Anda di halaman 1dari 1

Gaya Kognitif Realisme

             Murid – murid yang berfikiran secara realis menganggap dunia realiti mengikut apa yang
dipaparkan oleh lima indra mereka; yaitu penglihatan, pendengaran, rasa, penciuman dan sentuhan dan
tidak bergantung kepada buku atau bahan media yang lain.
Mereka yang mempunyai gaya kognitif realis menumpukan kepada apa yang boleh dilihat secara
fisikal. Mereka suka mencari kebenaran kerana mereka menganggap dunia ini kurang
sempurna.Golongan ini akan mencari fakta sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain atau
kepada para pakar.Mereka ini suka mendapat kata sepakat dengan semua orang dalam kumpulan yang
sama. Jika mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan mereka akan bergantung kepada
nasihat daripada seorang pakar.
Mereka juga tidak suka menulis laporan yang panjang tetapi suka menulis laporan yang ringkas
dan tepat. Mereka suka mencari apa yang salah dan memokuskan kepada cara-cara untuk membaikinya.

Gaya Kognitif Sintesis


            Murid-murid yang mengamalkan gaya kognitif sintesis, mampu mencari data dan maklumat untuk
menghasilkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Mereka juga mampu menyelesaikan sesuatu
masalah karena kebolehan pemikiran mereka lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai gaya
pemikiran analisis.
            Mereka juga mempunyai kebolehan untuk menggabungkan, mengintegrasi dan mencantumkan
idea-idea. Mereka juga boleh menafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip-prinsip
induksi dan deduksi. Mereka juga suka membuat aktiviti-aktiviti pemikiran yang melibatkan konsep
seperti rumusan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, rekaan, gubahan dan sebagainya.
           Murid-murid ini suka berfikir secara kreatif dan menganggap dunia ini sebagai sesuatu tempat
yang kompleks. Jadi guru-guru perlu bersabar dalam mendengar  pendengaran mereka dan memahami
bahawa mereka suka berhujah dan bukan menentang atau berlawan dengan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai