Anda di halaman 1dari 24

MODUL DOING STEM

TAHUN 4
AKTIVITI 1
Pembungkusan

PENGENALAN

Pembungkusan merupakan satu komponen penting bagi suatu produk yang dihasilkan dalam
konteks pemasaran dan jaminan keselamatan produk. Kaedah pembungkusan produk perlu
dititik beratkan dalam merancang pengeluaran dan pemasaran sesuatu produk. Kaedah
pembungkusan mencerminkan kualiti produk dan nama baik syarikat pengeluar produk
berkenaan. Kaedah pembungkusan yang sesuai bagi setiap produk perlu ditentukan dengan
teliti dan mengambil kira kehendak para pengguna. Kaedah pembungkusan produk
merangkumi aspek bagaimana produk dibungkus, bahan yang digunakan dalam
pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pembungkusan produk perlu
dilakukan dengan sebaiknya agar dapat dipasarkan pada kadar optimum dan mendapat
tempat di pasaran.

Projek ini akan meneroka bahan yang sesuai untuk pembungkusan produk, mereka bentuk
kaedah pembungkusan produk dan menghitung kos pembungkusan produk.
ISU/SENARIO

Kebelakangan ini, dengan peningkatan daya saing komersial yang berterusan, pasaran
komersial mempunyai lebih banyak keperluan untuk kotak pembungkusan produk. Semakin
banyak syarikat telah mula menggunakan kotak pembungkusan produk sebagai
meningkatkan reputasi syarikat. Justeru, anda telah diminta untuk menghasilkan reka bentuk
pembungkusan produk yang menarik untuk syarikat anda bekerja supaya dapat menarik lebih
ramai pelanggan membeli produk syarikat anda.

1. Mengapakah pembungkusan penting untuk produk yang dijual?

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya produk dalam pasaran tidak


dibungkus dengan cara yang betul?
SPESIFIKASI PERANCANGAN PdP
T2

TEMA

Sains Bahan

BIDANG

Sains Hayat (Sains)


Sukatan dan Geometri (Matematik)
Reka bentuk pembungkusan (Reka Bentuk dan Teknologi)

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat;

1. Mengenal pasti sifat bahan yang digunakan.


2. Mereka bentuk pembungkusan produk yang sesuai berdasarkan kategori produk.
3. Mengira kos bahan bagi reka bentuk produk yang dihasilkan.
KRITERIA KEJAYAAN

Pada akhir pembelajaran murid boleh:


1. Mengenalpasti kepentingan reka bentuk pembungkusan produk masa kini.
2. Menghasilkan reka bentuk pembungkusan berdasarkan bahan produk yang
dipilih.
3. Menjelaskan sifat bahan yang digunakan dengan betul.
4. Merancang bajet harian, mingguan dan bulanan bagi mencapai matlamat
kewangan jangka pendek.

STANDARD KANDUNGAN

Reka Bentuk dan Teknologi


4.1 Reka Bentuk Pembungkusan Produk
Sains
8.2 Sifat Bahan
Matematik
3.3 Pengurusan Kewangan
3.4 Tanggungjawab dalam membuat keputusan berkaitan kewangan

STANDARD PEMBELAJARAN

Reka Bentuk dan Teknologi (Tahun 4):


4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk.
4.1.3 Menerangkan kepentingan reka bentuk pembungkusan produk.
4.1.4 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk
pembungkusan yang akan dihasilkan.
4.1.5 Membuat lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan yang akan
dihasilkan mengikut kategori produk.
4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan produk yang
akan dihasilkan.
4.1.7 Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan.
4.1.8 Mengira kos bahan bagi reka bentuk pembungkusan produk yang akan
dihasilkan.
4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut media lakaran yang dibuat
menggunakan bahan dan alatan yang sesuai.
4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai
media.
STANDARD PEMBELAJARAN (Sambungan)

Sains:
8.2.1 Memerihalkan sifat bahan dengan menjalankan aktiviti.
8.2.2 Mereka cipta objek dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat
bahan.
8.2.3 Menaakul pemilihan jenis bahan yang digunakan dalam mereka cipta objek.
8.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sifat bahan melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.

