Anda di halaman 1dari 22

PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Peraturan
Sekolah & Asrama

Kolej Vokasional Kulim

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Isi Kandungan

IKRAR PELAJAR................................................................................................................................................. 1
LAGU SEKOLAH ................................................................................................................................................ 2
PERATURAN SEKOLAH
Pelajaran ................................................................................................................................................................ 4
Kegiatan Ko-Kurikulum ........................................................................................................................................ 4
Budi Bahasa........................................................................................................................................................... 4
Tatakelakuan .......................................................................................................................................................... 6
Pakaian Dan Gaya Diri .......................................................................................................................................... 6
Kebersihan ............................................................................................................................................................. 7
Meninggalkan Kelas Dalam Waktu Pelajaran ....................................................................................................... 7
Meninggalkan Kawasan Sekolah Dalam Waktu Persekolahan............................................................................. 8
Tempat Larangan ................................................................................................................................................... 8
Kantin.................................................................................................................................................................... 8
Lalu-Lintas Dan Keselamatan ............................................................................................................................... 9
Lalu-Lintas Dab Keselamatan ............................................................................................................................... 9
LAMPIRAN A..................................................................................................................................................... 10
LAMPIRAN B..................................................................................................................................................... 11
LAMPIRAN C..................................................................................................................................................... 12
PERATURAN ASRAMA
Peraturan Asrama ................................................................................................................................................. 14
Tatatertib Dan Disiplin Asrama ........................................................................................................................... 16
Pakaian Asrama ................................................................................................................................................... 16
Prep: Class dan Mentelaah Pelajaran .................................................................................................................. 16
Keluar Ke Pekan (Outing ) Dan Pulang Ke Rumah ............................................................................................ 17
Disiplin Di Dewan Makan................................................................................................................................... 17
Kebersihan Dan Kekemasan Kamar/ Dorm........................................................................................................ 18
Solat Jumaat........................................................................................................................................................ 18
Solat Berjemaah.................................................................................................................................................. 19
Aktiviti-aktiviti Asrama Dan Riadah .................................................................................................................. 19
LAMPIRAN D .................................................................................................................................................... 20
KESALAHAN-KESALAHAN DAN TINDAKAN / HUKUMAN WAKTUU MELAWAT ASRAMA ......... 21
WAKTU MELAWAT ASRAMA....................................................................................................................... 25

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami
Pelajar-pelajar
Kolej Vokasional Kulim
Berjanji dan berikrar
Akan Mematuhi Undang-undang
Dan Peraturan-peraturan Sekolah
Belajar Bersungguh-Sungguh
Agar Tidak Menghampakan I
Harapan ibubapa
Guru dan Sekolah
Sentiasa Bersedia Untuk Dibentuk, Dibimbing
Dan Dijatuhkan Sebarang Hukuman
Bagi Menjadikan Kami Warga KVK
Yang Berdisiplin dan Berketrampilan
Mewujudkan satu Komuniti Yang Cemerlang
Berteraskan Disiplin Diri
Tonggak Kecemerlangan
Teknokrat Cmerlang Wawasan Gemilang

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Lagu Sekolah

KVK Indahnya Di Puncaknya


KVK Maju Dan Berjaya.
Membina Bangsa Kebanggaan Negara.
Agama Panduan Kita.

Pada Mu Guru kami Hormati.


Didiklah Kami Sepenuh Hati.
Bersama Kita Tunaikan Janji.
Guru Bestari Pelajar Kualiti.

Ikrar Di Mulut Mahkotakan Di Hati.


Agar KVK Mekar Sejati.
Demi Wawasan Teknokrat Cemerlang.
Bersama Kita Manuju Gemilang.

Pada Mu Guru Kami Hormati.


Didiklah Kami Sepenuh Hati.
Bersama Kita Tunaikan Janji.
Guru Bestari Pelajar Kualiti.

Bersama Kita Tunaikan Janji.


Guru Bestari pelajar Kualiti.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN
SEKOLAH

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN SEKOLAH

1. PELAJARAN

(a) Semua pelajar wajib hadir ke sekolah pada tiap-tiap persekolahan dan mesti sampai sebelum
waktu persekolahan bermula serta terus berada di sekolah sehingga waktu persekolahan tamat.
(b) Semua pelajar wajib mengikuti pelajaran menurut jadual waktu yang ditetapkan.
(c) Semua pelajar wajib melaksanakan dengan sempurna segala kerja bertulis, latihan dan lain-lain,
sama ada di sekolah atau di rumah / di asrama sebagaimana diarah oleh guru-guru.

