Anda di halaman 1dari 11

1

PANDUAN RINGKAS UNTUK MEMBUAT TUGASAN INDIVIDU

Catatan:

Berikut adalah contoh penulisan akademik untuk dijadikan panduan oleh semua
pelajar untuk membuat tugasan individu

Sila ambil perhatian:

i. Nota kaki (foot note)


ii. Gunakan sistem pernomboran untuk setiap isi
iii. Sila gunakan topik dan sub-topik untuk setiap isi perbincangan
iv. Topik utama (huruf besar-bold) dan sub-topik (huruf kecil-bold)
v. Petikan bahasa Inggeris (italic)
vi. Sila lihat perbezaan di antara rujukan nota kaki dengan rujukan-jangan keliru
vii. Guna lampiran jika perlu seperti gambar, petikan akhbar, peta dan sebagainya

Kepada semua pelajar di bawah seliaan saya, selamat mencuba

selamat maju jaya dan terima kasih

daripada:

En. Mohd Syariefudin Abdullah

CONTOH TUGASAN

Lihat di muka surat berikut…………….


2

BINCANGKAN KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN


DI MALAYSIA TERHADAP SISTEM SOSIALNYA

1.0 PENDAHULUAN

Kedatangan Portugis pada tahun 1511 telah memulakan era penjajahan di Tanah Melayu.
Penjajahan Portugis telah kemudiannya diganti oleh Belanda pada tahun 1641 semasa
Belanda merupakan kuasa yang dominan di Selat Melaka. Perjanjian Pangkor yang
ditandatangani pada tahun 1874 pula memulakan corak dominasi dan pengaruh British.
Sungguhpun penjajahan Portugis dan Belanda mempunyai kesan yang sedikit sahaja ke
atas struktur sosial tradisional, tetapi kedatangan British telah menyebabkan berlakunya
perubahan yang besar dan signifikan dalam konteks perubahan dan pembangunan
ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat negara ini. Masyarakat Tanah Melayu
beransur-ansur berubah meninggalkan ciri-ciri tradisionalnya dan menuju ke arah menjadi
masyarakat moden, kompleks, industri dan maju.

Pembangunan ekonomi yang dilaksanakan pada zaman penjajahan adalah


bertujuan untuk mencari keuntungan dengan mengeksploitasi sumber-sumber semulajadi
di Tanah Melayu dan keadaan ini telah menjadi dasar penaklukan penjajah. Khoo Kay
Kim seorang ahli sejarawan menyifatkan, matlamat ekonomi merupakan tujuan utama
kedatangan penjajah British di Tanah Melayu selain bersifat persaingan dengan kuasa-
kuasa penjajah lain seperti Perancis, Belanda dan Amerika Syarikat. Pembangunan
ekonomi pada zaman penjajahan telah memberi kesan terhadap sistem sosial di Malaysia
melalui dasar-dasar yang yang dilaksanakan oleh pihak British. Sosial dari segi
kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan
dengan masyarakat. Dalam konteks masyarakat pada zaman penjajahan, sistem sosialnya
merupakan struktur masyarakat yang sedang menerima pengaruh peradaban Barat.

2.0 PEMBANGUNAN EKONOMI YANG DILAKSANAKAN OLEH BRITISH

Tempoh pertengahan abad ke-19 telah memperlihatkan perubahan ekonomi yang penting
di Tanah Melayu. Pada tempoh ini, aspek pembangunan telah dianggap sebagai moden
ataupun kapitalisme Barat. Sistem ekonomi kapitalis membawa beberapa ciri asas dari
segi modal, buruh dan pengusaha yang sama sekali berbeza dengan sistem ekonomi
masyarakat tradisional. British menekankan kegiatan ekonomi yang berorientasikan
eksport khususnya perlombongan bijih timah dan perladangan getah yang lebih
mendatangkan keuntungan. Perkembangan ini telah melahirkan bentuk ekonomi
dualisme, iaitu ekonomi saradiri dan ekonomi komersial. Ekonomi komersial melibatkan
pelaburan besar iaitu modal dari luar negeri di samping modal tempatan terutama dalam
bidang perusahaan yang baru iaitu perlombongan dan perladangan.1

