Anda di halaman 1dari 16

1

KABEL BAWAH TANAH

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami rekabentuk dan binaan kabel,penanaman


kabel bawah tanah dan sistem pengagihan domestik dan industri.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

1. Menyatakan keperluan pembinaan kabel bawah tanah

2. Menjelaskan cara penanaman kabel bawah tanah bagi pelbagai keadaan

3. Menyatakan kelebihan dan kekurangan kabel bawah tanah berbanding penghantaran


talian atas.

4. Menerangkan sistem pengagihan domestik dan industri.


2

KABEL BAWAH TANAH


3.7 Kabel Bawah Tanah

Pengagihan tenaga elektrik bukan sahaja menggunakan sistem talian atas seperti
mana yang telah kita pelajari, adakalanya pengagihan bekalan elektrik juga dilakukan
dengan menggunakan sistem bawah tanah. Oleh yang demikian untuk membolehkan
pengagihan bekalan elektrik melalui bawah tanah maka kabel yang sesuai perlu digunakan.
Untuk maksud ini maka kabel bawah tanah dihasilkan bagi memboleh pembekalan tenaga
elektrik ke sesuatu kawasan atau kepada pengguna dapat dilakukan dengan selamat.
Pemasangan kabel bawah tanah biasanya dilakukan dikawasan-kawasan bandar dan
dikawasan-kawasan yang perlu (talian atas tidak sesuai). Secara umum rekabentuk kabel
bawah tanah dapat digambarkan seperti rajah 3.6.

4. Pelapisan 3. Salutan Logam


5. Pemerisaian
2. Penebat
6. ‘Serving’
1. Teras

Rajah 3.6 Skematik kabel bawah tanah

Teras (1) :
Semua kabel bawa tanah mempunyai satu teras atau lebih dari satu teras yang diperbuat
dari almunium atau tembaga pada kebiasaanya bilangan teras adalah 1,2,3 atau 4.

Penebat (2) :
Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah; (i) kertas yang direndam dalam minyak;
(ii) vulcanized bitumen; dan (iii) varnished cambric.
3

Salutan logan (3) :


Disalutkan di atas penebat untuk mengelakkan dari kemasukan lembapan. Bahan-bahan
yang digunakan plumbum dan almunium.

Perlapisan (Bedding) (4) :


Di sebelah luar lapisan logam terletak selapis bedding, diperbuat dari gabungan kertas
dengan bahan gantian. Tugas pelapisan ini ialah untuk memberi perlindungan kepada
salutan logam.

Pemerisaian (Armouring) (5) :


Untuk mengelakkan kerosakan mekanikal dari berlaku ke atas kabel. Satu atau dua lapisan
dawai keluli (galvanized steel wire) atau dua lapisan tap keluli digunakan untuk tugas
pelapisan.

Serving (6) :
Di bahagian luar sekali iaitu atas lapisan pemerisaian disalutkan dengan lapisan gantian
serupa dengan pelapisan.

3.7.1 Keperluan Utama Binaan Kabel Bawah Tanah

Pembinaan kabel bawah tanah adalah lebih kompleks berbanding dengan


kabel talian atas. Seperti mana yang telah digambarkan pada rajah 3.6, kabel bawah
tanah mempunyai sekurang-kurangnya enam bahagian atau lebih dengan bahan
binaan yang berlainan. Pembinaan ini dilakukan sedemikian bagi menjamin
ketahanan dan keselamatan kabel membawa voltan tinggi dan juga daripada keadaan
yang terdapat dalam tanah (tekanan, air dan sebagainya). Oleh yang demikian bagi
mempastikan kabel bawah tanah yang direkabentuk ini boleh digunakan bagi
penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik melalui bawah tanah, beberapa
kerperluan utama pembinaan mesti dipatuhi, di antaranya;

i). Pengalir almunium/tembaga yang digunakan mesti mempunyai saiz yang


berpatutan supaya arus boleh mengalir tanpa berlakunya kepanasan yang
berlebihan. Susutan voltan pada kabel tidak boleh melebihi satu-satu had yang
telah ditetapkan.
ii). Kabel tersebut mesti mempunyai penebatan yang sempurna dan tebal penebat
yang boleh menggelakkan dari terjadi sesuatu kemalangan dan dapat menahan
tegasan dielektrik yang tinggi.
iii).Kabel mesti diberi perlindungan mekanikal supaya dapat menahan kerosakan dari
penggunaan yang kasar.
iv).Kabel mesti mempunyai kestabilan kimia dan fizikal pada keseluruhannya.
v). Kemudahan untuk menggelakkan kemasukan air kedalam kabel perlu diambilkira.
4

