Anda di halaman 1dari 31

DCG5262 :

TOWN & REGIONAL PLANNING

TOPIC 5 :
PR IN C IPLE S O F H O U S IN G
DEVELOPMENT
TOPIC 5: PRINCIPLES OF HOUSING
DEVELOPMENT
3

LESSON OBJECTIVES:
 At the end of the lesson, student will be able to:
1. Know housing planning
1. Classify types of housing schemes.
2. Describe terrace house
3. Describe semi detached house
4. Describe bungalow house

2. Understand the principles of housing planning concept


1. Describe housing planning concept
2. Explain the application of housing planning
concept in current housing layout.
3. Relate the concept of safety in housing planning
development

5/30/2019
Keperluan Konsep Perancangan
Perumahan
 Memastikan keselamatan orang dan harta
 Kemudahan Infrastruktur
 Kesihatan fizikal dan mental
 Komuniti kesihatan
 Faktor-faktor tapak yang perlu diambil kira
dalam perancangan berdasarkan aspek-aspek
seperti berikut :
 Lokasi Tapak
 Kemudahsampaian (Aksessibiliti)
 Alam Sekitar
 Topografi
 Infrastruktur dan Utiliti
 Orientasi Tapak
 Nilai Tanah
1. Kedudukan dan lokasi tapak
Perlu lihat kepada persekitaran tapak samada berdekatan dengan
kawasan perumahan, pekan atau bandar sebab ia akan
mempengaruhi nilainya pada masa akan datang. Elak berdekatan
dengan kawasan industri. Lihat dari segi perhubungan dengan
kemudahan lain seperti kemudahan pekerjaan, kecerunan tanah
dan lain-lain.
Pembanguan perumahan perlu diselaraskan dengan keadaan
sekitar agar aktiviti guna tanah tidak bercanggah dan penggunaan
tanah secara optima dapat dihasilkan.

2. Kemudahsampaian (Accessibility and linkages)


Kemudahan jalanraya dan pengangkutan memainkan peranan
penting dalam pemilihan tapak kediaman. Satu sistem jalanraya
yang baik dan selesa adalah diutamakan. Ini memberi kemudahan
kepada pemaju dalam proses merancang di samping dapat
mengurangkan kos pembinaan infrastruktur.
(The important factor is the availability of existing roads, near public transport,
transit station and link to multi modal transport and other current services.
Existing road facilities will provide the developer with the convenience of planning
while reducing the cost of building infrastructure.
3. Alam Sekitar
Pemandangan atau faktor persekitaran memainkan peranan
penting kerana pemandangan yang menarik, faktor keselamatan
akan mempengaruhi susunatur ruang dan jalan keluar masuk.

4. Topografi
Keadaan topografi memainkan peranan penting dan
mempengaruhi asas tapak dalam tapak perumahan. Sekiranya
keadaan topografi sesuatu kawasan mempunyai kecerunan yang
amat curam ataupun berbukit-bukit, mudah banjir maka kos
untuk meratakan tapak sememangnya tinggi. Dengan itu untuk
mengelakkan kos yang tinggi, kawasan berbukit dicadangkan
untuk kawasan rumah sesebuah di samping sesuai dengan cita rasa
dan kehendak penghuni yang mahukan privasi. Jika keadaan cerun
melebihi 30 darjah, kos untuk pembinaan tembok (retaining wall)
harus diambilkira.
Manakala kawasan yang rendah dan rata adalah sesuai untuk
rumah teres atau pangsa. Kesesuaian dan keupayaan tanah juga
adalah penting dalam perancangan kawasan perumahan. Jenis
tanah yang lembut seperti tanah berpaya dan tanah lombong
memang tidak sesuai untuk pembanguan perumahan.

5. Infrastruktur dan utiliti


Kewujudan kemudahan asas iaitu infrastruktur dan utiliti seperti
jalan, sumber bekalan air, elektrik dan talian telefon adalah penting
dalam perancangan kawasan perumahan agar kos penyediaannya
dapat dijimatkan. Penyediaan kemudahan asas ini memberi
keselesaan dan kesenangan kepada penghuninya.

