Anda di halaman 1dari 13

CADANGAN KERTAS KERJA UJIAN SEGAK,

SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1)


TAHUN 2019

ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN JADMANI DAN KESIHATAN

1.0              NAMA PROGRAM

Ujian SEGAK, Tahun 2019

2.0              ANJURAN

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, SK Putrajaya Presint 9(1)

3.0              KELOLAAN BERSAMA
Panitia Pendidikan Jasmani, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum SK Putrajaya Presint
9(1).

4.0              PENDAHULUAN

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk
mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor
standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti
iaitu ‘Naik turun bangku’, ‘Tekan tubi’, ‘Ringkuk Tubi Separa’ dan ‘Jangkauan Melunjur’.

5.0              TEMA:

“Sihat Bersama-Sama”

6.0              MATLAMAT

6.1              Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk


meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
6.2              Pemudah cara guru untuk mengisi matlamat dalam PAJSK.

7.0              OBJEKTIF

7.1              Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal kendiri.


7.2              Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
7.3              Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.
7.4              Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
7.5              Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan
kesihatan yang optimum.

8.0              BUTIRAN PROGRAM

8.1              Tarikh             : 26 Mac 2019 hingga 28 Mac 2019


8.2              Hari                 : Selasa hingga Rabu
8.3              Masa                : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
8.4              Tempat            : Tapak Perhimpunan, SKPP (1)

9.0              SASARAN PENYERTAAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6.


10.0          KOMPONEN KECERGASAN

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu:

a.       Komposisi Badan
b.      Daya Tahan Kardiovaskular
c.       Daya Tahan Otot
d.      Kekuatan Otot
e.       Kelenturan

11.0          ITEM BATERI UJIAN

a.       Indeks Jisim Badan


b.      Jangkauan Melunjur
c.       Tekan Tubi
d.      Ringkuk Tubi Separa
e.       Naik Turun Bangku

12.0          PELAN TINDAKAN

Bi Perkara Tarikh Catatan


l pelaksanaan
1 Kertas kerja dibuat
2 Mesyuarat bersama guru dan ahli Panitia
PJ
4 Pelaksanaan ujian SEGAK oleh Panitia
PJ
5 Postmortem
6 Penyediaan laporan & dokumentasi

13.0          JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Puan Norzah binti Mohd Kassim (Guru Besar, SKPP 9(1)


Pengerusi : Puan Tuan Normah binti Tuan Sipat (Penolong Kanan
Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Encik Yusof bin Ali Ismail Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Cik Junaidah bin Abdul Rahman (Penolong Kanan
Kokurikulum)
Ketua Panitia : Encik Abdul Mujib Bin Rahimi
Setiausaha : Puan Nurul A’in Wahida Bte Abu Bakar (Setiausaha Panitia
PJ)
AJK : Encik Mohd Hafiz bin Abd Hamid
: Cik Ilya Syuhada bin Zaid
: Encik Afandi bin Mat Harun
14.0          JAWATANKUASA KERJA

Bil Jawatankuasa Ketua Bidang tugas


1 Penyelaras Cikgu Abdul Mujib bin         Menyelaras stesen-stesen ujian
Rahimi (Ketua Panitia PJ) SEGAK.
2 Pengurus teknikal Cikgu Nurul A’in Wahida bte         Memastikan peralatan teknikal
Abu Bakar dalam keadaan baik dan boleh
digunakan.
3 Persiapan Tempat Semua guru yang mengajar         Menyediakan alatan.
& Alatan matapelajaran Pendidikan         Memastikan alatan mencukupi.
Jasmani         Memastikan alatan yang dipinjam
dan dipulangkan mencukupi.

4 Fotografi Cikgu Nurul A’in Wahida bte         Mengambil gambar setiap stesen
Abu Bakar ujian SEGAK untuk dokumentasi
dan laporan.
5 Senamrobik/         Memastikan murid
Memanaskan Cikgu Abdul Mujib Bin melakukan warming up sebelum
Badan Rahimi melakukan ujian SEGAK.
6 Ukur tinggi & berat Cikgu Ilya Syuhada binti         Menyediakan peralatan lebih awal.
Zaid         Mencatat ukuran tinggi & berat
murid dalam borang yang
disediakan.
7 Jangkauan melunjur Cikgu Afandi bin Mat Harun         Menyediakan peralatan lebih awal.
        Menunjukkan demostrasi kepada
murid.
        Mencatat jarak yang dibuat oleh
murid dalam borang yang
disediakan.
8 Tekan tubi Cikgu Mohd Azrul Hafiz bin         Menunjukkan demostrasi kepada
Ismail murid.
        Mencatat kiraan yang telah dibuat
dalam borang yang disediakan.
9 Ringkuk  tubi Cikgu Afandi bin Mat Harun         Menunjukkan demostrasi kepada
separa murid.
        Mencatat kiraan yang telah dibuat
dalam borang yang disediakan.
10 Naik turun bangku Cikgu Nurul A’in Wahida bte         Menunjukkan demostrasi kepada
Abu Bakar murid.
        Memastikan peralatan yang
diperlukan disediakan lebih awal.
        Mengambil catatan kiraan nadi
setiap murid.
11 Pencatat statistik Cikgu Abdul Mujib bin         Mengumpulkan borang maklumat
Rahimi murid yang telah diisi.
        Merekod data yang dikumpulkan.
        Membuat analisis data yang
dieperolehi.
15.0          JADUAL UJIAN SEGAK