3.7.2 Penanaman Kabel Bawah Tanah

Penanam kabel bawah tanah adalah berbeza dengan pemasangan kabel


pada talian atas. Pemasangan kabel pada talian atas menggunakan tiang-tiang menara
dan penebat rangkaian yang berbeza bergantung kepada keupayaan voltannya.

Begitu juga menanam kabel bawah tanah mempunyai berbagai kaedah bergantung
kepada keperluan dan keadaan disesuatu tempat menanam kabel tersebut. Kaedah
menanam kabel bawah tanah yang biasa digunakan di antarnaya; (i) secara menanam
terus (direct laying); (ii) dalam saluran (ducts) dan paip; dan (iii) sistem pepejal
diletakkan dalam terowong yang khas dibina.

i). Menanam Kabel Bawah Tanah Secara Terus

Penanaman kabel bawah tanah dalam trench seperti pada rajah 3.7 (a)
dan (b) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu bervoltan tinggi dan bervoltan
rendah. Peraturan-peraturan yang mesti diambil dalam penanaman kabel bawah
tanah adalah seperti berikut:-

i.) Tentukan kedalaman trench yang disediakan adalah sedalam 3 kaki.


ii.) Kemudian pasir setinggi 15.24 sm (6 inci) ditimbus pada permukaan bawah
trench.
iii.)Kemudian kabel diletakkan pada permukaan pasir tersebut.
iv.) Diikuti dengan menimbuskan lagi 15.24 sm (6 inci) pasir menutupi kabel.
v.) Batu-batu kemudian diletakkan secara mendatar di permukaan pasir betul-betul
di atas sepanjang kabel ditanam. (Untuk kabel bervoltan tinggi saiz batu-
batunya ialah 22.86 sm x 7.62 sm) dan (Untuk kabel bervoltan rendah saiz
batu-batunya ialah 10.16 cm x 7.62 cm).
vi.) Akhirnya tanah asal digunakan semula untuk meutup trench tersebut.

Paras Permukaan Tanah


Skala : Semua
ukuran dalam sm Tanah Asal
7.62

15.24 22.86
Kabel
Pasir

15.24

4.5

Rajah 3.7(a) Cara penanaman kabel bawah tanah bervoltan tinggi


5

Paras Permukaan Tanah


Skala : Semua
ukuran dalam sm Tanah Asal
7.62

15.24 10.16
Kabel
Pasir

15.24

4.5

Rajah 3.7(b) Cara penanaman kabel bawah tanah bervoltan rendah

ii). Menanam Kabel Bawah Tanah dalam Saluran (ducts) dan Paip

Penanaman kabel bawah tanah dalam saluran bagi sistem pengagihan


biasanya dilakukan dikawasan-kawasan seperti;

i). Lintasan jalanraya.


ii). Lintasan jalan keretapi.
iii). Lintasan longkang monsoon (Monsoon Drain Crossing)
iv). Lintasan jambatan

Jenis-jenis saluran dan paip yang digunakan adalah seperti berikut;

i). Paip keluli (terutama digunakan pada lintasan jalan keretapi, longkang
monsoon dan jambatan)
ii). Saluran jenis tanah liat (glaze earthetware ducks).
iii). Paip asbestos
iv). Paip jenis gentian (picth fibre pipes)

Penanaman kabel bawah tanah menggunakan saluran dan paip


biasnya menggunakan paip dan saluran yang berukuran garispusat dalam
sebanyak 2 kali ganda garispusat kabel yang hendak ditarik kedalamnya (paip
dan saluran).Beberapa peraturan perlu dipatuhi jika penanaman kabel
mengunakan saluran dan paip ini digunakan dalam sistem pengagihan iaitu;
6

