Anda di halaman 1dari 128

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 2

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2011
Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN Muka Surat
Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi

Pendahuluan vii

Modul 1: Kesihatan Fizikal

Kesihatan Diri dan Reproduktif 1

Pemakanan 26

Penyalahgunaan Bahan 40

Modul 2: Kesihatan Mental, Emosi dan


Sosial
Pengurusan Mental dan Emosi 47

Kekeluargaan 55

Perhubungan 70

Modul 3: Kesihatan Persekitaran

Penyakit 75

Keselamatan 94

Pertolongan cemas 110


BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan s
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita terseb
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

vi

vi
PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat


pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial
dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

Justeru, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Satu ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan dokumen standard Pendidikan Kesihatan
Tahun Dua serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Panduan ini adalah usaha Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pelbagai pihak. Panduan
ini mengandungi 35 contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh
guru dan murid. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovatif dalam mengubah
suai serta menambah baik aktiviti yang disediakan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam
penghasilan panduan ini.

vii
MODUL1: KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan


Kandungan perkembangan fizikal yang sihat.

Standard 1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbangkan


Pembelajaran kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai


pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

Bahan Bantuan video (You tube) / gambar berkaitan permainan


Pengajaran i- Galah Panjang
ii- Ketingting
(Permainan lain yang difikirkan sesuai)

Langkah 1. Tayangkan video / gambar berkaitan permainan Galah


Pengajaran Panjang dan Ketingting.
2. Bersoal jawab dan membincangkan aktiviti fizikal yang
dapat menyumbang dan mencapai perkembangan
fizikal yang sihat.
3. Menjalankan aktiviti fizikal di tempat yang sesuai.

1
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan


Kandungan perkembangan fizikal yang sihat.

Standard 1.1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk


Pembelajaran pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.

Bahan Bantuan Gambar pelbagai jenis makanan dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Mempamerkan pelbagai gambar makanan yang seimbang.


Pengajaran 2. Memilih dan menampal gambar makanan secara
berkumpulan mengikut amalan pemakanan seimbang.
(Lampiran 1).
3. Perbincangan tentang pemakanan yang seimbang untuk
pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan


Kandungan Perkembangan fizikal yang sihat.

Standard 1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan


Pembelajaran dan perkembangan fizikal.

Bahan Bantuan Gambar postur yang betul dan salah, lembaran kerja.
Pengajaran Kerusi dan radio.

Langkah 1. Pamerkan Lampiran 1


Pengajaran 2. Bersoal jawab berkaitan postur yang betul.
3. Menerangkan maksud postur yang betul dengan
murid dijadikan „role model‟ Gambar dipamerkan
sebagai rujukan murid.
(Lampiran 1)
- Bersoaljawab tentang pertumbuhan fizikal yang betul
dan faktor yang mempengaruhi postur yang baik.
4. Penilaian
- Penilaian dijalankan dengan permainan
„musical chairs‟.
- Murid dinasihatkan untuk duduk , berdiri dan berjalan
dengan postur yang betul.
- Murid yang tidak duduk dengan postur yang
betul akan dikeluarkan daripada permainan
sehingga murid yang terakhir dikira sebagai
pemenang
5. Edarkan lembaran kerja. (Lembaran Kerja 1)
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan


Kandungan perkembangan
fizikal yang sihat.

Standard 1.1.5 Menyatakan kepentingan rehat dan tidur


Pembelajaran yang mencukupi
Untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang
sihat.

Bahan Bantuan Gambar


Pengajaran Lembaran kerja.

Langkah 1. Bincangkan kepentingan rehat dan tidur yang


Pengajaran mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan
fizikal yang sihat.(Lampiran 1)
2. Menunjukkan gambar pertumbuhan dan
perkembangan fizikal yang sihat berkaitan dengan
tidur dan rehat yang cukup. (Lampiran 2)
3. Murid memadankan penyataan yang sesuai dengan
gambar yang menunjukkan murid yang ceria dan
murid letih.
4. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard 1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk


Kandungan menangani pengaruh dalaman dan luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

Standard 1.2.1 Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.


Pembelajaran
1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.