1
Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, 2001,
hlm. 147.
3

Menjelang lewat tahun-tahun 1920-an, kesan ekonomi yang utama akibat


penjajahan British ialah pertumbuhan ekonomi duaan, iaitu dalam pengertian ekonomi
yang mempunyai dua orientasi dan tumpuan kegiatan yang berbeza antara satu sama lain.
Pada satu pihak terdapat sektor ekonomi perindustrian moden penjajah yang memberi
tumpuan kepada perdagangan moden, ekonomi eksport, pengeluaran getah dan
melombong bijih. Industri yang digalakkan pertumbuhannya ialah yang berkaitan dengan
ekonomi asing. Pada pihak yang lain pula ialah sektor ekonomi tradisional pertanian atau
sektor tani. Hasil utama sektor ini ialah padi dan hasil laut sungguhpun terdapat tanaman
getah secara kecil-kecilan. Teknik pengeluaran dalam sektor ini bersifat tradisional dan
hampir tidak menerima kesan campur tangan penjajah. Begitu juga industri tempatan
yang bercorak tradisional tidak dibenarkan berkembang, bahkan sering menghadapi
kesulitan ataupun diabaikan langsung.

Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu menggalakkan kedatangan


buruh-buruh asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan dan
ladang-ladang getah. Ditambah pula dengan Dasar Imigrasi yang diamalkan oleh British.
Ekoran daripada Dasar Imigrasi yang diamalkan oleh British maka wujudnya eksploitasi
buruh terutama melibatkan buruh Cina dan India. British mengamalkan dasar pecah dan
perintah dan pemerintahan. Justeru itu wujudnya pola-pola perbezaan ekonomi mengikut
kaum.

Apabila British menegakkan kawalan politik di negeri-negeri Melayu adalah


menjadi matlamat British untuk memupuk kesetabilan politik melalui pengenalan sebuah
pentadbiran ala Barat yang akan menggalakkan perkembangan ekonomi. Ini akan dapat
dicapai melalui galakan pelaburan British atau asing, penggunaan tenaga buruh murah
dari luar dan penimbaan bahan-bahan semulajadi. Dengan demikian kemasukan buruh-
buruh asing terutama daripada India dan China adalah dialu-alukan oleh pentadbiran
British.

Pada awal abad ke-20, perusahaan perkilangan yang berkaitan dengan getah dan
bijih timah mula berkembang dan banyak kilang yang telah didirikan untuk tujuan itu.
Salah satunya ialah United Engineers, yang merupakan syarikat perkilangan yang terawal
di Tanah Melayu. Begitu juga dengan Syarikat Straits Trading Company yang merupakan
perusahaan melebur bijih timah. Syarikat ini berjaya menarik pengusaha-pengusaha
lombong yang tidak dimodali oleh pemodal Cina dan lombong-lombong besar.2 Pada
tahun 1936, Syarikat Bata telah dirikan di Klang, Selangor oleh seorang pengusaha
Eropah.

Penjajahan British juga telah memperkenalkan sistem ekonomi moden berasaskan


penggunaan wang. Keadaan ini telah mewujudkan institusi kewangan dan bank-bank di
Tanah Melayu. Banyak cawangan bank-bank asing ditubuhkan di pusat-pusat kegiatan
ekonomi utama di Tanah Melayu seperti di Singapura, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Institusi kewangan dan bank ini berfungsi memberikan kemudahan kredit kepada syarikat
swasta dan individu untuk tujuan pelaburan yang digunakan untuk membuka dan
2
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur, 2002, hlm.193.
4

memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Bank juga memudahkan urusan import dan
eksport. Antara bank yang ditubuhkan ialah Mercantile Bank pada 1857 di Pulau Pinang,
Chartered Bank pada 1857 dan Hong Kong dan Shanghai Bank pada 1894. Manakala
bank temapatan yang pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Kwong Yik Bank
di Kuala Lumpur pada 1913, Bank of Malaya di Ipoh pada 1920 dan Ban Hin Lee di
Pulau Pinang.

Pihak penjajah juga telah berupaya mengembangkan sektor ekonomi kerana para
pedagang pada masa itu telah tertarik kepada dasar perdagangan bebasnya dan suasana
ekonomi yang lebih teratur yang telah diwujudkan itu. Perkembangan sektor ekonomi
telah pula membentuk desakan untuk membina sistem pengangkutan yang lebih cekap
untuk melicinkan lagi pengangkutan barangan yang hendak dieskport.