2. KEGIATAN KO-KURIKULUM

(a) Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan Ko-kurikulum yang
ditetapkan.
(b) Kekecualian menyerti kegiatan-kegiatan sukan termasuk pelajaran Pendidikan Jasmani boleh
dipertimbangankan oleh Pengetua hanya atas sebab kesihatan sahaja.

3. BUDI BAHASA

(a) Setiap pelajar wajib berdiri dan memberi boemat sebaik-baik sahaja guru atau pelawat masuk ke
dalam kelas.
(b) Setiap pelajar dikehendaki memberi salam atau lain-lain ucap selamat apabila bertemu dengan
guru-guru, kakitangan sekolah, ibubapa atau pelawat-pelawat.
(c) Setiap pelajar dikehendaki menawar pertolongan dan memberi apa-apa jua bantuan kepada guru-
guru, ibubapa atau pelawat-pelawat.

4. TATAKELAKUAN

(a) Semua pelajar wajib mengamalkan tingkahlaku yang baik ada sepanjang masa, sama ada di
dalam atau di luar sekolah.
(b) Semua pelajar dilarang keras melakukan mana-mana satu pun daripada perkara-perkara berikut:

i. Menjadi ahli pertubuhan haram.


ii. Membawa senjata yang merbahaya.
iii. Berjudi.
iv. Mencuri.
v. Menulis kepada surat khabar tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pengetua.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

vi. Menghisap rokok / memiliki rokok (lihat LAMPIRAN C)


vii. Menyinpan / memiliki atau menyalahgunkan dadah.
viii. Meminum minuman keras.
ix. Bergaduh dan berkelahi.
x. Melakukan perbuatan sumbang.
xi. Melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan syak, jahat.
xii. Melakukan sesuatu perkara yang sensitif yang boleh membawa kepada membenci,
kacau bilau dan perpecahan kaum.
xiii. Merosakkan harta benda sekolah atau awam.
xiv. Merosakkan harta benda persendirian guru-guru, kakitangan sekolah, pelawat-
pelawat atau pelajar-pelajar.
xv. Mengacam atau memukul guru-guru atau kakitangan sekolah.
xvi. Mengancam atau memukul Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Ketua
Tingkatan atau pelajar-pelajar.
xvii. Melakukan ‘ragging’ / membuli.
xviii. Engkar perintah Pengetua atau guru-guru.
xix. Melanggar peraturan-peraturan dan yang telah ditubuhkan oleh sekolah, pejabat
peljaran daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kerajaan.
xx. Memiliki atau menonton VCD lucah.

5. PAKAIAN DAN GAYA DIRI

(a) Semua pelajar wajib memakai pakaian rasmi sekolah selengkapnya, bersih dan kemas pada
waktu persekolahan, waktu peperiksaan, menghadiri kelas tambahan, masuk ke perpustakaan,
berurusan dengan pejabat sekolah dan menghadiri acara-acara yang ditetapkan.
(b) Semua pelajar lelaki ditegah menggunakan tali pinggang pada masa memakai Pakaian Rasmi
Sekolah.
(c) Semua pelajar wajib mematuhi arahan tentang pakaian dan memakai pakaian yang ditetapkan
pada waktu Pelajaran Pendidikan Jasmani, latihan-latihan amali. Kegiatan permainan da
olahraga, kegiatan pertubuhan pakaian seragam dan lain-lain.
(d) Semu apelajar wajib mematuhi arahan Kementerian Pendidikan Malaysia K.P. 8543/Vol.
11/(58)- Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/1976 mengenai potongan rambut (lihat LAMPIRAN A
dan B)
(e) Semua pelajar lelaki ditegah menyimpan misaim atau janggut atau kedua-duanya.
(f) Pelajar wanita dilarang keras memakai pakaian yang menjolok mata dan barang kemas.
(g) Pelajar lelaki dilarang berambut pajang dan paras rambut di tengkok, tidak mencecah kolar baju.
( lihat LAMPIRAN A)
(h) Semua pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata bercermin tinted / gelap.