Bahan Bantuan Slaid / gambar


Pengajaran iklan\YouTube - iklan animasi ajar jerit lescopaque.avi

Langkah 1. Tayangkan video ”Sentuhan OK atau Tak OK” (WCC) /


Pengajaran gambar pelbagai situasi sentuhan yang selamat dan
tidak selamat dengan iringan lagu “Kalau Berpacaran”
dari Anna Raffali dan Suhaimi Meor Hassan.
Contoh :
- Ibu memeluk anak.
- Dua kanak-kanak bermain di padang.
- Jurulatih lelaki menyentuh atlet perempuan.
- Kanak-kanak lelaki menyentuh badan
murid perempuan.
- Guru lelaki menyentuh murid perempuan.

2. Bersoal jawab berdasarkan slaid / gambar pelbagai


situasi sentuhan yang selamat dan tidak selamat .
Contoh soalan:
- Apakah tanggapan anda setiap perlakuan yang
dilihat itu selamat atau tidak selamat?
- Bagaimanakah cara sentuhan yang anda
rasa selamat dalam keluarga ?
- Bahagian anggota badan manakah yang anda
rasa tidak selamat apabila disentuh oleh
orang lain?
3. Bincangkan situasi sentuhan Tidak selamat dan
cara menyatakan ”TIDAK ”.
Lampiran guru
Contoh :
- Seorang murid menepuk punggung / bahagian
belakang
- Seorang murid menerpa dan cuba memeluk dari
belakang seorang murid lain.
- Seorang murid lelaki menerpa dan mengacah
untuk menyentuh bahagian dada murid
perempuan

4. Menyatakan maksud sentuhan tidak selamat.


5. Edarkan lembaran kerja 1 dan 2.
Lembaran Kerja 1
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard 1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk


Kandungan Menangani pengaruh dalaman dan luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

Standard 1.2.3 Mengenal pasti individu yang mungkin


Pembelajaran melakukan sentuhan tidak selamat.

1.2.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika


berlaku Sentuhan tidak selamat.

Bahan Gambar, lembaran kerja


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Mempamerkan beberapa gambar individu (Lampiran 1)


Pengajaran 2. Murid menyenaraikan individu yang berada di sekeliling
mereka ( di sekolah, di rumah, di taman permainan dan
sebagainya ).
3. Menjalankan aktiviti main peranan antara murid dengan
orang yang tidak dikenali.
4. Murid menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku
sentuhan yang tidak selamat. ( menjerit, melarikan diri dan
sebagainya )
5. Tayangkan video ” Mengajar anak anda menjerit”
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Pemakanan

Standard 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat


Kandungan dan selamat

Standard 1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada


Pembelajaran setiap kali waktu makan.

1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan


minuman yang berkhasiat.

Bahan Lampiran 1
Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Aktiviti berkumpulan- Main Peranan (rujuk lampiran 1)


Pengajaran 2. Kumpulan pemerhati memilih makanan seimbang dalam
aktiviti main peranan dan catat di papan tulis.
3. Perbincangan mengenai makanan yang dipilih.
4. Edarkan lembaran kerja

NOTA TAMBAHAN GURU:

Murid diagihkan kepada 6 kumpulan(satu kumpulan akan


menjadi kumpulan pemerhati), 5 kumpulan yang lain akan
melakukan aktiviti main peranan dengan menggunakan
kad perkataan (Lampiran 1)
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Pemakanan

Standard 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat


Kandungan dan Selamat

Standard 1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh
Pembelajaran menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti.

1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman


Mengikut keperluan.

Bahan Slaid, lembaran kerja


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Menayangkan slaid. ( Lampiran 1 )


Pengajaran 2. Bersoal jawab berkaitan slaid.
3. Menerangkan punca obesiti .
4. Mempamerkan gambar jenis-jenis makanan dan minuman
yang
( Lampiran 2 )
5. Mengasingkan makanan dan minuman yang
menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti.
- Menerangkan tentang amalan pengambilan makanan dan
minuman mengikut keperluan.
- Murid menyiapkan lembaran kerja 1.
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Pemakanan

Standard 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat


Kandungan dan selamat.

Standard 1.3.5 Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.


Pembeajaran

Bahan Gambar pelbagai jenis makanan dan lembaran kerja.


Bantuan Lembaran tugasan
Pengajaran

Langkah 1. Lakonkan edaran yang diberikan.