( 26.03.2019 ) hingga ( 28.03.2019 )


Masa Aktiviti Giliran kelas
7.45 pagi – 8.00 Murid berkumpul di tapak
pagi perhimpunan. 
1. Senamrobik/memanaskan
badan
2. Taklimat kepada murid. Ikut tahun dan kelas yang akan
3. Borang skor murid dipanggil
diedarkan.

8.00 pagi – 1.00 1. Ukur tinggi & berat.


tengah hari 2.Naik turun bangku
3.Tekan tubi
4. Ringkuk tubi separa
5. Jangkauan melunjur

16.0          PELAKSANAAN PROGRAM

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah
seperti berikut :

1.      Indeks Jisim Badan ( BMI )


2.      Jangkauan melunjur
3.      Tekan tubi ( 1 minit )
4.      Ringkuk tubi separa ( 1 minit )
5.      Naik turun bangku ( 3 minit )
Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan
secukupnya sebelum menjalani ujian. (Rujuk Lampiran B)

KESELAMATAN
1.      Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:
a.       Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal.
b.      Mengidap penyakit kronik
c.       Tidak sihat pada waktu ujian.
d.      Memiliki kad OKU
2.      Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.      Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.      Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.      Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.      Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PELAPORAN

1.      Murid perlu merekod hasil ujian mereka.


2.      Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3.      Guru melaporkan hasil ujian.
17.0          SENARAI ALATAN

BATERI UJIAN ALATAN


Ukuran Antropometrik ( BMI ) Penimbang berat dan pengukur
ketinggian.
Jangkauan melunjur Alat pengukur jangkauan
Tekan tubi Tilam gimnastik
Ringkuk tubi separa Pita pelekat
Pita ukur
Pelapik getah
Metronome atau rakaman ( 50 detik )
Naik turun bangku Bangku -  ketinggian 30.5 cm ( 1 kaki )
Jam randik
Borang skor
Pembesar suara
Metronome atau rakaman ( 96 detik )

18.0          ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

19.0          BORANG SKOR
                                                               
Rujuk Lampiran A

20.0          PENUTUP
Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan
kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dijayakan
dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

”SIHAT BERSAMA-SAMA”

Disediakan oleh :                                                        Disemak oleh :

(AMANINA IZZATI BT SABRI)                                                   

Lampiran A
STENSEN 1:

Ujian Indeks Jisim Badan

Nama ujian : Indeks Jisim Badan (BMI)


Tujuan : Menilai komposisi badan
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan 1: .      Pengukur tinggi
2.      Penimbang berat
3.      Borang skor
Pengurusan dan : Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian
organisasi kecergasan bermula.
Prosedur 1: .      Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran
kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
2.      Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan  =         Berat badan (kg)


                                       Tinggi (m) x  Tinggi (m)
3.      Rujuk jadual dibawah untuk mengenal pasti komposisi
badan.

Lelaki

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan
9 <14.0 14.0  -  18.6 >18.6  -  21.0 >21.0
10 <14.2 14.2  -  19.4 >19.4  -  22.2 >22.2
11 <14.6 14.6  -  20.2 >20.2  -  23.2 >23.2
12 <15.0 15.0  -  21.0 >21.0  -  24.2 >24.2
13 <15.4 15.4  -  21.8 >21.8  -  25.2 >25.2
14 <16.0 16.0  -  22.6 >22.6  -  26.0 >26.0
15 <16.6 16.6  -  23.4 >23.4  -  26.8 >26.8
16 <17.2 17.2  -  24.2 >24.2  -  27.6 >27.6
17 <17.8 17.8  -  24.8 >24.8  -  28.2 >28.2

Perempuan

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan
9 <14.8 14.8  -  19.2 >19.2  -  21.8 >21.8
10 <14.0 14.0  -  19.9 >19.9  -  22.9 >22.9
11 <14.4 14.4  -  20.8 >20.8  -  24.0 >24.0
12 <14.8 14.8  -  21.6 >21.6  -  25.2 >25.2
13 <15.3 15.3  -  22.5 >22.5  -  26.2 >26.2
14 <15.8 15.8  -  23.2 >23.2  -  27.2 >27.2
15 <16.3 16.3  -  24.0 >24.0  -  28.0 >28.0
16 <16.8 16.8  -  24.5 >24.5  -  28.8 >28.8
17 <17.3 17.3  -  25.2 >25.2  -  29.6 >29.6

