Anda di halaman 1dari 8

Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 19 Unit 4 : Reka bentuk Pembungkusan

Sasaran Murid : Tahun 4


Tajuk : Reka Bentuk Pembungkusan
: 4.1.5 Membuat lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan yang akan dihasilkan mengikut
kategori produk.
Objektif : Murid dapat menjana idea membuat lakaran dalam menghasilkan sesuatu produk.
Tempoh Masa : 40 Minit dalam waktu PDPR ataupun dalam tempoh 2 hari selepas sesi PDPR.
Pelaksanaan : Murid memilih suatu produk dan makanan dan membuat satu lakaran reka bentuk bekas makanan yang
sesuai dengan produk yang dipilih.
Nota Ringkas :

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu lakaran adalah :
Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk

pembungkusan yang akan dihasilkan.

KKesesuaian
mengikut
produk Reka bentuk
yang menarik

Bahan dan
alatan yang
digunakan
Saiz yang
bersesuaian

Sebagai contoh, murid memilih produk botol minuman, jadi di bawah adalah idea bagaimana reka bentuk pembungkusan
yang sesuai dengan produk botol minuman.

Contoh lakaran idea pembungkusan

Di bawah ini, murid membuat satu lakaran produk mengenai bekas makanan yang murid suka.

1
Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 20 Unit 4 : Reka bentuk Pembungkusan

Sasaran Murid : Tahun 4


Tajuk : Reka Bentuk Pembungkusan
: 4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan produk yang akan dihasilkan.
: 4.1.7 Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan
2
: 4.1.8 Mengira kos bahan bagi reka bentuk pembungkusan produk yang akan dihasilkan.
: 4.19 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan
dan alatan.
: 4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.
Objektif : Murid dapat mengetahui kebaikan membuat lakaran dalam menghasilkan sesuatu produk.
Tempoh Masa : 40 Minit dalam waktu PDPR ataupun dalam tempoh 2 hari selepas sesi PDPR.
Pelaksanaan : Murid menjawab soalan objektif di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Nota Ringkas :

4.1.6 Perkara yang perlu dihuraikan ketika membuat lakaran reka bentuk adalah :
 Bahan, Alatan, Elemen, Ukuran, dan Fungsi Produk

4.1.7 Berdasarkan lakaran yang telah dibuat, murid menilai lakaran yang dihasilkan. Antara perkara yang boleh dinilai adalah :
 Rupa, Kegunaan, Tekstur, Warna yang digunakan, dan Kreativiti.

4.1.8 Dalam menghasilkan produk, hanya kos bahan diambil kira. Penggunaan jadual untuk mengira kos bahan juga perlu ditekankan.

4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. Langkah-langkah dalam
menghasilkan reka bentuk adalah :

1. Mengukur
2. Menanda
3. Memotong bahan mengikut saiz lakaran
4. Menghasilkan pembungkus
5. Membuat kemasan

4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.

 Murid membuat pembentangan hasil reka bentuk pembungkusan yang telah disiapkan. Pembentangan boleh menggunakan pelbagai media
dengan kreatif dan menarik.
 Murid perlu diingatkan supaya mengambil gambar sepanjang proses menghasilkan produk untuk dimasukkan dalam slide pembentangan.

Jawab soalan objektif di bawah dengan memilih hanya SATU sahaja jawapan yang paling sesuai.
Penilaian : / 10

1. Mengapakah maklumat pelabelan penting dalam setiap pembungkusan?

A. Supaya pengguna dapat mengetahui tempat produk tersebut dijual

B. Supaya pengguna dapat mengetahui kandungan bahan sebelum membelinya

C. Supaya pengguna dapat mengetahui cara-cara menghasilkan produk tersebut

D. Supaya pengguna dapat mengetahui jumlah pengeluaran produk tersebut.

2. Apakah yang akan berlaku jika pembungkusan produk dalam keadaan tidak baik?

3
I Produk akan dibuang III. Produk tidak tahan lama
II Produk akan tercemar IV. Produk dijual pada harga yang rendah

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya proses mengukur dan menanda tidak dilakukan dengan betul?

A. Projek akan lebih cantik B. Membazirkan bahan dan alatan

C. Kerugian bahan sekiranya tersilap tanda D. Saiz produk tidak akan sama antara satu sama lain.

4. Reka bentuk pembungkusan produk perlu direka mengikut kesesuaian dan keperluan produk yang dihasilkan supaya

i. produk sukar ditiru oleh orang lain.

ii. keselamatan produk terpelihara daripada kerosakan.

iii. produk tahan lama dan sentiasa dalam keadaan baik.

iv. dapat meyakinkan pengguna bahawa produk tersebut bermutu tinggi

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

5. Antara berikut, apakah maklumat yang perlu diterangkan semasa membuat pembentangan projek reka bentuk
pembungkusan?

I. Alatan yang digunakan


II. Persengketaan semasa membina projek
III. Nama projek yang dihasilkan
IV. Cara-cara menghasilkan reka bentuk pembungkusan produk.

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II dan III

4
5
6
7
8

Anda mungkin juga menyukai