6. Orientasi Tapak (Site Orientation)


Orientasi tapak mempengaruhi rekabentuk rumah. Ia dapat
mengurangkan fasad rumah daripada sinaran matahari dan
mengurangkan suhu di dalam rumah.
7. Nilai tanah
Perancangan perumahan yang teliti perlu dilakukan bagi
menjamin kos pembangunan yang optima dan mengelakan
pembaziran. Perbezaan nilai tanah adalah berbeza dari satu
kawasan dengan kawasan yang lain dan ini berkai rapat dengan
faktor ekonomi iaitu permintaan dan penawaran. Nilai tanah di
kawasan pusat tumpuan dan bandar memberi impak dan
pulangan yang tinggi dari segi harga dan sewa termasuk
ekonomi dan sosial.
Garis Panduan Susun Atur Perumahan

 Susun Atur dan Reka Bentuk


o Susun atur dan reka bentuk ruang dan persekitaran perumahan perlu
membentuk ruang interaksi sesama masyarakat melalui kawasan
lapang dan kemudahannya.
o Mewujudkan susun atur yang mempunyai identiti, bertaman,
indah dan harmoni dengan alam sekitar.

• Kawasan Lapang
o Penyediaan kawasan lapang bagi sesuatu kawasan perumahan secara
kasarnya mestilah sekurang-kurangnya 10% daripada keseluruhan
kawasan tersebut.
o Tujuan penyediaan kawasan lapang adalah untuk rekreasi (pasif dan
aktif) seperti penyediaan padang permainan kanak-kanak, lanskap dan
lain-lain.
o Penyediaan kawasan lapang juga dapat mengelakkan daripada
berlakunya hakisan tanah, banjir kilat serta mengimbangkan
alam semulajadi.
 Sistem Perhubungan (Sirkulasi)
o Memudahkan penghuni dan pelawat melalui sistem rangkaian jalan
yang selamat, tersusun, mudah difahami serta mudah dituju.
o Mengasingkan laluan lintas teras dengan sistem siarkaki serta laluan
motorsikal.
o Jenis jalanraya yang harus terdapat dalam mereka bentuk kawasan
perumahan ialah jalan utama, jalan pengumpul (collector road), jalan
tempatan (local road), jalan susur dan jalan langkau api.
o Jalan pengumpul adalah selebar 66 kaki untuk laluan kenderaan.
Jalan untuk langkau api adalah antara 10 hingga 20 kaki diukur dari
tepi bangunan.
o Jalan langkau api bertujuan memberi kemudahan kepada laluan
kenderaan seperti bomba, ambulan, lori pengangkut sampah dan lain-
lain.
o Jalan tempatan adalah direka bentuk dalam lingkungan kawasan
perumahan.
o Penyediaan sistem perhubungan jalan adalah 30% dan sekiranya
peruntukan lebih dari itu adalah membazir dan tidak optima.
 Kemudahan awam
o Penyediaan kemudahan awam adalah bertujuan agar penduduk dapat
menikmati kemudahan yang disediakan di samping dapat berinteraksi
secara positif antara satu sama lain.
o Interaksi antara penduduk dan perhubungan sosial yang erat adalah
penting dalam menghasilkan suasana kawasan perumahan yang
harmoni.
o Interaksi sosial ini boleh dihasilkan dengan adanya tempat tumpuan
penduduk seperti balai raya, masjid, klinik, rumah kedai dan sebagainya.
o Keluasannya adalah bergantung pada kepadatan penduduk dan piawaian
perancangan tiap-tiap negeri.
o Aspek lain yang perlu adalah penyediaan kemudahan asas dan utiliti. Ini
adalah kemudahan seperti bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain yang
memberi keselesaan kepada penghuninya.
Contoh Piawaian Kemudahan Awam
 Garis Panduan Perparitan dan Saliran
o Arah perparitan semulajadi perlu dikekalkan dan
dipertingkatkan dengan kelebaran yang sesuai.
o Tempat yang memerlukan 'bench drains' perlu diletakkan
di kawasan yang terlindung.

 Reka Bentuk Sungai dan Saliran


o Tapak yang direntasi parit atau sungai kecil perlukan
pertimbangan yang khusus.
o Apabila sungai mengalir ke tapak, lot yang diingini boleh direka
bentuk dengan menyediakan rizab parit di kedua belah sungai
dan lot-lot bangunan.
TYPES OF HOUSING SCHEMES

 Terrace House
Rumah jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai rumah kos
sederhana yang mampu dimiliki. Rumah jenis ini selalunya
mempuyai.minima 3bilik dan dilengkapi 1 atau 2 bilik
air.Ruang letak kereta di hadapan rumah boleh memuatkan
2 buah kereta.Selalunya harga rumah jenis ini adalah dalam
lingkungan RM 100k dan ke atas.

Rumah teres/ berangkai - Rumah yang dibina secara


berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah sebelah.
dibina sekurang-kurangnya tiga unit. rumah jenis ini banyak
terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Jenis rumah teres boleh dikategorikan kepada tiga iaitu kos tinggi, kos sederhana
dan kos rendah. Bentuk rumah teres dibina bersambung antara satu dengan yang
lain serta dibina dalam bentuk 2 tingkat dan 1 tingkat.

Rupa bentuk rumah teres adalah bagi mewujudkan nilai keharmonian dan
keseragaman. Perumahan jenis ini dibina secara berderet dan bilangan bagi setiap
satu deretan itu bergantung pada piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan. Selalunya satu deretan rumah teres mengandungi 16 unit rumah dan
hendaklah dipisahkan dengan langkau api (fire break) sekiranya bilangan unit
dalam satu deretan itu melebihi daripada jumlah tersebut.

Rumah Teres (22’ x 75’)


Terrace House
Semi Detached House
Rumah berkembar merupakan dua buah rumah yang
berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan pintu
masuk yang berasingan. Ini bermaksud percantuman antara
dua buah rumah dengan setiap rumah itu berada di dalam lot
tanah yang berlainan.

Rumah Berkembar (50’ x 90”)


Rumah 2 buah yang didirikan di atas sebidang
tanah yang berkongsi dinding di tengah. Rumah
jenis ini mempuyai anjakan di bahagian hadapan,
belakang dan salah satu daripada sisinya (kiri dan
kanan bangunan rumah). Ia mempunyai had
ketinggian 2 atau 1 tingkat kecuali keadaan tertentu
seperti faktor kecerunan dan sebagainya. Selalunya
harga rumah jenis ini adalah bernilai la dalam RM
500k.
Semi Detached House
Bungalow House

Rumah jenis ini merupakan rumah kos tinggi dan


susunaturnya adalah berasingan antara sama yang
lain. Jenis rumah ini mempunyai satu tingkat, satu
tingkat setengah atau dua tingkat.

Rumah banglo - dibina dengan setiap unit tidak


bersambung antara satu sama lain. dengan erti kata
lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan
rumah yang lain seperti rumah teres. Rumah banglo
boleh dibina secara persendirian di atas tanah lot
ataupun dibina oleh pemaju di kawasan perumahan.
Lokasi perletakannya di kawasan terpencil dan ada yang terletak di kawasa
berbukit-bukit. Mengikut kebiasaannya penghuni rumah tersebut terdiri
daripada golongan elit serta berpendapatan tinggi .

Rumah jenis ini menekankan faktor keselesaan serta suasana yang privasi
dan lazimnya dibina agak berjauhan dari bandar. Bangunan rumah didirikan
di atas lot-lot yang berasingan dan biasanya menggunakan system cul-desac
sebagai system jalannya. Ini bertjuan menghindarkan dari gangguan
kesibukan lalu lintas yang boleh menimbulkan pencemaran bunyi bising dan
udara. Ini akan menganggu ketenteraman, kedamaian serta keselesaan
penghuninya.

Rumah Sesebuah (50’ x 90”)


Bungalow House
Terraced house Semi-Detached house Bungalow house

This type of house can be classified as a modest Semi-detached houses are two separate Separate types of house usually have one
affordable home. This house usually has 3 mins and houses but share the same walls but a floor, one half storey, or two floors, and some
comes with 1 or 2 bathrooms. separate entrance. are quite large.
Parking space in front of the house can The 2 houses are built on a piece of land that This house is built with each unit not
accommodate 2 cars. shares the walls in the middle. connected to each other.

Housing bungalows - built with each unit are


not connected to each other.
END…thanks.

Anda mungkin juga menyukai