Pengajaran 2. Bersoal jawab tentang makanan dan minuman yang
berkhasiat.
3. Mengedarkan lembaran kerja lanjutan (Lampiran 2
akan digunakan pada P&P 1.3.6)
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
Tajuk Pemakanan

Standard 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat


Kandungan dan selamat.

Standard 1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan


Pembelajaran minuman
dalam kalangan ahli keluarga.

Bahan Lembaran kerja.


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Membincangkan hasil tugasan (rekod amalan


Pengajaran permakanan harian)
2. Bersoal jawab tentang pengambilan makanan dan
minuman murid pada hari semalam.
3. Edarkan Lembaran Kerja 1
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Pemakanan

Standard 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat


Kandungan dan selamat.

Standard 1.3.7 Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilan


Pembelajaran makanan dan minuman.

1.3.8 Menyatakan pengaruh media dalam pengambilan


makanan dan minuman.

Bahan Klip video , lembaran kerja


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Tayangan klip video / keratan akhbar / risalah


Pengajaran Contoh : (youtube-Iklan KFC-1985)
2. Bersoal jawab tentang klip video yang ditonton.
- situasi apa yang dilihat
- pengaruh rakan dalam membuat suatu keputusan
- menyatakan pengaruh media masa
dalam pengambilan makanan dan
minuman
3. Murid menyatakan kesan daripada pengaruh rakan dan
media dalam pengambilan makanan dan minuman.
4. Murid menyiapkan lembaran kerja 1.
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Penyalahgunaan Bahan

Standard 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan


Kandungan bahan serta berkemahiran menangani situasi
berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat.

Standard 1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu


Pembelajaran rokok, dadah dan alkohol.
1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah
dan alkohol terhadap kesihatan diri serta orang lain.

Bahan Bantuan Lembaran kerja 1.


Pengajaran

Langkah 1. Bermain permainan ”musical chair”. Murid yang


Pengajaran terkeluar dikehendaki mengambil kertas yang
mengandungi perkataan berkaitan penyalahgunaan
bahan.
2. Murid menyebut dan menampal perkataan yang
diambil. Setelah selesai permainan, murid mengenal
pasti bahan- bahan yang boleh menyebabkan ketagihan.
Contohnya, dadah, rokok dan alkohol.
3. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan
membincangkan kesan rokok, dadah dan alkohol
serta melengkapkan lembaran kerja.
4. Membentangkan hasil perbincangan.
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Penyalahgunaan Bahan

Standard 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta


Kandungan berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri,
keluarga dan masyarakat

Standard 1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitan


Pembejaran penyalahgunaan
bahan dalam kalangan rakan.

Bahan
Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Bincang dan kenalpasti orang dewasa yang boleh menerima


Pengajaran laporan
2. Mengenalpasti cara melapor kepada orang dewasa
berkenaan rakan yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan
seperti rokok, dadah dan alkohol.
(Lampiran guru)
Contoh laporan;
- Membuat laporan lisan kepada guru atau ibu bapa
- Membuat laporan secara bertulis kepada guru.
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk Penyalahgunaan Bahan

Standard 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta


Kandungan berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri,
keluarga dan masyarakat.

Standard 1.4.4 Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan.


Pembejaran
1.4.5 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak
menyalahguna bahan.

Bahan Lampiran 1
Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Nyanyikan lagu dalam lampiran 1


Pengajaran 2. Membuat simulasi mengenai penyalahgunaan bahan.Lampiran
guru
Contoh;
- Aksi pemabuk
- Aksi penagih dadah
- Aksi perokok

2. Apakah yang dilihat daripada simulasi di atas ?


Contoh;
- Apakah yang murid akan lakukan untuk mengelakkan
penyalahgunaan bahan ?
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Pengurusan Mental dan Emosi

Standard 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan


Kandungan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan seharian.

Standard 2.1.1 Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak


Pembelajaran selamat.

Bahan CD video Tsunami, kad gambar .


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Tayangan klip video Tsunami. (YouTube -


Pengajaran Raw_Tsunami_Video_Patong_Beach_2004_[www.keepvid.com]
2. Bersoal jawab mengenai tayangan.
3. Guru mempamerkan kad gambar . (Lampiran 1)
4. Melengkapkan lembaran kerja – memadan gambar dengan
situasi. (Lembaran kerja 1)
5. Membincangkan jawapan.
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Pengurusan Mental dan Emosi

Standard 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan


Kandungan dan cara mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan mental dalam
kehidupan seharian.
Standard 2.1.2 Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan
Pembelajaran Perasaan kepada orang yang boleh dipercayai.
2.1.3 Mengamalkan sikap positif untuk mengurus
perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang,
takut, marah, cemburu dan tidak selamat.