Matematik:
3.3.2 Merekod simpanan dan perbelanjaan bagi mencapai matlamat kewangan
3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan kewangan yang dibuat

STANDARD PRESTASI

Reka Bentuk dan Teknologi (Tahun 4):


TP1: Menyatakan ciri reka bentuk pembungkusan yang baik
TP2: Menjelaskan kepentingan reka bentuk pada pembungkusan produk
TP3: Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk pembungkusan produk
TP4: Menganalisis lakaran yang telah dibuat
TP5: Mencadangkan penambahbaikan dan membuat pengubahsuaian pada lakaran
TP6: Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran dan membuat
persembahan

Sains (Tahun 4)

TP4: Mengitlak sifat bahan dengan menjalankan penyiasatan


TP5: Membuat inferens tentang penggunaan bahan setiap bahagian pada suatu objek
TP6: Mereka cipta objek dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat bahan dan
mempersembahkan secara kreatif dan inovatif

Matematik (Tahun 4):

TP2: Menjelaskan keperluan merekod simpanan dan perbelanjaan


TP4: Menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan wang dengan pelbagai strategi
KONSEP STEM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

• Maklumat label pembungkusan


- Jenama, nama produk, tanda harga, tarikh luput, kandungan bahan, berat,
tanda halal.

• Kategori produk
- produk makanan, produk bukan makanan.

• Proses Penghasilan Produk


- mengukur, menanda dan memotong.

SAINS

● Sumber asas bagi sesuatu bahan


- Tumbuhan, haiwan, batuan, petroleum

● Sifat bahan
- menyerap air dan kalis air.
- terapung dan tenggelam
- mengalirkan arus elektrik

MATEMATIK

● Kos bahan
- Mengira kos bahan
KOMPONEN ABAD KE-21

Sistematik
NILAI/ Berfikir secara rasional
ETIKA Inovatif
Berani mencuba
Berfikiran Terbuka

TAHAP Menganalisis
KOGNITIF Menilai
Mencipta

KEMAHIRAN Kreativiti dan inovasi


Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
A21 Komunikasi dan kolaborasi
Literasi teknologi, maklumat dan komunikasi

PENTAKSIRAN Sumatif dan Formatif


Senarai Semak Penilaian Kendiri

Google Classroom
KEPERLUAN Google Meet
PERSEKITARAN Video
Exit Card

Kertas, Kadbod kertas, Getah, Klip kertas,


Pembaris, Bekas plastik, Gam, Pita pelekat,
Penimbang dan Bahan-bahan kitar semula,
BAHAN yang sesuai untuk digunakan dalam
pembungkusan produk.

MASA
330 Minit
(MINIT)

one
ous SPESIFIKASI PELAKSANAAN
AKTIVITI

Fasa Penglibatan (60 Minit)

Aktiviti Catatan
1. Guru menunjukkan kepada kelas empat Murid memiliki pengetahuan lampau mengenai
pembungkus berlainan untuk produk reka bentuk pembungkusan sedia ada dan
berlainan. sumber asas bahan melalui PdP yang lepas.
2. Murid diminta meneka produk yang
terdapat di dalam setiap pembungkus Cadangan pembungkus yang dibawa guru:
tersebut.
3. Guru menunjukkan produk yang diisi Pembungkus 1: Kotak polisterin - aiskrim
dalam setiap bekas. Pembungkus 2: Balang plastik - keropok
4. Guru dan murid berbincang tentang Pembungkus 3: Kotak kadbod - kasut
rasional pemilihan pembungkus dan Pembungkus 4: Suratkhabar - nasi lemak
produk.

Fasa Penerokaan (90 Minit)


Aktiviti Catatan

1. Setiap kumpulan diberi 3 bahan produk Bahan Produk:


berbeza dan 6 bahan pembungkus Ikan, segelas susu dan baju
berbeza.
2. Murid diminta berbincang dalam Pembungkus:
kumpulan dan menentukan jenis Kertas, kotak polisterin, plastik pembungkus,
pembungkus yang sesuai untuk setiap getah, surat khabar dan kadbod
produk berdasarkan sifat bahan
Penerokaan maklumat secara:
. 1. pengalaman sendiri atau orang lain.
2. bimbingan guru.
3. pembacaan dan penyelidikan.
4. melayari internet.
5. pemerhatian
6. soal selidik
7. lawatan
Fasa Penerangan (60 Minit)
Aktiviti Catatan