Antara tahun 1885 hingga 1895, empat landasan keretapi yang berjarak dekat
telah dibina untuk menghubungkan bandar pelabuhan dengan lombong bijih timah di
Pantai Barat Semenanjung dan jalan raya dibina untuk menghububungkan lombong-
lombong itu dengan landasan keretapi yang baru itu. Pada tahun 1901, landasan-landasan
itu bercantum untuk membentuk Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dikenali
sebagai Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.3 Terdapat kegitan membina jalan raya di
negeri Pantai Timur dan Johor pada tahun 1930-an, sebahagian besarnya dalam kawasan
yang tiada khidmat keretapi yang membolehkan banyak hasil pengeluaran untuk eksport
diangkut melalui jalan raya.4

Selain daripada itu, salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kolonial
yang mempengaruhi kegiatan ekonomi orang Melayu ialah system pendaftaran tanah.
Pada masa lalu para petani boleh mengerjakan tanah secara bebas, mereka hanya perlu
meminta kebenaran daripada pembesar daerah.5 Namun begitu, selepas kedatangan
British pihak kolonial telah memperkenalkan system pendaftaran tanah iaitu Sistem
Pendaftaran Tanah Torrens yang mana ia berasaskan ciri-ciri pemiliknya kekal, boleh
dipusakai, dipinda milik dan tidak meyekat penjualan tanah. Sistem ini telah
menggantikan peraturan penggunaan tanah mengikut undang-undang adat melayu.6

Pegawai-pegawai British juga telah mengambil alih tugas pembesar dalam


pentadbiran dan memungut cukai. Sebaliknya pihak kolonial telah membayar gaji tetap
kepada golongan pemerintah tradisional. Kerajaan British juga mengantikan sistem
politik tradisi dengan sistem birokrasi dalam menjalankan urusan pentadbiran mereka di

3
Andaya, B.W & Andaya, L.Y, Sejarah Malaysia. Macmillan Publication (M), Kuala Lumpur,
1983, hlm., 241.
4
ibid.
5
Wan Abdul Kadir Wan Yusof, Sistem ekonomi orang Melayu, Mohd Taib Osman (peny).
Masyarakat Melayu, struktur, organisasi dan manifestasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1989, hlm. 115.
6
Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1991, hlm.388.
5

peringkat negeri, daerah dan mukim. Ini menghapuskan sistem pemerintahan dan corak
organisasi tradisi.7

3.0 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP SISTEM SOSIAL

Antara masalah yang diwarisi oleh pemerintah tempatan pada tahun 1957 ialah masalah
eksploitasi pihak penjajah ke atas penduduk tempatan, terutama dalam bidang ekonomi
dan politik. Hal ini pula menimbulkan masalah sosial lain seperti kemiskinan di sektor
desa dan di kalangan penduduk golongan tertentu di bandar, masalah pemilikan dan
penguasaan tanah, penganggguran, kurang pembangunan di sektor tertentu, masalah
kekurangan infrastruktur yang hanya terdapat di kawasan yang boleh mendatangkan
keuntungan, masalah pemilikan kekayaan negara oleh pihak asing. Dasar pecah dan
perintah yang diamalkan oleh pihak penjajah British bukan sahaja menyebabkan kegiatan
dan fungsi ekonomi terbahagi mengikut garisan perkauman, bahkan juga telah
menimbulkan masalah berkaitan dengan hubungan etnik.

Komposisi penduduk Tanah Melayu berubah dengan pesat berikutan dengan


kemasukkan golongan perantau Cina dan India. Dalam jangkamasa 1911 hingga 1931
jumlah penduduk Tanah Melayu meningkat melebihi 76 peratus. Sementara itu
peningkatan penduduk Melayu atau bumiputera agak perlahan. Dalam tahun 1911 orang
Melayu masih membentuk golongan majoriti atau melebihi daripada 53 peratus daripada
jumlah penduduk Tanah Melayu. Tetapi bilangan golongan perantau Cina dan India telah
melebihi bilangan penduduk keturunan Melayu dalam tahun 1931 dan pada tahun 1941
mereka membentuk hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.8
Kebanyakan golongan perantau tertumpu ke Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Cuma di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bilangan mereka
kurang daripada penduduk Melayu.

