Anda di halaman 1dari 3

Zarra Anne Razali

3Ibnu Qayyim

Sofia terkenang akan ibunya lalu air matanya jatuh berguguran. Sesalan yang
dirasakannya begitu berat. Sofia berdoa agar dosa terhadap ibu bapanya yang
telah pergi menyahut seruan ilahi , terutama dosa terhadap ibunya. Peristiwa
yang pahit dalam hidupnya kembali dalam ingatannya.
“Tolonglah fikir masa depan kamu nak” rayu ibunya. Siti yang berharap agar
Sofia sedar akan kesilapannya. “Tidak bolehkah Sofia hidup dalam kebebasan?
Sofia bukan budak kecil lagi!”, bentak Sofia. Siti diam tanpa kata. Dia hanya
mampu melihat anaknya berjalan hingga hilang dari pandangan mata.
Siti masih ingat, Sofia dulunya gadus yang lemah lembut, baik budi pekerti dan
menghormati orang tua. Dia tidak pernah meninggikan suara kepada Siti dan
arwah ayahnya , Syafiq. Sofia ditatang bagai minyak yang penuh. Semua
kemahuannya dituruti. Sofia memperoleh kesenangan dan hidup dalam
kemewahan.
Namun, setelah kematian Syafiq , Sofia mula berubah laku. Sifat lembutnya
hilang ditelan sifat kasar. Siti sedar akan perubahan Sofia. Kematian Syafiq
memberi impak yang kasar kepada Sofia. Dia kehilangan kasih sayang seorang
ayah dan perhatian Siti sendiri akibat terlalu sedih akan kematian suami tercinta.
Berbulan lamannya Siti tidak lagi mempedulikan keadaan anaknya.
Sofia yang terkapai-kapai mencari kasih sayang seorang ibu , mulai terjebak
dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Dia terpengaruh dengan rakan-rakannya
yang suka ponteng sekolah, melepak dan bermacam lagi kegiatan yang tidak
berfaedah. Bagi Sofia, rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi selepas
kehilangan ayahnya. Pelajarannya juga diabaikan, dia kerap kali melanggar
peraturan sekolah. Rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin, Sofia di buang
sekolah. Siti yang telah menerima kematian suaminya akhirnya sedar akan
kesilapannya mengabaikan anaknya, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Siti
berasa bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab anaknya berubah laku.
Siti tersentak dari lamunannya apabila terdengar dentuman pintu. Siti melihat
anaknya yang berpakaian T- shirt bewarna biru berlengan pendek dan seluar
jeans. Dia tekejar-kejar mengikut anaknya ke hadapan rumah “Sofia mahu ke
mana?” tanya Siti, “Itu bukan urusan ibu lah!” kata Sofia. “Tak usahla keluar
temanlah ibu di rumah. Kita boleh masak, makan dan tonton televisyen sama-
sama. Ibu rindulah mahu buat semua itu dengan anak ibu” , pujuk Siti. “Ah
semua itu dulu lah! Bukankah ibu suka duduk dalam bilik? Sampaikan ibu lupa
ada anak bernama Sofia! Selama ini Sofia jaga diri Sofia sendiri lagipun, Sofia
suka cara hidup yang sekarang ibu buat hal ibu, Sofia buat hal Sofia!” tengking
Sofia kepada ibunya.
Tangan Siti yang lembut memaut tangan Sofia direntap kasar sehingga ibunya
jatuh. Sofia tidak mempedulikan dia terus menghidupkan enjin motornya. Siti
bangun lalu mengejar motor anaknya. Dia tidak mahu anaknya terjebak dengan
gejala yang tidak sihat itu. Siti percaya Sofia masih ada peluang untuk kembali
ke jalan yang benar. “Sedarlah nak, janganlah kamu terjebak dengan kegiatan
yang tidak bermoral itu Sofia masih ada peluang untuk bertaubat” , rayu Siti.
“Sudahlah dengan takzirah ibu itu! Ibu tak usah lah tunjuk baik. Sudah Sofia
mahu pergi!”, marah Sofia dan berlalu dengan motornya yang sudah
dihidupkan.
Siti belum berputus asa, dia terus berlari mengejar motor anaknya yang
meluncur laju. Dia berjaya memaut tangan anaknya, tetapi Sofia menarik kasar
tanggannya menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi. Akan tetapi, malang tidak
berbau. Siti yang sedaya upaya mengejar anaknya di persimpangan jalan tidak
sedar akan kehadiran sebuah kereta yang memecut laju. Dia hanya mampu
menyebut “Allahuakbar” dengan kuat sebelum badannya terpelanting ke tepi
jalan. Sofia yang terdengar laungan ibunya dan dentuman segera berpaling
mencari wajah ibu yang dikasihi. Dia tercenggang apabila melihat badan ibunya
berlumuran darah. Jauh dari sudut hati, dia masih menyayangi ibunya, Cuma
hatinya degil untuk merendahkan egonya.

Anda mungkin juga menyukai