1. Guru mengedarkan senarai semak Guru bertindak sebagai fasilitator dan


kendiri kepada murid-murid dan memantau proses pembentangan sambil
menjelaskan bagaimana pentaksiran membimbing pelajar untuk memberikan
konsep yang tepat.
akan dilakukan.
2. Wakil kumpulan membentangkan
jawapan kumpulan masing-masing
beserta justifikasi menggunakan borang
berikut:

Bil Produk Pembungkus Ciri Justifikasi


Pembungkus pemilihan

1 Ikan

2 Baju

3 Segelas
susu

Fasa Pengembangan (60 Minit)


Aktiviti Catatan

1. Murid dibahagi kepada kumpulan Kad undian reka bentuk pembungkusan produk
(1 kumpulan 4 ahli). berikut:
2. Ketua kumpulan diminta mencabut kad 1. Makanan basah
undian untuk menentukan soalan projek. 2. Makanan kering
3. Guru memberi arahan kepada setiap 3. Bukan makanan (pakaian)
kumpulan murid untuk mereka bentuk 4. Bukan makanan (aksesori kereta)
kaedah pembungkusan produk yang 5. Bukan makanan (alat tulis)
bersesuaian dengan kehendak projek 6. Bukan makanan (buku)
kumpulan masing-masing.
4. Murid menjana idea untuk menghasilkan Setiap kumpulan murid hendaklah memikirkan
beberapa lakaran bermaklumat reka idea terbaik bagi projek kumpulan masing-
bentuk pembungkusan. masing.
5. Murid membuat beberapa cadangan
lakaran bermaklumat reka bentuk Pertimbangan yang harus diambil kira dalam
pembungkusan. (Rujuk Lembaran Kerja menyiapkan projek:
2). - bentuk bungkusan (ukuran, sukatan,
6. Murid perlu menghuraikan setiap reka letak)
cadangan lakaran reka bentuk - maklumat label pembungkusan
bermaklumat pembungkusan produk. (jenama, nama produk, tanda harga dan
7. Murid perlu menganalisis semua lain-lain yang difikirkan sesuai)
cadangan reka bentuk pembungkusan
dan pilih lakaran reka bentuk yang
terbaik.
8. Murid harus menilai lakaran reka bentuk
pembungkusan yang dipilih dan perlu
lakukan penambahbaikan terhadap
cadangannya.
9. Murid akan lakukan pengubahsuaian
pada lakaran reka bentuk pembungkusan
yang dipilih.
10. Murid juga diberikan lembaran kerja
aktiviti bagi mengira kos bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan projek ini.
(Rujuk Lembaran Kerja 1).
11. Murid menghasilkan reka bentuk
pembungkusan mengikut lakaran yang
telah dibuat menggunakan bahan dan
alatan yang sesuai.

Fasa Penilaian (30 Minit)


Aktiviti Catatan

1. Murid membentangkan hasil projek Pembentangan boleh menggunakan pelbagai


kumpulan masing-masing. (sila rujuk media sama ada secara konvensional atau
perkara-perkara yang perlu ada dalam moden. Murid boleh bertanya kepada guru cara
pembentangan di catatan) menyediakan bahan pembentangan atau guru
2. Murid diberikan exit card (penulisan menerangkan kaedah pembentangan kepada
refleksi) seperti di lampiran. semua murid.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam


pembentangan:
● Pendahuluan ( Nama produk, nama ahli
kumpulan, kelas)
● Pengenalan tentang produk yang
dihasilkan
● Kepentingan bahan.
● Kepentingan pembungkusan.
● Bahan dan Alatan yang Digunakan
● Kos Penghasilan Produk
● Lakaran Produk
● Produk yang dihasilkan
● Penutup

Kriteria penilaian:
kualiti dan kebolehpasaran produk
LEMBARAN
KERJA AKTIVITI
LEMBARAN KERJA 01

MENGIRA KOS BAHAN BAGI REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN YANG DIHASILKAN

NAMA PROJEK:
NAMA KUMPULAN:
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.
2.
3.
4.
5.

KOS SEUNIT JUMLAH


BIL ALATAN / BAHAN MENTAH KUANTITI
(RM) (RM)

JUMLAH KESELURUHAN

LEMBARAN KERJA 02
LAKARAN BERMAKLUMAT BAGI REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN YANG DIHASILKAN
NAMA PROJEK:
NAMA KUMPULAN:
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.
2.
3.
4.
5.