Perubahan dan perkembangan yang telah diperkenalkan oleh pihak British itu
telah mula menghasilkan dua perubahan penting dalam struktur masyarakat Tanah
Melayu. Perubahan pertama ialah pembentukan masyarakat majmuk (plural). Untuk
mengendalikan kegiatan sektor ekonomi eksport, penjajah telah menggalakkan
kemasukan buruh Cina dan India. Buruh Cina dan India ini bekerja di lombong, estet dan
sektor perkhidmatan ataupun perniagaan. Galakan kemasukan orang Cina dan India
secara beramai-ramai ini telah mengasaskan pembentukan masyarakat majmuk.

Kebanyakan orang Cina tertumpu di kawasan-kawasan yang telah maju terutama


di bandar-bandar di barat semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang India pula tertumpu
di kawasan ladang-ladang getah. Sementara itu orang Melayu kebanyakannya kekal di
kawasan asal mereka di tepian sungai dan kampung-kampung. Menurut R. Emerson,

7
Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyrakat Malaysia, Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2001, hlm., 61.
8
Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm.372.
6

The Chinese have been given virtually free rein in it by the British in all
spheres except the political, and they have known how to make good use of
it.9

Dasar ekonomi British memberi kesempatan yang luas untuk golongan perantau
bagi menimba kekayaan dan mereka berjaya menguasai sektor perdagangan dan
perniagaan termasuk runcit. Masyarakat Melayu sebaliknya tertinggal di belakang dan
mereka tidak digalakkan untuk menceburi diri dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang
menguntung saperti pertanian komersial dan perladangan getah. Dalam struktur kolonial
peranan mereka ada lah sebagai pengeluar bahan makanan. British mempunyai muslihat
untuk membiarkan orang Melayu dalam kemunduran. Keadaan ini dapat dijadikan alasan
babawa orang Melayu perlukan perlindungan dan peranan British adalah sebagai
"pelindung."10

Akibatnya, sebahagian besar orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan di
kawasan desa sementara anak-anak bangsawan Melayu dan golongan DiRaja Melayu
menikmati peluang menjawat pekerjaan dengan penjajah British. Keengganan orang
Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah, pelancaran Akta Tanah
Rezab Orang Melayu pada 1913 dan Enakmen Kawasan Padi 1917 sama-sama
menyebabkan orang Melayu kekal terikat dengan tanah dan aktiviti pertanian. Keadaan
pengasingan atau pemisahan pekerjaan mengikut etnik diperkukuhkan dengan penyisihan
orang bukan Melayu iaitu Cina dan India dari sektor perkhidmatan awam dan pentadbiran
yang dikhaskan perjawatannya kepada orang Melayu dan orang British.

Dasar British untuk mengekalkan status quo masyarakat Melayu tradisional


sebagai petani dan nelayan, serta dalam masa yang sama British telah mengiktirafkan,
memelihara dan memperkukuhkan lagi hierrarki struktur social masyarakat Melayu.
Petempatan mereka juga masih dikekalkan di kawasan pedalaman dan pinggir Bandar.
Sementara itu orang-orang Cina dan India diberikan peluang untuk terlibat secara aktif
dalam bidang ekonomi terutamanya di sektor perlombongan, perniagaan dan perladangan.
Kesemuanya ini turut menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang bagi
Semenanjung Tanah Melayu.

Di samping itu juga, tidak ramai orang Melayu yang berminat untuk bekerja
sebagai buruh dalam sistem ekonomi moden yang diperkenalkan oleh British. Mereka
merasakan keadaan yang dinikmati itu sudah mencukupi dan selesa. Orang Melayu ketika
itu tidak melihat bahawa kemajuan dunia sebagai satu perkara yang harus direbut
sebaliknya mereka berpegang kepada konsep qadak dan qadar.11 Disebabkan sikap inilah
menyebabkan ada pendapat yang menyatakan Melayu malas dan tidak peka dengan
perubahan sekeliling. Masyarakat peribumi juga dianggap asing terhadap perusahaan dan

9
R. Emerson, Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 22.
10
ibid.
1
11
Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyrakat Malaysia, hlm. 71
7

perniagaan. Bagaimanapun Syed Hussin al-Attas sangat tidak bersetuju dengan tuduhan
tersebut sebaliknya menganggap tuduhan itu sebagai satu mitos.12

