raja muda. Maka di kampungkan
pulak oleh marhum besar orang suku Melayu di dalam Riau dan suku
Terengganu di perhadapkan pulak dengan suku Bugis. Di periksa s uatu
pun tiada apa yang di katakan tiada juga tertunjukkan oleh suku Melayu
dan suku Terengganu.
Yang bahagian marhum besar itu makin bertambah rapatlah dengan Bugis
itu serta dengan kasih mesranya dan Bugis pun begitu juga dan yang
bahagian suku Datuk Bendahara dan Yang Di Pertuan Kecik makin
bertambah2lah sakit hatinya akan Bugis. Dengan hal yang demikian itu
tiadalah kuasa raja muda itu salahlah fikirannya akhirnya kelak jikalau
begini juga datanglah kebinasaan. Kemudian lalulah raja muda datang
mengadap marhum hendak bermohonlah sekali keluar.
Maka tiada di lepaskan oleh marhum maka diamlah raja muda maka tiada
juga lagi kuasa menahani hatinya daripada fitnahnya Datuk Bendahara
semua itu sekali2 orang Terengganu itu kerana makin nyatalah sakit
hatinya akan raja muda itu hingga memanjanglah fitnahnya. Maka
datanglah pulak raja muda itu memohon kepada marhum hendak keluar
hingga berpuluh2 kali ia bermohon ke bawah duli marhum tiada juga di
lepaskan oleh marhum. Dengan demikian maka di siapinya segala
perahunya ke semuanya.

Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries.


Transliterasi Jawi ke Rumi oleh

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


17

Mahamada Al Mahadaya

ATURAN SETIA BUGIS MELAYU III


Setelah sudah siaplah segala perahunya serta di turunkannya segala
hartanya dan anak isterinya dan hamba sahayanya turun ke perahu itu.
Maka baharulah ia mengadap marhum serta menjunjung duli marhum
dengan tangisnya baginda raja muda dengan marhum “Sekali ini tuanku
seboleh2nya patik bermohonlah ke bawah duli di lepaskan pun patik keluar
juga, tiada di lepaskan pun patik keluar juga kerana adalah patik ini
seumpama sempit dan kurang sudah penuhlah tiada termuat lagi.
Di hati patik jikalau patik bertahan juga lagi akhirnya datanglah kerugian
atas duli tuanku juga melainkan bercerailah sekali ini Bugis dengan Melayu
dan bukannya dengan sebab daripada perintah perbuatan ke bawah duli
tuanku atau daripada perbuatan patik itu pun sekali2 tidak kepada niat cita
hati sehingga habislah umur patik maka berhentilah patik daripada
mengerjakan ke bawah duli tuanku. Pada perasaan patik dunia akhirat
jangan bercerai2 patik dengan duli tuanku.
Apa akal patik orang tiada suka akan patik semua ini melainkan patik
bermohonlah keluar serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun ke
bawah duli tuanku daripada khilaf dan bebal patik itu. Terlebih ampun dan
maaf serta kurnia duli tuanku telah terjunjunglah di atas batu kepala patik
dari dunia hingga akhirat kerana adalah patik semua ini orang dagang.
Tatkala masa suka orang akan patik melainkan duduklah patik. Tatkala
benci orang akan patik melainkan patik semua keluarlah kerana begitulah
adatnya patik semua anak Bugis ini.
Bahasa nama derhaka itu barang di jauhkan Allaha Taa’alaya berkat
syafaat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama melainkan

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


18

tawakallah duli tuanku dengan bumi istana duli tuanku. Derhaka pun tidak,
celaka pun tidak patik ke bawah duli tuanku. Sudahlah dengan untung
nasib patik dengan duli tuanku kasih akan bercerai sudah dengan perintah
Roba Al A’alamayana melakukan qudrat iradat di atas hambanya”.
Maka marhum pun tiadalah terkata2 lagi serta menangislah marhum lalu
mengempaskan bulang dari hulunya marhum itu seraya titah marhum “Hai
raja muda, harapnya hati sahaya akan raja muda bersama2 dengan
sahaya kepada titah cita hati tiadalah begitu. Jikalau sahaya mati dahulu
sahaya mintak jemah kepada raja muda. Jikalau raja muda mati dahulu
sahaya hendak menjemah raja muda kepada perasaan sahaya dunia
akhirat jangan sahaya bercerai dengan raja mudalah. Sampai hatinya raja
muda meninggalkan sahaya. Dahulu Allaha Wa Baa’da rasulnya sangat
harapnya sahaya akan raja muda semua”.
Sembah raja muda “Apa akal patik lagi tuanku. Sudahlah dengan untung
nasib patik dengan untung nasib duli tuanku hendak di pengapakan lagi.
Sudah dengan takdir Allaha Taa’alaya berlaku di atas hambanya” maka
lalulah ia bermohon lalu turun ke perahu sekali lalulah keluar berlayar ke
Lingga. Kemudian daripada itu tiada berapa lamanya antaranya raja muda
berlayar ke Lingga itu maka datanglah pulak huru hara Yang Di Pertuan
Kecik Terengganu itu dengan Datuk Bendahara itu semua akan segala
anak Bugis yang ada lagi tinggal di dalam negeri Riau itu.
Maka yang tinggal lagi di dalam Riau itu iaitu Raja Haji semua adik beradik
maka datanglah kapal Ulanda ke Riau. Maka di pintalah oleh Yang Di
Pertuan Terengganu dengan Datuk Bendahara semua akan Raja Aminah
dengan Raja Alimah dan Raja Haji tiga beradik itu kepada marhum besar
hendak di berikannya ke kapal kepada Ulanda itu. Maka Tengku Putih dua

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


19

beradik dengan Tengku Hitam itu Allaha Allaha merataplah


mengempas2kan dirinya.
Sehari2 datang di pintanya Yang Di Pertuan Terengganu dengan Datuk
Bendahara semua itu maka titah Tengku Putih “Turutkanlah barang apa
kehendak orang”. Kemudian bertahanlah Raja Haji lalulah ia pindah ke
Sungai Timun dan segala2 anak Bugis yang ada tinggal di dalam Riau itu
mengikutlah semua pindah ke Tanjung sungai Timun itu lalulah Raja Haji
berbuat kubu di sungai Timun itu hendak berperang benarlah dengan
orang Terengganu serta dengan Datuk Bendahara. Semua Melayu itu
dengan Raja Haji itu maka sekeliannya penjajab orang Terengganu serta
penjajab suku Datuk Bendahara sekeliannya itu mengadaplah ke Tanjung
Timun itu.
Kemudian maka membelahlah Raja Haji itu melepaskan saudaranya dan
segala perempuan keluar lalu ke sungai Batang maka tinggallah Raja Haji
sama laki2 sahaja di dalam Riau itu. Maka adapun akan hal marhum besar
tiadalah terkata2 lagi melihatkan perbuatan Yang Di Pertuan Terengganu
dengan Datuk Bendahara itu. Maka lalulah di titahkan oleh marhum besar
akan Yang Di Pertuan Terengganu itu ke Lingga maka titah marhum besar
“Wan Dalam, baiklah Wan Dalam pergi ke Lingga ambilkan kita raja muda
itu. Sehari itu raja muda sampai kemari sehari itu kita di kehendaki Allaha
Taa’alaya syukurlah kita kepada Allaha Taa’alaya. Jika pagi raja muda itu
datang petang kita di kehendaki Allaha Taa’alaya syukurlah kita kepada
Allaha Taa’alaya”.
Kemudian maka sembahnya Yang Di Pertuan Terengganu akan hal titah
itu “Patik junjunglah akan tetapinya tiadalah percaya raja muda itu akan
patik melainkan baik tuanku titahkan dengan Raja Haji akan bersama2
dengan patik ke Lingga maka percayalah raja muda itu. Jika tiada dengan