Lakaran 1 Lakaran 2 Lakaran 3

Bahan yang digunakan:

Ukuran:

Lakaran Bermaklumat Pilihan


LEMBARAN KERJA 03
LEMBARAN KERJA PENGUKUHAN: LATIHAN INDIVIDU
Situasi: Ibu anda merancang untuk membuat dan menjual kek ising bagi meningkatkan
pendapatan keluarga. Beliau membuatnya mengikut tempahan yang diterima dan telah
menghantar pesanan tersebut kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, semua pelanggan
mengadu bahawa cara beliau membungkus kek ising tersebut tidak sesuai. Selesaikan
masalah ibu anda dengan mencadangkan 2 jenis pembungkusan yang sesuai dan minta ibu
anda membuat pilihan.

MASALAH YANG
DIHADAPI

CADANGAN CARA 1 CARA 2


PEMBUNGKUSAN

BAHAN YANG 1. 1.
DIPERLUKAN UNTUK 2. 2.
MENGHASILKAN 3 3.
PEMBUNGKUSAN
KOS BAHAN

JENIS CARA:________________________________________
PEMBUNGKUSAN
YANG DIPILIH DAN JUSTIFIKASI: __________________________________
JUSTIFIKASI ______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
LAMPIRAN

LAMPIRAN
01
AKTIVITI SATU
PENTAKSIRAN KAEDAH PEMERHATIAN
SENARAI SEMAK KENDALIAN KENDIRI MURID

MATA PELAJARAN Reka Bentuk dan Teknologi


TAHUN 4
STANDARD KANDUNGAN 4.1 Reka Bentuk Pembungkusan Produk

4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik


mengikut kategori produk
4.1.3 Menerangkan kepentingan reka bentuk
pembungkusan produk
4.1.4 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran
bermaklumat reka bentuk pembungkusan yang akan
dihasilkan
4.1.5 Membuat lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan yang akan dihasilkan mengikut kategori
produk
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan produk yang akan dihasilkan
4.1.7 Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan
4.1.8 Mengira kos bahan bagi reka bentuk
pembungkusan produk yang akan dihasilkan
4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan
mengikut media lakaran yang dibuat menggunakan
bahan dan alatan yang sesuai
4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan pelbagai media

TP1 Menyatakan ciri reka bentuk pembungkusan yang


baik
TP2 Menjelaskan kepentingan reka bentuk pada
pembungkusan produk
TP3 Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk
STANDARD PRESTASI pembungkusan produk
TP4 Menganalisis lakaran yang telah dibuat
TP5 Mencadangkan penambahbaikan dan membuat
pengubahsuaian pada lakaran
TP 6 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan
mengikut lakaran dan membuat persembahan
NAMA
BIL KUMP/ E1 E2 E3 E4 E5 E6 E7 E8 E9 E10 E11 E12 CATATAN
AHLI

E1- Kami dapat menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut jenis produk
E2- Kami dapat terangkan kepentingan reka bentuk pembungkusan produk(memberi
justifikasi mengapa jenis pembungkusan sesuai untuk produk)
E3- Kami dapat menjana idea untuk menghasilkan beberapa lakaran bermaklumat reka
bentuk pembungkusan yang akan dihasilkan
E4- Kami dapat buat beberapa cadangan lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan
yang akan dihasilkan mengikut kategori produk
E5- Kami dapat menghuraikan setiap cadangan lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan produk yang akan dihasilkan
E6- Kami dapat menganalisis semua cadangan lakaran reka bentuk pembungkusan yang
telah dibuat dan pilih lakaran reka bentuk yang terbaik
E7- Kami dapat menilai lakaran reka bentuk pembungkusan yang dipilih dan cadangkan
penambahbaikan terhadapnya
E8- Kami dapat buat pengubahsuaian pada lakaran reka bentuk pembungkusan yang dipilih
itu
E9- Kami dapat mengira kos bahan bagi reka bentuk pembungkusan produk yang akan
dihasilkan
E11- Kami dapat hasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut media lakaran yang dibuat
menggunakan bahan dan alatan yang sesuai
E12- Kami dapat membentangkan pembungkusan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan media yang kami pilih
PENTAKSIRAN KAEDAH PEMERHATIAN
SENARAI SEMAK KENDALIAN KENDIRI MURID

MATA PELAJARAN Sains


TAHUN 4
STANDARD KANDUNGAN 8.2 Sifat Bahan

8.2.1 Memerihalkan sifat bahan dengan menjalankan


aktiviti
8.2.2 Mereka cipta objek dengan mengaplikasikan
pengetahuan tentang sifat bahan
STANDARD PEMBELAJARAN 8.2.3 Menaakul pemilihan jenis bahan yang digunakan
dalam mereka cipta objek
8.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sifat bahan
melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara
kreatif

TP 4 Mengitlak sifat bahan dengan menjalankan


penyiasatan
TP 5 Membuat inferens tentang penggunaan bahan
STANDARD PRESTASI setiap bahagian pada suatu objek
TP 6 Mereka cipta objek dengan mengaplikasikan
pengetahuan tentang sifat bahan dan
mempersembahkan secara kreatif dan inovatif

NAMA KUMP/
BIL E1 E2 E3 E4 CATATAN
AHLI

E1- Kami dapat menyatakan sifat bahan pembungkusan produk


E2- Kami dapat menyatakan kegunaan setiap bahan untuk menghasilkan pembungkusan
E3- Kami dapat mencipta pembungkusan produk dengan bahan yang telah kami sediakan
E4- Kami dapat mempersembahkan pembungkusan yang dihasilkan secara kreatif dan
inovatif
PENTAKSIRAN KAEDAH PEMERHATIAN
SENARAI SEMAK KENDALIAN KENDIRI MURID

MATA PELAJARAN Matematik


TAHUN 4
3.3 Pengurusan Kewangan
STANDARD KANDUNGAN 3.4 Tanggungjawab dalam membuat keputusan
berkaitan kewangan
3.3.2 Merekod simpanan dan perbelanjaan bagi
mencapai matlamat kewangan
STANDARD PEMBELAJARAN
3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan
kewangan yang dibuat
TP 2 Menjelaskan keperluan merekod simpanan dan
perbelanjaan
STANDARD PRESTASI
TP 5 Menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan
wang dengan pelbagai strategi

NAMA KUMP/
BIL E1 E2 E3 CATATAN
AHLI

E1- Kami dapat menulis dan mengira kos bahan, iaitu jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat
untuk menghasilkan pembungkusan produk
E2- Selepas mengira kos bahan, kami dapat memberikan satu sebab mengapa kami perlu
merekod jumlah perbelanjaan untuk menghasilkan 1 pembungkusan produk
E3- Kami dapat menyelesaikan masalah perbelanjaan berlebihan dengan menulis dan
mengira jumlah kos bahan untuk menghasilkan pembungkusan produk
LAMPIRAN
02

EXIT CARDS

NAMA KUMPULAN: TAHUN :

SOALAN 1 SOALAN 2
Nyatakan apa yang anda pelajari hari ni. Nyatakan apa yang anda pelajari berkaitan dengan
pembungkusan.

NAMA KUMPULAN : TAHUN :

SOALAN 1 SOALAN 2
Nyatakan apa yang anda pelajari hari ni. Nyatakan apa yang anda pelajari berkaitan dengan
pembungkusan.

NAMA KUMPULAN : TAHUN :

SOALAN 1 SOALAN 2
Nyatakan apa yang anda pelajari hari ni. Nyatakan apa yang anda pelajari berkaitan dengan
pembungkusan.
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi,


Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Panduan Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian


Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Matematik: Dokumen Standard Kurikulum dan


Prestasi Tahun 4 KSSR. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Reka Bentuk dan Teknologi: Dokumen Standard
Kurikulum dan Prestasi Tahun 4 KSSR. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Sains :Dokumen Standard Kurikulum dan


Prestasi Tahun 4 KSSR. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
SENARAI NAMA PENULIS DAN TEMPAT BERTUGAS

Nama Bidang IPG

Ts. Dr. Aizul Fared bin Mansor RBT IPG Kampus Darulaman

Dr. Nor Hayati binti Hj. Mt Ali Matematik IPG Kampus Darulaman

Dr. Noor Fadzilah binti Aris Sains IPG Kampus Tuanku Bainun

Dr. Chin Chee Keong Sains IPG Kampus Tuanku Bainun

Pn. Malar Arasi A/P Sundaram RBT IPG Kampus Pulau Pinang

SENARAI NAMA PENTERJEMAH

Nama Bidang IPG

Pn. Malar Arasi A/P Sundaram RBT IPG Kampus Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai