Anda di halaman 1dari 2

Di Malaysia, banyak tandas awam masih berada dalam

keadaan yang kurang memuaskan kerana etika penggunaan tandas


awam tidak diambil perhatian. Apakah etika penggunaan tandas awam
yang betul? Etika penggunaan tandas yang betul ialah haruslah menutup
paip air selepas digunakan. Amalan ini dapat menjimatkan air kerana kita
harus berpegang pada prinsip peribahasa ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis. Selain itu, kita harus memastikan air tandas dipam selepas
digunakan agar keadaan tandas sentiasa bersih. Janganlah kita
membuang tisu atau sisa-sisa makanan atau tuala wanita ke dalam
mangkuk tandas atau ke dalam singki. Jika tidak, saluran tandas akan
tersumbat dan rosak. Sebaliknya, buanglah sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan demi menjaga kebersihan. Gunakanlah tisu
dengan berhemat supaya orang lain juga dapat menggunakannya.
Sebelum meninggalkan tandas, jangan meninggalkan barangan peribadi
di tandas agar kehilangan tidak berlaku. Jika berlakunya kerosakan di
tandas, laporkanlah kepada pegawai atau petugas yang
bertanggungjawab agar tandas dapat dibaiki segera. Kesimpulannya, kita
mestilah mematuhi etika penggunaan tandas demi keselesaan semua dan
meningkatkan kebersihan di tempat awam. Jagalah tandas awam seperti
tandas di rumah sendiri agar budaya seperti kera mendapat bunga tidak
berlaku di negara kita.
Jangkitan COVID-19 semakin hari semakin
meningkat catatannya. Oleh sebab itu, kita haruslah
mengurangkan jangkitan dan penularan wabak ini.
Cara yang pertama ialah kita mestilah menutup mulut
dan hidung dengan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin.
Selepas itu, buanglah tisu yang telah digunakan ke dalam tong
sampah untuk menjaga kebersihan agar wabak tidak merebak.
Selain itu, kita harus mencuci tangan dengan
kerapnya dengan menggunakan sabun atau pensanitasi tangan.
Dengan berbuat begitu, kita dapat menyahkuman. Cara ini sangat
penting untuk mengekang jangkitan COVID-19.
Di samping itu, kita haruslah memakai penutup mulut
dan hidung sekiranya bergejala seperti batuk, selesema, dan
demam panas. Oleh sebab itu, penularan wabak ini memerlukan
komitmen yang tinggi daripada masyarakat.
Kesimpulannya, kita mestilah berusaha untuk
mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 agar dapat
mengembalikan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Anda mungkin juga menyukai