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


20

Raja Haji itu tiadalah kepercayaan kepada hatinya raja muda itu”.
Kemudian maka lalulah di titahkan oleh marhum besar akan Raja Haji pergi
bersama2 ke Lingga dengan Yang Di Pertuan Terengganu itu ke Lingga
pergi mengambil raja muda itu.
Setelah itu maka berlayarlah Yang Di Pertuan Terengganu itu serta dengan
Raja Haji itu. Serta sampai ke Melaka tiba2 maka singgah Yang Di Pertuan
Terengganu itu di Melaka minta bantu kepada raja Melaka hendak
melanggar Lingga. Tatkala Yang Di Pertuan Terengganu naik malam itu
maka ada seorang anak Bugis Tuajak maka mengikutlah ia bersama2
dengan orang Terengganu itu hendak mendengarkan bicaranya Yang Di
Pertuan Terengganu itu dengan raja Melaka itu.
Setelah sampai ke dalam kota maka berkhabarlah Yang Di Pertuan
Terengganu katanya “Menyampaikan titah marhum besar minta tolong
langgarkan Lingga. Barang berapa habis belanjanya Gurundur balikkan.
Jangan tidak2 itulah Duli Yang Di Pertuan Besar bertitah kepada kita
mintak sampaikan kepada Gurundur di sini”. Kemudian anak Bugis Tuajak
itu telah sudah pasti pendengarannya serta raja Melaka hendak
menyilakan Raja Haji kepada hati Jumaat itu hendak berjamu di dalam
kebun.
Maka anak Bugis Tuajak itu pun baliklah turun ke perahu lalu ia mengadap
kepada Raja Haji itu serta di persembahkannya segala2 muafakatnya Yang
Di Pertuan Terengganu itu kepada Raja Melaka itu. Duli tuanku pun
hendak di tangkapnya hendak di baluknya menantikan besok kepada pagi2
Jumaat duli tuanku hendak di jamunya makan ke dalam kebun hendak di
tipunya. Maka dengan takdir Allaha setelah sudah Raja Haji itu mendapat
itu maka kepada malam itu juga khabarnya Raja Haji pun menatas
pendarat lalulah berlayar ke Lingga.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


21

Kemudian daripada masa berapa antaranya maka kapal Ulanda pun


datanglah ke Lingga serta dengan orang Melayu dan orang Terengganu
dan Yang Di Pertuan Terengganu pun baliklah ke Riau lalu hendak
memindahkan marhum ke Terengganu. Lalu di turutkannyalah marhum
semua sampai ke perahu dan aku semua lalulah hilir ke Batangan yang
tinggal lagi di rumah hanyalah raja di Baruh semua kerana titahnya raja di
Baruh “Aku tiada mahu pergi ke Terengganu dan aku tiada mahu sekali2
mengikut akan perintahnya Wan Dalam itu. Akan hal abang angah dia
hendak pergi mengikut akan lakinya biarnyalah dia pergi”.
Maka jadi berbalah2 hatinya orang semua itu. Yang setengah hendak
pergi, yang setengah tiada mahu pergi dengan sebab raja di Baruh tiada
mahu pergi ke Terengganu. Maka akan hal marhum besar itu pun selalu
jugalah bertanyakan khabarnya raja muda itu maka sembahnya Yang Di
Pertuan Terengganu “Datanglah ia dari belakang”. Di dalam hal antara itu
datanglah khabar mengatakan Lingga sudah alah di langgar oleh Ulanda
dengan beserta muafakat Yang Di Pertuan Terengganu dan Datuk
Bendahara minta langgarkan Lingga serta dengan titah marhun besar di
katakan oleh Yang Di Pertuan Terengganu itu.
Adapun akan hal ehwalnya marhum besar serta mendengar khabar itu
maka marhum besar pun murkalah sampai mengempaskan bulang dari
ulunya baginda itu. Titah marhum besar dengan air matanya sekali “Hai
Wan Dalam, sampai hatinya begitu rupanya feel Wan Dalam. Lain yang
aku suruhkan lain di perbuatnya”. Maka Yang Di Pertuan Terengganu pun
berperi2lah ia hendak berlayar yang setengah sudah berdayung hilir.
Setelah itu maka raja di Baruh pun pergilah ia ke haluan kenaikan marhum
besar itu dengan keris panjang bercabut. Maka kata raja di Baruh
“Dayungkanlah perahu bapa tiri engkau ini. Aku lihatkanlah jantan engkau

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


22

sukat aku buraikan perut engkau maka puas hatiku” maka hal itu tiadalah
jadi marhum besar berangkat ke Terengganu. Yang Di Pertuan
Terengganu pun berlayarlah semua dan akan hal aku semua pun di
bawanyalah ke Terengganu kerana di dalan perahuku itu orang
Terengganu belaka lagi pulak perahu aku ke laut.
Maka di layarkannyalah perahu aku semua itu kemudian khabarnya serta
sudah habis segala orang Terengganu itu berlayar maka marhum besar
pun semayamlah di Batangan naik khabarnya ke rumah panglima Busu.
Kemudian telah sudah selesai daripada itu khabarnya marhum besar itu
menitahkan raja di Baruh pergi ke Lingga. Titah marhum besar “Melainkan
engkau Awang pergi ke Lingga itu ambilkan aku raja muda itu. Jangan
tidak2 jikalau raja muda itu datang pagi ke Riau petang aku di kehendaki
Allaha Taa’alaya syukurlah aku kepada Allaha Taa’alaya.
Jikalau raja muda datang petang masuk ke Riau ini pagi aku di kehendaki
Allaha Taa’alaya itu pun syukurlah aku. Asal aku bertemu juga dengan raja
muda kerana adalah aku ini tiadalah terbalas akan kasihnya raja muda itu
anak beranak itu semua kepada aku. Maka aku boleh kesenangan serupa
ini pun di sebab akan Allaha Taa’alaya dengan peliharanya raja muda
semua anak beranak, adik beradik. Sebab ada aku berJohor dengan
BeRiau ada aku berSiantan tetaplah aku dengan negeri ini pun di
sebabkan Allaha Taa’alaya dengan akal dan ikhtiarnya raja muda semua
juga anak beranak adik beradik itu segala anak Bugis semua dan jikalau
aku harapkan suku aku sebelah Melayu ini habislah sudah semuanya.
Dari awal datang ke akhirnya nyaris2 lagi pergi dengan nyawa aku hingga
duduklah di dalam berkhosamat juga sepanjang umur hidup. Inilah akan
halnya Wan Dalam dengan orang kaya semua dan lagi jika aku di
kehendaki Allaha Taa’alaya tengah malam dinihari tiadalah siapa yang

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


23

tempat aku petaruhkan engkau semua ada. Dahulu Allaha Wa Baa’da


Rosawalanya kepada zaman ini melainkan kepada raja mudalah yang
akan tempat aku petaruhkan engkau semua ini Allaha Allaha pergilah
Awang dengan segera2nya”.
Telah selesailah marhum besar bertitah itu maka raja di Baruh pun pergilah
ia ke Lingga bersama2 dengan raja Indera Busu. Maka lalulah raja di
Baruh itu berlayar ke Lingga serta di sampaikan Allaha Taa’alaya ia ke
Lingga lalulah ke Rembau. Raja muda Janggut pergilah menyambut lalulah
naik ke rumah serta berjamu2lah marhum Janggut dan raja di Baruh pun
menyampaikanlah segala titah marhum besar itu sehabis2nya. Setelah itu
tengku di Baruh pun bersabda “Tiadalah apa abang bersiaplah abang
kerana sahaya hendak ke Selangor” maka kata marhum Janggut “Baiklah
tuan”.
Kemudian tengku di Baruh pun berangkat berlayar ke Selangor serta
sampai ke Selangor. Tiada berapa antaranya lamanya maka dengan takdir
Allaha itu maka tengku di Baruh pun geringlah. Sepeninggalan tengku itu
berangkat ke Riau maka marhum besar pun geringlah lalu mangkat. Serta
tengku di Baruh mendengar ayahanda baginda sudah mangkat itu makin
sangatlah geringnya lalu mangkat pulak tengku di Baruh itu di bawalah
jenazahnya oleh Saluatang ke Riau.
Maka marhum muda Janggut pun keluarlah dari Rembau maka di
himpunkannyalah segala Melayu dan rakyat Damung batin segala orang
tukung pulau pun berhimpunlah memulangkan segala perintah Johor
sembahnya “Dahulu Allaha Baa’da rasulnya, tiadalah dua tiga lagi
pengarapan patik akan memeliharakan paduka cunda itu semua dan patik
sekelian ini hamba pusaka turun temurun selama2nya”. Kemudian

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


24

daripada itu lalulah kembali ke Riau serta membawa jenazah tengku di


Baruh itu pulang ke Riau.
Maka masuklah khabar raja muda itu lalu memakamkan tengku di Baruh
selalu merajakan marhum Tengah kekanda baginda itu. Maka waktu
marhum Janggut membawa jenazah tengku di Baruh itu maka baginda
sultan Mahmud itu baharu empat puluh (40) hari zahirnya dan tengku Putih
pun lagi gering juga lepas bersalin itu. Akan halnya tengku Putih serta
mendengar khabar tengku di Baruh sudah mangkat itu maka tengku Putih
pun tiadalah hendak lagi santap ubat lalulah mudharat geringnya.
Setelah sudah selesai daripada merajakan marhum Tengah maka
baharulah memakamkan tengku di Baruh tiada berapa pulak antaranya
maka tengku Putih pulak mangkat. Maka tiadalah berkeputusan lagi
percintaan orang di dalam Riau dan orang berkabung pun tiada lagi
berkeputusan dan ayam pun tiada berkokok lagi di dalam Riau itu.
Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh
Mahamada Al Mahadaya

