Anda di halaman 1dari 12

Taubat

Sebelum nafasku terhenti, izinkan diriku menghamparkan diriku di persadamu ya


Allah…

“Jumpa kerja tak?” tanya Dania kepada temannya.

“Belum lagi. Aku tak tahu nak kerja apa. Aku tak boleh bebankan mak ayah aku,
aku kena cari duit sendiri.” kata Sofea Mahani.

“Jomlah kerja dengan aku. Senang. Duit pun masyuk.” Dania berkata.

“Kerja apa?”

“Malam ni jumpa dekat depan kedai mamak tu. Pakai cantik-cantik tau.”

“Insya Allah.” janji Sofea kepada Dania.

Sofea pun pulang ke rumahnya. Dia turut dihimpit perasaan ingin tahu tentang
pekerjaan yang dikatakan oleh rakannya tadi. Mungkin kerja di kedai mamak itu. Dia
menurut saja jika perlu bekerja di situ asalkan dapat duit untuk meneruskan hidupnya.

***

Seperti yang dijanjikan, Sofea Mahani sedang menunggu Dania di hadapan kedai
mamak itu. Wanita itu agak terkejut melihat pakaian yang dikenakan oleh rakannya itu.

“Nia, kenapa kau pakai baju seksi-seksi macam ni?”

“Ni kan fesyen sekarang. Kau mana tahu.”

Sofea hanya membiarkan rakannya yang berpakaian mengalahkan model luar negara
itu. Dia rasa tidak baik menjaga tepi kain orang.

“Kerja apa yang kau maksudkan tu?” tanya Sofea kepada Dania.

“Jom aku tunjuk kat kau.”

Sofea hanya menuruti rakannya itu. Dia bingkas mengikut Dania ke kereta.

***
“Kita kat mana ni, Nia?”

“Tempat kerja baru kau la Sofea”

Sofea Mahani sudah mula tidak sedap hati. Mengapa rakannya membawa dia ke
tempat yang gelap seperti ini. Dia tertanya-tanya.

“Kerja apa kat sini?”

“Kau ikut je aku.” Kata Dania lalu turun dari kereta. Sofea hanya mengekor.

“Boys, We got something here!” Laung Dania seperti memanggil seseorang.

Muncul beberapa orang lelaki mendekati dia dan Dania. Wanita itu sudah mula berasa
takut.

“Ratah lah dia macam mana pun. Jangan lupa bagi dia upah okay. Wishing you
guys the best.” Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Dania sebelum sosoknya
lenyap dari mata sayupnya.

“Aku nak perempuan ni” Kata seorang lelaki yang bertubuh sasa.

“Hai sayang. Nama I Azriel”

“Kau nak apa?” jerit Sofea

“Wuishh, garang. Nasib baik cantik. Tangan lelaki itu mula mendarat di pipi
Sofea. Pipi gebu wanita itu dicubit lembut.

“Tak payahlah kacau aku” marah Sofea.

Lengan wanita itu ditarik perlahan oleh Azriel. Sofea merentap pantas tangan lelaki
tersebut. Tindakan refleks wanita itu memaksa Azriel untuk menggunakan kekerasan.
Dia mula menarik lengan Sofea dengan lebih kasar. Tenaga wanita itu tidak mampu
melawan kekuatan lelaki tersebut. Wanita itu kediannya dipengsankan lalu dimasukkan
ke dalam sebuah kereta. Kenderaan tersebut lantas meluncur laju di atas jalan raya.

***
Sofea Mahani tersedar dari lenanya. Dia menyedari dirinya berada di hadapan
rumah dalam keadaan yang berpakaian tetapi agak kolot dengan tidak bertudung. Dia
ingat bahawa malam semalam dia mengenakan shawl sebelum dia bertemu Dania.

“Dania. Aku kena call Dania.”

Tangannya laju menaip nombor telefon Dania.

“Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Terima kasih.” Itu sahaja
yang dapat dia dengar di hujung talian.

Dia tidak berputus asa. Nombor itu didail sekali lagi. Malangnya, suara peringatan tadi
yang menyahut panggilannya. Air matanya jatuh membasahi pipinya. Harga dirinya
sebagai seorang perempuan sudah tercemar. Dia tidak mampu menangkis segala
tohmahan yang bakal dilemparkan oleh orang sekelilingnya termasuklah ibu bapanya.
Dia lantas masuk ke rumah selepas melihat ada jiran yang memandangnya.

***

Hidup Sofea Mahani tidak seperti dahulu lagi. Dia yang dahulunya periang dan ceria
kini menjadi seorang yang murung. Sudah ramai rakan yang menyedari perubahan
drastik dirinya itu tetapi dia hanya mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja.
Pelajarannya turut merosot.

***

Cuti semester telah bermula. Sofea Mahani berhajat ingin pulang ke rumah ibu
bapanya. Dia juga sudah baik sedikit daripada hari-hari sebelumnya. Dalam perjalanan,
dia mendapat satu pesanan daripada orang yang tidak dikenali. Pesanan itu
mengatakan bahawa dia perlu membayar sejumlah wang yang agak banyak ke dalam
sebuah akaun bank. Jika dia tidak membayarnya, video dia bersama Azriel akan
ditularkan ke media sosial. Sofea menjadi buntu. Di mana diam mahu mendapatkan
wang sebanyak itu. Dia mula tertekan.

***
“Macam mana kat universiti, kakak?” tanya ibu Sofea.

“Okay je mak” balas wanita itu dengan nada gembira. Dia tidak mahu ibunya
mengesyaki apa-apa.

Usai makan tengah hari, Sofea tiba-tiba pengsan ketika sedang membantu
ibunya membasuh pinggan mangkuk di dapur.

“Apa kita nak buat ni, bang?” ibu Sofea mula cemas

“Kita hantar dia ke hospital” balas ayah Sofea lalu mengangkat tubuh yang
terkulai layu itu.

***

“Mana suami Puan Sofea?” tanya seorang doktor.

“Suami?”

“Dia belum kahwin, doktor.” Balas ayah Sofea

“Tapi Puan Sofea mengandung.”

“Astaghfirullah, bang” emak Sofea terkejut.

Sayup kedengaran suara emaknya menangis dan beristighfar. Dia yakin anak
perempuannya itu baik dan sopan. Tetapi apabila Sofea hidup sendiri, ini pula yang
terjadi.

“Milah, jom balik. Aku tiada anak macam ni!”

“Tunggu Sofea sedar dulu, bang. Kita dengar dulu penjelasan dia bang. Mana
tahu doktor tu tersalah” balas emak Sofea sambil menangis.

“Awak nak tunggu Sofea beranak dan malukan kita depan orang kampung dulu
baru awak nak ikut saya balik?” balas ayah Sofea tegas.

Mak Milah masih lagi menangis. Air mata sudah banyak kali diseka tetapi masih lagi
membanjiri pipinya. Dia terpaksa menuruti suaminya kerana takut menjadi isteri
derhaka.
***

“Aku kat mana ni?” tanya Sofea Mahani.

“Puan dekat hospital. Tadi puan pengsan. Ibu bapa puan pun dah balik” kata
doktor tersebut.

“Dah balik?” tanya Sofea lagi

“Iya puan” balas doktor itu.

“Saya balik dulu doktor” Sofea meminta izin.

***

“Assalamualaikum, mak ayah” panggil Sofea di luar rumah.

“Kau ni Islam lagi ke bagi-bagi salam pulak” perli ayah Sofea.

“Apa yang ayah cakap ni?” tanya Sofea bingung.

“Kau tahu tak kau mengandungkan anak haram. Aku tak pernah ajar kau jadi
macam ni” tengking ayah Sofea

“Mengandung?” Sofea terkejut.

“Kau jangan buat-buat tak tahu” sambung ayah Sofea lagi

Sofea teringat bahawa dia bukan lagi perempuan yang suci. Dia juga banyak kali
muntah-muntah tetapi sangkanya dia hanya sakit biasa.

“Dah tak tahu nak cakap apa? Betul lah tu kan” perli ayah Sofea lagi.

“Kau ni dulu baik tau, Sofea. Orang kampung semua agungkan kau. Tapi
sekarang..Kat mana aku nak letak muka aku ni, Sofea? Malu lah kalau orang kampung
tahu. Mulai hari ini, aku tak nak tengok kau jejakkan kaki di rumah ni lagi” bidas ayah
Sofea. Beg yang Sofea bawa balik ke kampung tadi dilempar ke tanah.

Pintu rumah ditutup deras. Bunyi tangisan menyelubungi setiap penjuru kampung.
Tangisan wanita itu turut ditemani bunyi hujan yang agak lebat di luar rumah.

***
Sofea pernah cuba untuk membunuh diri. Hidupnya sudah kosong. Dia tiada
siapa-siapa di dunia ini. Dia malu ingin berdepan dengan rakan-rakannya
memandangkan perutnya yang semakin membesar. Dia tidak mahu teman-temannya
mengkhuatiri perubahan badannya itu. Takkan dia perlu mengatakan perutnya buncit.
Itu juga menjatuhkan maruahnya kerana dia bukanlah manusia yang makan banyak.
Iman yang tersisa di dadanya membuatkan dia tidak sanggup untuk menggugurkan
anak yang tidak berdosa itu.

***

Kebelakangan ini, Sofea banyak menghadiri majlis-majlis ilmu di surau. Dia banyak
bertanya pendapat kepada ustazah-ustazah mengenai masalahnya itu. Tanpa dia
sedari, dirinya selalu diperhatikan oleh seorang lelaki di surau tersebut.

Pada suatu hari, surau tersebut mengadakan jamuan makan. Sofea turut datang
membantu memasak untuk orang ramai. Semua orang menghormati Sofea kerana
walaupun sarat mengandung, wanita itu masih ringan tulang membantu masyarakat
setempat. Selepas semua hadirin pulang, Sofea disapa oleh seorang lelaki.

“Assalamualaikum. Saya Suffian” sapa lelaki tersebut.

“Waalaikumussalam. Saya Sofea” balasnya

“Saya selalu nampak awak kat surau ni tapi saya tak pernah nampak suami
awak. Kata Suffian

“Saya..saya..” Sofea tergagap

“Jangan takut-takut dengan saya. Saya tak makan orang” balas Suffian melihat
gelagat Sofea

“Saya tiada suami. Suami saya dah ceraikan saya” tipu Sofea

“Maafkan saya. Saya tak tahu” sambung Suffian lagi

Sofea hanya tersenyum. Lelaki tadi turut tersenyum. Gugur jantung Sofea melihat
senyuman Suffian. Tampan sungguh.

“Isteri awak mana?” tanya Sofea


“Saya mana ada isteri. Kenapa..awak nak jadi isteri saya ke?” gurau Suffian.

Sofea hanya tersengih. Kalau boleh, mahu dia katakan bahawa dia sudi. Amboii.

“Kenapa tersengih? Saya memang tengah cari isteri ni.” kata Suffian

Hati Sofea berdebar-debar. ‘Dia tengah melamar aku ke ni’ Sofea bermonolog sendiri.

“Awak nak kahwin dengan saya ke?” tanya Sofea

“Ya” balas lelaki itu santai

“Tapi saya tengah mengandung”

“So what?”

Niat Sofea hanya mahu bergurau tetapi ini pula yang terjadi.

“Saya dah lama perhatikan awak dekat surau ni. Lama-lama saya jadi suka
dekat awak. Awak tahu kan susah nak cari perempuan yang rajin ke surau sekarang.
Saya suka perempuan yang kuat agama.” Sambung Suffian panjang lebar

“Macam mana saya nak bagitahu awak ya” Sofea cemas

“Saya bukan kena cerai tapi..” jelas Sofea malu

“Saya faham” potong Suffian

“Tapi awak dah bertaubat kan” tanya Suffian

“Dahlah. Kalau tak saya tiada kat surau ni” balas Sofea

“Takpelah kalau awak dah bertaubat. So you are single and available right?”
tanya Suffian

“Hmm.. Macam tu lah” balas Sofea lagi

“Nanti saya hantar rombongan kahwin” tambah Suffian

“Give me some time please. Mak dengan ayah saya masih marahkan saya.

“Saya faham. Takpelah saya balik dulu. Assalamualaikum,” Suffian berkata

“Waalaikumussalam” balas Sofea


***

Sofea pulang ke kampungnya semula walaupun kemarahan bapanya masih belum


reda.

“Assalamualaikum” Sofea memberi salam

“Waalaikumussalam” balas emak Sofea sambil membuka pintu

“Astaghfirullah Sofea. Lamanya mak tak jumpa anak mak ni. Sofea sihat?” tanya
Mak Milah

“Alhamdulillah mak. Ayah mana?” tanya Sofea

Ternyata ibunya masih sayangkannya. Ibu mana yang tidak menyanyangi anaknya.
Walau sebesar mana pun salah kita mereka tetap akan maafkan kita.

“Ayah pergi surau. Tapi begitulah, ayah masih kecewa dengan kamu” kata emak
Sofea

“Sofea balik sekejap je ni. Nanti ayah marah pula” kata Sofea

Kedengaran bunyi motor tiba di perkarangan rumah.

“Sofea, ayah dah balik” kata Mak Milah

Sofea mula panik. Dia tidak punya idea mahu menyorok di mana. Belum sempat
ayahnya menghabiskan salam, Sofea terus ditarik keluar rumah.

“Aku dah cakap kan jangan balik ke sini lagi. Asal kau ni degil sangat. Nanti
kalau orang kampung nampak kau malu muka aku nanti” Marah Encik Yusof, ayah
Sofea

“Bang, dengar dulu apa yang Sofea nak cakap.” Mak Milah cuba
mempertahankan anaknya

“Apa lagi yang kau nak cakap. Dah terang-terang kau mengandung. Anak sape
pun tak tahu”

“Sofea nak kahwin. Sofea nak ayah jadi wali Sofea.” Kata Sofea
“Baguslah macam tu. Baru orang kampung tak tahu yang anak tu anak haram.”
Walaupun ayah sudah sedikit tenang tetapi ayat tersebut masih pedih di telinga wanita
itu.

“Walaupun orang kampung tak tahu yang kau mengandung anak haram tu tapi
aku masih tahu. Ayah masih kecewa dengan sikap kamu Sofea. Ayah penat cari duit
untuk kamu lanjutkan pelajaran tapi ini yang kamu balas” sambung Encik Yusof. Dia
cuba berlembut dengan anaknya itu.

“Sofea mintak maaf ayah. Tapi ada benda yang mahu Sofea jelaskan.” kata
Sofea

Sofea pun menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku pada malam itu.

***

“Ayah saya dah maafkan saya” kata Sofea

“Alhamdulillah” Suffian membalas

“Nanti saya hantar rombongan meminang ke rumah awak” sambung Suffian

“Awak okay ke kawin dengan saya ni. Buy 1 free 1 tau.” Tambah Sofea

“Okay sangat”

Mereka berdua gelak bersama-sama

***

Hidup Sofea Mahani semakin bahagia kerana dikurniakan seorang cahaya mata, Alia
Balqis. Kehadiran seorang suami juga melengkapkan keluarga kecil itu. Mereka hidup
bahagia,

Suatu hari, apabila Suffian pergi bekerja, Sofea terasa sakit seluruh badan. Dia
membuat keputusan untuk pergi berjumpa doktor.

Alangkah terkejutnya dia selepas mengetahui bahawa dia menghidap HIV. Dia tidak
mahu suaminya tahu bahawa dia menghidap penyakit tersebut.

Anda mungkin juga menyukai