6. KEBERSIHAN

(a) Semua pelajar ditegah sama sekali membuang sampah seperti kertas, plastik, pembungkus
makanan atau minuman dan lain-lain selain daripadake dalam bakul/ tong sampah.
(b) Semua pelajar di dalam satu bilik darjah wajib menjaga bilik darjah masing-masing supaya
sentiasa bersih dan tersusun rapid an kelihatan ceria sepanjang masa.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

(c) Kebersihan kawasan kaki lima bagi sesuatau bilik darjah menjadi tanggungjawab semua pelajar
dalam kelas berkenaan.
(d) Semua pelajar ditegah mengotorkan / menconteng dinding sekolah dan perabut yang disediakan.
(e) Semua pelajar ditegah sama sekali memasukkan barang-barang yang tidak berguna ke dalam
saluran tandas.
(f) Setiap pelajar dikehendaki sentiasa memberi khidmat memungut sampah sarap yang tercicir di
atas lantai kantin, kaki lima bangunan dan di mana-mana tempat pun serta memasukkannya ke
dalam bakul / tong sampah.

7. MENINGGALKAN KELAS DALAM WAKTU PELAJARAN

(a) semua pelajar ditegah keras meninggalkan bilik darjah dalam waktu pelajaran. Segala urusan di
luar bilik darjah hendaklah dibuat pada waktu rehat atau lain-lain waktu lapang.
(b) Bagi menunaikan hal-hal yang tidak boleh ditangguhkan, pelajar-pelajar mesti mendapatkan
keizinan guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenan terlebih dahulu.
(c) Pelajar-pelajar yang berjlan-jalan di luar bilik darjah atau bersembunyi di tempat-tempat lain
dalam waktu pelajaran selain dinyatakan dalam ceraian 7(b) di atas dikira sebagai ponteng kelas.

8. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

(a) Meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan ditegah sama sekali.
(b) Keluar dari kawasan sekolah bagi- bagi perkara-perkara yang perlu hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan (HEM) dan Guru-guru
Bertugas.

9. TEMPAT LARANGAN

(a) Asram Putera dan Asram Puteri tidak boleh dimasuki oleh peljar-pelajar yang bukan penghuni
asrama.
(b) Semua pelajar ditegah berada ditempat letak motosikal khususnya pada hari-hari persekolahan.
(c) Pelajar-pelajar ditegah berada dalam bilik darjah pada waktu rehat kecuali ada guru bersama-
sama.
(d) Tidak seorang pun pelajar boleh berada dalam bilik darjah pada masa rakan-rakan sekelas
menjalankan aktiviti pelajaran ditempat lain.
(e) Pelajar-pelajar ditegah sama sekali menggunakan bilik air yang dikhaskan untuk guru-guru.

10. KANTIN

(a) Semasa berada dalam kawasan sekolah pada bila-bila masa pun, pelajar-pelajar ditegah membeli
barang makanan atau minuman daripada mana-mana pihak jua, daripada Kantin Sekolah sahaja.
(b) Setiap pelajar dikehendaki mewujudkan ketenteraman semasa berada di kantin pada waktu rehat
dan waktu-waktu lain.
(c) Pinggan, gelas, cawan, pembalut makanan, sisa-sisa makanan dan sebagainya tidak boleh
ditinggalkan diatas meja kantin apabila selesai makan.
(d) Pelajar-pelajar hendaklah berbaris dan jangan berebut-rebut semasa membeli makanan.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

11. LALU-LINTAS DAN KESELAMATAN

(a) Merentas kawasan rumput adalah dilarang. Gunakan jalan yang disediakan untuk lalu lalang.
(b) Motosikal dan basikal dikehendaki disimpan ditempat letak yang dikhaskan sama ada pada
waktu persekolahan atau waktu-waktu lain.
(c) Semua pelajar dikehendaki menggunakan Pintu Pagar Utama.
(d) Semua pelajar wajib menjaga keselamatan diri sendiri dan berusaha menghindarkan kemalangan.
Tingkah-laku atau tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri atau pihak lain hendaklah
dijauhi.
(e) Pelajar yang bermotosikal ke sekolah mestilah mempunyai lessen memandu dan keadaan
motosikal pula adalah memuaskan.
(f) Dalam apa-apa halpun UTAMAKAN KESELAMATAN bagi mengelakkan kemalangan.

12. LALU-LINTAS DAN KESELAMATAN

Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi sepenuhnya semua arahan yang dipamerkan di Papan-papan


Kenyataan dan Papan-papan Tanda (Signboard) Sekolah.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN C

HUKUMAN BAGI KESALAHAN MENGHISAP ROKOK

Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4/1997 bertarikh 22 mei 1997 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia telah menetapkan tatacara hukuman ke atas pelajar yang menghisap rokok di dalam kawasan sekolah.