Sungguhpun pihak penjajah dan pendatang telah mendominasi terutamanya sektor


ekonomi eksport negara, beberapa peluang telah dibentuk untuk penyertaan golongan
Melayu dalam bentuk-bentuk baru kegiatan ekonomi. Ini seperti bekerja di lombong, estet
dan organisasi sektor moden yang lain, membekalkan beras dan makanan lain yang
diperlukan oleh penduduk bandar terutamanya dan penyertaan mereka sebagai pekebun
kecil bagi tanaman untuk eksport. Sungguhpun telah terdapat peralihan dalam kegiatan
ekonomi yang diceburi, namun sebahagian besar kegiatan itu masih mempunyai kaitan
dengan pertanian dan kebanyakan orang Melayu masih tetap tinggal di luar Bandar.
Hanya pada akhir era penjajahan terdapat orang Melayu menceburkan diri dalam kegiatan
yang tidak berkait dengan pertanian seperti menjadi polis, guru dan askar.

Melalui sistem ekonomi moden berasaskan penggunaan wang yang diperkenalkan


oleh pihak kolonial masyarakat Melayu secara tidak langsung terlibat sama dan merasa
kesan pelaksanaan ekonomi tersebut. Bagi penduduk kampung yang sebahagian besarnya
masih menjalankan aktiviti tradisional seperti menanam padi dan menangkap ikan atau
yang telah mengerjakan penorehan getah secara kecil-kecilan, unsur-unsur ekonomi
kewangan yang meresap ke kampung telah mengakibatkan beberapa kesan buruk.13 Ini
disebabkan sistem penggunaan wang tunai berkembang dengan meluas sekali
menyebabkan para petani sering kesempitan wang kerana pengeluaran hasil tani mereka
tidak seberapa.

Selain daripada itu, di kawasan pertanian padi terutamanya, sering timbul masalah
kekurangan tanah disebabkan bilangan penduduk bertambah sedang keluasan tanah
sawah tidak bertambah. Oleh kerana terdesak dengan keperluan wang, maka ada di antara
orang Melayu yang terpaksa menjual tanah milik sendiri. Pindah-memindah milik tanah
melalui jual beli sudah menjadi satu perkara biasa, bukan sahaja di kalangan petani
malahan juga di kalangan penoreh getah.14 Pinjaman wang daripada chettiar memang
popular di kalangan orang Melayu. Golongan chettiar ini terkenal dengan ‘sikap baik’
hati di kalangan orang Melayu. Akibat daripada hutang yang banyak dan tidak mampu
dibayar kerana bunga yang dikenakan terlalu tinggi maka kebanyakan tanah Melayu
bertukar milik kepada orang bukan Melayu. Di Perak, sepanjang tahun 1912 sebanyak
961 hak milik orang Melayu telah dijual kepada orang bukan Melayu. Pada tahun
berikutnya, di Selangor sebanyak 1,416 bidang tanah dijual kepada orang bukan Melayu.
Penjualan tanah di kalangan orang Melayu ini, di samping menjelaskan hutang adalah
juga untuk menjelaskan bayaran cukai tanah.15
1
12
Syed Hussein Alatas, Mitos peribumi malas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989,
hlm. 205
1
13
S.Husin Ali, Orang Melayu: Masalah dan masa depan, Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur, 1979, hlm. 92.
1
14
ibid.
1
15
Ahmad Nazri Abdullah, Undang-undang tanah simpanan Melayu, Dlm. Khoo Kay Kim, Sejarah
masyarakat Melayu moden, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 105-106.
8

Kehilangan hak milik tanah di kalangan orang Melayu ini sememangnya


mendapat perhatian daripada kerajaan British.Residen Perak menyifatkan penjualan tanah
di kalangan orang Melayu akan menjejaskan kedudukan orang Melayu yang mungkin
akan menjadi buruh upahan Melayu yang tidak mempunyai tanah. Keadaan ini
bercanggah dengan dasar penempatan mereka yang mengekalkan dan menggalakkan
golongan petani.16 Atas kesedaran inilah maka pada tahun 1913 British telah meluluskan
undang-undang Tanah simpanan Melayu. undang-undang ini telah menentukan bahawa
kawasan penempatan atau simpanan orang Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang bukan
Melayu. Namun demikian peraturan ini telah menimbulkan beberapa batas terhadap
usaha yang boleh dijalankan di tanah-tanah tersebut. Misalnya, bagi kebanyakan tanah
simpanan ini, penanaman dan jumlah pokok kelapa adalah dihadkan. Tanaman getah juga
tidak boleh ditanam kecuali dengan sewa yang lebih tinggi atau tidak dibenarkan
langsung. Daripada segi kesannya, peraturan ini mengekalkan sejumlah besar penduduk
Melayu tinggal di kawasan-kawasan desa dan menjalankan kerja-kerja yang hanya cukup
menyara hidup mereka.17