Bahan kad situasi


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Melakonkan situasi bimbang, cemas dan tidak


Pengajaran selamat berdasarkan kad situasi satu persatu.
2. Guru bersoal jawab tentang orang yang
boleh dipercayai.
3. Guru menerangkan cara yang sihat untuk
meluahkan perasaan diri seperti rasa bersalah,
bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak
selamat.
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Pengurusan Mental dan Emosi

Standard 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan


Kandungan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan seharian.

Standard 2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan


Pembejaran yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti
pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.

Bahan Gambar keluarga, lembaran kerja.


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Memaparkan gambar keluarga yang mendapat ahli baru


Pengajaran dan kematian ahli keluarga.
2. Bersoal jawab berdasarkan kedua-dua gambar tersebut.
3. Murid menyenaraikan perasaan yang wujud
daripada perubahan yang berlaku dalam keluarga
tersebut. (Lembaran Kerja 1).
4. Berbincang jawapan lembaran kerja 1.
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Kekeluargaan

Standard 2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta
Kandungan kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.

Standard 2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki


Pembelajaran

Bahan Carta gambar murid lelaki dan perempuan.


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Memaparkan gambar budak lelaki dan budak perempuan.


Pengajaran 2. Bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan.
3. Menerangkan dengan lebih terperinci tentang
perbezaan antara lelaki dan perempuan.
4. Murid menyenaraikan perbezaan fizikal antara lelaki dan
perempuan di dalam lembaran kerja 1.
Gambar 1:(Budak Lelaki)
Gambar 2: (Budak Perempuan)
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Kekeluargaan

Standard 2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta
Kandungan kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga.

Standard 2.2.2 Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan


Pembelajaran dan lelaki.

Bahan Kad cantuman gambar, lembaran kerja.


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Aktiviti berkumpulan – Permainan “Cantum Gambar”.


Pengajaran 2. Bersoal jawab tentang perbezaan antara perawakan
murid lelaki dan perempuan.
3. Melengkapkan lembaran kerja.
Kad aktiviti: Mencantumkan gambar (perempuan)
 Guru perlu memotong gambar mengikut kesesuaian.

Kad aktiviti : Mencantumkan gambar (lelaki)


 Guru perlu memotong gambar mengikut kesesuaian.

LEMBARAN KERJA

Nama : Hari :
Tahun : Tarikh :

Padankan gambar dengan perawakan yang sesuai.

sopan

lemah-lembut

kacak

berani

aktif

lasak

cantik

kuat
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Kekeluargaan

Standard 2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta
Kandungan kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga.

Standard 2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau
Pembelajaran perempuan.
2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira jantina

Bahan Lembaran Kerja


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan jantina.


Pengajaran 2. Murid perempuan melakonkan aksi ibu di rumah seperti
memasak dan menyidai baju.
3. Murid lelaki melakonkan aksi bapa di rumah seperti memotong
rumput.
4. Aktiviti berkumpulan - menyenaraikan kelebihan sebagai lelaki
atau perempuan.
5. Setiap kumpulan mempamerkan hasil dapatan.
6. Penerangan mengenai sikap menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira jantina.
7. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1.
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk
Kekeluargaan

Standard 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal


Kandungan dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

Standard 2.3.1 Mematuhi ajaran agama.


Pembelajaran
2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada
Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan
rakan.

Bahan Kad imbasan.


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Bersoal jawab tentang tempat-tempat ibadat


Pengajaran berdasarkan gambar yang diberi. (Lampiran 1)
2. Penerangan mengenai kepentingan beragama dan kasih
sayang (Tuhan,ibu bapa, diri sendiri, ahli keluarga, guru
dan rakan).
3. Murid menyenaraikan keutamaan kasih sayang (ibu bapa,
diri sendiri, ahli keluarga, guru dan rakan) - lembaran
kerja 1.
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk Perhubungan

Standard 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal


Kandungan
dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

Standard 2.3.3 Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan


Pembelajaran
individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan

menyakiti orang lain.

