Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Slot

Kelas : Prasekolah Zon Pekan

Tarikh : 2 Disember 2020 (Rabu)

Masa : 60 minit (8.05-9.05 am)

Bilangan kanak-kanak : 25 (15 lelaki 10 perempuan)

Modul : Bertema

Tema : Pengangkutan

Subtema : Pengangkutan Darat

Tajuk : Jenis kenderaan di jalan raya

Tunjang : Komunikasi (Bahasa Melayu)

Kesepaduan Tunjang : Fizikal dan Estetika (Muzik)

Standard Kandungan : BM 1.3 Mendengar dan mengecam bunyi bahasa

Standard Pembelajaran : BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut perkataan

KE 1.1.2 Meniru pelbagai bunyi di persekitaran

KE 1.1.3 Menyanyi lagu mengikut melodi

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat

1. Menamakan kereta, bas, lori, basikal, dan motosikal dengan betul.


2. Mengecam dan membunyikan bunyi kenderaan kereta, bas, lori, basikal, dan motosikal dengan betul.
3. Boleh menyanyikan lagu Papaku Pulang.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat pelbagai kenderaan di atas jalan raya.

Penerapan nilai : Baik hati, toleransi, bekerjasama

Sumber pembelajaran : Audio bunyi kereta, bas, lori, basikal dan motosikal, gambar kenderaan, boneka Adam, Lirik lagu Papaku Pulang,

kad gambar kenderaan

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan


Set Induksi Meneka Bunyi Kenderaan 1. Guru memainkan audio kenderaan kereta, bas, lori, basikal, dan BBM: Audio bunyi
(5 minit) motosikal. kereta, bas, lori,
Gambar Kenderaan:
Fasa Persediaan 2. Guru meminta murid untuk meneka bunyi kenderaan yang basikal dan motosikal,
dimainkan. gambar kenderaan
3. Murid cuba meneka berdasarkan bunyi yang didengari.
4. Guru menunjukkan gambar kenderaan yang betul berdasarkan
bunyi.
5. Guru memberi peneguhan kepada murid yang meneka dengan
betul.
Langkah 1 Mengenal dan menamakan 1. Guru menunjukkan boneka Adam (Rakan PKJR). BBM: Boneka Adam,
(8 minit) kenderaan 2. Guru bercerita tentang kenderaan di atas jalan raya gambar kenderaan
Fasa Imaginasi Guru berperwatakan sebagai Adam menggunakan boneka Adam.
3. Guru menunjukkan gambar kenderaan (kereta, bas, lori, basikal,
dan motosikal).
Boneka Lidi Adam: 4. Guru sebagai watak Adam membimbing membimbing murid
untuk menamakan gambar kenderaan yang ditunjukkan.
5. Guru sebagai watak Adam menanyakan soalan tentang
kenderaan yang ditunjukkan.
Jalan Cerita:
Pada suatu hari, Adam berjalan di tepi jalan raya. Adam terdengar
bunyi kenderaan (bunyi basikal, motosikal, bas, kereta, dan lori). Adam
membimbing murid untuk menamakan kenderaan tersebut. Adam
Gambar Kenderaan:
menanyakan Adam mengingati murid berhati-hati dan sentiasa
memegang tangan ibu bapa atau penjaga apabila berjalan di tepi jalan
raya.

Contoh soalan:
- Berapakah bilangan tayar yang ada pada kenderaan yang
ditunjukkan?
- Apakah warna kenderaan yang ditunjukkan?
- Apakah bunyi kenderaan yang ditunjukkan?
Langkah 2 Menjelaskan Peraturan Aktiviti 1. Guru menjelasnkan peraturan aktiviti berstesen. BBM: Loceng
( 5 minit) Berstesen
Peraturan:
Lirik Lagu (Stesen 1): - Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Papaku pulang dari kota - Murid beratur dan bergerak ke stesen yang disediakan untuk
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah menjalani aktiviti yang ditetapkan.
Boleh ku bawa ke sekolah. - Apabila murid mendengar bunyi loceng, murid berhenti menjalani
Gambar Kenderaan (Stesen 2): aktiviti, beratur dan bergerak ke stesen seterusnya untuk menjalani
aktiviti baru.

Stesen 1: Menyanyi lagu Papaku Pulang


- Murid duduk dalam bulatan
- Murid dibimbing untuk menyanyi lagu Papaku Pulang.

Situasi Stesen3:
Stesen 2: Mewarna kenderaan
- Murid menamakan kenderaan dalam gambar.
- Murid mewarna gambar kenderaan secara berdua atau bertiga.

Stesen 3: Aktiviti memadankan kenderaan.


- Murid membuka dua kad gambar kenderaan di atas meja serta
menamakan kenderaan tersebut secara bergilir.
- Murid yang dapat membuka kad yang sama boleh mengambil
kad tersebut.
- Murid yang tidak dapat membuka kad yang sama perlu
menuntup balik kad tersebut.

Langkah 3 Aktiviti Berstesen 1. Murid beratur mengikut kumpulan. BBM: Lirik lagu
(30 minit) Pergerakan Stesen 2. Murid bergerak ke tempat aktiviti yang ditetapkan. Papaku Pulang,
Fasa 3. Murid menjalani aktiviti di tempat yang ditetapkan. gambar kenderaan,
Perkembangan Stesen 1 4. Guru membunyikan bunyi loceng. kad gambar
5. Murid berhenti menjalani aktiviti, beratur dan bergerak ke tempat kenderaan
seterusnya untuk menjalani aktiviti seterusnya. Nilai: Toleransi,

Stesen 2 Stesen 3
bekerjasama

Langkah 4 Kotak Misteri 1. Murid duduk balik tempat masing-masing. BBM: Kotak misteri
(7 minit) Kotak Misteri: 2. Guru menunjukkan kotak misteri.
Fasa Tindakan 3. Guru meminta murid untuk mengeluarkan sekeping gambar
kenderaan dalam kotak misteri.
4. Murid menamakan gambar kenderaan yang dikeluarkan.

Gambar Kenderaan:

Penutup Lagu ‘Papaku Pulang’ 1. Murid menyanyi lagu Papaku Pulang. BBM: Lagu Papaku
(5 minit) 2. Guru mengedarkan Memo Pesanan Ibu bapa atau Penjaga. pulang
3. Guru meminta murid untuk menghasilkan model kenderaan
menggunakan bahan kitar semula bersama ibu bapa semasa di
rumah.

Anda mungkin juga menyukai