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


25

ATURAN SETIA BUGIS MELAYU IV - MARHUM JANGGUT


Kemudian daripada itu tiada pulak beberapa lamanya maka datanglah
kapal dari Melaka penyuruhan Gurundur menaungkan hutang marhum
besar kepada Datuk Bendahara semua hutang tatkala melanggar ke
Lingga. Di hitung oleh kompeni belanjanya habis melanggar Lingga tujuh
laksa, tujuh ribu, tujuh ratus, tujuh puluh, tujuh ringgit, tujuh uwang, tujuh
duit banyaknya. Maka tiadalah terikhtiarkan oleh Datuk Bendahara semua
itu maka Yang Di Pertuan Terengganu tiada lagi sudah pulang ia ke
Terengganu.
Maka kesesakanlah Datuk Bendahara itu jikalau tiada di bayar maka
marhum Tengah dua beradik itu hendak di ambilnya oleh Ulanda itu
menjadi tiada terdayakan olehnya lalu di pulangkan Riau itu dengan segala
takluk rantaunya dan jajahan Johor itu kesemuanya oleh Datuk Bendahara
semua kepada marhum Janggut. Kata Datuk Bendahara Muda “Yang ke
Pahang itu abang tolonglah sahaya semua ini daripada hal hutang marhum
yang di kehendaki oleh kompeni ini.
Jangan sahaya semua abang pandang, abang pandanglah intan gemala
kita dua butir ini sahajalah abang pandang anak yatim piatu itu daripada
hal amanahnya marhum serta amanah marhum kepada sahaya. Di
pertaruhkannya melainkan Riau ini dengan segala jajahan Johor dengan
segala teluk rantau tokong pulau dengan sekelian isinya pulang kepada
abang. Jika baik abang baiki, jika jahat abang jahati. Tiada tunduk

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


26

dakwanya kemudian harinya dunia akhirat melainkan pulanglah kepada


abang mana2 perintah abanglah.
Setelah haraplah sahaya akan penolong abang serta kasihan belas abang
akan amanah marhum dua butir ini serta sahaya semua ini serta terlebih2
ampun maaf abanglah akan sahaya semua ini. Dahulu Allaha kemudian
rasulnya dunia akhirat haraplah sahaya itu bergantung kepada abang”.
Maka jawab marhum Janggut itu “Baiklah jikalau sudah begitu kata orang
kaya. Seboleh2nyalah sahaya ikhtiarkan itu pun sebab sahaya
mengenangkan amanat marhum serta sahaya memandangkan intan
gemala yang dua biji amanat yang di tinggalkan oleh marhum semua
kepada sahaya anak Bugis dagang yang tiada berguna kepada segala
manusia itu”.
Sambil marhum Janggut itu menangis yang amat sangat maka kata
marhum Janggut “Apa akal sahaya dengan amanat marhum dua berputera
itu melainkan jika busuk hatinya sekalipun melainkan seboleh2nyalah
sahaya makanlah juga”. Seraya titah marhum Janggut “Hai orang kaya,
apa akal sahaya adalah akan hal sahaya semua ini seperti pantun orang
tinggi bukit si kuda, mana tempat bertanam halia padi, sakit jua di kena
bencana, barang kerja tiada menjadi” maka terdiamlah Datuk Bendahara.
Kemudian daripada itu maka Ulanda pun mudiklah Minangkabau tiadalah
ia hendak bertangguh lagi serta di kehendakinya oleh Ulanda akan
marhum besar kekanda baginda itu mengadapi sendiri tatkala berbayar itu.
Maka susahlah marhum Janggut akan kehendaknya Ulanda itu di dalam
hal itu maka membayarlah marhum lalulah di bawa duli marhum besar itu
berangkat di kampung Bulang. Maka Ulanda pun mudiklah ke kampung
Bulang maka marhum Janggut pun berbayarlah kepada Ulanda. Setelah

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


27

sudah selesai marhum Janggut itu berbayar maka Ulanda itu pun
berlayarlah.
Kemudian daripada itu tiada berapa antaranya sudah selesai berbayar
hutang kepada Ulanda itu maka Datuk Bendahara pun minta dirilah ia
kepada marhum Janggut ia hendak pergi ke Pahang. Katanya Datuk
Bendahara itu “Adalah sahaya datang ini abang kerana sahaya hendak
mintak dirilah kepada abang kerana sahaya hendak pergi ke Pahang. Itu
pun tiada lama sahaya di Pahang sekadar dua tiga bulan sahaya pergi itu,
lekas juga sahaya pergi serta pulang ke sini”.
Maka jawab marhum Janggut “Baiklah tetapi janganlah orang kaya lama di
Pahang lekas2 balik kerana Yang Di Pertuan ini lagi kecil. Jikalau baik
jahat pun bersama2lah kita memeliharakannya serta melihatkan baik
jahatnya itu. Janganlah di biarkan seorang2”. Jawab Datuk Bendahara
“Ana Shaa Allaha Taa’alaya lekas abang sahaya balik dengan sumpahnya
serta berpegang2 tangan dua bulan ketiga adalah sahaya kembali ke sini”.
Setelah sudah itu kemudian maka berlayarlah Datuk Bendahara muda itu
ke Pahang dan yang tinggal di dalam Riau itu pertama2nya Datuk
Bendahara Tua dan Datuk Temenggung dan Engku Busu dan Raja Tua
yang ada tinggal di dalam Riau itu bersama2 dengan marhum Janggut.
Kemudian daripada itu di beri Allaha Taa’alaya serta dengan syafaat rasul
Allaha Shoma boleh kesenangan di dalam Riau itu laksana pohon kayu
yang besar hingga daripada umbi akarnya hingga sampai kepada dahan
rantingnya dan cawang2nya hingga rampak dan rendanglah dengan bunga
dan buahnya di nagerahkan Allaha Taa’alaya dengan berkat titah orang
yang benar serta mendirikan agama rasul Allaha Shoma dengan
sebenar2nya ia berbuat kerana Allaha Taa’alaya.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


28

Adapun tatkala marhum Janggut masuk ke Riau membawa jenazah


marhum muda itu beras harga seguntang seringgit tiada penuh sapu
tangan. Sirih dan bukar dan lada cuba di belah tiga setabir yang sepuluh
kupang pitis dan nyiur tiada berumbut. Beberapa banyak orang mati
kelaparan segala rakyat pergi mengambil umbi satu dan buah satu di laut
pulau Bayan itu fasal perahu dagang jangankan nama yang besar dan
jongkong kolek pun tiada masuk ke dalam Riau itu. Orang banyak juga
cukup dengan menteri hulubalangnya semuanya ada belaka sekadar
marhum dua berputera yang tiada lain daripada itu kesemuanya ada
belaka.
Syahdan daripada itu akan hal Datuk Bendahara Muda tiada balik lagi ke
Riau hingga sampai hilanglah dengan Datuk Bendahara Tua sekali itu pun
Datuk Bendahara Muda tiada balik ke Riau. Kemudian sudah alam
kesenangan di dalam negeri Riau di nagerahkan Allaha Taa’alaya datang
pulak suku Melayu itu yang ada di dalam Riau itu membuat pulak bicara
muslihat sama sendirinya sehari2. Tiada di perdulikan oleh marhum
Janggut semua itu segala perbuatan orang suku Melayu yang ada di dalam
Riau itu berbagai2 itu pun tiadalah di perdulikan oleh marhum Janggut.
Semata2 marhum Janggut itu membicarakan yang kebajikannya atas
negeri juga sekali2 marhum tiada membicarakan yang akan memberi
mudharat atas negeri serta orang banyak. Selama2nya ikhtiar marhum
Janggut laki isteri anak beranak akhir2nya maka datanglah pulak
khoshamatnya daripada raja tua itu beberapa lama. Maka tiada juga di
perdulikan oleh marhum Janggut di ambilnya baik juga di dalam hal antara
itu. Maka sudah nyatalah dengan sebenar2nya akan raja tua itu hendak
membakar gedung ubat bedil marhum di pengkalan rama itu serta sudah