(a). Paip keluli atau paip bergalvani adalah diletakkan secara terus ke atas
permukaan tanah seperti ditunjukkan pada rajah 3.8(a).
(b). Saluran (ducts) jenis tanah liat.

i). Sebelum meletakkan saluran jenis tanah liat ke dalam trench, konkrit
setinggi 7.62 sm (3 inci) dibina pada permukaan dalam trench tersebut.
ii). Kemudian barulah saluran jenis, tanah liat diletakkan di atas permukaan
yang telah dibina konkrit tadi.
iii). Diikuti pula konkrit dibubuhkan pada sekeliling seluran jenis tanah liat
setebal 7.62 sm (3 inci) atau lebih.
iv). Tanah asal kemudian digunakan untuk menutupi semula trench tersebut.
Lebar trench bergantung kepada banyak kabel yang digunakan.

Paras Permukaan Tanah

Paip keluli atau


paip besi
bergavani Dalam Tanah

Kabel

Lebar Trench

Rajah 3.8(a) Cara meletakkan paip keluli/galvani

Paras Permukaan Tanah

Konkrit
Paip keluli atau 7.62 sm
paip besi
bergavani Dalam Tanah
Kabel

7.62 sm

Lebar Trench

Rajah 3.8(b) Peraturan meletakkan salur dan paip jenis tanah liat
7

(iii). Menanam Kabel Bawah Tanah menggunaka Sistem Pejal

Cara penanam kabel dengan menggunakan kaedah ini, kabel akan


dibaringkan didalam paluh (bekas berbentuk) seperti trench atau sesalur di
dalam tanah. Kemudian paluh ini diisi dengan bitumen atau minyak tar dan
kemudian ditutup dengan konkrit. Paluh yang digunakan dalam penanaman
kabel bawah tanah sebenarnya terdiri daripada besi beracuan, batu, tar dan kayu
yang telah dirawat. Kabel yang ditanam dengan cara ini biasanya mempunyai
penutup yang licin di samping menyediakan perlindungan mekanikal yang baik.

Waluapun demikian menanam kabel dengan cara ini jarang dilakukan,


ini kerana ia melibatkan kos yang amat tinggi. Meskipun demikian ianya boleh
diatasi dengan kemahiran penyelia melaksanakan kerja pemasangan dan juga
bergantung kepada keadan cuaca yang baik. Masalah yang timbul bagi
penanaman kabel dengan cara ini, ia memerlukan masa yang lama bagi
menyiapkan kerja-kerja penanaman di samping kerja-kerja baik pulih jika
berlaku kerosakan pada kabel. Meskipun begitu dengan kaedah ini kabel
mendapat perlindungan yang baik daripada tindak balas kimia dan sebagainya.

3.7.3 Perbandingan Kabel Bawah Tanah dan Talian Atas

Tidak dapat dinafikan dalam preoses pengagihan tenaga elektrik kedua-dua


kaedah ini amat diperlukan. Keperluan ini adalah bergantung kepada keadaan di mana
pemasangan talian elektrik dilakukan. Meskipun begitu beberapa perkara perlu
dipertimbangkan sebelum memilih kaedah pemasagan talian elektrik yang yang
sesusai. Kerana kedua-dua kaedah ini mempunyai kelemahan dan kebaikanya sendiri,
di antaranya;

i). Keselamatan awam :


Talian bawah tanah lebih selamat daripada talian atas, ini kerana talian terdedah
kepada orang ramai berbanding talian bawah tanah.

ii). Kos Sebenar :


Talian bawah tanah lebih mahal iaitu dua kali ganda berbanding talian dalam
sistem penghantaran. (mempunyai jarak yang sama).

iii). Kebolehsuaian :
Talian atas lebih fleksibel dari sistem talian bawah tanah,. Talian atas mudah
untuk dilentur manakala talian bawah tanah adalah sukar dan boleh rosak
sekiranya dilentur.
8

iv). Keupayaan Voltan :


Sistem talian bawah tanah beroperasi di bawah 66 kV manakala talian atas
melebihi 400 kV.

v). Kos penyelenggaraan :


Sistem talaian bawah tanah lebih murah berbanding talian atas. Ini kerana talian
bawah tanah jarang mengalami kerosakan berbanding talian atas yang terdedah
kepada panahan petir.