Bahan Bantuan Video 1Malaysia (Upin Ipin), lembaran kerja.


Pengajaran

Langkah 1. Tayangan video 1 Malaysia.


Pengajaran (uPIN Ipin_3_-
_Kami_1_Malaysia_(Bahagian_2)_(Episode_19)_[ www.keepvid.com])
2. Bersoal jawab berdasarkan video.
3. Murid mendengar penerangan tentang cara-cara
menunjukkan kasih sayang tanpa perbezaan individu
atau kumpulan .
4. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI
DAN SOSIAL

Tajuk

Perhubungan
Standard 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal
Kandungan dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

Standard 2.3.4 Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima


Pembelajaran kasih sesama manusia.

Bahan Lembaran kerja.


Bantuan
Pengajaran

Langkah 1. Tayangan video.


Pengajaran 2. Bersoal jawab berdasarkan video.
3. Murid menyatakan cara mengamalkan rasa syukur
kepada Tuhan dan berterima kasih sesama manusia.
4. Murid melengkapkan lembaran kerja.
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Penyakit

Standard 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta


Kandungan mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

Standard 3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis


Pembelajaran

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Mempamerkan kad gambar tanda-tanda


Pengajaran konjuntivitis (Lampiran 1)
2. Bersoal jawab berkaitan konjuntivitis
3. Memberi penerangan dengan mempamerkan kad
maklumat
(Lampiran 2)
4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Penyakit

Standard 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta


Kandungan mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

Standard 3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan


Pembelajaran konjunktivitis
3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau
diawasi jika mengalami konjunktivitis

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Perbincangan berdasarkan kad gambar yang menunjukkan


Pengajaran jangkitan konjuntivitis (Lampiran 1)
2. Berbincang dalam kumpulan tentang cara mengelak dan
langkah-langkah mengatasi jangkitan konjunktivitis
3. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Penyakit

Standard 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta


Kandungan mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

Standard 3.1.4 Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit mata,


Pembelajaran sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Pamerkan gambar penyakit tidak berjangkit (Lampiran 1)


Pengajaran 2. Bersoal jawab tentang penyakit tidak berjangkit
3. Murid melabelkan nama penyakit menggunakan
kad perkataan di papar di papan tulis.
4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Penyakit

Standard 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta


Kandungan mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

Standard 3.1.5 Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit


Pembelajaran

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Murid memilih sampul surat yang berisi kad gambar


Pengajaran penyakit tidak berjangkit dan berbincang tentang kad
gambar tersebut.
(Lampiran 1)
2. Murid menyiapkan tugasan menggunakan MS Office Word.
3. Murid membentangkan hasil tugasan.
4. Bersoal jawab berkaitan tanda-tanda penyakit tidak
berjangkit.
5. Edarkan kad maklumat bergambar dan bincang dalam
Kumpulan tentang tanda-tanda penyakit tidak
berjangkit (Lampiran 2)
6. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)
Lampiran 1
Contoh-contoh penyakit tidak berjangkit

Ketumbit mata

Sakit telinga

Hidung berdarah

Ekzema

Alahan
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Penyakit

Standard 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta


Kandungan mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian

Standard 3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau


Pembelajaran diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Mempamerkan kad gambar penyakit tidak


Pengajaran berjangkit (Lampiran 1)
2. Bersoal jawab berkaitan langkah-langkah yang
perlu diambil jika mengalami penyakit tidak
berjangkit
3. Edarkan kad maklumat bergambar (Lampiran 2)
4. Berbincang di dalam kumpulan tentang langkah-
langkah yang perlu diambil jika mengalami
penyakit tidak berjangkit (Lembaran kerja)
5. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1)
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Keselamatan

Standard 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan


Kandungan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam
kehidupan seharian.

Standard 3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di


Pembelajaran rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1.Permainan Kotak Beracun.( Apabila muzik


Pengajaran diberhentikan, murid dikehendaki mengambil kad
gambar dalam kotak dan menjelaskan apa yang
terdapat dalam kad gambar (Lampiran 1)
2. Bersoal jawab berkaitan kad gambar yang dipamerkan
3. Mempamerkan gambar situasi di dapur (Lampiran 2)
4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)
Lampiran 1

Kad gambar.