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


29

dapat orangnya raja tua itu. Kemudian maka lalulah di undurkan oleh
marhum Janggut raja tua itu keluar dari Riau itu.
Sudah keluar raja tuan kemudian daripada itu maka datang pula raja Ismail
Siak hendak masuk ke Riau. Akan katanya raja Ismail tiada ia hendak
mengadap sekadar ia hendak ziarah ke maqam marhum besar sahaja
kemudian maka tiadalah di terima oleh marhum Janggut lalulah ia balik.
Kemudian daripada itu tiada pulak berapa lamanya maka datang pula raja
Ismail itu sekali lagi. Maka ia berhenti di selat lalu ia mengutus ke Riau
mengatakan sekali2 tiada ia hendak merosakkan Riau itu sekadar hajatnya
ia hendak ziarah ke maqam marhum besar serta ia hendak bertemu
dengan ninda Yang Di Pertuan Muda serta dengan segala ibu bapa dan
segala sanak saudara yang di dalam Riau itu.
Kemudian daripada itu maka menyuruhlah marhum Janggut akan Daeng
Mangadik dan Datuk Penggawa dan Datuk Bandar Amin utusan ke selat
kepada raja Ismail itu. Kemudian daripada itu maka di suruh pula oleh raja
Ismail kembali ke Riau Daeng Mangadik dengan Datuk Penggawa
mengatakan dia tiadalah sekali2 hendak khianat melainkan semata
hajatnya hendak bertemu dengan marhum serta sanak saudara yang ada
di dalam Riau serta hendak ziarah ke maqam marhum besar itu. Sahaja
dengan sumpah Lalahanya dengan Daeng Mangadik dan Datuk Penggawa
serta bertampar tangan menjamah Qoroana.
Kata raja Ismail itu melainkan Daeng dan Datuk tinggalkanlah barang siapa
kepercayaan Daeng dan Datuk itulah tinggalkan menunggui perahu Daeng
dan Datuk. Jika rosak binasa perahu Daeng dan perahu Datuk atau jarum
sebatang dan dayung sebilah melainkan sahayalah mengambil
kejahatannya atas dunia akhiratnya dan datang Datuk semua mengambil
kebajikannya atas dunia dan akhiratnya haraplah Daeng dan Datuk kepada

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


30

Allaha dan rasulnya. Kemudian daripada itu maka mudiklah Daeng


Mangadik dengan Datuk Penggawa dengan berkakap sahaja maka
tinggallah perahu besarnya di selat dan tinggal Datuk Bandar itu dengan
perahunya itu.
Kemudian daripada itu serta sudah Dang Mangadik dengan Datuk
Penggawa mudik ke Riau itu maka di panggillah oleh Tengku A’bada
Allaha, Datuk Bandar Amin ke kenaikan raja Ismail. Maka mengadaplah
Datuk Bandar Amin serta sampai lalulah ia menyembah. Tatkala ia
mengangkat tangan menyembah itu maka di tangkap oleh A’bada Allaha
itu lalulah di bawanya ke jong perahu kenaikan raja Ismail. Maka tatkala itu
ada budaknya pembawa tepaknya Datuk Bandar Amin itu maka di
cabutnya dari jarinya maka di berikannya kepada budak itu seraya katanya
“Pergilah engkau kepada raja Nagara itu mintakan hantarkan ke Riau. Aku
ini sudahlah sampai hukum Allaha”.
Maka budak itu pun terjunlah lalu lari kepada raja Nagara minta hantarkan
ke Riau maka Datuk Bandar Amin pun di pancunglah oleh Tengku A’bada
Allaha itu. Maka di gantungkan kepalanya Datuk Bandar Amin di bawah
jung2 kenaikan raja Ismail itu dan budak itu pun di hantarkanlah oleh raja
Nagara ke Riau. Setelah sampai budak itu lalulah di bawanya mengadap
kepada marhum Janggut maka di sembahkannyalah segala hal ehwalnya
Datuk Bandar Amin itu kepada marhum Janggut.
Sudah itu maka marhum Janggut pun berangkatlah ke selat maka lalu
berperanglah marhum Janggut dengan raja Ismail itu di selat. Maka alah
raja Ismail itu maka tinggallah sebuah dirinya lagi raja Ismail itu patah tiang
perahunya dan layarnya pun habis sudah ke dalam air hendak di ikut oleh
segala panglima2 maka tiada di beri oleh marhum Janggut. Kemudian
maka lalu lari raja Ismail itu maka habislah segala perahu orang Siak itu di

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


31

rampas oleh segala Bugis itu dan perahu Tengku A’bada Allahanya di
ambil oleh panglima Lurik dengan lupuk dan segala gundiknya dan
hartanya.
Maka waktu itu lalu di dapat oleh marhum Janggut surat empat (4) pucuk di
dalam kelamadan Tengku A’bada Allaha itu pertama surat Datuk
Bendahara dan kedua surat Datuk Temenggung dan ketiga surat raja
Indera Busu keempat surat raja Tua di masukkannya dengan Tengku
Besar semua di masukkannya ke dalam surat itu melainkan jikalau ada lagi
dengan kasihan belas serta pengenangan cunda semua akan ninda dan
ayahanda dan bonda semua itu yang ada tinggal di dalam negeri Riau itu.
Melainkan silakanlah cunda semua ke Riau minta ambilkan intan gemala
kita hanyalah dua butir itu di bawah tapak kaki segala Bugis itu. Janganlah
tidak2 kerana itulah sahaja pusaka kita semua di tinggalkan oleh seri
paduka ninda marhum maka hendaklah cunda peliharakan baik. Syahdan
asal ada cunda semua datang dari luar fasal dari dalam Riau itu melainkan
ninda semua dari dalam bersama2 dengan cunda semua. Ana Shaa Allaha
Taa’alaya haraplah sangat cunda semua kepada Allaha dan rasulnya.
Kemudian daripada itu beberapa pulak lamanya segala2 anak Bugis itu
duduk bertunggu dia Buru dan tuan Said Husin bana Yahya bertunggu di
pulau Bayan. Selesai daripada itu maka lalulah di dudukkan oleh marhum
Janggut Engku Tua itu dengan Tengku Hitam itu. Kemudian daripada itu
maka kedengaranlah khabar raja Ismail itu sudah masuk ke Terengganu
lalulah di ambil oleh Yang Di Pertuan Terengganu itu di buatnya menantu
sekali. Kemudian daripada itu maka marhum Janggut pun murkalah lalu
bersiap segala kelengkapan maka pergilah pulak ke Terengganu.
Di dalam marhum Janggut berangkat ke Terengganu itu sekali marhum
tiada hendak melanggar Terengganu itu pun sekali2 tidak. Sekadar

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


32

marhum Janggut hendak memulangkan surat setia Melayu dengan Bugis


itu sahaja kerana sebab pun maka Bugis itu berseteru dengan
Minangkabau itu dari kerana sebab Melayu kerana titah marhum besar
rahim Allaha yang mangkat di Batangan itu meletakkan persumpahan
dengan setia ini. Titahnya marhum besar jangan siapa2 menerimanya anak
cucu raja Kecik itu sehingga sampai kepada anak cucu cicitnya piut
inyangnya raja Kecik itu aku sumpahi dunia akhirat.
Jikalau Melayu menerima Melayu di binasakan Allaha sampai kepada anak
cucu cicit dan piut onyang2nya dan anak cucu cicitnya dan piut onyangnya
raja Kecik itu dan jika Bugis menerima maka Bugislah di binasakan Allaha
Taa’alaya dan rasulnya dari dunia sampai ke akhirat jemah. Iaitulah yang
aku pegang titahnya marhum besar rahim Allaha yang mangkat di
Batangan itu. Itulah sabdanya maka aku bermati2 berperang dengan
segala2 anak cucu raja Kecik itu dan saudaraku Daeng Hadijah duduk di
sini itu pun tiada kuperdulikan sampai mati dengan dirinya tiada aku
perdulikan oleh sebab aku takut sumpah setia serta amanah marhum
besar yang aku semua tanggung.
Maka sekarang ini Yang Di Pertuan Terengganu pulak menerima sampai di
buatnya menantu sekali oleh Yang Di Pertuan Terengganu baiklah. Titah
marhum Janggut jika begitu olehnya jemawa sahajalah aku semua duduk
di dalam negeri Riau ini melainkan baiklah aku pulangkan surat setia ini
kepada Yang Di Pertuan Terengganu. Apabila sudah selesai dari itu maka
aku pun keluarlah dari Riau aku hendak pulang ke Bugis lamun jika aku
lagi duduk di dalam negeri Riau ini. Akhirnya tiada kebajikan akhirnya itu
mendatangkan kebinasaan juga kerana sudah serupa Melayu itu dengan
Minangkabau dan Minangkabau serupa dengan Melayu.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