Kesalahan kali Pertama : Rotan 1 kali

Kesalahan kali Kedua : Rotan 2 kali

Kesalahan kali Ketiga : Rotan 3 kali

Kesalahan kali Keempat : Gantung Persekolahan


(Tidak kurang dari 7 hari persekolahan)

Kesalahan kali Kelima : BUANG SEKOLAH

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN
ASRAMA

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

1. PERATURAN AM ASRAMA

(a) hanya pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat diasrama dibenarkan tinggal di asrama dikebali
sebagai PENGHUNI ASRAMA. Penghuni laki-laki disebut PUTERA dan permpuan disebut
PUTERI.
(b) Peljar-pelajar yang tinggal di luar asrama tidak dibenarkan masuk ke asrama kecuali dengan
kebenaran.
(c) Penghuni Asrama DILARANG membawa masuk ibubapa / waris / penjaga / saudara-mara dan
rakan-rakan ke dalam kamar / dorm asrama.
(d) Penghuni Asrama HENDAKLAH berada di bilik sendiri selepas jam 11.00 malam.
(e) Penghuni Putera DILARANG sam sekali memasuki Asrama Puteri dan sebaliknya.
(f) Semua arahan dipamerkan di Papan Kenyataan dan Papan Tanda hendaklah patuhi sepenuhnya.

2. TATATERTIB DAN DISIPLIN ASRAMA

(a) Penghuni Asrama hendaklah berkelakuan baik sepanjang masa dengan menggelakkan diri dari
melakukan kesalahan.
(b) Penghuni Asrama DILARANG
I. Mengedar, memiliki, menyalahguna dan menhisap sebarang jenis dadah.
II. Mengedar, memiliki dan menghisap rokok –(lihat LAMPIRAN D)
III. Memiliki mancis atau lighter kecuali dengan kebenaran.
IV. Memiliki dan menggunakan head-phone.
V. Memiliki dan menggunakan telefon bimbit.
VI. Memiliki dan menggunakn cerek elektrik.
VII. Memiliki senjata tajam serta senjata merbahaya.
VIII. Menyimpan dan meminuman yang memabukkan khususnya arak.
IX. Berdua-duaan yang mendatangkan syak antara putera dan puteri. Berdua-dua semasa
prep-class dan keluar ke pecan (outing).
X. Bercumbu-cumbuan antara putera dan puteri.
XI. Perbuatan “menghendap” puteri oleh putera khususnya di waktu malam.
XII. Mencuri dan memeras ugut.
XIII. Bergaduh dan mengacam.
XIV. Menubuhkan kumpulan samseng.
XV. Mengeluarkan kata-kata dan isyarat lucah dan memaki hamun.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

XVI. Memiliki dan menonton gambar, video, CD (cakera padat), filem dan lain-lain bahan
lucah.
XVII. Merosakkan perabot, peralatan asrama dan lain-lain kemudahan yang disediakan.
XVIII. Menconteng dinding, perabot dan lain-lain kemudahan yang disediakan.
XIX. Memakai seluar jenis “jeans”.
XX. Memakai pakaian kemas khasnya bagi puteri.
XXI. Keluar kawasan asrama tanpa kebenaran atau “lompat pagar”.
XXII. Masuk semula ke asrama lewat dari masa yang ditetapkan.
XXIII. Bermain permainan padang dalam kamar / dorm.
XXIV. Tidur atau berkeliaran pada waktu prep / mentelaah.
XXV. Menelefon keluarga atau sesiapa saja pada waktu prep.
XXVI. Membuang sampah merata-rata.
XXVII. Berbong atau menipu.
3. PAKAIAN ASRAMA

(a) Penghuni Asrama hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat memakai baju batik asrama,
seluar berwarna gelap dan kasut berwarna hitam / kasut sekolah.
(b) Memakai baju batik asrama atau T-shirt yang dikhaskan bagi putera semasa KELUAR ke pecan /
PULANG KE KAMPUNG dan MASUK semula ke asrama.
(c) Memakai baju dan kain batik asrama bagi puteri semasa KELUAR ke pecan / PULANG KE
KAMPUNG dan MASUK semula ke asrama.
(d) Berpakaian melayu berwarna putih kain songket berwarna hitam sebagai kain sampan semasa pergi
menunaikan sembahyang jumaat.
(e) Memakai T-shirt sekolah, track-suit dan kasut sukan semasa beriadah.
(f) Pelajar puteri dibenarkan memakai seluar longgar / track-suit dan baju berlengan panjang semasa
menghadiri kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti sekolah dalam kawasan sekolah.