1. Rumah

2. Taman Permainan

3. Sekolah

4. Jalanraya
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Keselamatan

Standard 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri


Kandungan dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial
dalam kehidupan seharian.

Standard 3.2.2 Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan


Pembelajaran bahan seperti racun dengan selamat

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)


Pengajaran 2. Murid mencari jawapan berdasarkan „maze’
3. Berbincang cara penyimpanan peralatan dengan
selamat.
4. Murid menyenaraikan cara penyimpanan peralatan
dengan
selamat (Lembaran Kerja 2).
Lembaran Kerja 1
Nama : Hari :

Tahun : Tarikh :

Cari jalan pulang bagi setiap peralatan di bawah.


Lembaran Kerja 2
Nama : Hari :

Tahun : Tarikh :

Nyatakan cara penyimpanan peralatan dengan selamat.

Pisau

Bahan kimia dan racun

Jarum jahitan

Ubat-ubatan
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Keselamatan

Standard 4.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri


Kandungan dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial
dalam kehidupan seharian.

Standard 3.2.3 Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah,


Pembelajaran taman permainan dan tempat awam.

Bahan Bantuan Kad gambar dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Paparkan beberapa situasi bergambar (Lampiran 1).


Pengajaran 2. Berpandukan gambar, murid mengenal pasti situasi
tidak selamat.
3. Bersoal jawab tentang situasi tidak selamat.
4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1).
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Keselamatan

Standard 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan


Kandungan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam
kehidupan seharian.

Standard 3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti


Pembelajaran kecacatan kekal tubuh badan

Bahan Bantuan Klip video kemalangan dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Tayangan klip video kemalangan – sumber Youtube


Pengajaran http://www.youtube.com/watch?v=e4ReOiIjbeM&NR=1
2. Bersoal jawab berkaitan kesan kemalangan
3. Murid membincangkan kesan kemalangan dan
kecederaan (Lampiran 1)
4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1)
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Keselamatan

Standard 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan


Kandungan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam
kehidupan seharian.

Standard 3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk


Pembelajaran mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidak
selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan
tempat awam pada setiap masa

Bahan Bantuan Klip video, lembaran kerja dan kertas mahjong


Pengajaran

Langkah 1. Tayangan klip video amalan keselamatan – sumber


Pengajaran Youtube

http://www.youtube.com/watch?v=B6VCnNgInkw&featu
re=related
2. Bersoal jawab tentang langkah-langkah untuk
mengelak kemalangan dan kecederaan (Lampiran 1)
3. Murid menyatakan langkah-langkah keselamatan
berpandukan gambar situasi dalam kumpulan
kecil (Lampiran 2)
4. Murid menulis langkah-langkah keselamatan untuk
mengelak daripada berlaku kemalangan berpandukan
gambar situasi di atas kertas mahjong
5. Murid bentang hasil kerja mereka.
Lampiran 2
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Pertolongan cemas

Standard 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan


Kandungan bertindak dengan bijak mengikut situasi

Standard 3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan


Pembelajaran

Bahan Bantuan Klip video dan lembaran kerja


Pengajaran

Langkah 1. Tayangan klip video kecemasan yang mengandungi


Pengajaran situasi kecemasan (kebakaran),sumber Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=tXiEO5ZyPqc
2. Bersoal jawab tentang klip video tersebut
3. Murid menyatakan situasi kecemasan yang pernah
dilihat, dibaca atau dialami
4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

Tajuk Pertolongan cemas

Standard 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan


Kandungan bertindak dengan bijak mengikut situasi

Standard 3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan


Pembelajaran

Bahan Bantuan Kad gambar, lembaran kerja dan keratan akhbar


Pengajaran

Langkah 1. Murid menerangkan situasi kecemasan berdasarkan


Pengajaran keratan akhbar
2. Murid menyatakan orang yang perlu diberitahu sekiranya
mengalami situasi kecemasan (Lampiran 2)
3. Murid melakonkan cara meminta bantuan
semasa kecemasan
4. Edarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah
(Lembaran kerja 1)

Catatan: Guru menggunakan Lampiran 1 sekiranya


murid tidak membawa keratan akhbar
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARGEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel 03-8884 2009Fax 03 6888 991 7

Anda mungkin juga menyukai