STESEN 2:

Nama ujian : Jangkauan Melunjur


Tujuan : Mengukur fleksibiliti
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan 1: .      Alat pengukur jangkauan.
2.      Borang skor.
Pengurusan dan : Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
organisasi
Prosedur 1: .      Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakkan
di belakang penanda 23 cm.
2.      Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan
memegang lutut.
3.      Tapak tangan kanan ditindih diatas belakang tapak
tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah
sama.
4.      Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan
sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
5.      Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa
penyentap.
6.      Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan
terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada
sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam
titik perpuluhan.
7.      Murid yang membantu memegang lutut pelaku tetapi tidak
menganggu pelaku.

STESEN 3:

Nama ujian : Ujian tekan tubi


Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan
serta otot bahu
Jantina : Lelaki
Alatan dan kemudahan 1: .      Kawasan lapang dan rata.
2.      Jam randik
3.      Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan 1: .      Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
organisasi 2.      Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur 1: .      Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat
badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki.
Badan diluruskan.
2.      Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga
dada menyentuh span.
3.      Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4.      Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak
berupaya meneruskannya.
5.      Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti
secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6.      Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid A.

Nama ujian : Ujian tekan tubi suaian


Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan
serta otot bahu
Jantina : Perempuan
Alatan dan kemudahan 1: .      Kawasan lapang dna rata.
2.      Jam randik.
3.      Span ( 5 cm tingi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan 1: .      Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
organisasi 2.      Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai
pencatat.
Prosedur 1: .      Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat
badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki.
Badan diluruskan.
2.      Turunkan badan dengan membengkokkan siku
sehingga dada menyentuh span.
3.      Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4.      Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid
tidak berupaya meneruskannya.
5.      Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6.      Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid
A.

   STESEN 3:

Nama ujian : Ringkuk tubi separa (partial curl-up)


Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan 1: .      Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2.      Pita ukur
3.      Jam randik
Pengurusan dan : Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan
organisasi kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.
Prosedur 1: .      Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang
sesuai.
2.      Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit
kaki sentiasa menyentuh lantai.
3.      Buka kaki seluas bahu.
4.      Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari
menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5.      Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya
jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagan luar
pelekat kedua.
6.      Bahagian bawah/ belakang badan hendaklah rata dan jari
tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum
melakukan ulangan yang seterusnya.
7.      Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1
minit.
8.      Murid B mengira ulangan perlakuan.
9.      Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A:
9.1  Berasa tidak selesa.
9.2  Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda
kedua.
9.3  Tumit diangkat.
Panduan guru : Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1.      Bahagian bawah / belakang tidak menyentuh lantai.
2.      Tumit diangkat.
3.      Badan / bahu senget.
4.      Punggung terangkat.
5.      Lutut tidak bersudut 90 darjah ( tegak).
    STESEN 4:

Nama ujian : Naik turun bangku


Tujuan : Menilai daya tahan kardiovaskular
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan 1: .      Bangku – 30.5 cm
2.      Jam randik
3.      Borang skor
4.      Rakaman atau metronome
Pengurusan dan 1: .      Aktiviti dijalankan berpasangan.
organisasi 2.      Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
3.      Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik
seminit.
Prosedur 1: .      Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang
sesuai.
2.      Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang
mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
3.      Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4.      Murid melakukan pergerakan naik dan turun ( kaki kiri
naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki
kanan naik atau sebaliknya).
5.      Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3
minit.
6.      Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7.      Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan
kiraan dilakukan oleh guru. Kadar nadi diambil dalam
jangka masa 1 minit.
8.      Jika murid tidak menamatkan lakuan selamat 3 minit skor
murid ini dibatalkan.

SENARAI ALATAN

BIL ALATAN BILANGAN CATATAN

1 Pengukur Tinggi 1

2 Penimbang Berat 1

3 Metronome 90 beats 1 Guna rakaman jika tidak


ada
4 Metronome 50 beats 1 Guna rakaman jika tidak
ada
5 Jam randik 3

6 Bangku (tinggi 30.5 cm) 2

7 Tilam Tekan Tubi 1

8 Tilam Sit up 1

9 Pita Ukur 1

10 Borang uji segak 46 set

11 Span (5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm 4


lebar)
12 Alat pengukur jangkauan 1

PELAN PELAKSANAAN
E D C B A
         

TAPAK
PERHIMPUNAN
 
 

PETUNJUK :

A = UKURAN INDEKS JISIM BADAN

B = JANGKAUAN MELUNJUR

C = TEKAN TUBI

D = RINGKUK TUBI SEPARA

E = NAIK TURUN BANGKU

Anda mungkin juga menyukai