4. PREP : CLASS DAN MENTELAAH PELAJARAN

(a) Penghuni Asrama dikehendaki berada di tempat-tempat belajar yang dikhaskan pada waktu yang
telah ditetapkan.
(b) Penghuni Asrama dilarang berada di dalam dorm / bilik pada waktu prep penghuni asram dilarang
merayau-rayau, menelefon dan membuang masa pada waktu prep.
(c) Penggunaan lilin selepas lampu dipadam adalah dilarang.
(d) Penghuni asrama dibenarkan mengulangkaji pelajaran di dewan makan asrama selepas jam 11.00
malam.

5. KELUAR KE PEKAN (‘OUTING’) DAN PULANG KE RUMAH

(a) Penghuni Asrama dibenarkan keluar ke pecan seperti berikut:

PUTERI : HARI JUMAAT MULAI JAM 2.00 hingga 6.00 petang dengan kebenaran.
PUTERA : HARI SABTU MULAI JAM 2.00 hingga 6.00 petang dengan kebenaran.
(b) Penghuni Asrama dibenarkan pulang sendiri setiap SEBULAN sekali.
(c) Penghuni Asrama dikehendaki mendapat kebenaran warden untuk pulang jika ada kes kecemasan.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

(d) Penghuni asrama dikehendaki merekodkan waktu pada kad keluar-masuk peribadi yang disimpan di
pondok pengawal.
(e) Penghuni Asrama dikehendaki memakai pakaian asrama masuk dan keluar.

6. DISIPLIN DI DEWAN MAKAN

(a) Makanan diedarkan kepada penghuni asrama secara “ buffet”.


(b) Peralatan mengisi makanan seperti pinggan, mangkuk dan sudu disediakan kecuali bekas minuman /
cawan / gelas.
(c) Penghuni Asrama dibenarkan makan pada masa yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran warden /
penyelia asrama.
(d) Penghuni asrama dikehendaki berbaris untuk mengambil makanan.
(e) Penghuni asrama hendaklah makan dan minum denga penuh sopan dan berdoa sebelum makan.
(f) Penghuni asrama dikehendaki memasukkan pinggan, mangkuk dan sudu ke dalam besen yang
disediakan selepas makan.
(g) Penghuni asrama dilarang membawa balik peralatan dan makanan dari dewan makan ke dalam dorm
/kamar.

7. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN KAMAR / DORM.

(a) Kamar / dorm hendaklah dalam keadaan kemas, bersih dan kelihatan menarik panjang masa.
(b) Bantal hendaklah sentiasa dipasang dengan sarung bantal dan tilam hendaklah dipasang dengan
cadar yang bersih.
(c) Bantal dan tilam hemdaklah berada di atas katil.
(d) Pakaian yang kering hendaklah disimpan didalam almari dan pakaian yang basah hendaklah dijemur
di ampaian diluar blok kecuali hari hujan.
(e) Kasut hendaklah disusun dengan kemas di atas rak yang disediakan.
(f) Cermin tingkap hendaklah sentiasa tiada berhabuk.
(g) Semua penghuni kamar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan dan kecerian kamar.
(h) Setiap kamar dikehendaki mempamaerkan carta organisasi kamar.

8. SOLAT JUMAAT

(a) semua penghuni asrama beragama Islam diwajibkan menunaikan SOLAT JUMAAT di Masjid
PDRM.
(b) Penghuni asrama dipinta berada di Masjid tersebut 15.20 minit sebelum masuk waktu Solat Jumaat.
(c) Penghuni asrama hendaklah memakai Baju Melayu untuk Solat Jumaat: Seluar dan baju berwarna
putih serta bersampin kain songket berwarna hitam dan memakai kopiah / songkok berwarna hitam.
(d) Penghuni-penghuni asrama hendaklah menunjukkan tingkah-laku yang baik semasa perjalanan pergi
dan pulang dan semasa berada di dalam masjid tersebut.
(e) Penghuni-penghuni dilarang sama sekali berbuat bising dan tidur di dalam masjid.
(f) Penghuni-penghuni asrama hendaklah terus pulang ke asrama selepas selesai solat Jumaat.