33

Hai belas hatiku melihat Yang Di Pertuan beradik itu melainkan Allaha dan
rasulnya juga yang mengetahuinya akan perhatian hambanya ini. Maka
akan halnya Yang Di Pertuan ini lagi kecik jikalau Yang Di Pertuan sudah
sampai berakal baik juga ini. Itulah rupanya baharu mengucap2 titah
marhum Janggut lihatlah perbuatan Melayu ini tiadalah rupanya dia dapat
mencari ikhtiar yang kebajikan semata2 ikhtiar yang kejahatan sahaja yang
di karangnya di dalam perutnya itu. Jika tidak ia dengan Yang Di Pertuan
itu menantu marhum besar lagi sepupunya kepada marhum besar. Sampai
begitu perbuatannya itulah orang yang kena sumpah oleh rajanya titah
marhum Janggut.
Kemudian daripada itu telah selesai muafakat ikhtiarnya maka lalu marhum
Janggut pergi ke Terengganu tiba2 sampai ke Terengganu. Maka tiadalah
pulak di terima oleh Yang Di Pertuan Terengganu maka lalulah balik
marhum Janggut itu ke Riau. Kemudian maka fikir marhum Janggut
hendak pun di tinggalkan sahaja Riau itu kenangkan marhum dua beradik
lagi kecik. Tiadalah siapa lagi tempatnya meninggalkan akhirnya akan
binasa negeri Yang Di Pertuan ini lagi kecik sangat di picit sedikit seorang
pun habislah Yang Di Pertuan ini.
Maka lalulah bertahan marhum Janggut sambil membaiki negeri Riau itu
meski pun apa2 pun di perbuatnya oleh segala orang besar2 suku Melayu
itu tiadalah di perdulikan oleh marhum Janggut itu. Di takdirkan Allaha
serta dengan syafaat rasul Allaha Shoma serta doa orang yang beriman
serta titah yang benar selamat sempurnalah negeri Riau itu hingga
sampailah kepada marhum besar mangkat. Di takdirkan Allaha sebegitu
juga di peliharakan Allaha Taa’alaya serta akal bicara marhum Janggut.
Meski pun bagaimana datang fitnahnya Melayu itu tiada juga di pedulikan
oleh marhum Janggut anak beranak yang baiknya juga hingga sampai

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


34

kepada Cina dan rakyat yang di perliharakan juga oleh marhum Janggut
hingga datang santeri di peliharakan belaka oleh marhum Janggut anak
beranak. Kemudian daripada itu mangkat marhum Janggut tinggal Engku
Tua anak beranak sebegitu juga di peliharanya akan Duli Yang Di Pertuan
Besar itu dengan segala rakyat tenteranya negeri Riau pun ramailah serta
makmur limpahnya.
Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh
Mahamada Al Mahadaya

ATURAN SETIA BUGIS MELAYU V - MARHUM TELUK KETAPANG


Kemudian daripada itu maka marhum mangkat di Teluk Ketapang pulak
menjadi raja muda makin sangat pulak ramainya Riau serta dengan
muafakat rapat segala anak2 Bugis itu. Maka lalulah marhum menaikkan
duli baginda sekali2 di dalam hal itu Melayu itu mencari juga muslihat.
Tatkala ada lagi hayat marhum Janggut sebegitu ramai negeri Riau itu
yang hal Melayu itu tiada juga ia menerima syukur kepada Allaha akan
rahmatnya masih juga dia menaruh dendam dengki khianat hingga
berjenis2lah perbuatannya.
Di dalam hal itu maka keluarlah raja Indera Bungsu itu anak beranak adik
beradik ipar beripar dengan tuan Kecik dan Tengku Lahad dan Tengku
Siah dan Tengku Fathimah ke Terengganu sebab kecil hati dengan Bugis
di katanya kami seorang. Di dalam hal itu berjalanlah fitnahnya kepada
Yang Di Pertuan Terengganu dan Tengku Bungsu Datuk Bendahara
Pahang selama2nya yang selaku setiap2 tahun berkirim surat kepada
Ulanda hingga sampai ke Menggala dan ke Madras dan ke Bombay dan ke

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


35

Betawi dan ke Siluang dan ke Melaka kehendaknya minta pukulkan negeri


Riau itu. Minta ambilkan duli baginda di bawah tapak kaki Bugis itu akan
perasaannya Melayu itu sentiasa tahun hingga sampailah akhir2 ini.
Kemudian daripada itu maka lalu Yang Di Pertuan Terengganu mengupah
Kapitan Galas dengan si Jamilah anak Cina sudah di masukkannya
Asalaama ‫مالسا‬. Di suruhnya memulai pucuk perkelahian di kuala negeri
Riau itu supaya sakitnya hati orang Riau itu akan kompeni dan kepada
masa itu si Jamilah itu bunting. Maka di tinggalkannya oleh Kapitan Galas
kepada anaknya Kapitan Gades di Terengganu hendak di suruhnya bawa
ke Cina oleh Kapitan Galas itu kepada Kapitan Gades. Maka dengan takdir
Allaha Taa’alaya sepeninggalan Kapitan perang dengan Perancis itu di
kuala negeri Riau itu.
Maka Kapitan Gades pun berlayarlah serta sampai ke kuala Ibai laut
Terengganu itu maka angin besar pun turunlah. Maka dengan takdir Allaha
Taa’alaya kapal Kapitan Gades pun pecahlah habis di hempaskan oleh
ombak ke dalam hutan kuala Ibai itu dan segenap2 celah2 batu itu dan
seorang pun tiada yang hidup segala Ulanda itu habislah mati dengan si
Jamilahnya. Kepada masa ketika itu kapal Kapitan Gades pecah itu
seratus sepuluh buah semuanya pecah dengan selupa Yang Di Pertuan
Terengganu serta perahu orang Sambas. Serta keciknya perahu orang
Terengganu pecah semuanya serta habis mati dengan orangnya tiada
lepas seorang juga pun sampailah akhir ini itu pun.
Maka jadi faham pengetahuan akan khabarnya perbuatannya Yang Di
Pertuan Terengganu itu dengan Ulanda. Itu pun dari sebab mendengar
bunyi perkataan di dalam surat Pemberam, raja laut yang di surat oleh
Encik A’bada Allaha anaknya tuan imam lebai Pandak itu di dalam kapal
Pemberam dan Encik A’bada Allaha yang menyurat dan Pemberamnya

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


36

mengaturkan perkataannya dan surat itulah yang di bawa oleh utusan


Yang Di Pertuan Terengganu ke Riau itu dan seorang namanya Uwan
Kubat gelarannya Seri Setia seorang Encik Ismail anak Encik A’bada
Allaha iaitulah jadi utusan Yang Di Pertuan Terengganu.
Maka sehari sampai Encik Ismail semua itu maka ia pun naik ke darat
mengadap Yang Di Pertuan Terengganu itu. Kemudian kepada esok
harinya maka pergilah orang menyambut surat itu dengan adatnya. Setelah
sudah di bawa orang naik surat itu ke balai rong maka di ambil oleh Duli
Yang Di Pertuan surat itu lalu di bukanya serta di bacanya. Surat itu dua
pucuk satu besar dan satu kecik kemudian maka di berikannya surat yang
keciknya itu di baca orang di bawah payung itu dan surat itu sahaja yang di
dengar oleh orang banyak itu dan surat yang besar itu Yang Di Pertuan
sendiri membacanya.
Kemudian telah sudah di bacanya lalulah di bubuhkannya ke bawah
lututnya kerana sah dengan nyatanya penglihatan mata sendiri melihat
perintahnya itu kerana sebab tatkala orang mengatur surat itu maka turun
ramai2 dengan Tengku Tengah semua anak beranak saudara bersaudara
ke balai lintang yang beranding kaca itu demikianlah adanya. Kemudian
dari itu setelah sudah habis orang sekelian pulang itu maka Yang Di
Pertuan pun berangkatlah kuala Ibai maka tipunya Yang Di Pertuan itu di
bawanya orang naik ke Tala.
Kemudian mintak ambilkan kepada Tengku Kecik dengan Tengku Puteri,
cucunya Yang Di Pertuan itu maka lalu di ambilkannya kemudian di
bawalah naik ke atas pebalin. Maka di bacanyalah kedua2nya surat itu
dengan Tengku Busu anaknya Yang Di Pertuan dengan Tengku Tengah
dan Tengku Lahad dan Tengku Sinat dan Tengku Awak. Setelah habislah