vi). Kejatuhan voltan :


Sistem talian bawah tanah mempunyai kejatuhan voltan yang lebih rendah
berbangding talian atas.

vii). Penyambungan :
Penyambungan bagi sistem talian bawah tanah adalah lebih sukar berbanding
talian atas. Penyambungan kabel bawh tanah memerlukan alat penyambungan
yang khas manakala bagi talian atas boleh dilakukan dengan mudah sahaja tanpa
memerlukan alat penyambung yang khas.

viii). Kawasan kerosakan dan pembaikan :


Meskipun talian bawah tanah kurang mengalami kerosakan. Namun begitu jika
kabel ini mengalami kerosakan ianya sukar untuk dikesan dan dibaiki
berbanding kabel talian atas.

x). Gangguan oleh talian perhubungan :


sistem talian bawah tidak mengalami gangguan talian perhubungan langsung
berbanding sistem talian atas.

3.8 Sistem Pengagihan Domestik dan Industri

Sistem pengagihan tenaga elektrik merupakan sebahagian daripada sistem


elektrik yang mana menghubungkan pengguna dengan sumber bekalan utama selepas talian
penghantaran. Dalam sistem elektrik kuasa pengagihan tenaga elektrik bergantung kepada
beban yang terdapat disesebuah kawasan pengguna. Oleh kerana jenis beban yang
digunakan oleh pengguna berbeza-beza maka sistem pengagihan tenaga elektrik juga
berbeza berdasarkan kepada keupayaan beban. Rangkaian pengagihan boleh dipecahkan
kepada dua bahagian iaitu pengagihan utama dan pengagihan pendua. Pengagihan utama
biasanya membawa voltan tinggi iaitu 11 kV, 6.6 kV atau 3.3 kV dan bergantung kepada
keperluan penggunaan tanaga yang banyak oleh pengguna. Manakala pengagihan pendua
membawa hanya voltan rendah iaitu 400 volt ke bawah. Pengagihan voltan biasanya
membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna domestik, perdagangan, industri dan lain-
lain lagi. Sistem pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna boleh difahami dengan lebih
lanjut dengan melihat bagaimana sistem pengagihan domestik dan industri dilaksanakan.
9

Pencawang
Voltan Tinggi
(Kuasa Pukal)

Talian Pengghantaran 132 – 33 kV

Pencawang Pencawang
Pengagihan Pengagihan

Perkhidmatan Pengubah

Pengguna Pengguna
Pengguna Industri
Industri
Domestik

Rajah 3.9 Rajah blok sistem pengagihan bekalan kuasa kepada pengguna

3.8.1 Sistem Pengagihan Domestik

Pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna domestik biasanya


melibatkan rumah-rumah kediaman, rumah pangsa, pangsapuri dan lain-lain lagi.
Rumah-rumah kediaman mendapat pengagihan bekalan kuasa melalui sistem satu
fasa. Bagi kediaman pangsapuri dan seumpamanya mendapat pengagihan bekalan
tenaga elektrik melalui sistem tiga fasa melibatkan voltan 240V dan 415V.
Penggunaan sistem tiga fasa bagi pengagihan tenaga elektrik bagi pangsapuri akan
memberikan keseimbangan bekalan pada setiap fasa. Beban yang biasa terdapat
pada pengguna domestik terdiri daripada lampu, pemanas (air, ruangan dan alat
pemasak), radio, televisyen, mesin basuh, penyaman udara dan peti sejuk. Jumlah
beban bagi sitem pengagihan domestik dalam sistem kuasa elektrik merupakan
jumlah yang terbesar dianggarkan menjangkau sehingga 80 peratus darpada
keseluruhan penggunaan tenaga elektrik. Oleh yang demikian jumlah kos
pembinaan peralatan bagi sistem pengagihan tenaga elektrik terhadap pengguna
domestik adalah besar. Merujuk kepada rajah 3.9 dapat diperhatikan pengagihan
tenaga kepada pengguna domestik melalui satu pencawang pengagihan kepada
beberapa pengubah yang mempunyai keupayaan KVA tertentu. Pengubah ini
digunakan untuk menurun voltan 11 kV kepada 415V sebelum diagihkan kepada
pengguna domestik dengan menggunakan sistem talian satu fasa.
10

