Anda di halaman 1dari 9

Tajuk :

Tokoh Dakwah di Nusantara :

SHEIKH MAHFUZ AT-TURMUSI

Disediakan oleh :

ANIS SALSABILA BT HARIS AFIDZAN B1920049

Kursus :

Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam

Semester 4

Kod Pembelajaran :

Pensyarah :
Isi Kandungan

Pengenalan 1

Latar Belakang 2

At-Turmusi Mendalami Ilmu Agama 3

Karya- karya Monumental at-Turmusi : Ketokohan sebagai Ahli Hadis 4

Murid- murid at-Turmusi 5

Kesimpulan 6

Rujukan 7
Pengenalan

Tugasan ini dilakukan adalah untuk meneliti tentang tokoh intelektual hadis nusantara
yang karya-karyanya telah terkenal dengan latar belakang inspirasi dari fenomena
tokoh-tokoh hadis nusantara yang terbilang seperti al-Raniri,Syeikh Yasin al-Fadani,
Syeikh Hasyim Asy’ari dan Syeikh Mahfuz al-Turmusi.

Keluasan ilmu Syeikh Mahfuz al-Turmusi sebenarnya tidak terbatas pada


disiplin ilmu lainnya seperti qira’ah, fiqh dan sebagainya. Ulama-ulama nusantara
sebelum beliau juga banyak yang mempelajari hadis, namun perhatian yang mereka
berikan tidak sebesar perhatian al-Turmusi dalam disiplin hadis maupun ilmunya.

1
Latar Belakang

Sheikh Mahfuz at- Turmusi dilahirkan pada 1842 M bersamaan 1285H di Tremas,
Madiun , Jawa Timur. Beliau berketurunan Ketok Jenggot iaitu tokoh yang dikatakan
meneroka dan membuka desa Tremas. Beliau menamakan desa ini sebagai “ Tremas’’
kerana menemui sebilah patrem iaitu senjata tradisional Jawa seperti keris yang dibuat
dari emas. Kata Tremas itulah yang diarabkan sebagai Turmus, Tarmas atau Trimas.
Lalu digelar beliau sebagai at-Turmusi. Nama asalnya ialah Muhammad Mahfuz bin
Abdullah bin Abdul Manan bin Demang Dipomenggolo I, iaitu keturunan dari Ketok
Jenggot.

Demang Dipomenggoro I bukan sahaja seorang bangsawan, tetapi seorang


ulamak yang membuka pondok di Semanten. Anaknya, Kiyai Abdul Manan dijadikan
menantu oleh Demang Ngabehi, pemimpin Desa Tremas yang juga berketurunan
Ketok Jenggot. Pada 1830, didirikan Pesantren Tremas oleh Kiyai Abdul Manan.
Pada 1862, Kiyai Abdullah, anak Kiyai Abdul Manan yang baru tamat belajar di
Tanah Suci telah memimpin pondok ini menggantikan ayahnya wafat. Pondok ini
dilanjutkan oleh Kiyai Muhammad Dimyathi pada kemudiannya. Walaupun Kiyai
Abdullah mempunyai putera yang lebih alim iaitu Sheikh Mahfuz at-Turmusi. Sheikh
at-Turmusi telah memberi fokus untuk mengajar di Tanah Suci bukan di tempat
kelahirannya sendiri.

2
At-Turmusi Mendalami Ilmu Agama

Setelah tamat belajar dengan ayahnya di Persantren Tremas, beliau menggurui kiyai
Saleh Darat di Semarang, sebelum berangkat ke Tanah Suci bersama adiknya, Kiyai
Muhammad Dimyathi. Ketika ini, usia at-Turmusi sudah mencecah 30 tahun. Di
Tanah Suci, beliau belajar di Mekah dan Madinah. Antara guru-guru beliau ialah
Sheikh Ahmad al- Minsyawi, Sheikh Amr Barkat as-Syami iaitu murid Sheikh
Ibrahim al-Banjuri, Sheikh Mustafa Sulaiman al-Afifi dan lain- lain.

Melalui guru utamanya ini, di samping guru-guru lain yang tidak dicatatkan ,
at-Turmusi telah menguasai ilmu hadis, qiraat, nahu-saraf, usul fiqh, tafsir, sastera
Arab, dan juga ilmu-ilmu dalam dalam disiplin pengajian Islam. Keunggulan at-
Turmusi dapat dilihat daripada karya-karyanya yang sangat terkenal dan menjadi
rujukan di peringkat pengajian tinggi ilmu-ilmu Islam.