9. SOLAT BERJEMAAH

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

(a) sebuah SURAU telah disediakan bagi penghuni-penghuni beragama Islam solat berjemaah bagi
setiap waktu solat.
(b) Solat Maghrib, solat Isyak dan solat Subuh adalah diwajibkan ke atassetiap penghuni solat
berjemaah di surau.
(c) Penghuni-penghuni asrama digalakkan solat berjemaah bagi solat Zohor dan Asar.
(d) Penghuni-penghuni asrama hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika bersolat di surau dan
seelok-eloknya berpakaian baju melayu dan berkopiah.
(e) Para jemaah dikehendaki mejaga kebersihan surau sepanjang masa.

10. AKTIVITI-AKTIVITI ASRAMA DAN RIADAH

(a) Semua penghuni asrama diwajibkan mengikuti apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
pengurusan asrama atau persatuan-persatuan / kelab-kelab yang terdapat di asrama.
(b) Semua penghuni wajib mengikuti kelas-kelas tambahan atau tuisyen yang dianjurkan oleh pihak-
pihak sekolah atau asrama.
(c) Semua penghuni asrama dikehendaki beriadah setiap petang mulai jam 4.30 petang seperti bermain
bola sepak, sepak takraw, badminton, bola jarring, tennis, bola tamper, pingpong, bola keranjang,
berjogging dan lain-lain bagi menyihatkan tubuh badan.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN ASRAMA
LAMPIRAN D

HUKUMAN BAGI KESALAHAN MEROKOK DI ASRAMA

Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4/1997 bertarikh 2 Mei 1997 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia telah menetapkan tatacara hukuman ke atas pelajar yang menghisap rokok di dalam kawasan sekolah
dan asrama seperti berikut:

Kesalahan kali Pertama : Rotan 1 kali / diberi amaran keras / DIGANTUNG ASRAMA tidak
melebihi 7 hari persekolan dan BIASISWA DITARIK BALIK

Kesalahan kali Kedua : Rotan 2 kali dan DIBUANG ASRAMA

Kesalahan kali Ketiga : Rotan 3 kali

Kesalahan kali Keempat : Gantung Persekolahan


(Tidak kurang dari 7 hari persekolahan )

Kesalahan kali kelima : BUANG SEKOLAH

Kesalahan yang dilakukan dalam 2 minggu dari tarikh pendaftaran:


DIHANTAR BALIK KE SEKOLAH ASAL

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

KESALAHAN-KESALAHAN DAN TINDAKAN HUKUMAN

Tindakan Pengetua
Kesalahan Perlakuan Pekeliling
1. Salahguna dadah Pek. Iktisas 1. Melapor kepada Pegawai Pendidikan
Bil. 7/1975 2. Menghubungi Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
3. Merujuk kepada doktor melalui
Pegawai
Kebajikan Masyarakat.
4. Memberitahu ibubapa/penjaga.
5. Rawatan doktor.
6. Pemulihan dan tindakan doctor
ekoran oleh
Pegawai Kebajikan Masyarakat.
2. Mengedar Dadah 1. Nasihat/amaran – surat kepada ibubapa.
2. Pen gakuan bertulis murid dan
ibubapa/penjaga.
3. Rujukan kepada Pendaftar sekolah-sekolah
(Pengarah Pendidikan)
3. Mencuri Pek. Iktisas 1. Murid boleh digantung persekolahan atau
Bil.7/1975 Dibuang sekolah.
2. Memulang balik barang yang dicuri atau
dibayar
mengikut nilai.
3. Meminta maaf kepada empunya barang
dengan
Disaksi oleh guru/pengetua
4. Amaran
5. Hukuman
6. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk
Berkelakuan baik.
4. Berambut panjang Pek. Iktisas 1. Amran
Bil. 7/1975 2. Dipaksa guting

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

3. Rotan
5. Sengaja tidak menepati masa Pek. Iktisas 1. Amaran dan nasihat.
Bil.7/1975 2. Rotan
3. Gantung sekolah
6.Tidak membawa buku teks/ 1. Amaran
buku-buku latihan @lain-lain 2. Rotan
keperluan pelajaran/tidak bawa 3. Gantung sekolah
balik buku teks dan tidak siapkan
kerja.
7. Membuat bising Pek. Iktisas 1. Amaran
Bil. 7/1975 2. Rotan
8.Tidak tahu menjaga harta benda 1. Amaran dan nasihat
Sendiri, menghilang alat sekolah 2. Membersihkan kawasan
Yang dipinjam. Buang sampah 3. Rotan
Merata-rata.