3.8.2 Sistem Pengagihan Industri

Pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna industri biasanya


melibatkan kilang-kilang pembuatan. Kilang-kilang ini mendapat pengagihan
bekalan tenaga elektrik melalui sistem tiga fasa dengan sistem pencawangnya
tersendiri. Jenis beban yang terdapat dalam kilang biasanya terdiri daripada
motor-motor elektrik, panel kawalan dan juga peralatan pembuatan (terdiri
daripada mesin-mesin yang direka khas untuk tugas-tugas tertentu). Jumlah beban
bagi sitem pengagihan industri boleh mencapai sehingga 25 peratus daripada
penggunaan tenaga elektrik secara keseluruhan. Merujuk kepada rajah 3.9 dapat
diperhatikan pengagihan tenaga kepada pengguna industri. Pengguna industri
boleh dibahagikan kepada beberap jenis, pada rajah blok dapat diperhatikan
pengguna industri besar dan pengguna industri kecil sahaja.

Pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna industri berbeza dengan


pengguna domestik. Bagi setiap industri memerlukan pencawang pengagihannya
sendiri tanpa berkongsi dengan mana-mana pengguna lain seperti yang dilakukan
terhadap sistem pengagihan domestik. Sistem pengagihan industri yang besar
memerlukan voltan 33 kV pada sistem pencawangnya manakala industri kecil
memadai dengan voltan 11 kV pada sistem pencawangnya.
11

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

3b-1 Merujuk kepada rajah 2 abelkan bahagian-bahagian yang ditandakan dari 3b1-1 hingga
3b1-6.

6
5
4 3b1-1
3 3b1-2
2
3b1-3
1
3b1-4
3b1-5
3b1-6

Rajah 2 Kabel bawah tanah

3b-2 Senaraikan TIGA cara yang biasa digunakan bagi menanam kabel bawah tanah.

a.

b.

c.

3b-3 Senaraikan TIGA kawasan penanaman kabel bawah tanah selalu dilakukan.

a.

b.

c.
12

3b-4 Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah merujuk kepada perbandingan kabel
bawah tanah dan kabel talian atas tandakan jawapan pilihan anda dipetak yang
disediakan samada BETUL [B] atau SALAH [S].

a. Talian bawah tanah kurang selamat daripada talian atas, ini kerana talian
Bawah tanah terdedah kepada orang ramai berbanding talian atas. [ B ][ S ]

b. Talian bawah tanah lebih murah berbanding talian atas dalam sistem
penghantaran. (pada jarak yang sama). [ B ][ S ]

c. Sistem talian bawah tanah beroperasi di bawah 66 kV manakala talian


atas melebihi 400 kV. [ B ][ S ]

d. Sistem talaian bawah tanah lebih murah berbanding talian atas. Ini kerana
talian bawah tanah jarang mengalami kerosakan berbanding talian atas
yang terdedah kepada panahan petir. [ B ][ S ]

e. Sistem talian bawah tanah mempunyai kejatuhan voltan yang lebih


tinggi berbangding talian atas. [ B ][ S ]

f. Penyambungan bagi sistem talian bawah tanah adalah lebih sukar


berbanding talian atas. Penyambungan kabel bawah tanah memerlukan alat
penyambungan yang khas manakala bagi talian atas boleh dilakukan dengan
mudah sahaja tanpa memerlukan alat penyambung yang khas. [ B ][ S ]

g. Meskipun talian bawah tanah kurang mengalami kerosakan. Namun begitu


jika kabel ini mengalami kerosakan ianya sukar untuk dikesan dan dibaiki
berbanding kabel talian atas. [ B ][ S ]

h. Sistem talian bawah mengalami gangguan talian perhubungan


Secara langsung berbanding sistem talian atas. [ B ][ S ]
13

SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

3b-1:
3b1-1 Teras
3b1-2 Penebat
3b1-3 Salutan logam
3b1-4 Pelapisan
3b1-5 Pemerisaian
3b1-6 Serving

3b-2:
a. Secara menanam terus
b. Dalam saluran dan paip
c. Sistem pejal (diletakan dalam terowong khas)

3b-3:
a. Lintasan jalanraya
b. Lintasan jalan keretapi
c. Lintasan jambatan

3b-4:
(a). S, (b). S, (c). B, (d). B, (e). S, (f). B, (g). B dan (h). S.
14

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika soalan tidak diberikan, sila barbingcang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 3-1

Sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik daripada stesen jana kuasa kepada
pengguna dilakukan dengan menggunakan sistem tiga fasa, lakarkan rajah garis tunggal
sistem tiga fasa tersebut.

SOALAN 3-2

Takrifkan bagaimana penyuap boleh membawah kuasa dari satu titik ke satu titik yang
lain.

SOALAN 3-3

Bekalan tenaga elektrik yang diperolehi oleh pengguna disatu-satu lokasi adalah
bergantung kepada sistem pengagihan. Takrifkan bagaimana pengagihan boleh
membawa tenaga kepada pengguna-pengguna.

SOALAN 3-4

Berdasarkan kepada rajah litar terangkan penyuap dan susunan pengagihan berikut:-
(a). Selari dan
(b). Rangkaian mudah.

SOALAN 3-5

(i). Berdasarkan kepada rajah litar terangkan penyuap dan susunan pengagihan berikut:-
(a). Jejarian dan
(b). Gelang.
(ii). Merujuk kepada soalan 3-5 (i), bincangkan juga kebaikan dan keburukannya dari
segi kos dan kesesuaian bekalan.
15

SOALAN 3-6

Sistem penghantaran kuasa elektrik kepada pengguna boleh dilakukan dalam dua sistem
iaitu sistem AU atau sistem AT. Terangkan kebaikan dan keburukan kedua-dua sistem ini
dalam sistem penghantaran.

SOALAN 3-7

a. Senaraiakan LIMA keperluan utama binaan kabel bawah tanah.


b. Lukiskan rajah kabel bawah tanah dan labelkan bahagian-bahagiannya.
c. Senaraikan TUJUH kebaikan dan keburukan kabel bawah tanah berbanding kabel
penghantaran talian atas.

SOALAN 3-8

a. Nyatakan EMPAT keadaan di mana penanaman kabel bawah tanah dalam saluran perlu
dilakukan.
b. Berpandukan rajah, terangkan secara ringkasa penanaman kabel bawah tanah secara terus
trench.
c. Berpandukan rajah, terangkan secara ringkas penanaman kabel bawah tanah dengan
menggunakan sesalur atau paip.
d. Terangkan secara ringkas penanaman kabel dengan menggunakan sistem pepejal.

SOALAN 3-9

Terangkan bagaimana pengagihan tenaga elektrik dilakukan terhadap pengguna domestik dan
pengguna industri.

CADANGAN :

i). Lawatan ke stesen jana kuasa bagi melihat sistem pengagihan yang
digunakan dikawasan tersebut.
ii). Mencari maklumat mengenai penanaman kabel bawah tanah di internet.
iii). Memberi tugasan kepada pelajar merekabentuk reflika garis tunggal sistem
tiga fasa.
16

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “YA” syabas!!!, sila semak jawapan anda, bagi jawapan yang
tidak diberikan sila berjumpa dengan pensyarah anda.

J.3-1 Sila rujuk Unit 3/ 3

J.3-2 Sila rujuk Unit 3/ 4

J.3-3 Sila rujuk Unit 3/ 4

J.3-4 Sila rujuk Unit 3/ 5-7

J.3-5 Sila rujuk Unit 3/ 5-8

J.3-6 Sila rujuk Unit 3/ 8

J.3-7
a). Sila rujuk Unit 3/ 14
b). Sila rujuk Unit 3/ 13
c). Sila rujuk Unit 3/ 18

J.3-8
a. i). Lintasan jalanraya.
ii). Lintasan jalan keretapi.
iii) Lintasan longkang monsoon (Monsoon Drain Crossing)
iv). Lintasan jambatan
a. Sila rujuk Unit 3/ 15
b. Sila rujuk Unit 3/ 17
c. Sila rujuk Unit 3/ 18

J.3-9 Sila rujuk Unit 3/ 19

Catatan :

Jika terdapat kekeliruan pada jawapan diberikan, sila mendapatkan


penjelasan daripada pensyarah anda.

Anda mungkin juga menyukai