3
Karya- karya Monumental at-Turmusi : Ketokohan sebagai Ahli Hadis

Mewarsi sanad ke-23 dalam rantaian sanad Sahih Bukhari, telah meletakkan Sheikh
Mahfuz at-Turmusi sebagai tokoh hadis terbesar di Alam Melayu. Dengan
keilmuannya, at-Turmusi telah menghasilkan beberapa kitab hadis, antaranya ialah
Al-Minhah al-Khairiyah fi Arbain Haditsan min Ahadits Khair al-Bariyyah iaitu kitab
yang membicarakan 40 hadis Nabi SAW dengan kekuatan sanadnya.

Minhaj ad-Dzawi an-Nazhar bi Syarh Manzhumah al-‘Ilm al-Atsar, iaitu kitab


menjadi syarah kepada Nazham Alfiyah as-Suyuthi, karya Imam Jalaluddin as-
Sayuthi. Ia diakui dalam dunia akademik sebagai syarah terbaik bagi kitab tersebut.
Tsulatsiyah al-Bukhari, iaitu kitab yang mengandungi 22 hadis dengan tiga perawi
antara Imam Bukhari dan Rasulullah SAW melalui Salamah bin al-Akwa, Anas bin
Malik dan Abdullah bin Busr. Hadis-hadis ini anggap antara paling kuat sanadnya.

4
Murid- murid at-Turmusi

Sesuai dengan kemasyhuran namanya, beliau yang mengajar di Masjidil Haram telah
melahirkan sejumlah murid yang ternama termasuklah Hadhratus Sheikh Hashim
Asy’ari, pengasas Nahdatul Ulamak Indonesia; Kiyai Haji Abdul Wahab Hasbullah
Jombang; Kiyai Haji R. Asmawi Kudus; Kiyai Haji Bisri Jombang; Kiyai Haji Salleh
Tayu Pati; Kiyai Haji Dahlan Kudus dan lain-lain.

Setelah 48 tahun bermukim di Mekah sebagai pelajar, guru dan penulis,


perjuangan dakwah Sheikh Mahfuz at-Turmusi telah berakhir dengan kewafatan di
Mekah dalam tahun 1920M bersamaan 1338H. Beliau dikebumikan di perkuburan
Ma’la berhampiran maqam Ummul Mukminin, Sayyidah Khadijah binti Khuwailid.

5
Kesimpulan

Syeikh Mahfuz al-Turmusi merupakan ulama besar yang sangat berjasa bagi
pengembangan keilmuan Islam khususnya dalam bidang hadis dan ilmunya di dunia
dan di indonesia khususnya. Beliau adalah ulama nusantara yang bermastautin di
Makkah yang sentiasa mengemukakan karya-karya ilmiah yang diakui oleh para
ilmuan dunia.

Menurut beliau sanad merupakan hal yang sangat penting kerana ia


merupakan perisai yang dipunyai oleh orang mukmin. Bahkan oleh para ulama
khususnya ulama hadis yang mempunyai latar belakang pondok yang kuat. Ulama
yang menganggap pentingnya keberadaan sanad sebagai proses transformasi hadis
atau apapun bentuk disiplin ilmunya agar proses transformasi hadis atau keilmuan
dapat dipertanggungjawabkan.

Keluasan keilmuan Syeikh Mahfuz al-Turmusi sebenarnya tidak terbatas pada


disiplin hadis maupun ilmunya saja, akan tetapi juga pada disiplin lainnya seperti
qira’ah, fiqh dan sebagainya.

6
Rujukan

Hussin, Hayati (dkk.). “al-Tarmasi: Tokoh Prolifik Dalam Bidang Pengajian Islam”.
Jurnal Pengajian Islam. Akademi Islam Kuis. 2 November 2015.

Mohamad, Sabri (dkk). “Syeikh Mahfudz al-Tarmasi: Tokoh Ilmu Qira’at Nusantara”.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26 November 2011.

Muhajirin. “At-Tarmasi : Icon Baru Hadits Arbai’in di Indonesia.” ASILHA


International Conference. 2017.

Muhammad, Nurdinah. “Karakteristik Jaringan Ulama Nusantara Menurut Pemikiran


Azyumardi Azra”. Jurnal Substantia, Vol. 14, NO. 1, April 2012.

Anda mungkin juga menyukai