Anda di halaman 1dari 1

Antara isu utama dalam kajian lepas yang dibincangkan di atas, adalah penguasaan pelajar

dalam kemahiran bertutur di mana didapati pelajar masih tidak dapat menguasai kemahiran
bertutur pada tahap yang memuaskan. Walau bagaimana pun, sebaliknya pelajar debat dapat
menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam kemahiran bertutur. Sekaligus menunjukkan
pelajar debat mempunyai strategi pembelajaran yang baik dalam kemahiran bertutur hingga
mereka dapat berdebat dalam bahasa Arab.

Selain strategi pembelajaran yang baik dalam kemahiran bertutur, pelajar debat
menunjukkan penguasaan kosa kata bahasa Arab yang baik. Penguasaan kosa kata juga
banyak disentuh dalam kajian lepas, di mana penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar tidak
tercapai objektifnya. Kajian Rosni Samah (2013) berkenaan pengetahuan pelajar tentang kosa
kata mendapati pelajar kurang menguasai kosa kata punca pelajar tidak mampu berdebat,
walhal mereka telah mempelajari kosa kata atau perbendaharaan kata sejak di bangku sekolah
lagi. Kesannya, kekurangan kosa kata akan membantutkan keupayaan pelajar untuk
menyampaikan maksud seterusnya mengganggu kelancaran pelajar ketika ingin
menyampaikan sesuatu perkataan (Daud & Pisal 2014).

Seterusnya, kajian menunjukkan pelajar tidak tahu menggunakan perkataan atau kosa
kata di tempat yang sepatutnya. Beberapa kesalahan penggunaan struktur bahasa yang
dilakukan pelajar dalam pertuturan merupakan sebab utama pelajar tidak melibatkan diri
dalam aktiviti atau pertandingan debat (Rosni Samah 2013). Sebagai mana penggunaan
idhafah, kata tunjuk, kata nama am, kata nama khas, kata kerja dan kesalahan morfologi
(Azani, Azman & Mat Taib, 2012).

Anda mungkin juga menyukai