Anda di halaman 1dari 4

PART 1 – CANDLESTICK

PART 1 – CANDLESTICK
Strategi ini adalah cara untuk kenal-pasti trend berdasarkan candlestick pattern. Terdapat
banyak jenis candlestick pattern berikut merupakan candle pattern yang ringkas dan bertujuan
untuk memudahkan analisis trend anda.

Bagaimana untuk menggunakan kaedah ini?

Candlestick umpama suatu kesimpulan apa yang berlaku dalam tempoh masa tersebut. Jika lebih
banyak buyers berbanding seller, kita akan dapat melihat lebih banyak candle bullish engulfing.
Begitu jugalah sebaliknya.

Kita akan menentukan trading plan kita berdasarkan trend yang dikenal-pasti melalui candlestick
pattern. Candlestick ini hanyalah untuk kegunaan analisis trend pasaran sahaja.

Candlestick kali ini bukan untuk menentukan entry anda tetapi cumalah untuk mengenal-pasti
trend sahaja.

Candlestick dan Timeframe

Kaedah analisis candle ini boleh digunakan pada Monthly, Weekly dan Daily.  Saya akan
kongsikan kepada anda bagaimana menggunakan candlestick dari Weekly untuk trading plan
seminggu anda. Konsep yang sama ini anda juga boleh gunakan untuk Daily dan Monthly.

Dengan menggunakan timeframe weekly, anda sudah boleh mula merancang trading anda untuk
sepanjang minggu hadapannya pada hari ahad sebelum bermulanya sesi perdagangan isnin.

Logik disebalik kaedah ini..

Cuba fikirkan kenapa selepas terbentuknya candle signal seperti bullish engulfing atau bullish
pin bar  di H1 ataupun H4 kemudian candle selepasnya yang terbentuk itu akan ikut menaik?
Fikirkan pula jika bulan lepas atau minggu lepas terbentuknya candle signal yang sama, agak-
agak apa akan berlaku untuk bulan atau minggu berikutnya? -sudah tentulah akan bergerak
mengikuti candlestick signal bulanan atau mingguan tadi kerana ia perlukan masa lama untuk
siap, maka candle berikutnya sudah tentu mengikuti candle signal itu.
Lihat pair USDCAD ini pada timeframe weekly, kelihatannya bearish engulfing, lihat apa yang
berlaku selepas itu, trend menurun(downtrend) berlanjutan pada minggu berikutnya dan minggu-

minggu seterusnya. Kan best kalau dapat fokus sell sahaja situ?

Okey mari kita teruskan. Candlestick untuk analisa trend di bahagikan kepada 3 iaitu;

1. Bullish
2. Bearish
3. Neutral

Bullish

Apabila candle minggu lepas closed sebagai bullish, maka trade plan anda adalah buy sahaja.

Bearish

Apabila candle minggu lepas closed sebagai bearish, maka trade plan anda adalah sell sahaja.

Neutral

Apabila candle minggu lepas closed sebagai neutral iaitu tidak jelas apa body candle atau pada
timeframe H1 dan H4 sideways, maka anda perlulah abaikan untuk trade pair tersebut(no trade).
Berikut antara candle pattern yang kita perlukan untuk mentafsir arah pasaran dan seterusnya
trade plan;

 PIN BAR/SHOOTING STAR/HAMMER


 EVENING/MORNING STAR
 BULLISH/BEARISH ENGULFING
 DOJI/NEUTRAL

Jika salah satu dari pattern di atas muncul pada timeframe weekly anda maka trade plan anda
adalah berdasarkan arah candle tersebut. Sebagai contoh pin bar dari kategori bullish, maka trade
plan anda untuk sepanjang minggu adalah buy sahaja.

RAHSIA CANDLESTICK
Berapa ramaikah yang tahu bahawa trend boleh ditentukan melalui berapa jumlah buyer dan
seller dalam pasaran?
Terdapat  kaedah di mana dengan membandingkan dua candle terkini dan lepas, ia membolehkan
trader ‘meneka’ ke mana arah pasaran seterusnya. Untuk keadaan tertentu, ia memerlukan
sehingga tiga candle seperti candle pattern morning dan evening star.

Perbandingan ini adalah melalui cara menentukan peratusan buyers dan sellers dua candle terkini
untuk menentukan dominasi antara buyers atau bullish dengan sellers atau bearish dalam
pasaran.

Belajar predict market guna candlestick

Mengetahui siapakah yang mendominasi pasaran, selanjutnya trader boleh menentukan trading
plan dan akan  trade plan tersebut untuk suatu tempoh samada bulanan atau mingguan. Trading
plan ini boleh jadi seperti anda buy sahaja sepanjang bulan atau minggu dan boleh jadi juga sell
sahaja dalam sepanjang tempoh itu.

Akan tetapi bagi trader yang mahir SNR atau mahir melihat trend, bolehlah melakukan buy dan
sell seperti menjangkakan ia akan turun dahulu sebelum naik kerana berdasarkan candle bulanan
ia akan menaik, maka sebelum kenaikan itu, trader tersebut akan memanfaatkan
penurunan(retracement) sebelum berlakunya kenaikan sepertimana yang dianalisa pada candle
monthly. Begitu jugalah keadaan sebaliknya iaitu downtrend.

Kaedah ini hanya sah pada candle bulanan ataupun mingguan sahaja. Dalam keadaan tertentu, ia
juga sah digunakan pada timeframe harian(daily) namun sangat berisiko.

Anda mungkin juga menyukai