Anda di halaman 1dari 4

PERBINCANGAN PARA ULAMA TENTANG ULUM TAFSIR

Ilmu tafsir merupakan ilmu yang mula-mula dibincangkan pada kira-kira abad ke-2 hijrah.Sejak
daripada itu,banyak ilmu lain berkaitan al-Quran yang mula muncul.Ramai ulama dari seluruh
dunia mula mengkaji dan menyusun ilmu tafsir berasaskan riwayat para sahabat Rasulullah
saw.Penulisan ilmu tafsir pula mula berkembang pada abad ke-3 hijrah.
Tafsir merupakan ilmu pengetahuan untuk memahami dan menafsirkan ilmu yang
bersangkutan dengan Al-Quran dan isinya berfungsi sebagai mubayyin (pemberi penjelasan),
menjelaskan tentang erti dan kandungan Al-Quran, khususnya menyangkut ayat-ayat yang tidak
di fahami dan samar-samar ertinya. Mempelajari tafsir Al-Qur'an adalah kewajiban berdasarkan
firman Allah swt:

ٍ ُ‫أَفَ ََل ي تَ َد بَّرو َن ا لْ ُق رآ َن أ َْم َع لَ ٰى قُ ل‬


‫وب أَقْ َف ا ُلَا‬ ْ ُ َ
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?"
(QS Muhammad [47]: 24)
Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata:

‫ت ْف ِّسيرا‬-‫يُفَ ِّس ُر‬-‫سر‬


َّ َ‫ف‬
Al-Suyuti : bermaksud menerangkan atau menyatakan sesuatu.

Al-Jurjani : Bermaksud ‘menyingkap dan menimbulkan’.

Menurut Ibn Manzur:

”‫فظ ْال ُم ْش ِّكل‬ َ ‫ف ْال َم َرا ِّد‬


ِّ َّ‫ع ِّن الل‬ ُ ‫“الت َّ ْف ِّسي ُْر َك ْش‬

“ Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.”

Istilah:

َ ‫ب هللا ْال ُمن ََّز ُل‬


ِّ ‫علَى نِّ ِّب ِّي ِّه ُم َح َّم ٌد َو َب َيانُ َم َعانِّي ِّه وا ْستِّ ْخ َرا ُج أَحْ ك‬
”‫َام ِّه َو ِّح َك ِّمه‬ ُ َ ‫” ِّع ْل ٌم يُ ْف َه ُم ِّب ِّه ِّكتا‬

“ Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan
maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran
PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA
1. Dalam al-Mu'jam al-Wasith karangan Imam At-Tabrani disebutkan bahwa tafsir al-
Quran adalah:

‫ وما انطوت عليه اياته من عقائد و أسرار و حكم و أحكام‬,‫توضيح معاني القران‬
"Penjelasan makna al-Quran dan menghasilkan kaedah-kaedah, rahsia-rahsia, hikmah-
hikmah dan hukum-hukum dari ayatnya."

2. Imam Abd al-Azhim Al-Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan sepertimana dinukilkan oleh
Imam al-Suyuti berkata, ilmu tafsir adalah untuk memahami kitab Allah SWT yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW, menjelaskan makna-maknanya, mengeluarkan hukum-
hakamnya dan hikmah-hikmahnya dengan menggunakan ilmu bahasa, nahu, saraf, ilmu bayan,
usul fiqh, qiraat, dan diperlukan juga untuk mengetahui asbab nuzul dan nasikh-mansukh. (Lihat
al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, 2/450-451) .
Pendapat al-Zarqani dalam Manahil al-'Irfan fi 'Ulum al-Quran mengatakan:

‫علم يبحث عن القران الكريم من حيث داللته على مراد هللا تعالى بقدر الطاقة البشرية‬
"Ilmu yang membahas tentang al-Quran dari segi dilalahnya berdasarkan maksud yang
dikehendaki oleh Allah sebatas kemampuan manusia"
2. Menurut Khalid bin Utsman al-Tsabt dalam Qowa'id al-Tafsir, tafsir adalah:

‫علم يبحث فيه عن أحوال القران العزيز من حيث داللته على مراد هللا تعالى بقدر الطاقة البشرية‬
"Ilmu yang membahas tentang keadaan al-Quran dari segi dilalah-nya berdasarkan
maksud yang dikehendaki oleh Allah sebatas kemampuan manusia"
Ada beberapa titik perhatian rumusan tafsir dari definisi yang diberikan al-Zarqani dan
Khalid bin Utsman al-Tsabt, iaitu:
1) Membahas tentang al-Quran
Ilmu ini hanya membahas ilmu al-Quran. Maka tidak termasuk ke dalam kategori ini
ilmu-ilmu lain.
2) Membahas maksud ayat
Berdasarkan definisi di atas, maka hal-hal di luar pembahasan yang berhubungan
dengan maksud ayat seperti ilmu rasm, ilmu qiraat.
3) Sesuai dengan kemampuan manusia
Tidak perlu memaksakan diri untuk mengetahui tafsir al-Quran di luar batasan jika dapat
menyeret mufasir kepada penafsiran-penafsiran yang menyimpang.
3.Pendapat al-Imam Muhammad al-Thahir bin 'Asyur:

‫ اسم للعلم الباحث عن بيان معاني ألفاظ القران و ما يستفاد منها باختصار أو توسع‬:‫التفسير‬
"Tafsir adalah nama ilmu yang membahas tentang penjelasan makna-makna dari lafaz
al-Quran dan apa yang dihasilkan dari pembahasan tersebut, baik secara ringkas atau meluas"
4.Pendapat Syaikh Thahir al-Jaziri dalam al-Taujih:

‫شرح اللفظ المستغلق عند السامع بما هو أفصح عنده بما يرادفه أو يقاربه أو له داللة عليه‬
‫بإحدى طرق الدلالت‬
"Menerangkan maksud lafaz yang sukar difahami oleh pendengar dengan huraian yang
lebih memperjelas kepada maksud barunya, baik dengan mengemukakan sinonimnya, kata
yang mendekati sinonimnya atau dengan mengemukakan uraian yang mempunyai petunjuk
melalui satu jalan dalalah."
5. Pendapat Syeikh al-Jurjani dalam al-Ta'rifat:
‫توضيح المعنى األية شأنها و قصتها و السبب الذي نزلت فيه بلفظ يدل عليه داللته ظاهرة‬
"Tafsir ialah menjelaskan makna ayat dari segala aspek persoalan, kisah, asbab al-Nuzul,
dengan menggunakan lafaz yang menunjukkan kepadanya secara terang"

Titik perhatian dalam rumusan ini ialah ayat al-Quran yang merupakan kelompok yang
terpadu dari lafaz-lafaz. Tafsir menurut al-Jurjani adalah kajian yang membahas al-Quran dari
segi:
1) Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan makna ayat.
2) Kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Qur`an.
3) Asbab nuzul
6.Rumusan tafsir menurut al-Kilbi dalam al-Tashil:

‫صه إو إشارته أو نجواه‬


ّ ‫شرح القران و بيان معناه و األفصاح بما يقتضيه بن‬
"Menghuraikan al-Quran, memperjelas makna tersebut sesuai dengan tuntutan nash
atau adanya isyarat yang mengarah ke arah penjelasan tersebut atau dengan mengetahui
rahsia di sebaliknya."

Titik perhatian dalam persoalan ini :


1) Pemahaman terhadap al-Quran.
2) Menjelaskan makna ayat.
3) Mengeluarkan hukum-hukum.
4) Menggali hikmah-hikmah dan titik fokus definisi ini adalah ilmu.
7.Imam Shafie telah berkata: Semua yang dihukumkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah daripada
fahamannya terhadap al-Qur’an”.
8. Abu Hayyan tafsir adalah ilmu yang di dalamnya terdapat pembahasan mengenai cara
mengucapkan lafaz-lafaz alQuran disertai makna serta hukum-hukum yang terkandung di
dalamnya

RUJUKAN
Ahmad al-Jurjani. (1965). Kitab al-Ta’rifat, Mesir: Dar al-Maarif, hlm.65.
Ismail bn Kathir. (1984).Tafsir al-Quran al-‘Azim, juz. 1,Bayrut: Dar al-Ma’rifah, h. 3.
Imam az-Zarkasyi.(1965).Al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, Beirut: Dar al-Ilm, hlm.13.
Ibid h. 24 yang dikutipnya dari al-Mu'jam al-Wasith, h. 288.
Jalaluddin as-Suyuti.(1951).Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, Mesir: Musthafa al-Babi al-Halabi,
hlm.173.
Khalid bin Utsman al-Tsabt (selanjutnya ditulis al-Tsabt), Qowa'id al-Tafsir Jam'an wa
Dirasasatan, Arab Saudi: Dar ibn 'Affan, 1997), jilid ke-1, cet. ke-1, h. 29.
Muhammad al-Azim al-Zarqani.(1965).Manahil al-Irfan, Beirut: Dar al-Fikr, hlm.3.
Mu'jam al-Awsat (7 vol) ‫المعجم األوسط للطبراني‬: Published: Beirut Lebanon:DKI

Pandangan ulama terhadap tafsir isyari.(2019).https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-


fatawi/3705-al-kafi-1377-pandangan-ulama-terhadap-tafsir-isyari

Anda mungkin juga menyukai