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


37

belaka mendengar bangkitnya Ulanda itu serta dengan nistanya akan Yang
Di Pertuan Terengganu buruk baiknya.
Jikalau sekiranya cemar martabat kita orang sini tiadalah cukup
mengatakan perkataan yang sedemikian itu. Jikalau sekiranya bahasa
Melayu di ramas susu itu dengan segera di berikan makan kepada anjing
tidaklah tersudu2 akan hal ehwalnya matanya memandang akan Yang Di
Pertuan Terengganu itu. Kemudian maka datanglah pula Encik A’bada
Allaha, anaknya tuan imam itu ke Terengganu maka naik ia mengadap
Yang Di Pertuan itu.
Maka titah Yang Di Pertuan “Hai A’bada Allaha, kerana Allaha Taa’alayalah
engkau akan aku ini orang tua ini dan janganlah engkau pandang aku.
Engkau pandang sahajalah tuan engkau itu raja itu kerana aku ini orang
tua melainkan seboleh2nyalah engkau carikan penawarnya antara aku
dengan Yang Di Pertuan Riau dan engkau bawa2kanlah air aku kepada
Yang Di Pertuan”. Maka lalulah di tepuknya oleh Yang Di Pertuan itu
belakangnya Encik A’bada Allaha itu demikianlah adanya hal perbuatan
orang yang dengki khianat itu.
Syahdan hingga sampailah sekarang ini bahayanya itu di manakan dapat
merasai kesenangan lagi melainkan hendaklah ingat2 akan diri sendiri.
Jikalau percaya itu pun janganlah terdorong amat dan tidak percaya pun
janganlah ketara amat kerana dunia ini sudah laknat al zaman. Maka
hendaklah barang sekeliannya yang di perbuat itu hendaklah habis2kan
fikiran serta ikhtiar yang baik dan yang jahatnya itu daripada antara Bugis
dengan Melayu itu. Kemudian daripada itu janganlah sekali2 di ambilkan
salah hari hal ehwalnya surat ini dari hal hendak menceraikan Melayu itu
dengan duli baginda itu pun sekali2lah tidak adapun.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


38

Maka tersuratkan kisah perkataan surat ini dari kerana sebab


mengenangkan untung nasib sendiri kepada masa zaman dahulu dengan
masa zaman sekarang ini. Bertambah2 pulak ada berdapat dengan
pendengaran dan penglihatan dengan mata di nyatakan Allaha Taa’alaya
dengan nyata sah. Itulah sebab maka jadi masygul dengan percintaan di
dalam hati maka jadi tersuratkanlah surat ini akan jadi pengingatan ke
bawah duli baginda dan Tengku Besar semua anak beranak sekelian.
Mudah2an di beri Allaha Taa’alaya barang sekelian bicara akal yang
sempurna dan supaya mudah mendapatnya akal dan ikhtiarnya orang
yang benar dan yang salah. Supaya mudah mafhum di dalam hati serta
mengingati diri sendiri supaya jangan selalu amat terkena dengan berkat
syafaat rasul Shoma. Barang di tambahi Allaha kiranya daulat seadat umur
zamannya baginda putera berputera kepada zaman ini.
Kemudian daripada itu tatkala sampai pulak ke Pahang bersama2 dengan
duli baginda maka di ambil oleh Tengku Mendak Tidar naik ke rumah
Tengku Mendak itu. Malam itu esok pagi2nya maka datanglah Encik Jumat
semua ramai ke rumah Tengku Mendak itu di muka pintu selasar rumah
Tengku Mendak itu sebelah seorang pintu itu dengan Tengku Mendak.
Maka berkatalah Encik Jumat itu dengan tunjuknya sekali demikianlah
katanya Encik Jumat itu “Hamba dengar khabarnya adik diri itu beranak
laki2 dengan Yang Di Pertuan khabarnya hamba dengar.
Itulah hamba katakan serta hamba ingatkan kepada diri jangan sekali2 diri
semua tiada tahu janganlah sekali2 diri semua berharapkan anaknya itu.
Berapalah kuasanya kasih Yang Di Pertuan seorang akan di beri semua itu
kerana hamba semua ini ramai. Jikalau tiada seorang ada lagi seorang
melainkan tiadalah diri semua merasai kesenangan dan diri tiada
mendengar khabarnya Tengku Tanawangsa itu bukan begitu juga serta

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


39

sudah bergundik. Maka terbuanglah isteri yang sama tara maka beranak
dengan gundiknya itu anaknya juga.
Maka mengapa senang sahaja maknya dan di lebihkan oleh segala waris
sebelah isterinya Engku Tanawangsa itu serta sudah hilang Engku
Tanawangsa itu dan anaknya itu di ambil oleh Tengku Puteri juga anaknya.
Itulah hamba ingatkan kepada diri semua baik fikirkan antara Yang Di
Pertuan dengan Encik Anita itu dan diri semua bicarakan dengan segala
kaum keluarga diri itu kerana garam hamba semua ini kepada tawar pada
Yang Di Pertuan dan garam diri semua itu yang amat masin kepada Yang
Di Pertuan itu”.
Kemudian maka di jawab “Mohonkan ampun beribu2 kali ampun ke bawah
kaus Encik semua ini. Daripada hal ehwalnya sabda Encik itu
sepenuh2nyalah terjunjung di atas batu kepala hamba engku beri
pengingatan Encik semua itu akan tetapinya dari hal ehwalnya puteranya
anakda itu dengan adik hamba Engku itu betapalah sebabnya maka tiada
boleh Encik semua harap. Jikalau di panjangkan Allaha umur zamannya
kerana ia bersifat manusia. Jikalau bersifat binatang sekali pun harap juga
hamba engku. Jikalau ada pulak untung tuahnya binatang itu selangkan
anak kucing, anak anjing, anak ayam lagi hamba engku harap.
Anak kucing itu harapkan menangkap tikus. Anak anjing itu hamba engku
harapkan menyalak pencuri. Anak ayam itu hamba engku harapkan jikalau
dia besar boleh di sembelih. Ini pulak anak setaranya putera anakda itu
dengan adik hamba engku itu konon tiadalah boleh hamba harapkan. Ana
Shaa Allaha Taa’alaya serta dengan berkat syafaat rasul Allaha Shoma
hamba engku semua harap sangat2 kerana itu yang di nagerahkan Allaha
Taa’alaya di atas hamba engku semua ini di jadikan Allaha Taa’alaya akan
jadi penghulu kepada hamba engku semua lagi anak.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


40

Betapalah perinya tiadakan hamba engku semua harapkan kepada zaman


ini sudahlah Allaha Taa’alaya takdirkan bertemu dengan anakda itu dengan
saudara hamba engku. Sekali2 tiada dengan hamba engku semua hajati2
atau dengan muafakat2 atau dengan di pinta2 anakda itu sekali tidak.
Lamun ikhtiar yang tiada mahu berkehendak itu habislah di persembahkan
oleh orang tua hamba engku. Adat ikhtiar hamba dengan tuan penghulu
sehabis2nyalah di persembahkan yang kata tiada mahu sekali2 mohonlah.
Jikalau sekiranya jalan emas riyal redhalah berjual diri atau jalan di
pecatkan dari Riau itu pun redhalah. Apa akal tiada berlaku sekali2 ke
bawah duli baginda dengan marhum mangkat di Teluk Ketapang
bagaimanalah lagi hendak di buatkan langit menimpa bumi dan mentimun
dengan durian hendak di pengapakan lagi. Baik juga lagi di buatnya baik,
jikalau di buatnya dengan kejahatan sekali pun hendak bagaimana lagi
kerana sudah nyata pertemuannya itu sudah terdapat di Luh Mahfuz
dengan takdir Allaha Taa’alaya pertemuan anakda itu dengan adik hamba
engku. Siapalah yang dapat menyakiti kehendak Allaha itu.
Kemudian Encik Jumat tiada hamba engku semua pakai perkataannya itu
sekali2 kerana hamba engku semua ini ramai melainkan salah seorang itu
melainkan akan memberi bekas juga akhirnya kelak di jawap juga lagi
encik. Jikalau sudah dengan hukum Allaha Taa’alaya situ jalannya
kebinasaan hamba engku semua2 itu di dalam tangan encik saudara
bersaudara itu sekali2 tiada boleh hamba engku semua elokkan melainkan
binasalah hamba engku semua itu. Jikalau tiada dengan hukum Allaha
Taa’alaya sekali2 tiada di peroleh seorang itu hendak membinasakan
seorang orang itu.
Inilah pulak encik semua lagi jikalau lainnya pun sekali kerana ada lagi di
atas tongkatnya. Jikalau duli anakda itu yang di katakan ganti Allaha di