Kesalahan Perlakuan Pekeliling Tindakan Pengetua


9. Enggan jelas yuran 1. Nasihat
2. Hubungi ibubapa
3. Sijil berhenti sekolah ditahan
10. Tidak memulang buku teks 1. Bayaran nilai buku-buku berkenan
11. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 1. Pulangkan balik barang yang diambil /
7/1975 nilainya.
2. Amran keras.
3. Rotan.
4. Akuan bertulis murid dan ibubapa.
5. Gantung persekolahan.
12. Berjudi 1. Nasihat oleh Guru Bimbingan/Guru Agama.
2. Amaran keras.
3. Rotan.
4. Pengakuan bertulis murid dan Ibubapa.
13. Memukul / bergaduh & 1. Rotan.
mencedera 2. Berdamai.
3. Gantung persekolahan/buang asrama.
4. Pengakuan bertulis
14. Membawa senjata merbahaya 1. Senjata dirampas
& berniat jahat 2. Rotan
3. Gantung persekolahan
4. Amaran dan dilapor kepada polis
15. Ahli kumpulan haram 1. Siasatan lanjut
2. Hubungi ibubapa/penjaga
16. Membaca/menunjuk & Pek. Iktisas Bil. 1. Dirampas dan disimpan
menyebarkan bahan-bahan & 7/1975 2. Rotan

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

gambar-gambar lucah 3. Rujuk kepada Guru Bimbingan


17. Mengintai murid 1. Amaran dan nasihat
perempuan/menulis surat cinta 2. Rujuk kepada Guru Bimbingan/Guru Agama

18. Bercumbu dalam kawasan 1. Amaran dan nasihat


sekolah 2. Gantung persekolahan buang asrama
3. Bunag sekolah
19. Ditangkap kerana berkhalwat 1. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan
dan didenda di mahkamah 2. Buang asrama

20. Menggunakan kata-kata lucah 1. Rotan


2. Rujuk kepada Guru Bimbingan/Guru Agama
21. Meraba/memeluk muris 1. Rotan
perempuan 2. Rujuk kepada Guru Bimbingan/Guru Agama
3. Gantung/buang asrama

Kesalahan Perlakuan Pekeliling Tindakan Pengetua


22. Menulis dan melukis kata-kata 1. Rotan
lucah 2. Rujuk kepada Guru Bimbingan/Guru Agama
23. Poteng sekolah/poteng kelas 1. Surat pemberitahuan kepada ibubapa serta
amaran gantung /buang sekolah- 3 kali amaran
2. Jika hadir- dihantar kepada Guru Agama,
Badan Displin
3. Jika perlu - dirotan
24. Meniru dalam peperiksaan 1. Tiada markah untuk mata pelajaran berkenaan
2. Rotan

25. Meniru tandatangan ibubapa 1. Amaran keras


2. Rotan
26. Berbohong 1. Amaran keras
2. Rotan
27. Ubah markah 1. Rotan
2. Maklum kepada ibubapa
28. Berkelakuan/berbahasa kasar, Pek. Iktisas Bil. 1. Amaran
memaki guru/murid 7/1975 2. Rotan dan memohon maaf
3. Gantung asrama
29. Tidak menghormati pengawas 1. Teguran / amaran
2. Gantung asrama
3. Rotan
30. Murid keluar semasa guru 1. Teguran / amaran
mengajar 2. Rotan

31. Meminjam tanpa kebenaran 1. Nasihat


2. Amaran

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

32. Memiliki dan menonton VCD 1. Rotan


lucah 2. Gantung asrama
3. Dirujuk kepada Polis Malaysia

WAKTU MELAWAT ASRAMA

HARI MASA
JUMAAT 2.00 – 6.00 PETANG
SABTU 2.00 – 6.00 PETANG
CUTI AM 2.00 – 6.00 PETANG

Cacatan :

1. Penjaga / waris pelajar tidak dibenarkan masuk / kecuali masa yang ditetapkan
2. Sekiranya ada kes kecemasan sila berurusan di pondok pengawal.

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________


PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Wawasan Teknokrat Cemerlang _________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai