Anda di halaman 1dari 1

Teks pidato Kepentingan Hadir ke Sekolah

Salam sejahtera / dan salam muhibah buat guru-guru / dan rakan-rakan seperjuangan

sekalian/. Sekolah adalah / sebuah tempat / untuk belajar dan mengajar/. Juga/, sebuah

tempat / untuk menerima dan memberi pelajaran/. Maka, jelaslah disini bahawa / sekolah

adalah sebuah penempatan khas / untuk murid mengenali abc/, 123 / dan pelbagai lagi/.

Lantas/, dengarkanlah / Kepentingan Hadir ke Sekolah/.

Rakan-rakan,

Pertama/, kemajuan sistem pelajaran. Jika murid sering tidak hadir ke sekolah/, ia

boleh mengganggu / proses pembelajaran / sekali gus mengakibatkan murid tersebut

ketinggalan/. Pelajar umpama ‘saham’ / bagi kehidupan kita pada masa hadapan/ dan dengan

adanya bekalan pendidikan yang cemerlang / pasti akan mengubah / senario kehidupan

keluarga makmur dan bahagia pada masa akan datang/.

Kedua/, pembelajaran di sekolah lebih berfokus/. Pembelajaran yang formal lebih

baik daripada pembelajaran tidak formal. Justeru/ , guru yang mengajar / sudah

menetapkan matlamat dan objektif yang ingin diajar pada hari itu/. Hal ini / akan

memudahkan murid mempelajari dan memahami topik yang dipelajari/.

Ketiga, pembentukan disiplin diri/. Umumnya/, setiap sekolah menyediakan jadual

pembelajaran/, jadual tugasan / dan lain-lain. Maka/, secara tidak langsung /, jadual yang

disediakan ini / dapat membentuk sahsiah / dan disiplin murid ke arah yang lebih baik/.

Tuntasnya/, kecemerlangan akademik/ , kokurikulum dan pembentukan sahsiah diri

dapat disemai / dan diterap sejak di alam persekolahan/. Bak kata pepatah/, melentur

buluh biarlah dari rebungnya/. Sekian sahaja syarahan saya/. Terima kasih/

Anda mungkin juga menyukai