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


41

dalam dunia ini tentu pulak dengan gelarannya anakda itu Qoadhoya
Malaka Al A’adayala Kholayafata Al Mawamanayana ‫ليداعلا كلم يضاق‬
aaF nakatak id gnay ‫’خ ل ي فت ال موم ن ين‬ala Lamaayaroyada ‫ ديريامل لاعف‬itu
berlaku sebarang kehendak lagi akan takdir Allaha Taa’alaya juga yang di
pakainya. Jikalau tiada dengan takdir Allaha sekali2 berlaku banyak pulak
jalannya lepas orang itu”.
Maka jawap Encik Jumat “Itulah tiada hamba engku semua pakai” maka
lalu di jawap pulak “Ampun encik banyak2 akan hamba engku. Baik jikalau
encik semua tiada memakai perkataan itu. Sembahyang menuntut itu pun
tiada apalah gunanya kerana sudah berkuasa sendiri”. Kemudian daripada
itu maka bertitah pulak tengku Mendak “Sahaya itu abang kesana tidak
kemari pun tidak hendak pun tiada sahaya menjawab kerana telinga
sahaya mendengar sahaya jawab.
Kelak kata abang sahaya memenangkan minag orang dengan anak
buahnya begitu pulak kata abang dengan sahaya. Akan abang pun sanak
saudara juga kepada sahaya hingga itu jalan yang benar juga sahaya
katakan. Cubalah abang fikirkan baik2 inilah pulak antaranya ini di Dungun
tiada ada dalam Riau. Jikalau akan nian itu semua itu pun yang ada
bersama2 di dalam Riau itu. Adakah lulus kepada akal akan boleh
menahani kehendaknya yam tuan itu langit menimpa bumi. Mentimun
dengan durian hendak di bagaimanakannya lagi kehendaknya Yang Di
Pertuan itu baik juga lagi di ambilnya dengan sebaik2nya.
Jikalau di ambilnya pun sekali dengan kekerasan hendak di
pengapakannyakah oleh saya itu akan Yang Di Pertuan itu kerana hamba
dengan tuan menjadi sahaya pun ajaib sekali2 mendengarnya perkataan
abang itu. Bagaimana maka bolehnya abang mengatakan perkataan itu
seperti perkataan orang yang tiada mengetahui malam dengan siang.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


42

Abang tua lagi sudah menuntut apalah sebabnya maka abang berkata
demikian itu menjadi sia2 sahajalah abang mengaji kitab itu”.
Maka encik Jumat itu pun diamlah dengan takdir Allaha esok pagi2 hari
maka datang pula Encik Jumat itu membawa umpama lagi di tanah
budaknya membawanya. Serta sampai lalu naik ke serambi rumah Tengku
Mendak itu mengambil daripada budaknya itu dia sendirilah membawa
kehadapan Tengku serta katanya “Ini insaf adik diri raja Andak tiga beradik
itu memberi diri mengatakan anaknya tengku Buang dan adiknya tengku
Jinal itu .. perak besar dan nyiurnya di paring perak sedang dengan
beralas.
Pada fikir hati orang tua ini kelmarin itu dia hendak menjadikan dirinya
seperti Allaha Taa’alaya hendak melakukan kudrat iradatnya sendiri ini.
Sebentar dia menjadikan dirinya hamba orang” dan tengku Mendak
tersenyum melihat laku Encik Jumat dengan tulus dan ikhlas rupanya itu.
Hairanlah melihatkan kebesaran Allaha melakukan kudrat iradatnya di atas
hambanya yang dhoif lagi bebal demikianlah halnya.
Syahdan dari hal ehwal itu sebabnya maka jadi tersuratkan surat ini dari
hal mengenangkan akhirnya kemudiannya kelak baik ada lagi hayatnya
duli baginda seribu kali rahmatlah di nagerahkan Allaha Taa’alaya serta
syafaat rasul Allaha Shoma. Barang di tambahi Allaha dan rasulnya apalah
kiranya daulat saadah umur zaman duli baginda sampai tengku besar
sepenuh2nya akal. Serta dengan berkat syafaat rasul Allaha Shoma dan
segala wali Allaha sekelian serta di selamatkan Allaha Taa’alaya duli
baginda dengan sejahteranya muafakat putera berputera saudara
bersaudara.
Syahdan daripada itu adapun antara Bugis dengan Melayu itu sekali2 tiada
boleh bercerai dan Melayu pun tiada boleh juga baginda bercerai. Mata

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


43

hitam dengan mata putih betapalah menceraikannya jikalau di buangkan


Bugis tiadalah baginda berbugis. Jikalau di buangkan Melayu tiadalah
baginda bermelayu kerana adalah baginda itu sudah masuk dengan Bugis.
Jikalau begitu melainkan baiklah juga sama2 di sebutkan kedua2nya
kerana Bugis asal yang masuk dari Bugis dan Melayu pun demikian juga.
Sebermula adapun Bugis itu seumpama telur sesarang di eram oleh
ibunya. Demikianlah marhum Kelana dengan marhum Besar yang mangkat
di dalam kota dan marhum Janggut dan Karaeng dan Patih dan Daeng
Manabah dan duli baginda dan engku muda itu sudah satu sarang dan
inilah yang asal2 yan di Bugis hanya satu ayahnya dan satu bondanya
yang mengadakan anak tiga belas (13) orang sama masaknya yang asal
berdarah putih sama asal menurun belaka.
Laki laki dan perempuannya yang menjadikan anak tiga belas (13) orang
itu dari sebab perbuatan demikianlah maka jadi lekat sumpah setia ini
Bugis dengan Melayu. Akan tetapi janganlah engkau nyatakan kepada
sekelian orang menyuratkan ini pun apa akal sebab kerana engkau jika lain
daripada engkau tiadalah hendak menyurat kerana tiada faedahnya.

Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries


Transliterasi Jawi ke Rumi oleh
Mahamada Al Mahadaya

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


44

ATURAN SETIA BUGIS MELAYU VI


Hijrah al nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seribu seratus tiga
(1103) tahun dan kepada tahun Ba dan kepada hari Khomis maka dewasa
itulah tatkala masa raja Sulaiman itu di tabalkan oleh Kelana Jaya Putera
serta Daeng Menimpak gelar sultan Sulaiman Badar Al Alam Syah di atas
tahta kerajaan di negeri Johor dan Pahang dan Tun Abas menjadi
Bendahara Seri Maharaja.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


45

Maka adalah di dalam perjanjian setianya raja Johor dengan raja Bugis itu
bersumpah setia serta muafakat itu tiada berubah2 sampai kepada anak
cucu tiada mengubahkan setia dan adalah antara raja Buni dengan raja
Johor itu jadi bersaudaralah dan negeri yang dua itu menjadi satu.
Maka barang siapa mungkir daripada setia itu di binasakan Allaha Taa’laya
kemudian daripada itu maka di balas oleh Duli Yang Di Pertuan pulak
kebaktian Kelana itu. Maka di ambil oleh baginda akan dia jadi saudara
dunia akhirat maka di jadikan pulak Kelana itu raja muda maka bergelar
sultan Ali Al Din. Maka lalu di serahkan sekelian perintah negeri Johor dan
Pahang itu dengan segala teluk rantau jajahan dengan segala rakyat
sakainya sekelian Anatahaya Al Kalaama.
Kemudian daripada itu maka Yang Di Pertuan Muda itu pun mangkatlah
kepada masa ia hendak pergi bertemu dengan raja Inderagiri itu maka
mangkatlah ia di Pitung. Maka di bawa kembali ke Riau kepada masa itu
raja Tua pun datang dari Terengganu membawa raja Indera Bungsu
dengan Engku Siwa Raja maka lalulah di makamkan marhum muda itu di
sungai Baru adanya dan kepada hijrah 1141 sanat dan kepada tahun Zai
maka di gantikan oleh Duli Yang Di Pertuan saudara baginda yang
bernama Daeng Ali itu jadi raja muda maka bergelar sultan Ali Al Din juga.
Maka di baharui pulak sumpah setia oleh Duli Yang Di Pertuan dengan raja
muda itu dan datuk bendahara dan Engku Raja Indera Bungsu dan segala
orang besar2 dan segala penggawa Bugis dan Melayu bersumpah setia
muafakat yang tiada berubah2. Dan tuan Bugis melainkan tuan Melayu dan
jikalau tuan kepada Melayu melainkan tuanlah kepada Bugis dan jika
musuh kepada Bugis melainkan musuhlah kepada Melayu dan jika musuh
kepada Melayu melainkan musuhlah kepada Bugis itu.