Dasar pecah dan perintah dapat dilihat daripada perbezaan dasar terhadap kaum-
kaum. Misalnya dalam bidang pendidikan British menggalakkan sistem pendidikan
berasingan berasaskan kaum iaitu wujudnya sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Tiap-tiap
jenis sekolah ini adalah khusus untuk sesuatu kaum tertentu kecuali sekolah Inggeris.
Dengan itu pelajar-pelajar Melayu. Cina dan India sukar bergaul antara satu sama lain.
Tiada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. Setiap jenis sekolah menggunakan
bahasa ibunda mereka. Ini mewujudkan sekolah vernakular. Sekolah-sekolah berkenaan
juga terpisah antara satu dengan yang lain mengikut kedudukan geografi dan taburan
penduduk. Sekolah Melayu di kawasan kampung, sekolah Cina di kawasan perlombongan
dan sekolah Tamil di kawasan estet getah. 18

Transformasi pendidikan. Dalam zaman penjajahan Inggeris, pendidikan Melayu


yang percuma dibekalkan kepada orang Melayu tetapi setakat Darjah Empat sahaja dan
dengan penekanan kepada agama Islam. Pendidikan Melayu seperti pendidikan Tamil dan
Cina tidak mempunyai nilai ekonomi iaitu sebagai pasport pekerjaan seperti pendidikan
bahasa Inggeris. Pendidikan Melayu untuk sebahagian besar orang Melayu ketika itu,
hanya bertujuan untuk melahirkan petani dan nelayan yang lebih baik. Walau
bagaimanapun, untuk anak-anak orang bangsawan Melayu, penjajah British telah
menubuhkan sebuah sekolah Inggeris khas pada tahun 1905, iaitu Kolej Melayu Kuala
Kangsar. Kolej ini (MCKK) bertujuan untuk memberi pendidikan Inggeris dan latihan
kemahiran untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu ini berkhidmat sebagai
pentadbir di perkhidmatan awam penjajah British.

1
16
Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm. 338
17
Ahmad Nazri Abdullah, Undang-undang tanah simpanan Melayu, hlm. 107.
18
Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 532.
9

Petempatan juga terpisah mengikut kaum. Kawasan yang maju terutama Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka menjadi yumpuan
penghijrah-penghijrah Cina dan India. Penduduk Cina lebih ramai di Bandar dan
menubuhkan pekan-pekan Cina, manakala orang India tertumpu di lading. Mereka lebih
suka tinggal di kawasan kaum sendiri kerana berasa lebih senang dan selamat. Dengan ini
masalah bahasa, makanan, agama dan aktiviti harian lain akan berkurangan. Taburan
penduduk mengikut kaum dan ekonomi menyebabkan Caldwell seoran sarjan telah
membahagikan Malaya kepada ‘Malaya Lama’ dan ‘Malaya Baru’. Menurut Caldwell
Malaya Lama menjadi kediaman orang Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Pahang. Manakala Malaya Baru pula menjadi tumpuan orang Cina dan India iaitu di
Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singpura.19

Bandar-bandar moden tumbuh dengan pesatnya kerana sumbangan dan sokongan


yang diberikan oleh pemerintah kolonial. Keadaan ini menjadikan sektor ekonomi bandar
dan luar bandar jauh terpisah. Pihak kolonial telah menumpukan sepenuh perhatian untuk
membangunkan bandar-bandar moden, sedangkan tidak mempunyai polisi untuk
memperbaiki kedudukan ekonomi para petani Melayu. Berikutan dengan itu berbagai-
bagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah, kemudahan elektrik
dan air ditumpukan di kawasan bandar. Perkembangan yang pesat dalam bidang pelajaran
juga tertumpu di bandar-bandar moden dengan terdirinya sekolah dan universiti.20 Selain
itu juga berlaku ketidakseimbangan pembangunan infastruktur antara wilayah kerana
pihak kolonial hanya membangunkan kawasan yang dapat memberi keuntungan ekonomi
kepadanya. Pembangunan biasanya dilakukan di negeri-negeri Pantai Barat Tanah
Melayu berbandingan dengan Negeri-negeri Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak. Ini
disebabkan di negeri-negeri Pantai Barat terdapat banyak sumber-sumber ekonomi yang
dapat dieksploitasi seperti bijih timah dan getah contohnya di Perak.