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


46

Maka barang siapa mungkir daripada sumpah setia itu di binasakan Allaha
Taa’alaya sampai kepada anak cucunya. Maka kepada ketika itulah di
kembalikan oleh Duli Yang Di Pertuan Muda dengan raja Tua dengan
muafakat segala orang besar2 dan penggawa dan orang tua2 perintahnya
segala rakyat2 dan teluk rantau tukung pulau sekeliannya itu kepada
Engku Raja Indera Bungsu. Maka Engku Raja Indera Bungsu pun ikrarlah
mengaku mengerjakan itu Anatahaya.
Kemudian daripada itu jikalau perjanjian yang di dalam adat bagi Johor
yang selama2nya jikalau hamba orang lari ke teluk dan ke rantau jikalau ia
menggung emas orang melainkan emas orang itu di kembalikan. Jika ia
mati melainkan di ganti oleh orang yang menaruh orang itu. Kemudian
daripada itu jika hamba orang lari maka di bawa oleh rakyat masuk ke
dalam negeri itu maka hendak di beri pembalinya mana2 yang patutnya
kepada adat Anatahaya.
Kemudian daripada itu tiadalah berapa antaranya maka raja Tua pun
kembali ke rahmat Allaha Taa’alaya maka lalu di makamkan di sungai Baru
juga. Kemudian kepada hijrah 1147 sanat dan kepada sepuluh (10) hari
bulan Dza Al Haja dan kepada malam Sabtu waktu Isyak maka Tun A’bada
Allaha pulak di jadikan raja Tua iaitu anak saudaranya. Maka di teguhi
pulak janji itu di hadapan Duli Yang Di Pertuan Besar dan Yang Di Pertuan
Muda dan Engku Raja Indera Bungsu dan penggawa dan segala orang
tua2 sumpah setia yang tiada berubah2.
Maka barang siapa mungkir daripada sumpah yang tersurat di atas kertas
ini maka di ramai2kan oleh segala anak Bugis dan orang Melayu. Maka
orang itulah di kutuki Allaha sampai kepada anak cucunya tiada boleh baik
sampai kepada anak cucunya sekelian. Kemudian daripada itu kepada
hijrah 1158 sanat dan kepada tahun Alif kepada tujuh belas (17) hari buan

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


47

Robayaa’ Al Akhir dan kepada hari Arobaa’ waktu jam pukul sembilan (9)
kepada masa itulah Yang Di Pertuan Muda kembali ke rahmat Allaha
Taa’alaya dari negeri yang fana ke negeri yang baqo maka di makamkan di
dalam kota Anatahaya.
Kemudian daripada itu maka hendak di ganti oleh Duli Yang Di Pertuan
Besar akan anak saudara baginda yang bernama Daeng Kemboja. Maka
Daeng Kemboja itu pun bermohon ke bawah Duli Yang Di Pertuan Besar
yang maha mulia kerana ia dahulu hendak pergi dahulu ke Selangor.
Setelah itu maka sekelian perintah negeri itu di sembahkan ke bawah Duli
Yang Di Pertuan Besar maka ia pun pergilah ke Selangor. Tiada berapa
lama antaranya maka ia pun kembali pulak pulang ke Riau lalulah di
jadikan oleh Duli Yang Di Pertuan Besar, Daeng Kemboja itu raja muda.
Syahdan kepada hijrah 1161 sanat dan kepada tahun Zai maka di baharui
pula oleh Duli Yang Di Pertuan Besar yang maha mulia sumpah setia
dengan Yang Di Pertuan Muda dan Engku Raja Indera Bungsu dan
sekelian penggawa dan segala orang tua itu sumpah setia yang tiadalah
berubah2 serta yang telah lalu tersurat di atas kertas ini. Maka barang
siapa mungkir daripada sumpah setia itu melainkan dialah yang di
binasakan Allaha Taa’alaya sampai anak cucunya jangan beroleh
kebajikan sampai kepada hari kiamat jemah Anatahaya.
Kemudian daripada itu Engku Raja Indera Bungsu pulak di jadi oleh
marhum besar serta dengan raja muda Datuk Bendahara Seri Maharaja
Anatahaya. Syahdan daripada itu kepada hijrah 1161 sanat dan kepada
tahun Zai dan kepada delapan likur (28) hari bulan Rejab dan kepada hari
Arobaa’ dewasa itulah Yang Di Pertuan dengan segala penggawa Bugis
dan segala Melayu muafakat memohonkan Engku Raja Indera Bungsu itu

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


48

ke bawah duli Yang Di Pertuan Besar yang maha mulia itu menjadikan
Datuk Bendahara itu.
Setelah di kabulkan oleh Duli Yang Di Pertuan Besar maka berjanjilah
Datuk Bendahara itu dengan Yang Di Pertuan Muda serta dengan segala
penggawa dan segala orang tua2 melainkan barang yang salah di
salahkan dan barang yang benar di benarkan, baik Melayu baik Bugis dan
Melayu sama Bugis pun sama. Dan apabila Bugis salah melainkan Yang Di
Pertuan Muda membicarakan dia dengan sebenar2 bicara. Dan apabila
Melayu salah melainkan Datuk Bendahara membicarakan dia dengan
sebenar2 bicara itu melainkan hendaklah Datuk Bendahara itu memberi
tahu kepada Yang Di Pertuan Muda dan Yang Di Pertuan Muda pun
demikian juga.
Apabila tiada terbicarakan segala Bugis itu melainkan hendaklah Yang Di
Pertuan Muda memberi tahu kepada Datuk Bendahara pulak. Maka
bersumpahlah Datuk Bendahara dengan Yang Di Pertuan Muda kepada
Allaha Taa’alaya dan rasulnya dengan sebab hendak membaiki negeri dan
orang banyak. Maka barang siapa tiada mahu mengikut melainkan
salahlah ia ke bawah Duli Yang Di Pertuan Besar maka di ramai2 oleh
orang banyak.
Syahdan tiadalah ia mengubahkan seperti mana adat marhum yang di
sungai Baru akan setianya kepada masa ketika itu Maulana tuan said
A’bada Allaha abana Mahamada Al Qodusi Qodasa Allaha Sayaro barang
di tetapkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya apalah kiranya imannya
baik Melayu, baik pun Bugis dengan berkat doa tuan said itu Anatahaya Al
Kalaama.
Kemudian daripada itu kepada hijrah 1166 sanat tahun dan kepada tahun
Ba maka Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya melakukan kudrat iradatnya

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


49

maka Yang Di Pertuan Muda pulak keluar dari negeri Riau lalu pindah ke
Linggi menjadi bercerailah pada kelakuan antara Bugis dan Melayu itu
muafakat setianya.
Maka tiada berapa lama antaranya maka di suruhkan oleh Yang Di Pertuan
Muda akan anakda baginda itu raja Haji puteranya marhum yang mangkat
di dalam kota dan raja A’bada Allaha puteranya baginda raja Tua anaknya
raja yang bernama Tun A’bada Allaha itu mengadap ke Riau ke bawah Duli
Yang Di Pertuan Besar mohonkan menjunjung kurnia periksa adakah
muafakat lagi sumpah setianya marhum yang mangkat di sungai Baru itu
atau tiadakah. Maka titah Duli Yang Di Pertuan Besar “Sekali2 kita tiada
mengubahkan setia yang dahulu2 itu”.
Di dalam itu lalu di titahkan oleh Duli Yang Di Pertuan Besar akan anakda
baginda itu pergi membawa Yang Di Pertuan Muda itu ke Linggi maka
anakda baginda pun pergilah ke Linggi. Setelah sampai ke Linggi maka
sampaikannyalah segala titah ayahanda baginda itu serta di
kembalikannya segala perintah Johor itu serta di berinya Anatahaya Al
Kalaama.
Kemudian daripada itu lalulah di bawa oleh baginda adinda baginda itu ke
Selangor sepeninggalan baginda itu maka Duli Yang Di Pertuan Besar pun
mangkat meninggalkan negeri yang fana ke negeri yang baqo. Maka
baginda pun geringlah selama pendengar khabar ayahandanya mangkat
itu maka lalu mangkat pulak maka lalulah di bawa oleh Saluatang itu ke
Linggi jenazahnya.
Setelah sampai ke Linggi maka segala2 orang Melayu dengan sekelian
teluk rantau tukung pulau segala yang mengiringkan baginda itu datanglah
mengadap Duli Yang Di Pertuan Muda dengan segala demang batin itu
berdatang sembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Muda mengatakan

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


50

“Dahulu Allaha Wa Baa’da Rosawala tiada lagi dua tiga pengharapan patik
semua ini melainkan hanyalah duli tuanku kepada hal memeliharakan
segala anak cucu Seri Paduka Marhum Besar itu adanya. Tama.
Termaktub kepada malam Arobaa’ jam pukul sepuluh (10) kepada sepuluh
(10) hari bulan Shofar tahun 1234 sanat.
Di salin pula surat ini di dalam negeri Riau pulau Penyengat kepada dua
(2) hari bulan Syaaban dan kepada hari Sabtu jam pukul sepuluh adanya
tahun 1265 sanat.
Al Sultan Ahmad Riayat Syah Zhola Allaha Faya Al A’alama Abana Al
Sultan A’bada Al Jalil Syah 1218 sanat.
Al Sultan Ali Al Din Abana Upu

Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries


Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)


51

Adapted by Muhammad Sapri Andi Pamulu (2021)

Anda mungkin juga menyukai