Di samping itu juga berlaku perubahan dalam pertumbuhan kelas sosial yang baru
dalam sistem stratifikasi sosial masyarakat Tanah Melayu. Kalau dulu masyarakatnya
hanya terdiri daripada kelas pemerintah dan kelas yang diperintah, kini masyarakat itu
terbahagi kepada tiga: kelas atasan iaitu penjajah, golongan bangsawan Melayu, saudagar
kelas pertengahan yang majoriti orang Cina dan sedikit orang Melayu dan India dan kelas
bawahan iaitu majoriti Melayu21.

Selain daripada itu secara prinsipnya rakyat bukan lagi berada di bawah
kekuasaan dan pemerintahan golongan pemerintah kerana raja dan pembesar-
pembesarnya tidak boleh lagi memungut cukai daripada rakyat dan melaksanakan system
kerah ke atas rakyat. Mereka juga tidak boleh lagi memiliki hamba. Dengan keadaan ini
sedikit sebanyak corak hidup rakyat berubah darpada sebelumnya dan golongan hamba
tidak lagi wujud dan rakyat tidak tertekan dengan system kerah. Bagaimanapun mereka

19
Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm. 374.
20
Wan Abdul Kadir Wan Yusof, Sistem ekonomi orang Melayu, hlm. 96.
21
K. S. Jomo, Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 231.
10

tetap diwajibkan membayar cukai kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan
British. Ada kalanya cukai-cukai yang dikenakan ini pelbagai dan lebih banyak
berbanding sebelumnya sehingga menimbulkan perasan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Kerajaan Inggeris juga mengantikan sistem politik tradisi dengan sistem birokrasi
dalam menjalankan urusan pentadbiran mereka di peringkat negeri, daerah dan mukim.
Ini menghapuskan sistem pemerintahan dan corak organisasi tradisi.22

5.0 KESIMPULAN

Pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak British di Malaysia telah


mendatangkan pelbagai kesan kepada negara dan salah satunya ialah kesan kepada sistem
sosial. Ternyata pembangunan yang dilaksanakan oleh British adalah bertujuan untuk
kepentingan ekonomi kolonial tanpa mengambil kira akibat yang terpaksa ditanggung
oleh penduduk Malaysia amnya. Ini disebabkan kesan-kesan daripada dasar
pembangunan kolonial ini masih lagi dirasai dan diwarisi oleh penduduk Malaysia
walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Salah satunya ialah masyarakat yang
berbilang kaum. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk perpaduan
antara kaum, namun atas daya usaha pemimpin negara dan sikap tolak ansur kaum-kaum
di Malaysia terutamanya Melayu, Cina dan India, Malaysia mampu menyatupadukan
kaum yang terdapat di negara ini. Namun begitu masih wujud ketidakseimbangan antara
kaum terutamanya dalam aspek ekonomi yang mana kaum Melayu terus ketinggalan
berbanding kaum lain. Institusi, nilai dan norma-norma juga turut berubah kesan daripada
penjajahan kolonial ke atas Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Nazri Abdullah. 1985. Undang-undang tanah simpanan Melayu. Dlm. Khoo
Kay Kim. Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan
Universiti Malaya.

Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan
Publication (M).

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyrakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

A. Azmi Khalid. 1996. Ekonomi Melayu kurun ke-19: Sara diri atau komersial? Dlm.
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny). Alam pensejarahan: Dari pelbagai
perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Emerson, R. 1979. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22
Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyrakat Malaysia, hlm. 61.
11

Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. 2001. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti.

Jomo, K.S. 1998. Pembangunan ekonomi dan kelas social di Semenanjung Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Husin Ali. 1979. Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur:
Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.

Wan Abdul Kadir Wan Yusof. 1989. Sistem ekonomi orang Melayu. Dlm. Mohd Taib
Osman (peny.) Masyarakat Melayu, Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai